Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 498 articles
Browse latest View live

Peluang Belajar Secara Percuma Sambil Bekerja Bagi Lepasan SPM Dan Diploma

$
0
0
Peluang Belajar Secara Percuma Sambil Bekerja Bagi Lepasan SPM Dan Diploma. Sekarang ni aku rasa dah banyak program kemahiran yang dianjurkan oleh beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk membantu belia untuk mendapatkan pelajaran dan sekaligus memberi peluang untuk mereka mendapatkan skill yang diperlukan serta pekerjaan tetap. Salah satu daripada badan bukan kerajaan yang terlibat dalam program seperti ini adalah Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC).

Belajar secara percuma sambil bekerja

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

SHRDC ni sebenarnya adalah pusat pembelajaran dan latihan industri yang ditubuhkan melalui kerjasama Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor dan industri. Tujuan penubuhan SHRDC adalah untuk memberi latihan untuk meningkatkan kualiti kemahiran individu demi menyiapkan mereka melangkah ke alam pekerjaan dan industri.

SHRDC ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam dan banyak syarikat yang telah bekerjasama dengan SHRDC ini sendiri antaranya termasuklah Western Digital, Motorola, FreeScale, Colgate Palmolive, Panasonic, Dell dan Standard Chartered.

Belajar secara percuma sambil bekerja

Program Perantis Kemahiran Belia SHRDC

Program Perantis Kemahiran Belia adalah satu program yang dijalankan oleh pihak SHRDC untuk belia-belia lepasan SPM, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan juga Diploma. Program kemahiran ini diadakan untuk memberi latihan kemahiran yang diperlukan oleh belia-belia demi memenuhi permintaan terhadap kemahiran teknikal bagi sektor perkilangan. 

Aku terpaksa mengaku. Dulu belajar di universiti, kebanyakannya belajar teori tapi tak ada pun buat secara praktikal. Padahal bila masuk ke industri, praktikal dan skill itu lah yang paling diperlukan. Skill-skill ini tak akan dapat dipelajari secara teori semata-mata dan disebabkan itulah SHRDC membangunkan beberapa jenis program kemahiran yang fokusnya untuk meningkatkan kemahiran individu supaya boleh menghadapi bila masuk ke dalam dunia pekerjaan nanti. Di bawah ni aku kongsikan dengan korang antara kursus-kursus yang ditawarkan oleh SHRDC.

Program Yang Ditawarkan Untuk Belia Lepasan SPM

  • Industrial Automation Engineering (Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi)
  • Solar Technology (Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Solar)
  • Manufacturing Technology (Kejuruteraan Teknologi Pembuatan)

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Lepasan SPM
  • Berumur 24 tahun dan ke bawah
  • Tidak bekerja sewaktu berlangsungnya program


Program Yang Ditawarkan Untuk Belia Lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma

  • Malaysia Meister in Mechatronic

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Calon memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 3 ataupu Diploma
  • Berumur 30 tahun dan ke bawah
  • Lulus ujian pemilihan dan temuduga dengan pihak syarikat penajaan
  • Tiada tunggakan bagi pinjaman pembelajaran (penangguhan pembayaran boleh dibuat) 


Belajar secara percuma sambil bekerja

Kelebihan Menyertai Program Kemahiran SHRDC

  1. Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh SHRDC melalui geran latihan kemahiran
  2. Elaun bulanan RM300 dan elaun tambahan minimum RM300 daripada syarikat semasa tempoh latihan (untuk lepasan SPM)
  3. Elaun/gaji semasa dalam tempoh latihan (RM1000-RM1500 sebulan untuk lepasan Diploma dan SKM tahap 3)
  4. Terus diserap bekerja ke dalam syarikat penaja 
  5. Jangka masa pangajian yang singkat 
  6. Pengajar/trainer yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam industri
  7. Sijil kemahiran yang diiktiraf






Antara training room yang ada dekat SHRDC. Dekat bangunan SHRDC ni ada banyak seminar room, kelas, bengkel dan makmal untuk digunakan semasa training. Dieorang pun open juga bilik-bilik ni untuk orang luar sewa dan buat kelas. 

Aku rasa ini peluang yang sangat-sangat menarik untuk diambil oleh pelajar lepasan SPM, SKM dan Diploma. Tak perlu risau pasal keputusan SPM atau Diploma korang, dieorang tak perlukan result yang power=power pun. Jika korang berminat untuk sambung belajar secara percuma sambil bekerja, korang boleh terus mendaftar dan memohon untuk mengikuti program-program yang telah disediakan melalui borang di bawah.




Taklimat berkenaan dengan Program Perantis Kemahiran Belia serta temuduga terbuka dengan syarikat-syarikat yang terlibat akan diadakan pada:

1 September 2016

10 pagi

SHRDC, Shah Alam



Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi:

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)
1, Block 2, Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor

Tel: 03 5513 3560
Fax: 03 5513 3490
Email: info@shrdc.org.my
Website:www.shrdc.org.my



EnerZ Extreme Park Tempat Riadah Indoor Untuk Keluarga

$
0
0
Duduk dekat Malaysia ni cuaca tak menentu kan? Kejap hujan kejap panas sampai pening kepala. Nak bawak family buat outdoor aktiviti pun kadang-kadang rasa tak seronok sebab hujan atau panas sangat. Bagi aku yang dah ada anak ni, aku lebih suka kalau buat aktiviti dengan family indoor tapi nak jugak buat jenis aktiviti-aktiviti yang keluarkan peluh kan. Dekat Malaysia ni, nak cari tempat buat aktiviti lasak tapi indoor senang je, pergi je ke EnerZ Extreme Park. Tempat ni lebih kurang macam tempat yang aku pernah tulis dekat entri aktiviti cuti sekolah ni dulu.  


EnerZ Extreme Park

Aktiviti Dan Permainan Di EnerZ Extreme Park

EnerZ Extreme Park ni merupakan salah satu indoor extreme park yang terbesar di Asia dengan keluasan 80 000 kaki persegi. Banyak gila aktiviti yang boleh main dekat sini antaranya:

EnerZ Extreme Park
Slam Dunk Basketball. Nampak macam senang kan? Sebenarnya susah sebab kena lompat-lompat dulu atas trampoline tu baru boleh shoot. Silap lompat, terkelepek jatuh tak sempat nak shoot pun. 

EnerZ Extreme Park
Foam pit. Yang ini paling cool kot. Starting dia kena lompat-lompat atas line biru tu, lepas tu kau lompat terjun masuk dalam pit yang penuh dengan foam tu. Trainer-trainer buat memang habis style dengan back flip dan somersault. Tapi erm, kita orang-orang biasa ni, kita lari-lari pastu lompat macam anak dugong pun dah ok kot.  

EnerZ Extreme Park
Gladiator. Hahahha. ni susah gila nak main. Kene tolak pihak lawan sampai jatuh. Dah la nak imbangkan diri atas benda ni pun dah susah, nak kena elak daripada kena tolak. Pastu nak kena tolak pihak lawan pulak. Penat wooo.

EnerZ Extreme Park
Meltdown. Ini gilo. Dekat tengah-tengah tu ada palang berpusing. Kita kena sama ada tunduk atau lompat untuk elak kena tolak dan jatuh. Penat gila main benda ni. 

EnerZ Extreme Park
Gut Builder ini bagus unutk budak-budak. Nak bagi diaorang keyakinan tinggi sikit nak buat aktiviti-aktiviti tinggi-tinggi. 

Antara aktiviti lain yang ada dekat sana termasuklah Free Jump, Dodge Ball, Air Bag, Sky Ropes, Ninja Warrior, High Performance Trampoline dan Wall Climbing. Nak rasa best ke tak, penat ke tak. Ini lah masa korang nak try buat aktiviti-aktiviti gila macam ni.

Kemudahan Yang Ada Di EnerZ Extreme Park

Dekat EnerZ Extreme Park ni ada disediakan beberapa kemudahan asas yang memang menyenangkan kita kalau pergi sini.

EnerZ Extreme Park
Dekat sini jangan risau kalau korang bawak beg. Tak payah bawak ke hulu ke hilir, korang boleh sewa locker dengan harga RM5 untuk yang besar dan RM3 untuk yang kecil. banyak je locker yang disediakan.


EnerZ Extreme Park
Bagi ada anak-anak kecil pulak, jangan risau. Di sini disediakan indoor playground untuk dieorang main. Kalau anak-anak yang besar tu pergi main permainan yang lasak-lasak, anak-anak kecil boleh main dekat sini. Tak lah rasa risau sangat kan. 

EnerZ Extreme Park
Kalau korang berminat nak buat team building atau party hari jadi, EnerZ Extreme Park ada menyediakan beberapa private room untuk keselesaan.  

EnerZ Extreme Park
Bagi yang beragama Islam, ada juga disediakan surau dekat sini. Jadi, jangan bimbang nak spend time lama-lama dekat sini. Tengah-tengah main, boleh lah berhenti sekejap untuk bersihkan diri dan bersolat.

EnerZ Extreme Park
Tandas pun ada dekat sini. Tapi tandas dekat sini agak panas. Aku pun tak pasti kenapa. Aku just rasa panas bila masuk tandas dekat sini. Lepas tu, mungkin pihak pengurusan boleh tambah sikit kot tempat untuk tukar pampers anak-anak. Leceh jugak bila anak berak tapi cuma ada toilet duduk. Leceh betul nak cuci.

EnerZ Extreme Park
Kaunter pembelian tiket dan stokin grip. Oh ya, kalau nak main dekat sini, korang kena pakai stokin grip. Stokin grip ni korang boleh bawa sendiri atau beli je dekat kaunter. 

Senarai Harga EnerZ Extreme Park

Dekat bawah ni aku ada ambil gambar harga tiket untuk main dekat EnerZ Extreme Park ni.

EnerZ Extreme Park


Waktu Operasi EnerZ Extreme Park


Isnin hingga Jumaat - 2pm hingga 10pm
Sabtu - 10 am hingga 10pm
Ahad - 10am hingga 7pm
Public/Scholl holiday - 10am hingga 10pm



EnerZ Extreme Park 
Lot 971 Persiaran Subang Indah,
Subang Jaya, 47500 Selangor
011 1500 0066
info@enerx.my


Nampak semua permainan lasak-lasak je kan? Menakutkan? Tak adalah. Dekat sini, sebelum main, akan ada coach dan trainer yang akan ajar korang main terlebih dahulu untuk pastikan keselamatan korang terjamin. 

