Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 498 articles
Browse latest View live

Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor

$
0
0
Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor | Makan malam dengan nasi lemak? Tak ada hal lah. Orang Malaysia makan nasi lemak bila-bila pun boleh kan? Sarapan ke makan tengah hari ke makan malam ke. Semua boleh dengan nasi lemak. Tapi kali ni, aku makam malam dengan nasi lemak yang agak istimewa sikit iaitu Nasi Lemak Cik Chom. Katanya nasi lemak ni glamer jugak dekat Batu Pahat ni.

Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor
Nasi Lemak Siakap (RM17.00)
Hahahha, ini aku yang order. Nasi Lemak Siakap. Gila besar ikan siakap dia. Aku tak tahu lah kalau dalam harga pasaran berapa RM seekor ikan siakap ni. Tapi serius besar betul ikan ni. Dan kalau nak tengok harga dia, macam berbaloi jugak lah kalau korang nak order ni. Aku makan nasi lemak dan ikan ni share dengan Aneeq. Alah, budak kecik mana ada banyak sangat makannya kan. Satu pinggan ni memang kenyang gila. Dalam menu ni korang akan dihidangkan dengan nasi lemak putih, nasi lemak hijau, kacang, ikan bilis, hirisan buah epal, ikan siakap dan sambal. Sambal dia manis-manis sikit dan tak pedas. Ikan siakap dia ranggup di luar, lembut di dalam dan manis rasa isi dia, mesti ikan fresh ni. Ikan dia besar, lebih besar dari tapak tangan aku. Nasi dia biasa-biasa saja macam kedai-kedai biasa yang lain. Istimewanya diaorang ni sebab lauk yang lain daripada yang lain.

Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor
Nasi Lemak Sotong King (RM10.00)
Ini Zul nak try. Dia punya sotong goreng tu kan, mak aih. Gedabak betul. Besar tapak tangan aku kot. Bahagian luar dia ranggup dan isi dia pun tak terlalu liat. Nasi dia pun sama lah ada nasi putih dan nasi hijau. Dalam menu ni korang akan dapat side dish yang sama macam menu dekat atas iaitu nasi putih, nasi hijau, sambal, hirisan buah epal, sambal, ikan bilis dan kacang. 

Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor
Milo Ais Gelas Besar (RM3.50) | Teh O Sejuk Gelas Besar (RM2.50) 
Kalau korang jenis yang bukan minum air banyak-banyak ni. aku rekemen order je lah satu gelas air untuk dua orang. Weh jenuh nak menghabiskan air dalam gelas besar cenggini. Zul minum air teh o ais tu pun separuh je yang habis. Aku kan jenis sayang duit, so aku habiskan je lah air milo aku tu. Air dia rasa macam air biasa dekat kedai lain. Biasa-biasa je.

Untuk order nasi lemak, korang kena beratur di depan kedai. Order dan terus boleh ambil dekat situ. Untuk order air pulak, nanti orang kedai tu akan datang ke meja korang untuk ambil order. Nanti dieorang akan hantar air ke meja korang.

Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor
Dekat Nasi Lemak Cik Chom ni korang boleh pilih sama ada nak makan dekat bahagian dalam atau bahagian luar kedai. Tapi aku rekemen better korang pergi makan dekat bahagian luar. Sebabnya dekat bahagian luar lebih sejuk. Tapi kat luar meja plastik dan kerusi biasa saja.

Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor

Kalau belah dalam, kerusi dia kerusi biasa tapi meja ni jenis meja kayu. Besar pulak tu. Tapi yang aku tak berapa suka dekat bahagian dalam ni, lantai dia melekit dan licin. Kalau makan belah dalam ni, korang kena lapis 2 kerusi untuk elakkan terjatuh kalau gerak-gerakkan kerusi masa makan. Lagi satu, dekat belah dalam kedai ni rasa agak berkepam dan panas so macam tak berapa sesuai kalau ada budak-budak kecil yang tak tahan panas.

Warung Nasi Lemak Cik Chom Batu Bahat Johor
Overall, aku suka makanan yang aku dah cuba dekat sini. Harga berbaloi dengan kuantiti dan rasa makanan. Air gelas besar dia pun harga agak berbaloi dengan saiz gelas. Cumanya aku harap dieorang boleh improve bab lantai licin dan melekit serta suasana panas belah dalam kedai. Nah, kalau korang nak cuba makan dekat sini, aku bagi alamat dan direction guna Google Maps.  

Alamat & nombor telefon:
16, Jalan Kencana 1A/1,Taman Pura Kencana,
83300 Seri Gading, Johor.
012 707 3471

Waktu beroperasi:
Selasa hingga Ahad
(4.30 petang hingga 10.30 malam)

Google Maps:

Travel tips: 
Make sure dalam perjalanan trip korang, ada makanan contohnya roti, biskut dan air dalam bag atau kereta. Just in case korang tak boleh berhenti kereta untuk makan (mungkin sebab jem, sebab tak jumpe kedai makan atau sebagainya) sekurang-kurangnya ada benda untuk  buat alas perut. 

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).



Day 2: Taman Rekreasi Tasik Y, Taman Negara Tanjung Piai, Pantai Mersing dan Azizah Udang Galah Kuala Rompin

$
0
0
Day 2 (Johor): Taman Rekreasi Tasik Y, Taman Negara Tanjung Piai, Pantai Mersing dan Azizah Udang Galah Kuala Rompin | Hari ni aku nak sambung semula cerita pasal 14 Hari Keliling semenanjung Malaysia untuk hari kedua ni.

Taman Negara Tanjung Piai

Pagi-pagi lagi kiteorang dan bersiap-siap untuk check out dari Golden Pearl Hotel (boleh baca review pasal hotel ni dekat SINI). Dalam pukul 9 pagi, kiteorang gerak dari hotel ke Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor. Saja-saja nak tengok tempat tu sambil sarapan dekat kedai yang ada dekat sana. 

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Ahad - 9.00 pagi
Kitaorang breakfast dekat kedai nama Roti Canai. Roti canai diaorang bagi aku agak rare sebab dieorang buat roti canai bawang. Masa nak order tu, Zul cakap lah nak roti telur dua. Pastu akak tu tanya nak bawang sekali? Kiteorang macam 'what?'. Akak tu kena explain pulak dekat kiteorang menu roti canai dieorang ada bawang. So, kiteorang pun buat keputusan satu roti telur ada bawang dan satu lagi roti telur tak ada bawang. Sejujurnya aku cakap, roti telur ada bawang tu lagi sedap daripada roti telur saja. Air pulak kiteorang order milo ais dan teh tarik. Total expenses dekat breakfast RM7.20.

Dekat Taman Tasik Y ni, kiteorang just jalan-jalan dan ambil gambar je selain sarapan. Aneeq seronok main dekat playground tapi ada satu kawasan tu ada patung dinasour besar. Punya lah Aneeq takut sampai tarik kuat seluar aku. Nasib baik tak terlucut. Patung dinasour besar dia takut, patung dinasor kecil rilek je dia main. Kiteorang keluar daripada Taman Tasik Y tu dalam pukul 10 pagi dan gerak menuju ke Tanjung Piai. nanti aku cerita sikit-sikit pasal taman ni dekat entry ni ya - Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor. (link akan diupdate lepas tulis entry)

Taman Negara Tanjung Piai

12.00 tengah hari
Perjalanan daripada Batu Pahat ke Pontian Johor ambil masa dalam sejam 45 minit. kiteorang sampai dekat Tanjung Piai pun dah lebih kurang pukul 12 tengah hari. Fuh, panas lit lit orang cakap. Memang waktu tu matahari terpacak atas kepala. Pada awalnya aku macam rasa bosan je nak masuk dalam ni. Ada ape kan? Tapi dah sampai, masuk je lah. Rupe-rupenya, dalam ni kiteorang lepas dalam 2 jam jugak. Memang best. Nah cerita pasal tempat ni dekat entry - Taman Negara Johor Tanjung Piai Pontian Johor (link akan diupdate lepas tulis entry)

Pantai Mersing

6.30  petang
Dari Tanjung Piai, kiteorang gerak naik ke Pahang. Plannya nak tidur satu malam dekat rumah mak di pekan. Tapi perjalanan agak jauh. dari Tanjung Piai ke Pekan ambil masa nak dekat 5 jam. jadi, half way, kiteorang singgah kejap di Pantai Mersing untuk berehat sambil tengok sunset katanya. Aneeq jumpa pantai dia memang seronok. Tapi kali ni, air tengah surut sangat. kiteorang pergi jugak dekat dengan gigi air. Aneeq seronok berlari-lari, Zul seronok ambil gambar laut. Aku pulak seronok duk record viceo Aneeq main. sekali kelepek, Aneeq terjatuh dalam selut. Menangis-nangis dia. Terus fobia dengan pantai. Kesian. Lepas cuci-cuci badan dan tukar baju Aneeq, kiteorang pun gerak pergi ke Leban Condong untuk rasa makanan sedap yang orang cakap ada dekat Gerai Makan Azizah Udang Galah. Aku ada jugak update pasal Pantai Mersing ni dekat entry baru dekat SINI (link akan diupdate lepas tulis entry)

Gerai Makan Azizah Udang Galah Leban Condong

8.30 malam
Dari Mersing ke Leban Condong ambil masa dalam 2 jam jugak. Sampai-sampai je dekat gerai makan Azizah Udang Galah, terus kiteorang order makanan. Waktu tu orang tak ramai. So, aku order mee udang galah dan Zul pulak order nasi goreng kampung untuk makan dengan Aneeq. Review untuk makanan dekat sini nanti aku update dekat sini - Gerai Makan Azizah Udang Galah. (link akan diupdate lepas tulis entry)

10.30 malam
Perjalanan daripada Leban Condong ke Pekan Pahang ambil masa dalam 2 jam. Kesian Zul, satu hari suntuk die drive. Sampai je dekat rumah mak, kiteorang rehat-rehat sikit dan bersihkan badan dan tidur untuk perjalanan hari esoknya. Tapi masalah nya Aneeq bila dah ramai-ramai orang ni, di atak reti-reti nak tidur pulak. Haih.

Dekat bawah ni route perjalanan aku dari Taman Tasik Rekreasi Y ke Tanjung Piai ke Pantai Mersing ke Gerai Makan Azizah Udang Galah ke Pekan Pahang. Sepanjang perjalanan tak ada tol. Minyak kereta terpaksa topup sebab dah nak habis. 
  
  
Total expenses hari kedua: RM120
- Sarapan di Taman Tasik Rekreasi Y (RM7.20)

- Tiket Taman Negara Johor Tanjung Piai (RM10.00)
- Minyak kereta (RM43.29)
- Makan tengah hari di Sharafath (RM18.50)
- Beli barang (RM10.00)
- Makan malam (RM32)


Travel tip:
Make sure kalau korang ada gadget yang banyak, sila bawa multiple point plug. senang korang nak cas gadget korang in case hotel yang korang duduk tu cuma ada satu plug point.

Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

$
0
0
Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor | Hari kedua road trip 14 hari keliling Semenanjung Malaysia kiteorang bermula dekat Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor. Sebenarnya, nak datang sini, berpusing-pusing jugak mencari sebab tak sure betul ke tak jalannya. Dekat sini kiteorang just datang untuk sarapan dan lepak-lepak sekejap.

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Waktu kiteorang datang ke Taman Rekreasi Tasik Y ni, memang penuh dengan orang. Ada family, ada budak-budak dan ada couple. Dioerang datang untuk beriadah weh beriadah! Taman tu ramai jugak orang datang. Waktu pagi betul dalam pukul 9 pagi.  

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Dekat taman ni kiteorang breakfast dekat gerai nama dia Roti Canai. Straight to the point betul kan. Roti canai dekat sini rasanya unik sikit sebab dieorang ada letak bawang. Sebelum ni aku tak pernah makan roti telur bawang. Dan kalau compare dengan roti telur saja dengan roti telur bawang yang kiteorang makan hari tu, memang roti telur bawang tu rasa lebih sedap.

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Lepas makan, kiteorang jalan-jalan sikit dekat dalam Taman Rekreasi Taman Y tu. Tempatnya besar dan banyak permainan. Ada tasik yang besar jugak, ramai orang berjogging keliling tasik tu.  

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Kemudahan yang ada dekat taman ni okay lah. Siap ada toilet, tempat makan dan playground. Memang sesuai sangat untuk beriadah dengan family atau kawan-kawan. Malang sekali, walapun dekat dalam taman tu ada tanda kawasan larangan merokok, aku still lagi bau rokok yang sangat kuat especially bila lalu depan toilet. Hampeh betul

Satu lagi yang aku kurang berkenan dengan taman ni, ada satu kaki lima nak masuk ke kawasan tempat makan ni, ada longkang besar dan bau nya MasyaAllah, busuk betul. Kesian lah siapa yang dapat kedai dekat-dekat longkang tu. Mesti customer pun tak larat nak bau.

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Taman Rekreasi Tasik Y Batu Pahat Johor

Tapi satu je yang aku impress dengan taman ni. Taman ni penuh dengan orang datang untuk bermain. Kagum serius kagum. Dan taman dia masih banyak pokok-pokok mengelilingi taman. Tempat parking pun banyak dan besar. Patut lah orang seronok datang sini.


Alamat
Taman Rekreasi Tasik Y
Jalan Sejati, Kampung Bahagia, 
83000 Batu Pahat, Johor


Google Map

Travel tips: 
Make sure setiap pagi dalam trip korang tu, breakfast breakfast breakfast. Kalau tak breakfast memang longlai lah korang nak teruskan trip korang tu. 

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).



Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian Johor

$
0
0
Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian Johor | Masa mula-mula sampai dekat sini, aku planning nak masuk sini sekejap je sebab  well. Ape lah sangat nak buat kan. Main point aku cuma nak masuk dalam dan ambil gambar dekat globe penghujung benua Asia tu je. Pastu balik. Teruk kan? Tapi kan, sebenarnya kan, bila dah masuk sini, mesti korang nak stay lama-lama lagi. Tempat ni sebenarnya best.


Ini pintu masuk dekat Taman Negara Johor Tanjung Piai Pontian Johor. Waktu kitoerang sampai dekat sini dah pukul 12 lebih. Panas lit lit woi. Tapi alang-alang dah sampai, tak kan tak nak masuk pulak kan. Pasal parking dekat sini, korang jangan risau. Banyak dan percuma sahaja. Dekat bahagian luar ni ada gerai kecil-kecil yang jual ais krim, buah-buahan dan minuman. Kalau rasa haus, boleh lah singgah beli kejap sebelum masuk ke dalam. 

Ini pulak harga tiket masuk ke Tanjung Piai ni. Untuk bukan warga negara Malaysia pulak harga dia lain sikit. Just make sure sebelum bayar tu, tunjuk IC untuk dapatkan harga warganegara ni. Aneeq masuk free je sebab kecik lagi kan. Ini untungnya kalau anak masih kecil. Kalau bawak ke mana-mana masih percuma masuk.

Sebelum mulakan perjalanan ke dalam hutan bakau ni, kena lah ambil gambar dulu. Kalau ada budak kecik yang aktif, aku sarankan dukung saja lah. Tak payah bagi dieorang jalan sendiri. Sebab jambatan ni kiri kanan dia pasang tiang macam dalam gambar je. Risau jugak kalau terjatuh ke bawah. Waktu berjalan dalam hutan ni, aku rasa macam panas sikit walaupun dah ditutupi oleh hutan. So, better pakai pakaian yang sesuai untuk menyerap peluh kalau nak datang sini okay. 

Dekat sini ada beberapa attraction yang korang boleh tengok. Yang pertamanya mestiah Penghujung Tanah Besar Asia ni kan. Dekat sini ada jugak pelantar memancing dan menara pemerhati. Tinggi tu. Sepanjang perjalanan, korang boleh tengok banyak benda bergerak dekat bawah dalam selut. Banyak siput dan ikan belacak dekat sini.

Ada satu tempat dekat jambatan ni, dia buat tangga turun ke bawah. Nama dia Kawasan Siput Berongan. Dekat sini korang boleh turun ke bawah dan tengok secara dekat siput berongan bergerak-gerak dalam cengkerang dia. Dekat sini Aneeq turun ke bawah sebab nak tengok. Aku pun turunlah sekali dengan dia nak jaga supaya tak jatuh. Tapi entah macam mana, kasut dia terlekat antara papan dekat kawasan siput tu. Dah habis terjerlus dalam selut. Kotor habis kasut dia.

Ini jeti memancing tu. kiteorang tak masuk dekat sini sebab air tengah pasang. Jambatan pun melimpah dengan air. Waktu tu kiteorang pakai kasut. Memang tak nak lah basahkan kasut semata-mata nak pergi ke jeti memancing ni.

Tapi, rupa-rupanya tempat Penghujung Benua Besar Asia tu pun air pasang jugak. Tinggi juga air dia. Bawah lutut sikit. Nak tak nak, kiteorang pun tukar selipar, masukkan kasut dalam beg dan redah air pasang ni ke seberang sana. Nasib baik kiteorang memang bawak selipar. Kalau tak memang tak pergi dah. Lantai jalan waktu memang panas. Nak jejak tapak kaki ke atas lantai memang tak sanggup sebab panas.  

Aneeq bila dah nampak air, seronok sangat. Main je lah kejenya. Dah tak ingat dah semua benda. Sabo je lah.

Ini lah dia globe Taman Negara Johor Tanjung Piai. The Penghujung Selatan tanah Besar Benua Asia. 

Selfie bertiga sikit dekat globe Penghujung Benua Asia ni. Angin dekat sini kuat betul. Tapi panas dia pun panas betul. Better korang bawak topi siap-siap kalau datang ke sini. 

Aneeq, seronok kau kan duduk je dalam tu. Tak dek penat-penat nak berjalan. Huhuhuhu.

Ini pulak dekat Menara Pemerhati. Nak naik ke Menara Pemerhati ni kena naik tangga tinggi dan curam. Bahaya sikit lah. Nak kena fokus betul-betul dekat tangga tu. Kalau nak naik tu aku rasa okay sikit. Bila nak turun, hati ni risau sangat takut jatuh. Nasib baik Zul yang dukung Aneeq waktu tu. 

Dekat bahagian ni, korang boleh duduk lepak sambil tengok Selat Melaka dan Pulau Kerimon, Indonesia. Dekat sini angin dia fuh, kuat gila tapi rasa sedap lah. Tempat teduh, angin kuat. Hilang terus bau-bau masham kiteorang berpeluh berjalan dalam hutan tadi. Tapi, Aneeq still bau masam. Hahahhaha.  

Kecik je tempat ni tapi boleh lah muat dalam 30 orang dalam satu-satu masa. ada bangku yang dibina keliling untuk duduk. Tapi dekat sini tak ada apa sangat yang nak dibuat selain duduk berehat dan tengok pemandangan.  

Sebenarnya, banyak gambar yang aku nak tepek dekat entri ni pasal Tanjung Piai tapi aku malas nak edit dan upload. Tapi, serius aku suka tempat ni. Harga tiket masuk dia dah lah murah. Tempat dia memang berbaloi untuk pergi sambil menikmati keindahan hutan dan laut. Tempat ni aku memang rekemen untuk korang pergi kalau datang ke Pontian Johor. 

Cumanya aku harap, pihak management bolehlah buat maintenance pada jambatan-jambatan papan yang dah rosak tu. Bukan je merosakkan pemandangan tapi jugak membahayakan pengunjung-pengunjung yang datang. Dan yang agak kecewa sikit, ada jalan yang ditutup sebab jambatan papan tu rosak teruk. Isk, aku nak masuk semua tempat tau. Geram pulak rasa.

Sedikit tips sebelum korang datang sini:
1. Tak ada public transport direct ke Tanjuung Piai sebab tempat dia macam ke dalam betul. Better sewa kereta atau book teksi awal-awal kalau tak ada kenderaan.
2. Bawak air botol siap-siap sebab dekat dalam hutan tak ada jual air pape. Jalan pulak jauh.
3. Pakai topi untuk elak kepanasan.
4. Pakai kasut yang sesuai untuk berjalan dan bawak spare selipar untuk masuk ke dalam air in case korang datang waktu air pasang.

Okay lah nah, dekat bawah ni aku tepek sekali alamat dan direction dalam Google maps untuk korang senang cari. 


Alamat & nombor telefon: 
Tanjung Piai National Park, 
Tanjung Piai, 
82030 Pontian, Johor
07 696 9712

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad
(9.00 pagi hingga 5.00 petang)

Google Map


Travel tips: 
Sentiasa bawak kasut dalam beg travel korang. Korang tak tahu betapa pentingnya selipar pada waktu-waktu yang tertentu. Contohnya, macam situasi aku nak meredah air pasang ke Penghujung Benua Besar Asia di atas ni.

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


4 Resepi Snek Mudah Untuk Kanak-Kanak 1 Tahun Ke Atas

$
0
0
4 Resepi Snek Mudah Untuk Kanak-Kanak 1 Tahun Ke Atas. Sejak akhir-akhir ni, Aneeq banyak betul makan. Ikutkan dalam 3 jam sekali, mesti mereyau mencari makanan. Dah macam aku masa pregnant dulu pulak. Dah makan banyak kali, aku pun tak nak lah Aneeq makan benda yang sama je, nanti bosan pulak kan. So, aku ada 4 idea resepi snek yang paling mudah untuk aku buat nak bagi Aneeq makan.