Nak pergi sini senang je. Boleh Waze atau guna GoogleMaps (aku lagi prefer guna GoogleMaps) dan cari EnerZ Indoor Extreme Park Subang Jaya Selangor. Landmark dia sebelah Honda dan Kapitan Nasi Kandar.


Kalau nak naik LRT pun boleh. Masa aku datang hari tu, aku ada nampak rel LRT. LRT paling dekat ada dekat Stesen LRT Taipan ikut line Kelana Jaya. Bila dah sampai dekat Taipan, korang boleh ambik bas RapidKL menghala ke Persiaran Subang Indah atau ambik je UBER.

Bagi yang bawa kereta sendiri, jangan risau. Dekat sini ada banyaaaaaakkkk parking percuma. :) Apa lagi, jom pergi lompat!

Dashing Edge 2.0 - Idea Hadiah Untuk Lelaki

$
0
0
Setiap kali ada sambutan yang kena beli hadiah untuk lelaki aku mesti pening nak beli apa. Birthday suami, birthday bapak, anniversary, Hari Bapa. Haih pening pening nak pilih hadiah untuk lelaki ni. Korang pun sama kan? So, hari ni aku nak share sikit idea hadiah untuk lelaki dengan korang.

Dashing Edge 2.0

Idea Hadiah Untuk Lelaki

Antara idea hadiah hari lahir untuk lelaki yang korang boleh berikan adalah set Dashing Edge 2.0. Kenapa? Sebab aku suka bau dia. Hahahha. Bau dia memang maskulin habis. Dalam set Dashing Edge 2.0 ini ada 3 rangkaian produk.

Set Dashing Edge 2.0

Dalam set Dashing Edge 2.0 ini ada minyak wangi (EDT), deodorant roll on dan Deo Semburan Badan (no gas). 

Dashing Edge 2.0

Dashing Edge 2.0 Eau De Toilette (EDT) (RM34.50)

Untuk EDT ni ada 2 saiz, satu 50ml dan satu lagi 100ml. Yang ni botol saiz 100ml. Cantikkan botol dia. Agak berat jugak ni. Penutup dia jenis bukak ke atas, bukan pulas. Bau dia memang kuat dan tahan lama. Zul pergi kerja sembur sikit, bila balik kerja still ada bau lagi. Pastikan bila simpan EDT ni, korang letak balik dalam kotak dia, dan simpan dekat tempat yang tak kena matahari. Barulah bau dia kekal lama.

Dashing Edge 2.0

Dashing Edge 2.0 Deodorant Roll-On (RM6.50)

Laki korang tu suka pakai deodorant jenis apa? Kalau jenis roll-on, belikan dia Dashing Edge 2.0 Deodorant Roll-on ni. Kelebihan yang ada pada deodorant ini adalah dia ada perlindungan 7 dalam 1 - wangian kekal, cegah bau, tiada kesan putih, kesegaran unggul, anti bakteria, cepat kering dan anti peluh. 

Dashing Edge 2.0

Dashing Edge 2.0 Deodorant Body Spray (RM18.90)

Ini kira macam teknologi baru lah kot. Sebab sebelum ni, semua jenis deodorant spray ni ada gas dalam botol. Yang Dashing Edge 2.0 ni pula yang pertama dalam Malaysia yang tak ada gas dalam botol spray. Maksudnya satu botol ni penuh dengan cecair deodorant semata-mata. So, bila pakai pun lambat habis. Satu botol ni boleh spray 750 kali dan boleh tahan sampai 2 bulan. Zul suka deodorant ni sebab cepat kering bila spray.

Kalau korang nak tambah lagi beberapa barang dalam koleksi barang penjagaan lelaki daripada Dashing ni, mungkin korang boleh tengok jenis-jenis pencuci muka di bawah jenama Dashing yang aku pernah tulis sebelum ni Dashing - Pembersih Muka Untuk Lelaki Aktif.

Suami aku dah approve idea hadiah untuk lelaki ni. Korang ada idea hadiah untuk lelaki yang lain? Komen sikit.




Beli Barang China Murah Di EZBUY

$
0
0
Pernah tak dengar ada orang buat trip ramai-ramai ke China sebab nak beli barang secara borong dari China dengan harga yang murah lepas tu jual balik dekat Malaysia. Kalau tengok kan, barang-barang dekat China memang banyak yang murah-murah sebab dieorang dekat sana banyak produce barang secara besar-besaran. Sebab tu boleh beli dengan harga yang murah. Tapi, kita ni nak pergi ke China, satu hal lah pulak kan. Jangan risau, aku ada satu cara untuk beli barang China dengan harga yang murah di hujung jari korang je.

Beli Barang China Murah

Ezbuy ni sebenarnya adalah agen untuk Taobao di Malaysia. Taobao tu adalah satu online website untuk beli barang-barang China tapi kalau kita beli barang guna Taobao memang susah sikit sebab diaorang guna bahasa Cina dan nak pos barang ke sini mahal gila postage dia. So, kalau kita guna agen Taobao macam Ezbuy ni, lebih senang untuk kita cari barang yang ada dekat website dia sebab dia guna bahasa Inggeris dan postage pun lebih murah.

Cara Beli Barang China Murah Di Ezbuy

Aku rasa ramai yang agak-agak confuse macam mana nak beli barang dekat Ezbuy ni kan. Meh aku terang kan sikit, step by step.

Langkah 1
Beli Barang China Murah
Mula-mula sekali login ke akaun Ezbuy korang. Kalau tak ada lagi, boleh Register Akaun Ezbuy


Langkah 2
Beli Barang China Murah
Pilih kategori - ada 10 kategori barang-barang yang dijual dekat Ezbuy ni.


Langkah 3
Beli Barang China Murah
Pilih barang korang.


Langkah 4
Pilihlah preference korang ikut apa yang ada contohnya warna barang, saiz barang dan kuantiti. Lepas tu klik butang ADD TO CART


Langkah 5
Beli Barang China Murah
Bila dah siap shopping semua barang yang korang nak, dekat bahagian kanan tu ada SHOPPING CART korang, klik butang CHECK OUT (x ITEMS).


Langkah 6
Beli Barang China Murah

Beli Barang China Murah
Nanti akan keluar paparan macam ni. Setiap pendaftaran kali pertama dalam Ezbuy, korang akan dapat voucher 15% off. So, dekat bahagian USE GREDIT AND COUPON CODE tu, korang boleh letak coupon code yang korang dapat tu. Lepas tu tekan butang CHECK OUT.


Langkah 7
Beli Barang China Murah
Isikan alamat rumah dan tekan butang NEXT. Nanti akan keluar notification macam ni.


Langkah 8
Tekan butang Top Up Now dan buatlah pembayaran korang. Korang boleh buat pembayaran melalui e-Banking, Manual Internet Banking, Kad Kredit ataupun ATM Transfer. Lepas buat pembayaran, korang akan dapat mesej melalui telefon tentang pembayaran korang tu. Dan korang juga akan dapat bil pembayaran korang melalui email juga.

Lepas tu, tunggu lah barang-barang murah dari China korang tu sampai dengan penuh rasa gembira. Nah, buat apa sesak-sesak beli barang mahal-mahal dekat shopping mall tu. Sekarang kan dah senang beli barang murah dari China secara online saja. 



Overall, aku suka platform Ezbuy ni sebab dia menggunakan bahasa Inggeris. Lagipun, website dia memang tersusun senang nak cari barang. Harga-harga barang yang memang murah dan berpatutan. Satu lagi, postage dia murah!

So, ape lagi? Jom shopping dekat Ezbuy!


  

Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak" Contest

$
0
0
Waktu dulu-dulu, ada satu benda yang Mak aku kata yang sampai sekarang masih terngiang-ngiang dekat telinga. Tak pernah aku nak lupa.



"Jangan sedih, Mak selalu ada" 

Memang sampai sekarang aku ingat. Mendalam sungguh maknanya. Tapi kata-kata Mak tu betul, setiap kali aku ada masalah, setiap kali aku happy sangat-sangat, setiap kali aku berjaya, setiap kali aku gagal, mak mesti ada dengan aku. Tak kisah dari jauh atau pun dekat. Sebenarnya masih ada banyak nasihat-nasihat lain yang Mak aku selalu cakap pada aku. Mak kata,


"Jadi berani. Buat apa yang kita nak buat asalkan perkara itu tak salah" 
"Jadi peramah dengan orang. Layan orang dengan baik"
"Jaga diri elok-elok. jaga maruah diri dan keluarga"
"Jaga kesihata. Makan cukup, tidur cukup"
"Kerja kuat tapi jangan risau pasal duit. Duit sentiasa cukup kalau kita reti bersyukur"


Sekarang ni, aku pulak yang selalu kata dekat Aneeq apa yang Mak aku selalu cakap pada aku dulu-dulu:  

"Wujudkan rasa ingin tahu dalam diri. Tanya banyak soalan. Cuba pelbagai aktiviti." 
Rasa ingin tahu itu tanda awal pembelajaran. Sekarang Aneeq sudah mula makan sendiri walaupun lebih banyak yang berterabur atas lantai daripada masuk mulut. Bila Zul solat je, mesti Aneeq ada di sebelah untuk ikut pergerakan Zul. Walaupun dia tak faham, tapi dia ikut saja pergerakan Zul sebab dia rasa ingin tahu apa yang Zul tengah buat. Selalu jugak bila Aneeq jumpa kotak, gigih dia nak bukak dan nak tahu apa yang ada dalam kotak tu. Kadang-kadang bila baru balik dari beli groceries, gigih Aneeq nak tolak troli barang-barang groceries tu sebab selama ini asyik aku dan Zul je yang tolak.


"Terokai segala yang ada di dunia ini. Jadi berani. Atasi rasa takut."  
Pertama kali aku bawa Aneeq main air, dia sangat takut. Takut nak jejak kaki dalam air. Takut nak lepaskan pelukan aku. Takut nak pandang air pun. Tapi, aku tetap tunggu dan peluk Aneeq dekat gigi air pantai tu sampai satu ketika, dia sendiri yang berpaling menghadap air pantai, dan perlahan-lahan tunduk capai dan rasa air pantai menggunakan tangan sendiri. Waktu tu, aku rasa macam nak menjerit dan melompat kegembiraan sebab Aneeq dah tahu cara untuk atasi rasa takut dia pada air. Dan waktu itu, aku tahu pada masa akan datang, Aneeq mampu menghadapi dan mengatasi segala rasa takutnya untuk meneroka segala yang ada di dunia ini.


"Bina hubungan baik dengan orang. Jadi peramah dengan semua orang. Layan orang dengan baik. Buat semua orang senyum bila bersama Aneeq. Buat SATU dunia suka pada Aneeq"
Pada awalnya, Aneeq susah nak terima orang lain selain aku, suami dan Mak. Sebab ketiga-tiga orang inilah yang paling rapat dengan Aneeq. Bila ada saudara dan kawan-kawan aku cuba nak dukung atau acah-acah dengan Aneeq, dia tak mahu. Jadi, setiap kali aku keluar, aku akan bawa Aneeq bersama dan dedahkan dia kepada saudara, kawan-kawan aku dan kanak-kanak. Lama-lama, Aneeq semakin selesa bila berjumpa dengan sesiapa saja dan makin berani untuk membina hubungan baik dengan orang lain. Tapi, jauh dalam hati aku masih ada risau. Oleh itu, setiap kali Aneeq berdukung atau bermain dengan sesiapa, mata aku tak pernah lekang dari dia.


"Belajar berusaha untuk capai apa yang diinginkan. Hadapi semua rintangan yang ada. Jadi kreatif untuk mencapai cita-cita"
Walaupun Aneeq masih kecil, tapi sedikit sebanyak sekarang ni dia dah tunjuk semangat yang kental bila mahukan sesuatu. Sekarang ni, Aneeq dah pandai berfikir sendiri dan belajar macam mana nak mengambil biskut dan bekas air di tempat yang tinggi dengan mengambil kerusi untuk dipanjat. Aneeq sangat cepat belajar melalui pemerhatian. Bila Aneeq nampak aku menyapu sampah, perlahan-lahan dia belajar untuk menyapu. Bila nampak aku lap lantai, perlahan-lahan dia ambil kain dan lap lantai.   

Dan akhir sekali aku nak kata pada Aneeq


"Jangan sedih. Mak selalu ada"


Dalam membesarkan anak ni, tidur yang mencukupi, aktiviti riadah yang berfaedah dan pemakanan yang seimbang memang perkara yang penting bagi mereka. Dalam mendapatkan kebaikan dan nutrisi dalam pemakanan anak, aku amat mementingkan penggunaan bahan-bahan makanan yang berkhasiat dan semula jadi dalam menu harian anak aku.

Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak" Contest

Namun begitu, aku tidak sekali pun meremehkan kepentingan dan khasiat susu untuk anak aku. Dutch Lady 4 Step Nutri Plan dihasilkan khusus untuk membantu memberi nutrisi kepada kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 6 tahun. Setiap umur memerlukan nutrisi yang berbeza kerana tahap perkembangan fizikal dan mental mereka adalah berbeza pada setiap tahap.

Melalui program pemakanan dan nutrisi Dutch Lady 4 Step Nutri Plan (Curious, Explore, Create dan Learn) yang disesuaikan untuk kanak-kanak mengikut perkembangan usianya, kini aku lebih mudah untuk memberi tumpuan dalam membantu anak aku mancapai tahap-tahap asas setiap peringkat umur. Dan aku tidak sabar nak melihat segala perkembangannya yang semakin hari semakin memberangsangkan.  

Apa pulak yang korang kata pada anak-anak korang sekarang? Mesti banyak nak nasihat kan dieorang, betul tak? Alang-alang tu apa kata korang sertai Dutch Lady 'Mak Kata, Saya Anak Bijak' Contest ni? Macam mana nak join? Senang ja. Pergi ke laman web www.smartmoments.com.my.


Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak" Contest

Contest bermula pada 1 Ogos 2016 dan akan berakhir pada 30 September 2016. Cepat-cepat banyak masa lagi ni.

Hadiah yang korang berpeluang untuk menang dalam kontest ni:
  • 9 pemenang bertuah dan keluarga mereka akan berpeluang untuk menghadiri majlis minum petang bersama Scha Al Yahya dan Lara Alana dan juga menerima sebuah instant camera.
  • 250 penyertaan mingguan yang pertama akan menerima cash voucher RM50
Cara untuk menyertai contest ini pulak:
  • Langkah 1: Beli mana-mana pek Dutch Lady 650g atau 900g (hanya unutk susu tepung rumusan kanak-kanka Dutch Lady Curious, Explore, Create and Learn)
  • Langkah 2: Hantar pesanan 'Mak Kata' kegemaran anda bersama foto untuk dipadankan di www.smartmoments.com.my
  • Langkah 3: Kongsi penyertaan anda atau hantarkan lebih penyertaan bagi meningkatkan peluang untuk menang. Simpan bukti pembelian original untuk menebus hadiah.
Apa lagi, jom join Dutch Lady "Mak Kata, Saya Anak Bijak" Contest. Good luck buat semua.


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Pilihan Semulajadi

$
0
0
Bahagian intim wanita adalah antara bahagian yang paling penting dijaga setiap masa. Al maklumlah kan tempat tu biasanya lembap dan bersuhu rendah dan mudah menjadi tempat pembiakan kuman-kuman yang tidak diingini kalau tak pandai jaga. Nak jaga bahagian intim wanita ni ada macam-macam cara sama ada pakai pakaian dalam jenis kapas yang mudah mengawal peluh, memakai pantyliner yang bersesuaian dan boleh juga menggunakan pembersih kewanitaan.

Bagi aku, kalau nak guna pembersih kewanitaan tu, kenalah cari yang kurang bahan kimia atau lebih bagus cari yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan semula jadi macam rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu.


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Terdapat 3 lagi rangkaian wangian pembersih kewanitaan daun sirih Sumber Ayu ini iaitu Mawar, Floral dan Gambir. Korang boleh cuba sendiri mana satu bauan yang menjadi pilihan korang. Bagi aku, bau wangian Orkid tu memang pilihan utama.  


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Orkid

Antara kesemua pembersihan kewanitaan Sumber Ayu ni, aku paling suka bau Orkid ni. Bau dia lembut je. Dihasilkan daripada haruman bunga orkid yang memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari.  


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Musk

Bagi aku bau musk ni lebih sesuai untuk lelaki sebab bau dia macam masam-masam sikit. Hahhahaha. Musk ini sebenarnya lebih kepada bau kasturi yang ringan yang mana boleh memberikan kesegaran yang optimum agar kita boleh berasa segar sepanjang hari. 


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Fruity

Bagi aku, bau pembersih wanita bau Fruity ni bau mani syang agak kuat. Aroma manis bau buah-buahan tropika ini mampu memberikan rasa bersih dan segar yang berpanjangan. Mula-mula aku agak tak suka dengan bau Fruity ni tapi lepas pakai, lama-lama bau dia makin sedap pulak. 

Untuk bau Mawar pulak, ianya lebih memberi bau ala-ala romantis yang mana ia lebih menenangkan. Mungkin kalau pakai sebelum tidur lebih elok. Bau Floral pulak ada kombinasi macam-macam jenis bunga yang memang harum. Dan paling akhir, untuk bau Gambir ini lebih kepada bau herba. Bagi aku, kalau korang suka jenis-jenis bau klasik, mungkin bauan gambir ini sesuai untuk korang.


Kelebihan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Antara kelebihan yang ada pada koleksi Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ini dapat mengawal pH bahagian intim wanita pada paras pH3.5 yang mana ia merupakan paras ideal untuk memastikan bahagian intim kita berada di dalam keadaan yang sihat dan selesa.

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ini boleh didapati dalam 2 saiz iaitu 90ml (RM3.60) dan 200ml (RM5.80). Korang boleh beli rangkaian produk ini di mana-mana pasaraya utama dan farmasi.


Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes

$
0
0
Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes | Instagram ni dah menjadi salah satu platform untuk kita promosikan bisnes tak kisahlah jenis bisnes apa pun. Betul tak? Sekarang ni Instagram dah perkenalkan Business Profile yang mana memudahkan lagi potential customer untuk menghubungi korang. 


Antara Kelebihan Profil Instagram Bisnes

  • Ada butang CONTACT supaya orang lebih mudah untuk call atau email korang
  • Boleh tengok analisis untuk impression, reach dan maklumat follower IG korang 
  • Lebih mudah untuk buat Instagram Ads 

Ha, best kan? So macam mana nak tukar profil Instagram Personal kepada profil Instagram Bisnes?

Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes

Aku kongsikan dengan korang step by step cara tukar akaun Instagram Personal profile ke Instagram Business profile.

Langkah 1:
Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes
Pergi ke bahagian Profil korang dan tekan titik tiga bertindih (Setting)


Langkah 2:
Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes
Tekan Switch to Business Profile


Langkah 3:
Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes

Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes
Dekat skrin Connect Your Facebook Page, korang akan nampak Facebook Page yang korang ada sebagai admin. Pilih Page mana yang korang nak connect kan dengan Instagram Bisnes Profil korang tu.


Langkah 4:
Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes
Dekat skrin Set Up Your Business Profile, lihat balik korang punya maklumat bisnes, kalau perlu ubah, ubah lah. Kemudian tekan Done.

Nota:
Untuk nombor telefon tu, mula-mula dia akan keluar +1. Untuk Malaysia +60. Untuk dapatkan nombor Malaysia tu, korang kena tekan dekat +1 tu lepas tu nanti, dia akan keluar list negara dan prefix untuk nombor telefon.

Dah siap!
Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes

Nota: 

  • Dengan adanya Instagram Bisnes Profil ni, korang akan dapat access kepada ciri-ciri bisnes yang baru seperti butang contact, Instagram Insight dan Promote untuk korang punya Instagram. 
  • Buat masa sekarang, hanya satu Facebook Page yang boleh connect dengan Instagram Bisnes Profil korang tu.
  • Insight Instagram hanya boleh dilihat untuk posting baru selepas tukar ke profil Instagram Bisnes. Yang posting lama tak akan dapat lihat dah.

Cara Tukar Instagram Bisnes Kepada Instagram Personal

Macam mana kalau korang nak tukar balik Instagram Bisnes kepada Instagram Personal pulak? Senang je. Lebih kurang sama macam tadi.