4 Resepi Snek Mudah Untuk Kanak-Kanak 1 Tahun Ke Atas

Kesemua resepi ni aku guna snek buah-buahan dari The Frutzee Family. Aku ada buat review pasal snek buah-buahan The Frutzee Family ni dalam entri sebelum ni. Dalam entri tu aku ada kongsi dengan korang macam mana rasa dia, harga, packaging dan macam-macam lagi. Korang boleh baca dulu pasal produk Frutzee dekat entri The Frutzee Family - Snek Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak. Dekat bawah ni aku kongsikan pulak 4 resepi snek mudah untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas.

1. Frutzee Banana Nutella Sandwich

Resepi Snek Mudah Untuk kanak-kanak - Frutzee Banana Nutella Sandwich

Bahan-bahan:

1 pek Frutzee Crispy Banana
2 keping roti sandwich
Nutella
Resepi Snek Mudah Untuk Kanak-Kanak

Cara-cara:

1. Sapukan Nutella ke atas roti
2. Susun Frutzee Crispy Banana ke atas Nutella dan sedia dimakan



2. Frutzee Strawberry Trifle

Resepi Snek Mudah Untuk Kanak-Kanak

Bahan-bahan:

1 pek Frutzee Crispy Strawberry
1 pek kecil plain yogurt
1 cawan kacang badam yang dihancurkan
Resepi Snek Mudah Untuk Kanak-Kanak

Cara-cara:

1. Letakkan 1 lapisan Frutzee Crispy Straberry ke dalam bekas
2. Letakkan lapisan kedua dengan plain yogurt
3. Letakkan lapisan ketiga dengan kacang badam
4. Ulang sekali lagi dan sedia dimakan 


3. Frutzee Grape Ice Cream

Resepi Snek Mudah Untuk kanak-kanak - Frutzee Grape Ice Cream

Bahan-bahan:

1 pek Frutzee Crispy Grape
1 cawan ais krim vanila

Resepi Snek Mudah Untuk kanak-kanak - Frutzee Grape Ice Cream Cara-cara:

1. Masukkan ais krim vanila ke dalam mangkuk
2. Taburkan Frutzee Crispy Grape ke atas ais krim dan sedia dinikmati!



4. Frutzee Apple Peanutbutter Pancake

Resepi Snek Mudah Untuk kanak-kanak

Bahan-bahan:

1 pek Frutzee Crispy Apple
1 sudu peanut butter
Pancake
Resepi Snek Mudah Untuk kanak-kanak

Cara-cara:

1. Masak pancake
2. Sapukan peanut butter di atas pancake
3. Tabur Frutzee Crispy Apple di atas peanut butter dan sedia dimakan

Nak buat snek untuk kanak-kanak ni senang je. Ambil je bahan-bahan yang dah siap contoh macam snek buah-buahan kering Frutzee tu dan campur-campur, dah jadi snek baru untuk dimakan. Dengan cara ni, kita boleh pelbagaikan menu snek budak-budak dan bantu dieorang makan makanan yang lebih berkhasiat.


Cuba lah buat resepi dekat atas ni. Senang sangat. Tak rugi pun. Lagipun resepi ni mudah sangat-sangat, boleh ajak anak-anak buat sekali. Kita boleh spend quality time dengan dieorang as well. Betul kan? Untuk tahu lebih lanjut pasal produk Frutzee ni, korang boleh LIKE Facebook Nutrio Malaysia.










Shizens Sheer Tint Loose Powder Matte Finish

$
0
0
Shizens Sheer Tint Loose Powder Matte Finish | Lately ni aku berminat sangat nak pakai make up. Tak tahu lah kenapa. Sikit-sikit aku cuba dapatkan barang make up macam lipstick, foundation, face powder dan lipbalm. Baru-baru ni aku ada order Sheer Tint loose Powder Matte Finish daripada Shizens dan bedak ni best sangat. Serius aku suka.

Sebelum ni, sejujurnya aku just pakai bedak muka dalam botol je. Dari diploma sampai dah beranak ni still lagi pakai bedak dalam botol. Sebab tu aku nak buat kelainan sikit, nak cuba Sheer Tint Loose Powder Matte Finish Shizens ni.


Shizens Sheer Tint Loose Powder Matt Finish

Masa mula-mula dapat parcel ni, aku rasa Shizens ni buat kerja bagus betul. Die punya bubble wrap tu, punyalah susah aku nak bukak. Ye la, dieorang lilit banyak kali sebab takut barang yang aku beli tu pecah. Lepas dah boleh bukak bubble wrap tu, aku rasa suka sangat. Packaging Shizens ni cantik siap beriben lagi. Rasa macam ada orang bagi hadiah je pada aku. 


Shizens Sheer Tint Loose Powder Matt Finish
See, Aneeq pun beria sangat nak kotak ni, Tapi of course aku tak bagi sebab kotak dia cantik. Hehehhe.


Shizens Sheer Tint Loose Powder Matt Finish

Disebabkan kalau aku keluar berjalan-jalan, muka aku akan nampak berminyak dekat bahagian hidung dan dahi. Nanti nampak bersinar-sinar. Tapi, bila pakai Sheer Tint Loose Powder Matte Finish ni, kalau berjalan lama dekat luar pun tak berapa risau sangat sebab dah kurang nampak berminyak. Just in case kalau aku keluar lama sangat dan muka mula berminyak semula, aku akan re-apply powder ni pada bahagian yang nampak berminyak tu. Dah setel.


Shizens Sheer Tint Loose Powder Matt Finish

Aku paling suka pasal Sheer Tint Loose Powder Matte Finish sebab dia sertakan sekali dengan berus kabuki yang besar ni. Bila sapu dekat muka, coverage dia memang besar. Lagipun berus dia lembut je bila sapu pada muka. Bila apply powder ni guna berus kabuki tu, rasa lebih sekata dan muka tak nampak bercapuk dengan bedak.

Sheer Tint Loose Powder Matte Finish
Harga: RM179.00
Saiz: 13g

Aku ada RM50 voucher code kalau korang nak beli barang make up dekat Shizens ni. Korang just perlu pergi ke website www.shizens.com dan apply voucher code dekat bawah ni masa nak buat payment. Banyak lagi barang-barang make dan penjagaan kecantikan yang ada dekat situ yang korang boleh pilih. Minimum pembelian adalah RM200.


>>ESHIZENS16<<

Happy shopping guys!

Singgah Berehat Di Pantai Mersing Johor

$
0
0
Singgah Berehat Di Pantai Mersing Johor | Dari Taman Negara Tanjung Piai menuju ke Pekan, kiteorang singgah sekejap di Pantai Mersing untuk berehat. Lagipun perjalanan ambil masa lama sangat, Aneeq pun dah mula bosan dan mengamuk dalam kereta. Kiteorang pun singah sekejap di pantai area Mersing. 

Pantai Mersing Johor

Sebenarnya dekat Mersing ni, aku tak tahu pantai mana yang cantik. So, kiteorang pakai redah je singgah memana. Kiteorang singah dekat satu port pantai yang air laut dia memang jauh sangat. Waktu tu air tengah surut. Memang tak berapa syok lah nak main cicah kaki dalam gigi air.

Pantai Mersing Johor

Ini muka Aneeq waktu dia excited nak pergi tengok air. Awal-awal ni memang dia excited. Berlari sana-sini. Nampak tak gigi air dekat belakang tu sampai mana. Jauh kan. Ini pun kiteorang dah jalan separuh daripada tempat kiteorang parking kereta.

Pantai Mersing Johor

Aneeq jenis menyibuk je bila orang nak tangkap gambar, dia posing dulu depan kamera lepas tu semangat nak tengok hasil gambar.

Pantai Mersing Johor

Disebabkan air surut, kiteorang berjalan jauh nun di sana ke gigi air. Jauh sangat jalan. Aneq tengah seronok-seronok berlari sampai satu masa dia tiba-tiba terjatuh sebab berlari dekat bahagian berselut dan berlecak. Kaki dia pun terlekat dalam selut dan tak boleh nak bawak keluar. Apa lagi, meraung-raung lah dia. Aku nak tarik kaki dia keluar pun susah sebab kasut dia terlekat dalam selut tu.

Start daripada masa jatuh dan terlekat kasut dalam selut tu, terus Aneeq fobia nak main air pantai. Sebelum ni dia memang suka main air pantai.  
Pantai Mersing Johor 
Muka bahagia Aneeq lepas dah cuci badan dan tukar baju bersih. Dah tak menangis dah. Tak apalah, at least ada pengalaman dan cerita-cerita yang kelakar Mak boleh cerita balik dekat Aneeq bila Aneeq dah besar nanti kan. 


Nah, belanja video Aneeq lepas jatuh dalam selut. Punya lah dia geli dengan selut tu. Kiteorang pulak tak nak angkat dia sebab dia kotor. Hahahhaa. 

Pantai Mersing Johor

Sunset di Mersing. Planning nya konon nak ambil gambar sunset dekat pantai secara time lapse dekat Mersing ni. Rupe-rupenye sunset tak kena dekat pantai. Hahahha. So, ambil je lah gambar sunset dekat kereta.

Dalam pukul 7.30 malam macam tu, kiteorang pun gerak menuju ke Pekan. Tapi sebelum sampai ke Pekan, kiteorang ada singgah satu kedai makna yang best dekat Leban Condong. Next entry aku akan update pasal kedai makan sedap dekat Leban Condong tu.

Travel tips: 
Kalau korang travel bawak budak-budak, setiap 2 jam perjalanan dalam kereta tu, berhenti lah sekejap untuk keluar dari kereta. Budak-budak mana tahan duduk lama-lama dalam kereta. nanti dieorang mengamuk.

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Tempat Makan Best Rompin - Gerai Makan Azizah Udang Galah

$
0
0
Tempat Makan Best Rompin - Gerai Makan Azizah Udang Galah | Lepas dari singgah di Mersing, waktu tu dah Maghrib. Perut pun dah lapar tapi nak jugak merasa makanan yang orang kata sedap dekat Rompin ni iaitu Gerai Makan Azizah Udang Galah.

Gerai Makan Azizah Udang Galah
Ni dia Mee Udang Azizah. Harga sebenarnya aku tak tahu tapi total up semua makanan dan air yang kiteorang makan hari tu RM28. So far, ini mee udang yang paling sedap aku pernah makan. Mee dia mee kuning biasa saja tapi yang powernya tu kuah mee udang dia. Serius memang sedap. Aku hirup kuah sampai habis tau. Udang dalam ni boleh tahan besar, ada 4 ekor. Ada telur mata sebiji dia letak dalam ni. Makan panas-panas memang meletup.

Gerai Makan Azizah Udang Galah
Zul pulak order Nasi Goreng Kampung dengan Sotong Celup Tepung. Makan share dengan Aneeq. Aku tak rasa pulak nasi goreng dia tapi sotong celup tepung dia okay lah. biasa-biasa je. Portion nasi dia banyak.  

Gerai Makan Azizah Udang Galah
Inilah rupanya tempat makan di Rompin yang sedap tu. To be specific dekat Leban Condong. Kedai dia kedai biasa ja tapi makanan boleh tahan sedap. Kalau korang datang ke Rompin, ni salah satu tempat makan di Rompin yang korang wajib terjah.
 