Langkah 1:
Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes
Pergi ke bahagian Profil dan tekan titik tiga bertindih (Setting). Klik Switch Back to Personal Account


Langkah 2:
Cara Tukar Instagram Personal Kepada Instagram Bisnes
Klik Switch Back  dan dah siap.

Nota: 

  • Bila korang tukar balik dari Business Profile ke Personal Profile, segala data dan insight dalam Instagram korang akan terpadam. 

Senang je kan? :) Nak tau tips Instagram yang lain? Boleh baca dekat link di bawah.

Tips Instagram:


Resepi Ikan Masak Kicap Mak Siti

$
0
0
Resepi Ikan Masak Kicap Mak Siti. Weekend ni aku full day keluar dari pagi sampai lewat petang. Hari ni je awal pagi pergi survey hood dapur, lepas tu ke food review, lepas tu pergi survey spek mata Zuk, lepas tu pergi tukar simkad aku. Bila dah sampai rumah, dah malas dan penat nak keluar dinner tapi lapar. Gigihlah mak masak Ikan Masak Kicap campak-campak guna rempah ratus Mak Siti. Cepat siap. Sedap makan, suami pun tertawan #eh hahahahha. Meh aku share sikit resepi ikan masak kicap Mak Siti.

Bahan-bahan Resepi Ikan Masak Kicap Mudah:


Resepi Ikan Masak Kicap Mudah

Bahan A:

250g ikan
1 pek 25g Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti (bancuh dengan air)
1 biji tomato (belah empat)
1 sudu kicap soya 
2 sudu besar minyak

Bahan B (ditumbuk dan dihiris):

2 ulas bawang merah
1.5cm halia


Bahan C (dihiris halus):

1 helai daun sup
1 helai daun bawang

Cara-cara Resepi Ikan Masak Kicap Mudah:


Langkah 1:

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah dengan halia sampai warna kuning keemasan

Langkah 2:

Masukkan bancuhan Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti dan tumis dengan api perlahan sampai naik bau

Langkah 3:

Masukkan sedikit air dan kicap soya.

Langkah 4:

Masukkan ikan dan maska dengan api yang sederhana, kacau perlahan-lahan hingga empuk. Angkat dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.


Resepi Ikan Masak Kicap Mudah
Siap!

Kalau korang nak tukar ikan tu ke makanan laut lain macam udang ke sotong ke ketam ke, boleh je tak ada masalah. Cara masak still sama dan boleh pakai Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti ni jugak.

Nampak senang gila kan aku masak. Memang senang pun sebab aku pakai Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti ni. 1 pek Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti berat dia 25g memang ngam-ngam sesuai untuk sekali masak. Satu paket ni baru RM1.20.

Ada lagi rempah ratus lain yang Mak Siti ni keluarkan contohnya rempah ratus untuk sup, rempah ratus untuk rendang, rempah rempah unutk masak kurma dan rempah rempah untuk masak-masak biasa. Korang boleh dapatkan rempah ratus Mak Siti ni dekat Tesco, Jusco, Aeon Jusco, Aeon Big, Sogo, Hero, CS Brother, kedai-kedai runcit dan supermarket. Tapi kalau nak beli online pun boleh. Tengok je dekat FB, website, IG atau terus wasap no dekat bawah ni.

011 1602 6692 (Dhia)






The Frutzee Family - Snek Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak

$
0
0
Jadi mak bapak zaman moden ni, rasa macam pening kepala kan nak bagi makanan yang berkhasiat untuk anak-anak. Sekarang ni banyak sangat makanan ringan yang tak sihat dan masa untuk kita sediakan sendiri makanan yang bagus untuk anak-anak pulak agak terhad. Oleh itu, kita kena pandai cari makanan yang berkhasiat untuk anak-anak lebih-lebih lagi untuk snek mereka.

Sekarang ni, bila bercakap pasal snek untuk budak-budak, aku dah ada pilihan yang aku rasa memang tepat dan berkhasiat. Nutrio Food baru-baru ni ada mengeluarkan rangkaian snek berupa buah-buahan kering yang dipanggil The Frutzee Family.

Snek kanak-kanak

The Frutzee Family ni adalah snek buah-buahan yang berkhasiat yang pertama dikeluarkan di pasaran. Yang lain kan macam merapu-rapu je snek dieorang. Snek ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas tapi of course kita still kena jaga-jaga jugak takut tersedak ke ape ke.  The Frutzee Family ni ada keluarkan 4 rasa buah iaitu pisang, strawberi, anggur dan epal.

Snek kanak-kanak

Snek kanak-kanak
Frutzee Crispy Apple (Epal)
Rasa Frutzee Crispy Apple ni manis-manis masam buah epal. Ada manis sikit, ada masam sikit. Tapi jangan risau. memang dieorang tak tambah apa-apa perisa atau pemanis pun dalam snek ni. Bila pertama kali gigit, rasa ranggup sangat macam makan potato chips.  

Snek kanak-kanak

Snek kanak-kanak
Frutzee Crispy Banana (Pisang)
Kalau korang nak tau macam mana rasa dia, Frutzee Crispy Banana ni sebijik rasa macam pisang goreng. Rasa manis-manis pisang dia memang sedap. Bila gigit rasa ranggup sangat. Antara keempat-empat perisa ni, aku paling suka perisa pisang. Aku rasa korang pun akan suka rasa pisang ni kalau korang kaki makan goreng pisang.

Snek kanak-kanak

Snek kanak-kanak
Frutzee Crispy Grape (Anggur)
Frutzee Crispy Grape ni rasanya manis-masam jugak. Bentuknya bulat-bulat sebab tidak dipotong atau dipatah-patahkan masa proses pengeringan. So, bentuk dia memang bentuk asal. Bila makan ni, rasa ranggup awal-awal tu tapi lepas tu, aku rasa macam ada yang terlekat dekat gigi. Rasa dia lebih kepada masam anggur. Bila tengok ada nampak macam kacang sikit bentuk dia.

Snek kanak-kanak

Snek kanak-kanak

Frutzee Crispy Berry (Strawberi)
Untuk rasa strawberi ni dieorang ada tambah 2% gula sebab nak seimbangkan rasa masam asli strawberi tu. So, nanti bila korang makan Frutzee Berry ni akan ada rasa masam manis camtu. To be honest, antara keempat-empat perisa ni, yang strawberi ni paling cepat jadi lemau. 

Keempat-empat rasa buah ini diperbuat daripada buah asli yang dibekukan dan dikeringkan terus lepas dipetik untuk mengekalkan segala nutrisi dan rasa buah yang sedap. Yang penting, kesemua rasa ini diperbuat tanpa bahan pengawet, tanpa bahan pewarna dan tanpa bahan penambah rasa.

Harga setiap kotak ini RM18.00 dan dalam setiap kotak ada 4 paket kecil. Diaorang buat macam ni sebab buah-buahan kering ni cepat jadi lemau bila terdedah pada udara. Jadi bila dieorang pack kecil-kecil ni, sempat lah kita habiskan satu pack dalam jangka masa yang cukup supaya tidak lemau. Buah-buahan kering ni sedap kalau dimakan waktu dia masih ranggup dan waktu itulah semua khasiatnya masih terkandung dalam buah-buahan tu.

Frutzee Kids Snack

The Frutzee Family ni, korang boleh beli secara online di www.frutzee.my atau www.motherhood.com.my

Untuk maklumat lanjut pasal The Frutzee Family ni lagi. korang boleh tengok dekat website, Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.




Nak Tau Apa Yang Best Di Sekinchan? Baca Ni.

$
0
0
Aku dah lama tak jejak kaki ke Sekinchan. Aku ingat lagi, last aku pergi ke Sekinchan dengan Baiti, Brit, Syuk dan Ijat. Waktu tu aku tengah Degree. Wei memory gile. Waktu tu macam, they are the bestest friend I ever had. Mana-mana pun kiteorang pergi sama-sama. Buat apa pun sama-sama. Study pun sama-sama. 

Kiteorang ni pulak jenis kaki lepak. Lepak mamak lah, lepak shopping mall lah, lepak pergi sungai lah, air terjun lah. So one day, kiteorang planning pergi ke Sekinchan sebab waktu tu tengah hot cerita Nur Kasih yang shooting dekat situ. So, kiteorang pun acah-acah lah nak pergi ambik gambar dekat situ jugak. Cantik gile kot tempat tu sebab sawah padi dia memang menghijau waktu kiteorang pergi tu. 

Pantai Redang, Sekinchan
Sumber: sekinchan.org

Itu waktu tu je lah. Dah lama aku tak pergi ke Sekinchan. So, acah-acah nak mengimbas memori, aku pergi lah sekali lagi ke Sekinchan selepas beberapa lama tak pergi. Benda pertama yang aku buat adalah cari tempat tinggal.  Aku pernah dengar je sebelum ni pasal Traveloka tapi tak pernah try. So gigih lah waktu tu aku try tengok website https://www.traveloka.com/en-my/ untuk check out Sekinchan hotels yang best.  Agak surprise la mula-mula sebab aku selalu ada stereotype dengan hotel searching site ni. Dah bagi harga murah at first, tapi bila sampai ke payment page, harga dah bertambah. Dah la mahal! Baik terus terjah je, takyah pre-book. Tapi, it’s different with Traveloka. What you see is what you gonna pay ☺. Kebetulan aku book hotel hari Jumaat, diorang ada bagi weekend promo time tu. Rate bilik dah dapat paling murah, then dapat lagi discount. Double the happiness!!

Sampai kat sana, aku terus check in. Tempat penginapan aku dekat je dengan terminal bas. Aku memang sengaja ambik bilik kat dalam pekan, so that senang nak cari makan, transport dan sebagainya. Lepas dapat bilik, aku terus ke satu gerai kat pekan tu untuk makan tengahari. Macam yang aku expect, banyak lauk-pauk, ulam-ulam kampung yang diorang hidangkan. Harga pun tak mahal. Dapat la aku lepas kempunan nak makan sayur pucuk paku dengan ikan keli masak lemak haritu. Lepas tu, aku terus gerak ke Pantai Redang, sebuah perkampungan nelayan. Lamaa jugak la aku lepak kat pantai tu, sampai la waktu senja. The best part was, sunset kat sini sangatlaa cantik. Dan aku pun dapat rehatkan otak tengok laut sambil fikir pasal life plan. Lepas tu, aku balik semula ke bilik untuk rehat.

Bukit Melawati Sekinchan
Sumber: http://www.travelinmalaysia.com/

Esoknya, aku pegi ke the coastal part of Kuala Selangor untuk usha apa lagi aktiviti best yang boleh dibuat kat sini. First sekali aku pergi Bukit Melawati. Disebabkan kat sini banyak peninggalan sejarah (and aku pulak tak suka sejarah, hihi), keje aku cuci mata je, enjoying the flora and fauna here. Aku spend 3 hours here (lama kan?) untuk jalan-jalan (boleh juga naik tramp) pusing the whole park. Lepas tu, aku went to ke Kuala Selangor Nature Park. Kat sini, aku jadi macam excited gila dengan hutan paya bakau yang kaya dengan pelbagai hidupan. Aku rasa tempat ni sangat informative dan sesuai kalau korang nak bawak family with kids sebab banyak benda yang boleh belajar pasal alam sekitar. Cuma, aku suggest korang takyah la bermalam kat pekan Sekinchan. Korang boleh terus cari Kuala Selangor hotel yang berdekatan dengan taman ni. Lagi mudah. Malam pulak, aku pegi tengok fireflies! Apart from the pantai moment, ni merupakan experience yang paling best kat sini. Naik boat malam-malam cruising thru the river was an unforgettle moment for me! Aku sangatlaah amazed tengok ribuan (or maybe jutaan) kelip-kelip light up the dark areas. Cantik gilaaa, sampai sekarang tak boleh lupa!! 

Esoknya, lepas breakfast lempeng kelapa dan kopi o, aku terus  balik semula ke Shah Alam. Kejap je pulak rasanya trip aku tu. Rasa tak puas pun ada. Aku ingatkan Sekinchan ni ada sawah padi yang cantik menghijau semata-mata rupanya banyak lagi. 

Sekinchan
Nah, belanja gambar aku duduk dekat sawah padi menghijau waktu aku zaman-zaman otai dulu. kehkehkeh. 

Jadi, lepas ni, Sekinchan akan jadi antara tempat favorite aku untuk tenangkan otak. Aku akan make sure yang aku book Sekinchan hotel dengan Traveloka lagi lepas ni untuk dapatkan rate yang paling best. Aku suggest jugak to checkout  Traveloka Great Sale - Harga hebat tanpa berbaris! Ada pelbagai destinasi dengan harga yang menarik. Mungkin ada yang menarik minat korang selain Sekinchan.

Seminar Facebook Percuma

$
0
0
Seminar Facebook Percuma | Facebook sekarang ni dah menjadi salah satu platform yang sangat penting untuk berniaga, betul tak? Bagi aku, nak berniaga melalui Facebook ni tak salah tapi kita kena faham dan tahu macam mana nak menggunakan Facebook untuk berniaga supaya dapat mengoptimumkan keuntungan bisnes online kita.   

Seminar Facebook Percuma 2016

Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti

Tak ramai yang tahu macam mana nak menggunakan Facebook dengan betul untuk buat pemasaran online yang berkesan. Disebabkan oleh itu, pengasas TRS Training & ConsultancySuhaimi Umar akan mengadakan Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti pada bulan September ni. Dalam seminar percuma itu nanti, pelbagai tips dan teknik pemasaran online berkesan akan diajar oleh Suhaimi Umar sendiri.

Kesalahan yang paling banyak aku nampak Facebook online seller buat sekarang ni adalah suka tag nama kawan-kawan pada iklan yang mereka upload ataupun yang paling teruk adalah post iklan dekat wall kawan. Tak pun spam dekat bahagian komen orang lain. Yang lagi teruk, bila seller suka-suka hati masukkan kita ke dalam group bisnes yang entah apa-apa. Hey, geram betul rasanya. Itu bukannya boleh tarik minat lagi ramai orang untuk beli barang mereka tapi lebih buat orang jadi marah dan rasa annoying. Kemungkinan besar nanti seller akan di'unfriend' ataupun di'report' sebagai spammer. Dah hilang potential buyer, kan. 

Bagi online seller yang selalu buat perangai macam ni (dalam friendlist Facebook aku pun ada tau huhuhuhuh), aku sangat-sangat sarankan korang pergi join Seminar Facebook Percuma ni dan ambil segala ilmu pemasaran online yang diajar supaya korang dapat menggunakan Facebook sebagai salah satu cara berbisnes online dengan berkesan dan beretika. 

Seminar Facebook Percuma 2016

Silibus Seminar Facebook Percuma

Antara perkara yang akan korang pelajari masa Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti tu nanti adalah seperti di bawah:
  • Rahsia kenali pelanggan anda
  • Mindset usahawan bisnes online
  • Teknik copywriting meleleh
  • Teknik mudah kuasa produk
  • Teknik gambar FBAds 3 saat
  • Rahsia setting FB Ads TRS
  • Teknik closing sales membelai
  • Teknik follow up tingkatkan sale
  • Strategi manage database 101%

Aku rasa silibus-silibus dekat atas ni sangat-sangat menarik dan penting untuk dipelajari kalau nak buat bisnes online. Kalau kita betul-betul aplikasikannya, mesti bisnes online kita bertambah mantap dan kita boleh dapat keuntungan yang tinggi. Lagipun, sesiapa pun boleh join bengkel ni - suri rumah yang buat bisnes kecil-kecilan, usahawan online yang berminat nak belajar Facebook Ads tapi tak tahu mana nak mula dan kos terlalu mahal, online seller yang tak pandai nak iklankan produk, tak reti nak cari pembeli dan sebagai. Semua boleh join.

Seminar Facebook Percuma 2016

Pendaftaran Seminar Facebook Percuma

Seminar Facebook Percuma ini asalnya akan diadakan pada dua tarikh terdekat ini saja iaitu pada:

Tarikh: 24hb dan 25hb September 2016
Masa: 8.00 pagi hinggga 5.30 petang
Tempat: Pusat Latihan MPSW, Bandar Baru Bangi, Selangor

Untuk pengetahuan korang, untuk slot bertarikh 24hb September 2016 dah pun penuh. Cuma tinggal untuk tarikh 25hb September je yang tinggal. Itu pun aku tak pasti masih ada ke tak tempat kosong sekarang ni. Disebabkan Seminar Percuma Facebook #DemiSekepingRoti dah penuh dan masih ada lagi permintaan untuk menyertainya, satu sesi bengkel lagi akan dibuka pada tarikh yang lain iaitu pada:

Tarikh: 5hb dan 6hb November 2016
Masa: 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Pusat Latihan MPSW, Bandar Baru Bangi, Selangor

Kalau korang berminat untuk sertai seminar ini, korang boleh daftar dekat sini. Jangan lambat-lambat, aku takut sesi kedua ni pun nanti akan penuh macam sesi pertama. 


Early Promo:
Bengkel Facebook bernilai RM1500 secara PERCUMA akan diberikan keutamaan kepada yang cepat bertindak sahaja


Aku rasa ini peluang terbaik untuk usahawan online di luar sana untuk belajar selok belok perniagaan online dengan teknik-teknik dan tips-tips pemasaran online yang berkesan. Tambahan lagi, seminar Facebook ini PERCUMA. Iye, percuma! Nak tahu lebih lanjut pasal Bengkel Facebook #DemiSekepingRoti ni, korang boleh rujuk link di bawah.




Beli Barang China Murah Di EZBUY

$
0
0
Pernah tak dengar ada orang buat trip ramai-ramai ke China sebab nak beli barang secara borong dari China dengan harga yang murah lepas tu jual balik dekat Malaysia. Kalau tengok kan, barang-barang dekat China memang banyak yang murah-murah sebab dieorang dekat sana banyak produce barang secara besar-besaran. Sebab tu boleh beli dengan harga yang murah. Tapi, kita ni nak pergi ke China, satu hal lah pulak kan. Jangan risau, aku ada satu cara untuk beli barang China dengan harga yang murah di hujung jari korang je.

Beli Barang China Murah

Ezbuy ni sebenarnya adalah agen untuk Taobao di Malaysia. Taobao tu adalah satu online website untuk beli barang-barang China tapi kalau kita beli barang guna Taobao memang susah sikit sebab diaorang guna bahasa Cina dan nak pos barang ke sini mahal gila postage dia. So, kalau kita guna agen Taobao macam Ezbuy ni, lebih senang untuk kita cari barang yang ada dekat website dia sebab dia guna bahasa Inggeris. Dan hari ni aku nak share dengan korang macam mana nak dapatkan postage lebih murah.

Cara Beli Barang China Murah Di Ezbuy

Aku rasa ramai yang agak-agak confuse macam mana nak beli barang dekat Ezbuy ni kan. Meh aku terang kan sikit, step by step.

Langkah 1
Beli Barang China Murah
Mula-mula sekali login ke akaun Ezbuy korang. Kalau tak ada lagi, boleh Register Akaun Ezbuy


Langkah 2
Beli Barang China Murah
Pilih kategori - ada 10 kategori barang-barang yang dijual dekat Ezbuy ni.


Langkah 3
Beli Barang China Murah
Pilih barang korang.


Langkah 4
Pilihlah preference korang ikut apa yang ada contohnya warna barang, saiz barang dan kuantiti. Lepas tu klik butang ADD TO CART


Langkah 5
Beli Barang China Murah
Bila dah siap shopping semua barang yang korang nak, dekat bahagian kanan tu ada SHOPPING CART korang, klik butang CHECK OUT (x ITEMS).


Langkah 6
Beli Barang China Murah

Beli Barang China Murah
Nanti akan keluar paparan macam ni. Setiap pendaftaran kali pertama dalam Ezbuy, korang akan dapat voucher 15% off. So, dekat bahagian USE GREDIT AND COUPON CODE tu, korang boleh letak coupon code yang korang dapat tu. Lepas tu tekan butang CHECK OUT.

Aku ada voucher code untuk 15% off untuk shipping fee. Boleh guna promo code dekat bawah ni untuk dapatkan 15% off untuk shipping fee tu.


ezfriend15



Langkah 7
Beli Barang China Murah
Isikan alamat rumah dan tekan butang NEXT. Nanti akan keluar notification macam ni.