Alamat & nombor telefon:
No.2 KG Leban Chondong 
26810 Kuala Rompin 
Pahang
013-911 9805

Google Maps
Dekat Google Maps tak ada direction direct ke Gerai Makan Azizah Udang Galah. Yang aku share ni Gerai Makan Mak Ngah Udang Galah Sepit Biru. Tak sure kedai yang sama ke tak. Tapi area dia lebih kurang dekat-dekat situ lah. Kalau korang pergi, korang tengok papan tanda nama Gerai Makan Azizah Udang Galah besar-besar atas kedai tu, ha betul lah tu.

Travel tips: 

Kalau nak order makanan seafood ni, sebelum order korang tanya lah dulu harga macam mana. Karang order sakan, tiba-tiba kena bayar harga mahal, jangan nak viral dalam Facebook pulak tau. Kehekehekehe.

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


3 Juara Kategori Rock 16 Oktober 2016

$
0
0
Semalam satu program baru realiti di TV3 dah mula pun iaitu 3 Juara. Aku tak ada lah berminat sangat nak tengok tapi Zul kata nak tengok sebab semalam kategori rock. Entah lah, Zul tu memang suka rock rock ni nak nak lagi rock kapak zaman dulu-dulu punya. Aku pun tengok je lah kejap.

3 Juara TV3

Program 3 juara ni mulanya pada semalam 16 Oktober di TV3 setiap hari Ahad, pukul 9 malam. So, semalam ni first episod lah kiranya. Aku sempat tengok 5 orang je yang buat persembahan sebab nak pksa Aneeq tidur. Haahahha.

Peserta-Peserta 3 Juara Kategori Rock

  • Kudien
  • Rahra
  • Aril
  • Kelvin
  • Ayien
  • Arull
  • Eva Maria
  • Indra


3 Juara Kategori Rock

Yang terpilih untuk mara ke depan adalah Kudien, Aril, Ayien, Arull, Eva Maria dan Indra. Rahra dan Kelvin tak lepas. Tapi, pada pendapat aku memang Rahra dan Kelvin tak perform well hari semalam. Suara Rahra macam tak menonjol ke'rock'an nya dan Kelvin pulak, dia nampak macam tak enjoy dan control sangat masa perform.

Kudien punya suara memang rock habis. Serak-serak basah cumanya suara dia suara rock biasa, tak ada beza dengan suara-suara yang dah ada dalam industri rock Malaysia. Aril pulak, disebabkan dia muda, nampak sesuai lah dia bawak lagu rock modern tu. Dan boleh nampak dia memang enjoy masa perform lagu yang dia bawak tu. Pandai dia guna keseluruhan pentas. Ayien punya suara pun ok, sedap. Cuma gaya rock yang dia cuba buat atas pentas tu agak awkward bagi aku. Nampak tak natural.

Arull, Eva maria dan Indra pulak, aku tak sempat nak tengok. Hari ni try cari dekat Youtube dan website TV3 pun tak ada orang yang up kan lagi video dieorang menyanyi. So, aku pun tak boleh komen pasal dieorang punya nyanyian dan style.   

Korang ada tengok jugak ke 3 Juara ni? Apa komen korang? 

Senarai Drama Melayu Popular Oktober 2016

$
0
0
Senarai Drama Melayu Popular Oktober 2016 | Banyak betul drama-drama Melayu yang bersiaran sekarang ni kan. Dari TV percuma ke Astro, semua ada cerita yang agak best untuk tengok. Aku selalu je nampak kawan-kawan dalam Facebook asyik duk update status pasal drama-drama Melayu ni. aku teringin jugak nak tengok tapi kadang-kadang tu tak cukup masa dan lost. So, aku pun tanya lah diaorang drama apa yang ada sekarang ni. Tanya punya tanya, nah. Senarai Drama Melayu Popular Oktober 2016.

Senarai Drama Melayu Popular Oktober 2016


Lara Aisyah

Lara Aisyah (Astro)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Lara Aisyah ni - Fasha Sandha, Nazim Othman, Shah Jazle dan Jasmin Hamid.
Tayangan:
Setiap hari Isnin sampai Jumaat, pukul 6 petang, Astro Prima (105) dan Astro Maya (135)
Sinopsis:
Cerita Lara Aisyah ni fokus pada dua orang wanita - Aisyah yang tengha berjuang untuk selamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan Zurin - seorang bekas banduan yang tengah mencari anak kandungnya yang dah hilang. Zurin tu dipenjarakan dekat luar negara sebab kesalahan yang bukan dia buat pun dan semua tu dirancang oleh mak mentua dia. Bila dah dibebaskan, baru Zurin tahu yang anak dia kena culik masa kecil dan still hidup. So, Zurin pun plan untuk balas dendam. Aisyah pulak dia ni dibesarkan oleh muiz dalam keadaan yang serba kekurangan. Dia kerja dekat pasar malam dan orangnya keras hati. Bila Aisyah tau pasar tu akan diambil alih, dia pun bergaduh dengan anak Datuk Alif (pemilik premis). Gaduh punya gaduh, Aisyah terjumpa dengan Iskandar, waris keluarga mentua Zurin. Bercintalah si Aisyah dengan Iskandar. Family iskandar pulak nak kahwinkan Iskandar dengan Felisha sampai sanggup buat jahat dekat Aisyah.

Suri Hati Mr Pilot (Astro)

Suri Hati Mr Pilot (Astro)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Suri Hati Mr Pilot ni - Fattah Amin, Neelofa, Nina Juren dan Ben Amir.
Tayangan:
Setiap hari Isnin sampai Khamis, pukul 10 malam, Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (125)
Sinopsis:
Bila Ejaz dan Warda bertemu, kisah dua tahun lepas pun mula terungkit semula. Warda pernah dibuang keluarga sebab terlalu taksub dengan cinta muslim. Ejaz yang rasa cemburu bila Daniel dan Razif pun suka jugak pada Warda, terus melamar Warda jadi isteri. Bila berkahwin, barulah cinta mula terbit dari hati masing-masing. Tapi tengah-tengah hangat bercinta, Muslim datang balik untuk kacau Warda, Inara pun datang mengacau. Hubungan dieorang mulai retak sampai satu ketika Ejaz ditimpa kemalangan yang menyebabkan semua impian Ejaz pada cintanya terhadap Warda dan dunia penerbangan hancur. 

Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata (TV1)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Pergilah Air Mata ni - Kamal Adli, Amar Asyraf, Nelydia Senrose dan Izreen Azminda.
Tayangan:
Setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.05 malam, TV1
Sinopsis:
Kisahnya bermula dengan Sabrina, seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi . Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya. Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. 

Hero

Hero (TV2)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Hero ni - Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Rusdi Ramli dan Fezrul Khan.
Tayangan:
Setiap hari Isnin, pukul 9 malam, TV2
Sinopsis:
Mengisahkan ahli bomba dan penyelamat Khalid dan Zaki merupakan sahabat baik dan mereka merupakan ahli bomba yang sentiasa berdedikasi dalam tugas. Walau bagaimanapun, suatu kecelakaan telah terjadi apabila Zaki telah terkorban semasa menyelamatkan Khalid sewaktu kejadian kebakaran di sebuah apartmen 20 tingkat di ibukota. Khalid tidak dapat menerima kenyataan dan sering menyalahkan dirinya diatas kecelakaan yang terjadi. Cabaran diterima pasukan bomba yang menerima panggilan 'prank' dibuat oleh pemanggil yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk mencabar tugas pasukan bomba. Pasukan yang diketuai oleh Zarul dan Khalid diarahkan untuk pergi ke lokasi yang dilaporkan mengalami kebakaran yang mana jarak diantara dua lokasi tersebuat agak berjauhan. Lokasi yang ditugaskan kepada Khalid tidak mempunyai sebarang insiden kebakaran manakala lokasi Zarul mengalami kebakaran yang besar sehingga memerlukan bantuan khas. 

Patahnya Sebelah Sayap

Patahnya Sebelah Sayap (TV3)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Patahnya Sebelah Sayap ni - Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue islam dan Wawa Zainal.
Tayangan:
Setiap hari Isnin sampai Rabu, pukul 10 malam, TV3
Sinopsis:
Mengisahkan Alisha dan Amzar. Pada awalnya hubungan mereka amat baik kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar  dan Amzar juga melamar Alisha. Dalam perjalanan pulang, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar. Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi, suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Cinta Masam Manis

Cinta Masam Manis (TV3)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Cinta Masam Manis ni - Zamarul Hisham, Izara Aisyah, Raja Ilya dan Shah Jaszle.
Tayangan:
Setiap hari Isnin sampai Khamis, pukul 6.58 petang, TV3
Sinopsis:

Mengisahkan cinta antara seorang duda berusia 40-an bernama Johan dan Sarah yang baru mencecah usia 20 tahun. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi untuk mengukuhkan percintaan mereka berdua. Johan ialah seorang ahli perniagaan yang sudah bercerai dengan isterinya pada tiga tahun lepas. Suatu hari Johan terbuka untuk menerima wanita dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Sarah. Sarah diperkenalkan kepada anak-anak Johan dan mereka memberikan reaksi yang berbeza terhadap Sarah. Anak sulung Johan, Hanna, membantah hubungan mereka kerana jarak usia Sarah dan Hanna hanya beza dua tahun. Sebaliknya, Hanis gembira buat ayahnya kerana merasakan sudah tiba masanya untuk ayahnya mencari teman hidup baru.

Samudera Rindu

Samudera Rindu (TV9)

Pelakon:
Antara pelakon yang ada dalam drama Melayu Samudera Rindu ni - Azhan Rani, Dynas Mokhtat, Eyra Hazali dan Watie Sadali.
Tayangan:
Setiap hari Selasa sampai Ahad, pukul 8.30 malam, TV3 dan TV9
Sinopsis:
Mengisahkan hubungan Atirah dengan ibunya, Nadia yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Zainal, ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah. Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakan seperti Atirah. Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital. Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril. Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi.


Itu antara drama-drama Melayu yang kawan-kawan dalam Facebook aku ada bagitau. Dalam senarai ni, aku cuma pernah tengok Patahnya Sebelah Sayap, Cinta Masam Manis. Itu pun tak follow sangat sebab tak sempat nak tengok. Tapi bagi korang yang nak tengok drama-drama Melayu ni secara online, boleh tengok dekat SINI.


Day 3: Sungai Lembing, Cherating, Ranting Hotel dan Restoran Makanan Laut Intan

$
0
0
Day 3 (Pahang) : Sungai Lembing, Cherating, Ranting Hotel dan Restoran Makanan Laut Intan | Hari ketiga trip 14 hari keliling Semenanjung Malaysia ni kiteorang jalan-jalan dalam Pahang. 