Langkah 8
Tekan butang Top Up Now dan buatlah pembayaran korang. Korang boleh buat pembayaran melalui e-Banking, Manual Internet Banking, Kad Kredit ataupun ATM Transfer. Lepas buat pembayaran, korang akan dapat mesej melalui telefon tentang pembayaran korang tu. Dan korang juga akan dapat bil pembayaran korang melalui email juga.

Lepas tu, tunggu lah barang-barang murah dari China korang tu sampai dengan penuh rasa gembira. Nah, buat apa sesak-sesak beli barang mahal-mahal dekat shopping mall tu. Sekarang kan dah senang beli barang murah dari China secara online saja. 

Ingat tak tadi aku cakap aku nak share macam mana nak dapat postage murah? Ha, senang je. Korang boleh beli barang-barang dekat Ezbuy guna Prime. Bila korang beli guna prime ni, korang akan dapat harga postage sebanyak RM8.80 setiap masa, berat mana pun dan banyak mana pun korang beli. Semua postage korang perlu bayar sebanyak RM8.80 saja. Nak tau macam mana nak dapatkan harga postage RM8.80 tu, korang boleh baca dekat sini- Prime Introduction

Aku sarankan kotang register untuk Prime Trial ni dekat sini https://goo.gl/7eXgQs sebab setiap hari akan limited untuk 100 orang je.



Overall, aku suka platform Ezbuy ni sebab dia menggunakan bahasa Inggeris. Lagipun, website dia memang tersusun senang nak cari barang. Harga-harga barang yang memang murah dan berpatutan. Satu lagi, postage dia murah!

So, ape lagi? Jom shopping dekat Ezbuy!

JS Puzzles Main Jigsaw Puzzle Online Percuma

$
0
0
Baru-baru ni aku berjalan satu semenanjung selama dua minggu. Seronok memang seronok sebab boleh pergi tengok macam-macam benda tapi yang tak seronoknya bila dalam kereta dna perjalanan jauh pulak tu. Jadi tak tahu apa nak buat dalam kereta. Aku ni jenis suka mian jigsaw puzzle so aku google kot kot ada jiqsaw puzzle yang boleh main dalam internet kan. Last-last aku jumpa JS Puzzle.

online jigsaw puzzle

Dekat JS Puzzles ni korang boleh main puzzle secara online percuma di Internet. Tak payah bayar apa-apa, tak payah register apa-apa dah boleh terus main. Kalau nak lagi best, korang boleh upload gambar korang sendiri untuk jadi puzzle untuk korang main. Setiap hari akan ada gambar jigsaw puzzle yang berbeza untuk korang main. Mencabar sikit kan.

online jigsaw puzzle

Korang boleh pilih macam-macam jenis gambar untuk jigsaw puzzle ni. Dari gambar haiwan, ke pemandangan, ke bunga dan macam-macam lagi. 

online jigsaw puzzle

Bila korang dah pilih gambar apa yang korang nak jadikan jigsaw puzzle korang tu, korang boleh pilih nak berapa keping jigsaw puzzle. Ada dari 9 keping (yang paling senang) dan 225 keping (yang paling susah). 

Lepas tu korang boleh pilih lagi nak saiz kecil ke besar setiap keping jigsaw puzzle yang korang nak main tu.

Korang pun ada option bentuk kepingan jigsaw puzzle macam mana yang korang nak main. Dari yang paling senang hingga ke paling susah. Aku biasa ambil yang bentuk jigsaw puzzle biasa je. Yang lain-lain tu macam susah je bagi aku.

Bila dah pilih semua, korang boleh klik butang Play This Puzzle nanti die keluar macam dekat bawah ni.

online jigsaw puzzle

Main lah korang sampai siap. Awal-awal nak main secara online ni memang susah sikit sebab kita kan dah biasa jenis yang boleh pegang. Ni kita just kena drag drag je. Tapi, lama-lama nanti senang dah lah. Nanti korang akan main laju je dah boleh siap. 

Kalau korang rasa macam bosan-bosan dan tak tahu apa nak buat tu, apa kata korang pergi main jigsaw puzzle secara online dekat JS Puzzle ni. 


Safi Shayla Itch-Kontrol - Shampoo Untuk Wanita Bertudung

$
0
0
Baru-baru ni aku pergi travel satu semenanjung selama 2 minggu berturut-turut. Alang-alang Zul nak habiskan cuti dia kan. Ape lagi, ambik lah kesempatan ni. Nanti aku akan cerita pasal aku travel dalam entry-entry yang lain. Tapi satu masalah masa travel hari tu, aku tak sempat nak basuh shampoo selalu sebab asyik on the go je kan. Nak pakai tudung lagi. Takut lembap-lambap pakai tudung, busuk pulak rambut. Lepas tu, shampoo yang disediakan oleh hotel pulak, hmmmm haru je. 

Shampoo untuk wanita bertudung

Jadinya, lepas balik dari travel hari tu, aku ada cuba shampoo untuk wanita bertudung brand Safi Shayla ni. Dulu aku selalu je dengar pasal shampoo Safi Shayla ni tapi tak pernah terfikir nak pakai. Baru ni je aku cuba Safi Shayla Itch-Kontrol dalam pek fleksi dia. 

Shampoo untuk wanita bertudung

Safi Shayla Itch-Kontrol 

Since aku memang tengah gatal kepala waktu tu, Safi Shayla Itch-Kontrol memang tolong sangat untuk kawal kulit kepala aku daripada berkelemumur dan dalam masa yang sama dia buat kepala aku jadi sejuk selesa. Dalam shampoo ni jugak diaorang ada masukkan habbatus sauda, minyak argan dan mentol untuk sihatkan kulit kepala, bagi rasa sejuk-sejuk segar minty dan bau yang wangi. 

Pek Fleksi Shampoo Safi Shayla

Pek Fleksi Shampoo Safi Shayla ni bagi aku lebih menjimatkan tapi kualiti tetap sama dengan shampoo- shampoo yang ada dekat luar sana. Harga pek fleksi ni bagi aku memang okay. Korang boleh beli Pek Fleksi Safi Shayla ni dengan harga RM14.65 untuk saiz 480g dekat mana-mana pasaraya dekat Malaysia ni. 

Shampoo untuk wanita bertudung

Saiz dia sangat okay untuk korang bawak ke mana-mana pun even nak bawak pergi travel letak dalam beg pun tak ada masalah. Tak berat dan tak ambil banyak ruang dalam beg pun. Nak refill terus dalam botol lama pun boleh. Lagipun Safi Shayla Pek Fleksi ni mesra alam tau sebab penggunaan plastik untuk buat packaging dia 65% jauh lebih kurang daripada botol punya.  

Bagi yang pernah pakai shampoo Safi Shayla dalam botol, warna dan corak reka bentuk setiap pek fleksi sama je dengan yang botol punya. So, tak ada lah korang confuse jenis apa shampoo tu kan. Ada banyak lagi variasi Safi Shayla Pek Fleksi ni.

Shampoo untuk wanita bertudung
Hitam - SAFI SHAYLA Hitam Menawan
Hijau - SAFI SHAYLA Segar Bermaya 
Biru SAFI SHAYLA Anti Kelemumur
Merah - SAFI SHAYLA Rambut Rosak 
Hijau Emerald - SAFI SHAYLA Itch Kontrol 
Kuning - SAFI SHAYLA Kawalan Minyak
Oren - SAFI SHAYLA Rambut Gugur
Ungu - SAFI SHAYLA Licin Terurus 

Kalau korang nak tengok any info pasal Safi Shayla ni, korang boleh tengok dekat Facebook, Instagram ataupun Youtube Safi.

Bourjois Rouge Edition Souffle de Velvet 07 Plum Plum Pidou

$
0
0
Bagi aku yang bukannya kaki make up, tapi dalam hati tu still ada perasaan nak pakai make up cantik-cantik macam orang lain dekat luar sana. Selalu jugak aku tanya dekat Zul, tak pe ke kalau aku make up. Dia suka ke? Dia kata tak kisah, pakai je lah. Alang-alang dah dapat permission, aku pun mula try berjinak-jinak pakai make up.


Lately aku cuba untuk pakai liquid lipstick Bourjois Rouge Edition Souffle de Velvet. Shade yang aku cuba 07 Plum Plum Pidou. Comel betul namanya. 
  

Bourjois Rouge Edition Souffle de Velvet 07 Plum Plum Pidou

Ye, since ini pertama kali aku cuba liquid lipstick, aku terpaksa google review-review yang ada macam mana nak pakai. Tak pe tak pe, newbie kan.

Tekstur:

Pertama sekali aku nak cerita pasal tekstur dia. Bila pertama kali aku sapu pada bibir tu, aku rasa macam susah nak control banyak mana nak sapu. At the end, ada lah tercomot sana sini, terlebih line bibir. Tapi, senang je bila aku calit satu line penuh bibir, lepas tu aku sapu rata-rata guna hujung jari. Lagi senang nak control kalau pakai guna jari macam tu.

Ini warna dekat bibir lepas aku sapu. Nampak macam basah-basah lagi kan.

Awal-awal bila sapu tu, rasa macam basah-basah tapi bila dah sapu rata, aku rasa macam tak pakai apa-apa pun atas bibir. Rasa lembut dan ringan. Tak rasa melekit pun. Itu bila aku pakai liquid lipstick tu saja tanpa ada apa-apa di bawah dia. Walaupun dia kata warna liquid lipstick ni boleh tahan 10 jam, tapi dalam sejam lepas aku pakai dan pergi makan, warna dia terus hilang. Itu sebab aku makan. Mungkin kalau aku pakai waktu tak makan, warna tu akan stay.  

Kali kedua aku cuba untuk pakai lip balm dulu sebelum sapu liquid lipstick ni atas bibir. Aku rasa lebih licin kot bila aku nak sapu. Dan nampak macam basah-basah tapi basah tu tak lama lah. 

Ini warna dekat bibir lepas 2 jam pakai. Aktiviti yang aku buat, minum air, bercakap dan membebel dekat Aneeq. 

Warna:

Since waktu aku cuba liquid lipstick ni, aku baru balik dari travel dan muka aku habis hitam sebab burn, mungkin shade Plum Plum Pidou ni kurang sesuai untuk warna kulit aku. Tak berapa nampak naik warna tu. Zul pun cakap macam tu jugak. Nampak tak berapa naik warna tu dekat bibir aku. Itu kalau aku tak pakai apa-apa di muka selain liquid lipstick tu je lah.

Bila aku sapu sedikit foundation dan bedak sikit, baru nampak warna tu menyerlah dekat bibir aku. 

Packaging:

Aku paling suka tengok packaging dia. Bentuk packaging dia bersegi dan aku rasa lebih senang untuk pegang dan bukak penutup dia. Korang boleh nampak exactly warna liquid lipstick sebab botol dia jenis see-through. Botol dia nampak macam botol kaca yang mahal tapi sebenarnya dia plastik saja.

Overall, Bourjois Rouge Edition Souffle de Velvet 07 Plum Plum Pidou ni liquid lipstick yang best untuk aku sebagai make up newbie cuba dan eksperimen. Aku suka rasa ringan dan tak melekit atas bibir dan bentuk packaging ala-ala mahal dia. Mungkin aku just perlu tukar pilihan warna dia je kot.

Korang boleh dapatkan Bourjois Rouge Edition Souffle de Velvet pilihan shades korang dekat mana-mana Watson yang terdekat dengan korang dengan harga RM45.90.




Main Sudoku Online Di Live Sudoku

$
0
0
Aku mula terjebak gila main sudoku ni bila ayah aku beli surat khabar The Star masa aku kecik-kecik dulu. Tiap-tiap hari akan ada sudoku baru yang dieorang selitkan dalam paper tu. Lepas je, ayah aku setel baca paper The Star tu, terus aku rembat bahagian sudoku dan try untuk habiskan. Kadang-kadang senang tu boleh lah siap semua tapi kalau yang susah gila tu aku give up je. Hahhahahah.

Main Sudoku Online

Sekarang ni, tak pernah dah aku beli surat khabar. Nak jimat katanya. Baik baca berita online kan. Tapi kadang-kadang tu rindu jugak nak buat sudoku macam masa aku kecik-kecik dulu. Baru lah aku terfikir nak cari sudoku online. Rupanya belambak je website tempat main sudoku online tapi ada yang berbayar dan ada yang free.

Main Sudoku Online

Tapi dalam banyak-banyak website sudoku online tu, ada satu ni yang aku lebih suka iaitu Live Sudoku. Ada banyak sebab aku suka main sudoku online dekat Live Sudoku ni antaranya:

1. Layout Simple

Layout website ni memang sangat simple. Tak crowded dengan benda-benda yang tak penting pun. So, senang nak concentrate bila main sudoku tu nanti dan tak terganggu dek benda-benda lain. 

2. Percuma

Well, well, well, siapa lah yang tak suka barang percuma kan? Nak main sudoku online dekat Live sudoku ni, korang tak perlu nak bayar apa-apa pun. Tak payah register apa-apa pun terus boleh main. 

3. Boleh Pilih Level

Dekat Live Sudoku ni, korang boleh pilih level apa yang korang nak main. Ada 4 level iaitu Beginner, Medium, Hard dan Wicked. Disebabkan aku dah lama tak main, aku of course lah pilih Beginner dulu. Lama-lama nanti baru boleh up sikit.

4. Boleh Main MultiPlayer

Kalau rasa nak mencabar sikit, apa kata main sudoku online secara multiplayer. Dekat sini, korang kena compete dengan orang lain berdasarkan masa yang paling cepat. Tapi, kalau nak main multiplayer, kena register dulu.


Main Sudoku Online

Kalau korang kaki main sudoku, try lah main sudoku online punya. Aku suka sudoku online sebab tak payah nak bawak buku atau pen ke hulu ke hilir. Bukak je online melalui handphone. Handphone kan kite selalu bawah ke sana ke mari. So, tak ada masalah dah lah. 


5 Sebab Aku Bertukar Dari Breakfast Teh Tarik Ke Caroma Soymilk Powder

$
0
0
Setiap pagi aku memang ambil breakfast. Aku ni jenis bangun-bangun tidur je kebulur terus. Al maklumlah masih breastfeed kan Aneeq. Dan breakfast yang aku paling suka adalah homemade roti canai. Air pulak mestilah teh tarik. Teh tarik aku buat gila sedap kot sebab tu lah suami makin sayang, eh, hahahaha. 

Biasanya teh tarik aku buat memang kaw kaw piang rasa teh dan manis dia potong kaki punya. Aku suka pakai creamer brand G**** sebab sedap dan murah sikit dari brand-brand lain. Tapi tu lah, sejak aku baca keburukan non-dairy creamer ni, aku slow-slow tukar dari breakfast dengan teh tarik kepada Caroma Soymilk Powder


Caroma Soymilk Powder

5 Sebab Aku Bertukar Dari Breakfast Teh Tarik Ke Caroma Soymilk Powder

Untuk bertukar dari teh tarik ke Caroma Soymilk Powder ni tak lah susah mana sebab rasa dia memang sedap dan nak bancuh pun lebih senang daripada nak bancuh teh tarik. Tapi yang membuatkan aku lebih semangat nak tukar ke Caroma Soymilk Powder ni adalah 5 kelebihan dia iaitu:

1. Tiada Non Dairy Creamer

Caroma Soymilk Powder ni tak ada non-dairy creamer. Non-dairy creamer ni kan sebenarnya tak sihat untuk badan sebab ada minyak, gula yang banyak dan ada thickeners. Salah satu sebab kenapa aku bertukar kepada produk ni adalah sebab dia tak ada non-dairy creamer ni. 


2. Tiada Bahan Pengawet

Caroma Soymilk Powder ni dihasilkan daripada 3 jenis ramuan je iaitu serbuk soya organik dan bukan GMO, gula perang dan dekstrosa. Kesemua bahan-bahan ni bahan asli dan tak ada bahan pengawet pun yang digunakan untuk menghasilkan Caroma Soymilk Powder ni.

3. Menggunakan Serbuk Susu Soya Yang Dikupas Kulit

Caroma Soymilk Powder ni dihasilkan daripada biji soya yang dikupas kulitnya. Aku ada baca bila lupas kulit kacang soya, rasa dia akan jadi lebih sedap. Dan produk ni jugak sesuai untuk pesakit gout, orang yang ada high uric acid serta untuk mereka yang vegetarian. 

4. Menjadi Sumber Protein

Soya memang terkenal dengan sumber protein. Kalau tengok mana-mana produk dekat pasaran sekarang ni, memang produk yang berasaskan soya tu salah satu tujuannya adalah untuk menjadi sumber protein untuk badan kita.


5. Membantu Proses Tumbesaran 

Badan kita ni memerlukan protein untuk sokong pertumbuhan dan pembangunan diri. Soya adalah sumber protein dan protein membantu untuk membesarkan dan menguatkan otot, kulit, rambut, tulang dan organ-organ lain dalam badan kita. Anak-anak korang umur 3 tahun ke atas pun dah boleh minum Caroma Soymilk Powder ni supaya boleh membantu proses tumbesaran mereka. 


 Caroma Soymilk Powder

Rasa Caroma Soymilk Powder ni tak berapa manis tapi rasa soya tu memang ada. Sedap pun sedap. Bagi yang tak suka minum susu biasa, aku rasa ini alternative yang bagus untuk korang. Aku suka Caroma Soymilk Powder ni sebab serbuk dia halus sangat dan senang nak larut dalam air suam panas. Jangan korang bancuh dengan air panas menggelegak sudah. 

Satu kotak Caroma Soymilk Powder ni harga cuma RM15 dan dalam satu kotak ada 8 sachets. Biasanya aku memang minum Caroma Soymilk Powder ni untuk breakfast dan kadang-kadang je untuk minum petang. Aku pun tak risau bila nak minum susu soya ni sebab dieorang ada sijil HALAL

 Caroma Soymilk Powder

Aku ada promo code untuk dapatkan Caroma Organic Powder (2 x 240g) ni dengan harga diskaun RM5. Jimat sikit kalau beli guna promo code ni. Tapi promo code ni boleh pakai sampai 31 Oktober ni je. Korang boleh guna promo code untuk beli Caroma Organic SoyMilk dekat website Joy Mix.

Promo code: CAROMAFADZI5


Caroma Soymilk Powder ni pun ada dijual dekat Lazada dan 11street. Untuk maklumat lanjut pasal susu soya ni, korang boleh tengok website atau Facebook dieorang.

Website | Facebook


Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia

$
0
0
Ewah tajuk entry kemahin lagi. Bagi can lah sikit kan ni first time kot aku nak tulis entry pasal travelogue aku. Kalau korang follow Instagram atau Facebook aku, sepanjang 2 minggu lepas aku ada upload beberapa (banyak) gambar aku berjalan bermula dari Johor naik ke Pahang, Terengganu, Kelantan, Utara dan turun balik ke Negeri Sembilan dan Melaka.

Kali ni aku pergi berjalan-jalan pusing satu Semenanjung Malaysia ni dengan Zul dan Aneeq. Woah, mencabar gileeeee travel dengan budak umur setahun setengah ni. Mencabar habis. Tapi, berjaya juga habiskan dalam masa 14 hari.

Sepanjang perjalanan kiteorang memang banyak suka duka, pahit manis, segala lah. Gelak ketawa ada, mengamuk marah of course ada. It's a 14 days trip man! 14 days trip with a 1 and half year old kid! Tapi, overall, kiteorang semua enjoy dan have a lot of fun. Aneeq pun belajar beberapa perkataan baru dalam travel kiteorang ni.

Okaylah, sebenarnya motif road trip kiteorang ni lebih kepada nak jejakkan kaki ke semua negeri dalam Semenanjung Malaysia ni dalam masa 14 hari. Dan alhamdullilah walaupun rushing dan banyak tempat tak dapat nak pergi, kira trip ni agak-agak berjaya lah jugak. Dekat bawah ni aku letak dulu tajuk-tajuk entry road trip dan itineary yang bakal aku tulis sampai habis (insyaAllah). Nanti bila dah publish entry, baru aku update link ke setiap tajuk. 