Isnin 1.00 petang
Disebabkan hari tu kiteorang singgah tidur rumah mak, memang lambat lah gerak ke destinasi seterusnya. kiteorang sampai di Sungai Lembing pun dah pukul 1 lebih. Bila dah duduk rumah family kan, susah betul nak gerak awal. Hahahhaa. Ada je mak nak masak bagi kiteorang makan.


Terowong Sungai Lembing

Sampai je dekat Sungai Lembing, kiteorang berhenti makan dulu. makanan disponsor oleh Mak. Kan dah kata, mak aku memang suka bekalkan kiteorang dengan makanan. Anak-anak balik je, penuh makanan atas meja. ni nak pergi travel pun, mak sempat bekalkan lunch untuk kiteorang. Kali ni, Angah ikut kiteorang sekali jalan-jalan dalam Pahang ni. Kiteorang berhenti dekat area tempat rehat dekat Sungai Lembing ni. Adalah beberapa kedai makan dekat situ. kiteorang just beli air je. Lepas makan, baru kiteorang gerak pergi ke Terowong Sungai Lembing. Aku ada buat satu entry khas untuk itu dekat sini - Terowong Sungai Lembing. (Link akan diupdate lepas aku buat entry).

Lama jugak lah kiteorang dekat Sungai Lembing tu. Dalam pukul 3.30 petang kiteorang mula gerak pergi ke Cherating untuk tidur satu malam.   


Ranting Beach Resort Cherating Pahang
5.30 petang
Perjalanan dari sungai Leming ke Cherating ambil masa dalam sejam lebih jugak. Bila sampai je dekat Cherating, hujan selebat-lebatnya sampai kiteorang tak boleh nak turun dari kereta untuk ke hotel. Hotel pun tak pilih lagi waktu tu. So, kiteorang just parking kereta dekat tempat park kereta dan google untuk cari hotel. Then, kiteorang decide untuk duduk dekat Ranting Beach Resort. Lepas hujan agak-agak reda sikit, baru kiteorang turun dari kereta dan check in. Review untuk hotel tu aku ada tulis dekat sini Ranting Beach Resort Cherating Pahang. (Link akan diupdate lepas aku buat entry)

Pantai Cherating

Lepas check in dan rehat kejap, kiteorang pergi jalan-jalan tepi pantai. Kiteorang duduk situ sampai sunset dan malam gelap. Serius cantik betul sunset dekat Cherating ni. Bila dah betul-betul gelap, baru kiteorang naik semula ke hotel dan mandi, siap-siap untuk pergi makan.

Restoren Makanan Laut Intan Cherating

8.30 malam
Untuk makan malam, kiteorang pilih Restoren Makanan Laut Intan. Letaknya dekat jugak dengan hotel yang kiteorang duduk tu. Kalau drive dalam 4 5 minit je. Restoran tu betul-betul letak tepi pantai. Apa yang kiteorang order hari tu untuk dinner - nasi putih 3 pingan, sotong celup tepung, sayur campur, siakap tiga rasa dan air 3 gelas. Total dia paling mahal setakat yang aku pergi makan seafood dalam trip ni RM79.50. Fuh! 

Dah lepas makan, kiteorang pun balik dan rehat dalam hotel. Besoknya nak main pantai lagi :D  

Dekat bawah ni, aku tunjuk perjalanan aku daripada Pekan Pahang ke Sungai Lembing dan akhir sekali di Cherating. Dalam perjalanan ni ada satu kali kiteorang masuk tol tapi sekejap je lah. Trip kali ni kiteorang pergi berempat termasuk Angah aku. Sebenarnya aku nak bawak Mak dan Apak aku sekali, tapi last minit dieorang tak jadi ikut. Mak sayang kucing, takut tinggal lama-lama. Hahahaha, adui.   


Total expenses hari ketiga: RM378.65
- Air Lunch (RM5.00)
- Tiket Terowong Sungai Lembing (RM47.70)
- Tol (RM1.70)
- Minyak kereta (RM44.75)
- Hotel (RM200)
- Dinner (RM79.50)


Travel tip:
Make sure sebelum pergi travel ke mana-mana, tengok lah jugak weather forecast. Mana tau kot kot korang nak planning panjat bukit tiba-tiba hari yang korang planning tu hujan lebat tak nak berhenti. Rugi. 

Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).




Terowong Sungai Lembing Tai Pei Tong, Kuantan Pahang

$
0
0
Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing Tai Pei Tong | Waktu planning nak buat 14 Hari Trip Keliling Semenanjung Malaysia ni, banyak tempat dekat Pahang yang aku nak pergi. Tapi, disebabkan kesuntukan masa, aku plan untuk pergi ke Sungai Lembing je. Dari Pekan aku bertolak ke Sungai Lembing dan sampai dalam pukul 1 lebih.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Masuk je dalam bandar Sungai Lembing, aku tengok kiri kanan dia banyak bangunan-bangunan lama. Jujur aku cakap, sebenarnya aku suka tempat yang macam ni, yang ada bangunan-bangunan lama. Nampak cantik dan klasik sangat. Yang buat bertambah klasik nya Sungai Lembing ni, dekat tengah-tengah jalan raya, ada beberapa batang pokok besar gedabak macam dalam gambar dekat atas ni. Kalau korang datang dan tengok sendiri dekat Sungai lembing, mesti lagi cantik. Pokok dia besar gilaaaa. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Disebabkan perut dah lapar, kiteorang singgah tempat rehat Sungai Lembing ni untuk makan. Dekat sini ada beberapa kedai makan yang bukak. Tapi Mak dah siap-siap tapaukan kiteorang dengan nasi putih, ayam masak merah dan daging bakar dari rumah. Hohohoho, jimat duit makan. Terima kasih mak. Mak mak memang macam tu kan? Asal balik je, mesti masak banyak-banyak siap suruh tapau lagi.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Bila dah kenyang, kiteorang pun duk tengok-tengok apa nak buat dekat Sungai Lembing nya. Planning asal nak pergi Air terjun Pelangi dekat Sungai Lembing tapi mengenangkan kena jalan jauh masuk hutan, panjat bukit dengan nak bawak Aneeq ni, hmmm. Nanti-nanti lah kot. Stamina aku pun tak berapa kuat nak buat benda-benda macam tu. Depan tempat rehat tu ada macam bangunan besar. Kiteorang nampak ada shuttle bus yang boleh bawak korang keliling satu bandar Sungai Lembing tu. So, kiteorang pun pergi lah masuk ke bangunan tu untuk tanya pasal shuttle bus tu. 

Akak tu duk explain-explain, dia kata shuttle bus tu akan bawak kiteorang keliling satu Sungai Lembing ni dengan harga RM23.85 untuk dewasa dan RM12.40 untuk kanak-kanak. Kiteorang duk compare compare harga, kalau pergi sendiri sebenarnya lagi murah. So, kiteorang prefer bawak kereta sendiri jelajah Sungai Lembing ni.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Tempat yang kiteorang pergi dekat Sungai lembing ni adalah Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing Tai Pei Tong.  Kalau korang duduk dekat bawah pintu gerbang ni, nanti korang akan dengar ada lagu nyanyi pasal Tai pei Tong ni.  

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Dekat atas ni aku share dengan korang harga tiket nak masuk ke dalam Sungai Lembing Mines ni. Bagi aku kalau harga ni dia kurangkan jadi RM10 lebih berbaloi kot. Hahahhaha bahasa kedekut punya orang kan aku ni.  

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ini train yang akan bawak kiteorang masuk suku perjalanan ke dalam lombong bijih timah ni. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Tempat duduk dia muat lah 2 orang duduk dalam satu tong tu. Train ni sebenarnya train yang bawak pelombong-pelombong masuk ke dalam lombong untuk buat kerja.  

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ini pintu masuk ke dalam lombong Sungai Lembing. Masa mula-mula train ni nak bergerak, bunyi agak bising. Aneeq pun macam terperanjat jugak. Tapi lama-lama dia okay je. Sekejap je naik train ni. Tak sampai suku perjalanan dalam lombong ni pun. Dia saja nak bagi pengalaman pada kita masuk lombong naik train ni. Lepas tu, kita kena jalan sendiri masuk dalam lombong. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ini salah satu kawasan dalam lombong. Aku rasa ni kawasan lombong yang paling besar yang dieorang bagi kita masuk untuk tengok. Ada air menitik-nitik dari bumbung. Tempat ni berpagar mungkin tak nak bagi orang masuk sampai ke hujung belakang sana.

Ada satu lagi kawasan yang mana korang kena naik atas ikut tangga sebab train dia dah rosak. Dekat atas tu, kiteorang gilir-gilir naik sebab tak nak dukung Aneeq naik sebab rasa bahaya. Tangga dia terlalu kecil dan tinggi dan gelap. So, gilir-gilir naik. Waktu aku naik tu, aku sorang-sorang tak ada orang lain. Seram jugak rasa macam ada orang yang tengah perhatikan aku. Dekat kawasan tu pulak ada beberapa patung pelombong, lagi tambah lah seram aku. Aku duduk tak lama pun bahagian tu, terus turun bawah sebab rasa seram. 

Waktu berjalan dalam lombong tu, makin dalam rasa makin tertekan sebab udara makin kurang. Nafas pun rasa macam lebih laju. Selalu jugak aku kena check Aneeq takut dia rasa tak selesa atau tak dapat nak bernafas dengan elok. Tapi, aku tengok dia okay je. Aku panggil, dia pun sahut baik. So, tak ada lah aku risau sangat.

Kalau korang berjalan dalam lombong tu nanti, korang kena berhati-hati sikit dan better pakai kasut bertutup sebab jalan dia tak ada lah stabil sangat. Batu sana sini. Tapi, jangan risau sunyi ke apa sebab diaorang ada pasang radio sepanjang dalam lombong tu. Bumbung lombong ni ada yang rendah ada yang tinggi. So, bagi yang tinggi lampai tu berhati-hati sikit lah.

Sepanjang perjalanan dalam lombong tu ada beberapa booth interactive yang korang boleh cuba (walaupun semuanya rosak waktu aku pergi hari tu). Dan ada jugak beberapa patung pelombong yang ada dalam lombong. Jangan terkejut pulak.  

Dalam lombong ni, awal-awal masuk tu rasa sedap sangat. Angin sejuk bertiup. Kuat jugak angin dia. Tak tahu lah dari mana masuknya angin tu. Tapi semakin korang ke dalam, semakin kurang angin dan semakin panas korang rasa. Aku ni dah lah dukung Aneeq, berpeluh jugak lah rasanya. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ini pulak pintu keluar lombong. Happynya dapat keluar ni bukan main sebab dah tak larat nak dukung Aneeq yang dah makin berat ni. Waktu nak keluar ni angin dia pun sedap je.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Selfie sikit dekat pintu keluar Lombong Bijih Timah Sungai Lembing ni. Bagi aku, Lombong Bijih Timah Sungai Lembing ni merupakan salah satu tempat menarik di Pahang yang korang kena cuba. Mungkin nampak tak menarik bagi korang, tapi belum pergi belum tahu betul tak. Macam aku jugak, masa awal-awal nak masuk tu rasa, what? Berbaloi ke pergi sini? Best ke? Serius tempat ni menarik sebenarnya. 

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Dekat bahagian luar lombong ada replika kereta api tangan ni. Boleh je bergerak kalau korang rajin nak kayuh guna tangan. Tapi aku tak larat kayuh sorang-sorang. Dia kena kayuh berdua.  

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Ada satu tempat yang sangat cantik kalau korang nak ambil gambar dekat area lombong ni. Lepas keluar dari lombong ni, jalan ke depan sikit, korang akan nampak tangga naik ke atas bukit. Ha, dekat situ, korang boleh dapat gambar yang cantik macam dekat atas ni.

Tempat Menarik Di Pahang Terowong Sungai Lembing
Bahagian luar lombong ni panas sangat kalau korang datang waktu-waktu petang. So, better korang bawak topi sekali. Overall, aku suka sangat tempat ni. Memang salah satu tempat menarik di Pahang korang patut pergi. Tapi aku lagi suka kalau harga tiket dia boleh kurangkan sikit. Baru betul-betul berbaloi dan dapat attract lebih ramai pengunjung.  

Sedikit tips sebelum korang datang sini:
1. Orang yang sakit tak boleh masuk untuk keselamatan
2. Perempuan yang hamil dan bayi tak digalakkan masuk
3. Simpan semua cermin mata atau barang yang senang hilang elok-elok
4. Tak boleh merokok, minum atau makan dalam lombong
5. Tak boleh bawak binatang peliharaan
6. Sila pakai kasut sukan atau kasut bertutup yang selesa
7. Tak boleh minum alkohol atau ambil dadah

Nah, kalau korang nak pergi jugak ke sini, aku ada sertakan sekali alamat dan direction dalam Google Maps. Have fun!

Alamat & nombor telefon: 
Lombong Bijih Timah Bawah Tanah sungai Lembing,
26200 Sungai Lembing, Pahang

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad
(9 pagi hingga 6 petang)

Google Map

Travel tips: 
Sebelum pergi sesuatu tempat nak korang nak lawati tu, check dulu maklumat berkenaan dengan tempat tu. Tengok maklumat pasal harga tiket, tengok pasal bila waktu operasi dia dan tengok mungkin ada age limit atau height limit supaya nanti bila dah sampai tempat tu, tak lah tiba-tiba tak boleh masuk sebab dah tutup ke apa ke.

Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

$
0
0
Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life | Sebelum ni kalau nak consume sarang burung, biasanya kita buat macam sup ataupun yang dijual pun jenis pati sarang burung yang pekat kan. Sekarang ni dah ada minuman sarang burung halal dalam botol. Senang nak minum, halal dan paling bestnya, rasa dia sedap.

Minuman Sarang Burung Halal

Minuman Sarang Burung Halal Dan Kolagen The Joy Of Life

Minuman Sarang Burung dan Kolagen The Joy Of Life ini adalah minuman kesihatan yang mengandungi khasiat dan kelebihan sarang burung serta kolagen. Terdapat 5 variasi miniman ini iaitu Original, Laici, Longan, Aloe Vera dan Kurma Merah. Kesemua variasi ini datang dalam saiz 250ml. Dalam minuman ini tak ada bahan pengawet dan bahan pewarna yang dicampurkan. Dan disebabkan produk ini dihasilkan daripada bahan semula jadi, kemungkinan akan ada pemendapan dan warna serta rasa dia akan berubah dari satu botol ke botol yang lain. 

5 Variasi Minuman Sarang Burung Halal Dan Kolagen The Joy Of Life

5 variasi Minuman Sarang Burung Halal The Joy Of Life:

Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

Minuman Sarang Burung Original

Dalam minuman kesihatan ini mengandungi kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

Minuman Sarang Burung Laici

Dalam minuman kesihatan ini mengandungi laici, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

Minuman Sarang Burung Longan

Dalam minuman kesihatan ini mengandungi longan, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan. 

Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

Minuman Sarang Burung Aloe Vera

Dalam minuman kesihatan ini mengandungi aloe vera, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life

Minuman Sarang Burung Kurma Merah

Dalam minuman kesihatan ini mengandungi kurma merah, kolagen, sarang burung, gula batu dan stabilizer yang dibenarkan.

Minuman sarang burung ini sesuai untuk semua golongan usia tak kisah yang muda remaja ataupun yang tua. Tapi untuk budak-budak bawah 2 tahun tu kurang sesuai lah sikit. 

Aku pun dah cuba beberapa variasi. Ada yang manis, ada yang rasa agak kuat, ada yang agak tawar dan ada jugak yang rasa biasa-biasa. Korang jangan risau untuk minum minuman sarang burung ni sebab rasa dia lebih kurang macam teh kundur atau teh bunga saja. 

Yang penting, korang kena ingat untuk simpan minuman sarang burung halal ini di tempat sejuk dan kering. Pastikan korang simpan dalam peti ais bila dah bukak dan habiskan dalam masa 24 jam supaya kualitinya terjamin.   

Minuman Sarang Burung Halal - The Joy Of Life
Kredit gambar: Afzal SukaSuki

Korang boleh dapatkan minuman sarang burung ini di 7Eleven buat masa sekarang dan akan datang di hypermarket dan farmasi-farmasi terdekat korang. Untuk maklumat lanjut lagi pasal minuman sarang burung dan kolagen halal daripada The Joy Of Life ni, korang boleh tengok website dan Facebook dieorang.



Perbentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia

$
0
0
Perbentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia | Mesti semua orang tertunggu-tunggu nak tengok perbentangan bajet 2017 kali ini kan. Aku pun nak tahu apa lah bajet tahun depan ni. 


Perbentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia

PM, Dato Sri Mohd Najib akan membentangkan Bajet 2017 dekat Dewan Rakyat Parlimen pada hari Jumaat, 21 Oktober 2016 (hari ni). Bajet 2017 kali ini lebih fokus pada memperkukuhkan pertumbuhan, memperluaskan keterangkuman dan memastikan kemapanan fiskal. Tema Bajet 2017 ni "Mensejahterakan Kehidupan Rakyat" (I wish)

Siaran langsung atau live streaming Perbentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia ni boleh ditonton secra langsung di seluruh stesen penyiaran awam dan berbayar. Siaran langsung perbentangan ni akan bermula pada pukul 3 petang. 

Perbentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia

Tarikh: 21 Oktober 2017
Masa: 4 petang (siaran langsung bermula 3 petang)
Tempat: Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
Siaran Langsung: TV1, TV9 dan TV3 
Livestreaming: Facebook Page Najib

Apa yang harapkan daripada Bajet 2017 ni adalah bebanan kos sara hidup yang lebih bagus daripada tahun sebelum ni. Harap-harap Bajet 2017 ni boleh ringankan sikit beban yang terpaksa ditanggung rakyat Malaysia nak nak lagi dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tak berapa nak menentu sekarang ni. 

Nanti lepas dieorang keluarkan bajet 2017 lepas perbentangan ni, aku akan share dengan korang semua. 

Apa yang korang harapkan dalam Perbentangan Bajet 2017 Belanjawan Malaysia  kali ini?

3 Juara Kategori Balada 23 Oktober 2016

$
0
0
3 Juara Kategori Balada 23 Oktober 2016 | Kalau minggu lepas, 3 Juara buat untuk cari 6 peserta terbaik untuk kategori Rock. Minggu ni, dieorang fokus kepada kategori Balada pulak. Alang-alang malam ni pun tak ada buat apa-apa, tengok je la 3 Juara ni untuk buang masa.

Program 3 Juara hari ini, 23 Oktober di TV3 setiap hari Ahad, pukul 9 malam menampilkan beberapa bakal protege Ajai. Ada 8 peserta akan compete malam ni iaitu:

Peserta-Peserta 3 Juara Kategori Balada

  • April
  • Hady
  • Eeza
  • Aqeem
  • Faizal
  • Azumi
  • Salma
  • Hafizah

3 Juara Kategori Balada 23 Oktober 2016

Nah, update sepanjang program 3 Juara Kategori Balada.



Korang agak-agak siapa 6 orang yang terpilih?


Ranting Beach Resort Cherating Pahang

$
0
0
Hotel Di Cherating Ranting Beach Resort Cherating Pahang | Lepas seronok masuk ke Terowong Sungai Lembing, kiteorang pergi gerak ke Cherating. Sampai Cherating lebih kurang dalam pukul 5.30 petang jugak. Gigih cari hotel dan end up kiteorang pilih Ranting Beach Resort sebagai tempat tidur malam tu. 


Hotel di Cherating Pahang
Pemandangan depan bilik hotel. Bilik ni bercantum dengan bilik sebelah. Kiteorang pilih bilik menghadap pantai dengan satu queen bed dan single bed.

Parking Hotel
Parking banyak. Dalam kawasan hotel. Hotel dia ada pagar siap bertutup macam resort biasa lah. Tapi dari bilik hotel aku duduk ni kena jalan jauh sikit dalam 500 meter ke belakang untuk sampai ke tempat parking.

Servis Kaunter Depan Hotel
Yang jadi receptionist dekat sini lelaki Melayu. Loghat Terengganu dia memang pekat. Dia ada kereta antik cantik. Tapi aku lupa nak snap gambar. Hehehhe. Layanan okay, mesra je. Kiteorang tanya kedai makan mana best dekat sini. Disebabkan weekdays, so tak banyak kedai yang bukak. Dia rekemen lah beberapa kedai yang boleh pergi. Masa nak check in bilik tu, TV dan kunci bilik ada masalah sikit. So, dia ikut sekali lah sambil tunjuk bilik sambil adjust segala benda yang tak berapa nak elok tu. 

Harga Bilik
Bilik yang kiteorang ambil hari tu Family Room je. Harga untuk satu malam RM200 dengan deposit RM50. Harga tu mungkin agak mahal bagi aku tapi boleh lah sebab bilik tu menghadap pantai dan katil pun ada 2 - single dan queen. Overall, harga bilik dekat Cherating memang macam tu kot. Mahal sebab area pantai.

Hotel di Cherating Pahang
Bilik Hotel 
Bilik agak luas dan selesa kalau nak duduk dalam 3 hingga 5 orang. Cuma kena ada tilam tambahan lah. Bila dah check in, korang akan diberi sebakul barang-barang keperluan seperti tuala, sabun mandi, remote TV, remote air condition dan kunci bilik. Ada satu katil single dan satu katil queen. Kiteorang ambil 2 kali macam ni sebab waktu ni kakak aku pun ada join sekali pergi sini.  

Hotel di Cherating Pahang
Dalam bilik ni ada satu televisyen jenis lama dengan remote control, almari tak ada pintu untuk letak barang, air condition dengan remote. Katil semua ada sekali dengan cadar, bantal, selimut. Kipas dan lampu pun ada tapi lampu dia jenis malap je. Kalau nak buat kerja, kurang sesuai kot.

Lantai bilik ni rasa agak melekit dan tak selesa. Tapi aku tak kisah sangat sebab kebanyak hotel yang berdekatan dengan pantai dan guna lantai licin memang macam tu. Lain lah kalau dieorang pakai lantai kayu. Baru selesa. 

Hotel di Cherating Pahang
Tandas Hotel
Ini pulak bilik airnya. Besar jugak. Sinkinya memang buat kukuh betul. Ada disediakan baldi dan jugak cebuk. Bilik air ni separuh batu dan separuh papan.Water flow dekat sinki okay. Cukup kuat. 

Hotel di Cherating Pahang
Sepanjang trip aku, hotel ni satu-satunya hotel yang kiteorang duduk ada bath tub. Sebenarnya tak tahu pun ada bath tub. Kiteorang tak adalah nak mandi bath tub pun. So, tu kiteorang tak kisah sangat. Toilet sini toilet duduk. Ada air panas tapi kena pandai adjust. Bunyi water heater tu agak bising waktu pakai. 

Overall, aku rasa Ranting Beach Resort ni hotel di Cherating yang okay lah untuk duduk bersama family. Tak teruk dan tak lah begitu okay. Tapi cukup. 

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Petang tu lepas setel check in dan kemas dan buat apa yang patut, kiteorang pun keluar ke pantai nak tengok sunset di Cherating. Sejujurnya, aku rasa pantai dekat Cherating ni tak adalah cantik mana pun. Yang cantiknya sebab air pantai dia jernih dan tak kotor macam sesetengah pantai lain dekat pantai timur ni. Kalau nak ikutkan view dan aliran pantai dia, biasa saja.

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Sebelum ni, Aneeq seronok betul dapat main air. Tapi start daripada tragedi jatuh dalam selut dekat Pantai Mersing. Bila sampai dekat Cherating ni, berusaha kiteorang nak bagi dia main air semula. Lama, baru dia selesa nak main air. Kalau tak dia takut sebab fobia jatuh dalam selut hari tu.  

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Dekat atas bukit tu ada satu resort baru tengah nak naik. Nanti kalau dah siap, memang cantiklah view korang kalau duduk dekat situ. Tinggi atas bukit. Boleh nampak semua benda. 

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Hari dah senja. langit pun dah mula berubah warna. Air pantai pun dah start sikit-sikit pasang.  

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Sempat Zul candid gambar aku dengan Aneeq. Tiba-tiba aku rasa gambar ni sangat cantik. Rasa macam ada jiwa gitu hahaha.

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Bila makin ke arah senja, makin merah warna langit. Ya Allah, serius cantik sangat waktu ni. Ramai je aku tengok budak-budak datang sini main. Mesti budak-budak yang duduk area sini jugak.

Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Kusyuk Aneeq main pasir. Waktu kiteorang ambil gambar ni dah nak dekat-dekat masuk waktu Maghrib. Dekat sini kuat jugak dengar orang azan.


Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
Dah penat main pasir pantai petang tadi, Aneeq kusyuk tidur lepas makan malam dekat Restoren Makanan Laut Intan. Pasal makan malam tu aku akan update dekat entry lain nanti.  


Tempat Menarik Di Pahang - Cherating
View depan bilik hotel pada waktu pagi. Disebabkan hari semalamnya kiteorang tak mandi pantai, pagi tu kiteorang mandi pantai awal dalam pukul 8 lebih sampai pukul 11 lebih. Lepas mandi-mandi baru check out dan breakfast. Waktu tu baru aku perasan betapa jernih dan bersihnya air laut Pantai Cherating. Patut lah orang suka datang dekat sini. Memang patut lah Cherating ni jadi salah satu tempat menarik di Pahang ni. 


Kalau korang nak datang dekat sini jugak, nah dekat bawah aku bagi alamat dan direction dalam Google Maps. 

Alamat & nombor telefon: 
Kampung Budaya Cherating,
26080 Kuantan, Pahang
09 581 9068


Google Maps


Travel tips: 
Sebelum pergi sesuatu tempat tu, cari terus beberapa hotel untuk duduk. Lepas tu tengok review dekat TripAdvisor untuk tengok apa review orang pasal hotel tu. Lepas tu baru pilih nak duduk mana.


Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Tonton Live Streaming GegarVaganza 23 Oktober 2016

$
0
0
Tonton Live Streaming GegarVaganza 23 Oktober 2016 | Mesti ramai yang tertunggu-tunggu program Astro GegarVaganza 2016 kan. Aku tak ada lah nak tengok sebab tak ada Astro. tapi kalau korang nak tengok tapi tak ada Astro di rumah, korang boleh live streaming je.

GegarVaganza 23 Oktober 2016


Senarai Lagu Dan Penyanyi GegarVaganza 3 23 Oktober 2016

Dekat bawah ni senarai lagu dan penyayi untuk minggu kedua GegarVaganza 23 Oktober 2016.

GegarVaganza 23 Oktober 2016

Korang boleh tonton GegarVaganza secara live dekat sini pada pukul 8.55 malam jap lagi. 


Atau korang boleh tengok jugak secara live di Astro Ria dan Astro Ria HD setiap hari Ahad, 9.00 malam.

Live Update GegarVaganza Minggu 2


Siapa yang nyanyi best hari ni?

Garnier Micellar Cleansing Water - Review And Giveaway

$
0
0
Garnier Micellar Cleansing Water - Review And Giveaway | Hari ini aku nak share sikit pengalaman aku pakai Garnier Micellar Cleansing Water. Dan aku pun ada berita baik untuk korang. Aku akan buat satu giveaway dan korang akan berpeluang untuk menang Garnier Micellar Cleansing Water! 


Garnier Micellar Cleansing Water

Garnier Micellar Cleansing Water

Garnier Micellar Cleansing Water ni sebenarnya adalah cecair pencuci make up dan kotoran pada muka. Bila guna Garnier Micellar Water ni, tak perlu bilas dan memang tak berminyak pun. Katanya sekali sapuan je, kotoran akan hilang dan kulit akan jadi lebih segar. Itu nanti aku akan buat eksperimen untuk tunjukkan.

Ada dua jenis Garnier Micellar Cleansing Water ini iaitu botol warna biru untuk kulit berminyak dan berjerawat. Botol berwarna pink pulak untuk kulit sensitif. Tekstur dia tak melekit, tak berminyak dan tak ada pewangi pun. Dia rasa macam air biasa je.  

Eksperimen Bersihkan Muka Berminyak

Kadang-kadang aku ni bila dah keluar jalan-jalan, muka memang teruk berminyak. Bila balik rumah, mesti kena cuci muka. Tapi kadang-kadang tu rasa malas je nak cuci. So, aku try pakai Garnier Micellar Cleansing Water ni untuk hilangkan minyak dari muka aku tanpa perlu bilas atau basuh. Caranya cuma letak minyak atas cotton pad, tekap pada muka dan bersihkan kawasan berminyak pada muka tu especially di bahagian T-Zone.

Sebelum. Ni aku apply serum yang agak berminyak pada tangan. Serum ni agak lambat meresap.  

Selepas. Sekali sapu, minyak serum pada bahagian yang aku sapu tu makin menghilang. Sejujurnya aku kena guna 2 cotton pad baru minyak tu clear habis. Lepas sapu tu, tangan bahagian yang disapu rasa berangin je. 

Eksperimen Bersihkan Make Up  

To be honest, aku bukanlah make up junkie tapi baru-baru ni aku rasa teringin sangat nak bermake up. Bila dah start make up bila keluar rumah tu, Ya Allah malasnya nak kena cuci make up tu semua bila dah balik. Leceh. Then bila aku dapat tau pasal Garnier Micellar Water ni boleh hilangkan make up dengan mudah dan tak perlu bilas, aku pun cuba je lah. Cara yang sama macam bersihkan minyak di muka, letak minyak atas cotton pad, tekap pada bahagian muka yang ada make up terutamanya pada bahagian mata dan bibir. Tak payah nak tonyoh kuat-kuat pun. Sapu lembut je. Dan paling best bila bersihkan mata tu, tak pedih pun.

Sebelum. Well, aku mungkin bukan boleh jadi contoh yang terbaik untuk make up sebab aku tak make up banyak. Tapi aku just nak tunjuk betapa senangnya aku basuh make up simple yang aku pakai especially lipstick tu guna Garnier Micellar Cleansing Water tu.

Selepas. Sekali sapu, bahagian yang aku sapu tu clear. Kalau biasa, aku cuci make up guna satu jenama pencuci ni. Tapi, lepas sapu muka memang nampak macam dah hilang tapi muka rasa tak selesa. Mesti kena cuci muka. Kalau pakai Garnier Micellar Cleansing water ni dah tak payah cuci muka dah.

Bahan-bahan Di Dalam Garnier Micellar Cleansing Water

Antara bahan yang ada dalam Garnier Micellar Water ni adalah air, Heylene Glycerin, Disodium Cocoamphodiacetate, Disodium Edta, Poloxamer 184 dan Polyaminopropyl Biguanide.

Apa yang aku suka sangat dengan Garnier Micellar Cleansing Water ni adalah dia tak perlu dibilas, cepat hilangkan kekotoran pada muka dan muka pun rasa segar je. 

Harga Garnier Micellar Cleansing Water

Garnier Micellar Cleansing Water ni ada dalam 2 saiz botol iaitu 400ml dan 125ml. Yang 400ml tu boleh tahan dalam agak-agak 200 kali sapuan. Yang kecik 125ml tu lebih cepat habislah tapi senang sikit kalau nak bawak pergi travel. Untuk yang botol 400ml, harga asal RM29.90 dan untuk 125ml tu harga asal RM14.50. TAPI! Sekarang ni ada promosiiiiii! Nampak tak excitednya kau di situ? Untuk harga promosi Garnier Micellar Cleansing Water:

400ml (RM24.90)
125ml (RM9.90)


Nak lagi best? Aku ada promo code untuk korang dapat tambahan 10% diskaun untuk  beli mana-mana jenis Garnier Micellar Cleansing Water. Promo code ni tak valid untuk OMO deal.

"HERMOXFADZI" 
(Promo Code)
*Valid 19 Oktober 2016 - 31 Oktober 2016*

Garnier Micellar Cleansing Water

Kalau korang beli dekat Hermo ni, korang boleh dapat pink pouch atau mask secara percuma jugak. Wah untungnya. Dah lah dapat harga promosi, dapat promo code 10% off, dapat lagi pulak barang percuma.

Untuk dapatkan harga promosi tu untuk Garnier Micellar Cleansing Water ni, korang boleh beli dekat Hermo - Garnier Micellar Cleansing Water Promotion.

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water

Ha, mesti ini yang korang tunggu-tunggu kan. Betul tak? Aku nak buat giveaway senang-senang saja ni. Untuk layak berpeluang untuk memenangi Garnier Micellar Cleansing Water ini, korang cuma perlu follow step-step di bawah ini saja.

1. Follow Blog Fadzi Razak di gadget Follower belah kanan
3. Buat satu entry bertajuk "Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak" 
4. Copy code di bawah dan paste ke  blogpost anda
5. Publish dan komen link entry korang di bahagian komen di bawah  

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water

Nak menang Garnier Micellar Cleansing Water yang best ni? Jom Join di SINI.

Nak menang Garnier Micellar Cleansing Water ni? Senang je. 1. Follow Instagram @fadzirazak 2. Repost gambar ini beserta caption 3. Komen "Garnier come clean @hermomy" 4. Tag 2 kawan Giveaway akan tamat pada 30 Oktober 2016. Pemenang akan diumum pada 31 Oktober 2016. Pemenang akan dipilih secara random dan yang menepati syarat-syarat di atas saja. Giveaway hanya untuk #igers di malaysia saja Thank you @hermomy untuk sponsor hadiah. untuk maklumat lanjut pasal Garnier Micellar Cleansing Water ni, boleh tengok dekat sini http://bit.ly/2e9QLxD   #hermoxfadzi #hermomy #garniermicellarwater #garniercomeclean #hermomy #kakikontest #kakikontestMY

Aku ada juga buat giveaway untuk Garnier Micellar Cleansing Water dalam Facebook dan Instagram. Even korang dah join yang blog punya, korang masih boleh join giveaway dekat Instagram dan Facebook aku tu. Lebih banyak peluang korang untuk menang. Betul tak?

Giveaway ni akan berlangsung selama 5 hari saja dari 25 Oktober 2016 sampai 30 Oktober 2016. 31 Oktober aku akan umumkan siapa yang menang. Aku akan pilih seorang pemenang dari blog, seorang pemenang dari Facebook dan seorang pemenang dari Instagram.

Untuk giveaway Garnier Micellar Cleansing Water yang lain, korang boleh tengok dekat Instagram Fadzi Razak atau Facebook Blog Fadzi Razak.

Psst: Aku akan pilih orang yang betul-betul ikut steps di atas. Siapa tak follow, akan disqualified. 


Restoren Makanan Laut Intan Cherating Pahang

$
0
0
Tempat Makan Di Cherating Restoren Makanan Laut Intan | Kalau stay dekat tepi pantai tapi tak makan seafood, rasanya tak lengkap kan? So, since hari ketiga trip 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia tu kiteorang duduk dekat hotel di Cherating, kiteorang pun pergi makan seafood di Restoren Makanan Laut Intan yang terletak tak jauh dari hotel kiteorang tinggal.  

Menu Restoren Makan Laut Intan. Kedai makan ni dekat je dengan sebelah pantai. Terasa lah jugak angin menderu masuk ke dalam kedai tu. Kedai ni, dia buat tinggi sikit dari aras tanah. Kalau tak silap aku lah kan, keseluruhan kedai ni buat daripada kayu melainkan tangga untuk naik. 



Antara menu dan harga yang ditawarkan di Kedai Makanan Laut Intan. Bagi aku, harga makanan dekat sini mahal. Total kesemua makanan yang aku makan dekat sini RM79.50. 

Big bos acah-acah nak order. Aneeq ni bila makan, dia nak makan sendiri. Tak nak orang suap. Amboi sangat. Kadang-kadang tu tak nak duduk diam dalam baby chair. 

Siakap tiga rasa. Rasa kuah dia okay tapi ikan dia macam tak fresh. Tak ada rasa manis dari ikan tu sendiri.

Lauk lain yang kiteorang order adalah sotong celup tepung dan sayur campur. Sotong celup tepung tu not that good. Angah aku cakap lebih banyak tepung dari sotong.

Ini lah dia Restoren Makanan Laut Intan tu. Waktu kiteorang pergi sini hari tu, tak ramai orang sebab weekdays. Tengok kan, kedai dia buat dari kayu. Old school sangat. Kalau kat KL ni mesti orang cakap hipster. 

In case korang datang sini on weekdays dan nak cari makan, boleh datang ke Restoran Makanan Laut Intan ni. Aku ada bagi alamat dan direction dalam Google Maps. Tapi kalau korang datang weekend, aku akan rekemen korang untuk pergi cari seafood dekat tempat lain. Maybe korang boleh dapat seafood yang lebih fresh dengan harga yang lebih murah.

Alamat & nombor telefon:
Restoren Makanan Laut Intan
Lot 995, Kampung Inn Cherating Lama,
26080 Cherating, Kuantan, Pahang
017 926 6545  

Google Maps


Travel tips: 
Sebelum travel, korang Google lah tempat-tempat makna yang glamor dekat sesuatu tempat yang korang nak pergi tu. Rugi kalau dah sampai satu-satu tempat tu tapi tak cuba makanan yang hot dekat sana.

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Belajar Buat Cheese Tart Dalam Kelas Kek Di Shah Alam

$
0
0
Belajar Buat Cheese Tart Dalam Kelas Kek Di Shah Alam | Dari dulu lagi aku dah planning nak join kelas buat kek atau bakery dekat Kolej Komuniti Shah Alam tu tapi tiap kalau nak join je mesti dah penuh lah, kena cancel lah, clash dengan event lah. Tapi last week, aku berjaya jugak join kelas baking cheese tart.

Kelas Baking Di Shah Alam
Yang jadi cikgu kiteorang hari tu kak Eja. Boleh tahan kelakar jugak dia ni. Seronok masuk kelas cheese tart dengan Kak Eja ni sebab dia santai je. Cakap pun jenis selamba dan tak rasa bosan pun. Dia tunjuk satu-satu dan dia selit-selit jugak dengan beberapa tips yang aku tak pernah tau pun selama ni.  

Kelas Baking Di Shah Alam
Mula-mula sekali dalam kelas baking tu, kiteorang belajar buat shell tart. Kalau korang tengok, ada perbezaan bentuk shell belah kiri dan kanan tu kan. Okay, yang belah kiri tu buat guna tart presser. Yang belah kanan tu guna jari je. Personally, aku lebih suka guna tart presser sebab senang, cantik dan cepat.   

Kelas Baking Di Shah Alam
Ini bentuk tart yang dah siap. Shell tart dalam bekas belah kiri tu nampak cerah sikit kan? Sebab bakar sedang-sedang elok je. Yang belah kanan tu shell dia macam gelap sikit sebab bakar lama sikti untuk dapatkan shell yang ranggup. Itu pun tips daripada Kak Eja. 

Kelas Baking Di Shah Alam
Waktu ni sesi piping filling ke dalam tart shell yang dah siap dibakar. Waktu kelas cheese tart tu ada dalam 11 orang. Setiap orang akan ambil peluang untuk cuba. Untuk yang cheese biasa, kiteorang letak filling strawberry dan blueberry. kak Eja ada jugak bagi tips dekat mana nak beli filling strawberry dan blurberry yang sedap.

Kelas Baking Di Shah Alam
Ini waktu piping cheese cream ke dalam tart shell. Cheese cream ni pun kiteorang buat sendiri tau. 

Kelas Baking Di Shah Alam
Kak Eja ada ajar cara piping cheese dengan betul untuk dapatkan bentuk yang cantik. Hari tu Kak Eja ajar cara buat cheese tart biasa dan cheese tart gebu. Suka sangat tengok cheese tart gebu tu. Gemuk, montok. 

Kelas Kek Di Shah Alam
Ini hasil cheese tart gebu sikit. Untuk dapatkan kegebuan ni, kak Eja pun ada bagi tips-tips dia lah. Baru menjadi. 

Kelas Kek Di Shah Alam
Lepas siap piping filling dan cheese cream tu, Kak Eja ajar pulak cara nak hias cheese tart guna pewarna makanan. Nampak memang senang, tapi bila aku buat memang ke laut sikit. Kena banyak kali praktis baru okay. 

Kelas Kek Di Shah Alam
Ini antara hiasan yang boleh digunakan selain guna pewarna tu untuk deko cheese tart. Semua hiasan ni boleh dimakan.

Kelas Kek Di Shah Alam
Tada! Hasilnya. Cantikkan? Ini Kak Eja yang buat. Aku buat kena ambil masa satu hari baru boleh nak jadi. 

Kelas Kek Di Shah Alam
Yang ini pulak, kiteorang buat chocolate cheese tart. Filling tu coklat yang dibuat sendiri. Lepas tu cream cheese tu ditambah dengan coklat emulco.   

Kelas Kek Di Shah Alam
Ini sebelum dibakar. Untuk hiasan, kiteorang tabut serbuk Oreo. Waktu ni kak Eja ade bagi tips pasal suhu oven. Disebabkan oven kite semua kan lain-lain, so kena pandai main dengan suhu. lepas tu, kena panaskan 20 minit sebelum nak bakar cheese tart kita. 

Kelas Kek Di Shah Alam
Ini hasil lepas dah siap bakar. Gebu gebas semuanya. Menjadi. Aku paling suka tengok yang cheese tart gebu tu. Cantik betul dia naik.

Kelas Kek Di Shah Alam
Cantikkan. Licin je nampak. Aku tak sabar nak praktis buat cheese tart banyak-banyak. Lepas tu, nak jual heheheh. 

Kelas Kek Di Shah Alam
Inilah semua peserta yang join kelas kek di Shah Alam hari tu. Ada antara dieorang ni memang penjual kek dan kuih. Dieorang saja datang nak tambah ilmu.   

Kelas Kek Di Shah Alam
Ambil gambar sikit dengan Kak Eja dan hasil ilmu kelas baking hari tu. Balik rumah, tak sempat ambil gambar Zul dah rembat habis semua. Cis.

Banyak tips yang Kak Eja ajar hari tu. Dari tips cara penggunaan telur, guna bahan-bahan premium dan tips pasal menjual pun ada. Kak Eja siap ajar lagi kalau nak jual, boleh jual berapa RM. Yang penting dia cakap, jangan tamak jual memahal.

Dah hujung-hujung baru aku tau sebenarnya Kak Eja ni ada buat bisnes bakery. Bila aku tau dia buat bisnes bakery, aku pun usha lah dia punya Instagram. Bila tengok banyak benda yang dia buat rupanya. Kak Eja ada jual kek, ada cheese tart, ada fruit tart, brownies dan cookies pun ada. 

Beli Kek Birthday Shah Alam

Bila aku tengok kek-kek dan bakery lain yang dia buat, aku rasa macam nak belajar lagi dengan Kak Eja tau. Cantik sangat deko dia buat. Oh, in case korang nak cari kelas kek di Shah Alam, korang boleh lah contact Kak Eja sebab dia memang buat kelas personal pun. Kalau korang nak tengok hasil kerja Kak Eja atau nak contact dia pasal kelas baking tu, boleh contact dia melalui sosial media atau nombor phone dekat bawah.

Instagram | Facebook | Contact 019 362 5034

Aku pun tak sabar nak buat cheese tart banyak-banyak. Resepi yang aku belajar dari Kak Eja hari tu sedap.
Viewing all 498 articles
Browse latest View live