Malay wedding
Day 1 (Johor): Majlis Pernikahan Sepupu, Golden Pearl Hotel dan Nasi Lemak Cik Chom

Taman Negara Tanjung Piai
Day 2 (Johor): Taman Rekreasi Tasik Y, Taman Negara Tanjung Piai, Pantai Mersing dan Azizah Udang Galah Kuala Rompin


Sungai Lembing
Day 3 (Pahang): Sungai Lembing, Cherating, Ranting Hotel dan Restoran Makanan Laut Intan 


Street Art Kuala Terengganu
Day 4 (Terengganu):Restoran Mat Binjai, K.T. Travellers-Inn, Street Art Kuala Terengganu dan Pasar Besar Kedai Payang


Kampung Kraftangan Kelantan
Day 5 (Kelantan): Pantai Penarik, Kampung Kraftangan Kelantan, Restoran Nasi Ulam Cikgu, Pasar Siti Khadijah dan Qas Hotel  


Hentian Titiwangsa
Day 6 (Penang): Hentian Titiwangsa, Super 8 Hotel dan Restoran Kapitan


Bukit Bendera
 Day 7 (Penang): Bukit Bendera, Street Art Penang, Pantai Tanjung Bungah dan AST Hotel


Masjid Terapung Al-Hussain
Day 8 (Kedah/Perlis): Menara Alor Setar, Masjid Zahir, Restoran Anjung Keli, D'View Hotel, Masjid Terapung Al-Hussain dan Mona Ikan Bakar & Makanan Laut 


Gunung Raya
 Day 9 (Langkawi): Feri Langkawi, Sinaran Motel, Gunung Raya, Kedai Makan Maya, Haji Ismail Group Complex


Cable Car Langkawi
 Day 10 (Langkawi): Oriental Village, Langkawi Cable Car,  Pantai Tanjung Rhu, AB Motel, The Zon, Coco Valley, Restoran Haji Ramli


Dataran Lang
 Day 11 (Langkawi): Dataran Lang dan Hotel Station 18


Menara Condong Teluk Intan
Day 12 (Perak): Street Art Ipoh dan Menara Condong Teluk Intan


Blue Lagoon
Day 13 (Negeri Sembilan/Melaka): UpsideDown Art Gallery, Blue Lagoon, Original Coconut Shake Klebang, Venus Boutique Hotel dan Restoran Wang Solo


Menara Taming Sari
Day 14 (Melaka): Menara Taming Sari dan Kota A Famosa

Fuh, fuh fuh fuh. Tak tahu la aku ni larat ke tak nak tulis semua ni. Tapi ada kawan-kawan yang duk request itineary. Haahha so gigih lah aku nak tulis semua dengan penuh emosi. Stay tuned untuk entry-entry Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia ini.



Day 1: Majlis Pernikahan Sepupu, Golden Pearl Hotel dan Nasi Lemak Cik Chom

$
0
0
Day 1 (Johor): Majlis Pernikahan Sepupu, Golden Pearl Hotel dan Nasi Lemak Cik Chom | Ini entry pertama untuk Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia aku walaupun sebenarnya aku masih dalam mood bercuti (dah habis travel, nak travel lagi tu).


Flowers
Road trip aku bermula pada 16 September hari Jumaat sebenarnya. Tapi aku tak kira sebab tu aku just balik kampung Rembau untuk prepare hari Sabtunya nak ke Segamat Johor untuk wedding sepupu belah Zul. Nak konvoi ramai-ramailah kononnya.


Malay wedding

Father and son
Sabtu - 9.00 pagi
So pada hari Sabtu 17 September, pagi tu kiteorang ke Felda Pemanis, Segamat Johor untuk majlis pernikahan sepupu Zul. Gerak dalam pukul 9 pagi lebih ke Felda Pemanis untuk akad nikah dan jamuan makan sikit. Lepas tu dalam pukul 11 pagi balik semula ke homestay untuk get ready majlis resepsi belah petang. Aku pelik sikit dengan majlis tu. Kenapa tak disambung terus majlis akad nikah pagi pukul 10 dan majlis resepi lepas tu instead of buat majlis resepsi belah petang. Ini tradisi orang Johor ke? 


Tokong cina
5.30 petang
Setel majlis resepsi belah perempuan lebih kurang pukul 3.30 petang dan kiteorang terus shot pergi ke Muar Johor. Konon-kononnya nak pergi cuba kopi terkenal dekat Muar iaitu Kedai Sai Kee Kopi 434. Tapi bila sampai dekat Sai Kee Kopi 434, dah pukul 5.30 petang. Rupanya waktu tu, kedai tu dah nak tutup. Sedih pulak rasanya sebab tak dapat nak merasa kesedapan kopi dekat situ. Sudahnya, kiteorang ambil gambar dekat depan tokong Cina berdekatan dengan kedai tu je. 


Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor
7.00 malam
Next, kiteorang gerak ke Batu Pahat untuk cari hotel untuk tidur malam tu. Perjalanan daripada Muar ke Patu Pahat ambil masa lebih kurang sejam setengah. Masa kiteorang sampai tu pun dah dalam pukul 7-8 malam. Hotel yang kiteorang pilih hari tu adalah Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor. Aku akan cerita pasal hotel ni dekat entry ini - Review Golden Pearl Hotel. 

Nasi Lemak Cik Chom Batu Pahat Johor
8.30 malam
Motif cari hotel dekat Batu Pahat dan bukannya dekat Muar? Sebab kiteorang nak cuba tempat makan best dekat Batu Pahat iaitu Nasi Lemak Cik Chom Batu Pahat Johor. Sebelum kiteorang mula buat roadtrip ni, mestilah aku ada buat preparation dari segi nak pergi main attraction mana, nak pergi makna dekat mana, nak buat apa dan nak tinggal dekat mana. So, dekat Johor ni, Nasi Lemak Cik Chom menjadi salah satu tempat makan yang kiteorang nak cuba. Entry pasal Nasi Lemak Cik Chom ni aku akan update dekat sini - Review Nasi Lemak Cik Chom (link akan diupdate lepas buat entry ini).

Lepas setel check in dekat Golden Pearl Hotel, kiteorang pergi makan malam dekat Nasi Lemak Cik Chom yang tak jauh pun dari hotel tu. Kalau drive dalam 2 3 minit je. Kalau jalan kaki dalam 8-10 minit. Lepas makan dan kenyang, balik hotel. Rehat-rehat dan terus tidur untuk prepare next day punya trip. 

Dekat bawah ni route perjalanan aku dari Felda Pemanis 1, Segamat Johor ke Kedai Saikee Kopi 434 Johor Muar dan ke Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor. Perjalanan dari Felda Pemanis 1 ke Muar ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Perjalanan dari Muar ke Batu Pahat ambil masa 1 jam 15 minit. Sepanjang perjalanan tak ada tol. Minyak kereta pun masih banyak waktu tu. 



Total expenses hari pertama: RM103
- Check in Golden Pearl Hotel (RM70)

- Dinner Di Nasi Lemak Cik Chom (RM33)

Travel tip:
Setiap kali korang singgah ke R&R atau stesen minyak atau mana-mana tempat yang ada toilet, better korang pergi membuang dulu. Tak kisah lah korang membuang sikit atau banyak, asalkan buang sebab lepas tempat tu, korang tak pasti lagi dekat mana ada kemudahan toilet atau bila next time korang akan stop sekali lagi. Kang tak pepasal ada yang kencing dalam botol air :D :D :D

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

$
0
0
Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor | Masa road trip 14 hari keliling Semenanjung Malaysia hari tu, negeri pertama aku pergi adalah Johor. Dekat Johor, kiteorang stop dekat Batu Pahat untuk stay tidur satu malam dan hotel yang kami tidur tu adalah Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor.

Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Parking Hotel
Parking banyak. Tak perlu pakai kupon atau bayar untuk parking dekat sini. Kereta yang parking dekat area depan hotel waktu aku waktu malam tak lah banyak sangat tapi kuantiti die masih boleh buat kiteorang rasa selamat untuk park kereta dekat situ.

Servis Kaunter Depan Hotel
Yang jadi receptionist dekat sini perempuan Melayu. Masa mula-mula nak pergi tanya bilik, Zul sempat pergi naik check bilik nak tengok selesa atau tidak. Receptionist pun tak ada masalah nak bagi tengok. Dia pun muka sentiasa senyum walaupun waktu tu dah malam. Masa nak check out, kiteorang dah bagi kunci pada housekeeping, so bila dah sampai depan kaunter aku just inform dia yang kiteorang dah berikan kunci. Dan dia pun kata okay dan senyum.

Harga Bilik
Bilik yang kiteorang ambil hari tu Bilik Standard je. Harga untuk satu malam RM70 tanpa deposit. Bagi aku, harga tu dah okay untuk bilik yang kiteorang duduk. Lantai bilik dan toilet boleh dikategorikan sebagai bersih tapi tidaklah aku nak beri 5 bintang untuk kebersihannya. Maybe sebab bangunan dah lama. 

Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor


Bilik Hotel
Dalam bilik tu ada satu katil queen. Cukuplah untuk tidur 2 orang dewasa dan seorang budak. Tapi, kalau nak duduk 3 dewasa atau ada tambahan 2 budak tu, mungkin tak selesa sebab bilik tu memang kecil. Ruang solat pun cukup-cukup je untuk seorang antara katil dan pintu toilet. Katil dia jenis katil lama. Alas cadar dan selimut pun lama. Cadar dia siap ada bahagian koyak macam kena cucuh dek api puntung rokok lagi. 

Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Antara perabot lain yang ada dalam bilik hotel ni adalah meja solek, kerusi untuk meja solek, tempat sangkut towel, air conditioner dan television. Tapi TV tu, cuma ada channel nTV7. So mereputlah tengok channel nTV7 sebelum tidur. Dalam bilik hotel ni ada 3 point plug so kalau korang nak charge gadget korang yang banyak tu, tak ada masalah. 

Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Tandas Hotel
Pintu toilet dia jenis kaca kabur tapi kalau dari dalam tu duduk dekat dengan pintu, mungkin orang luar boleh nampak bayang-bayang orang dalam. Toilet dia kecil, muat seorang je masuk pada satu-satu masa. Bila bukak pintu toilet, akan terkena pada sinki. So, faham-faham sendiri lah sempit dia macam mana ya. Dalam toilet ada hot shower, sinki, toilet bowl jenis duduk, dan rak sangkut towel. Golden Pearl Hotel ni pun ada sediakan towel dan sabun mandi. 

Lantai toilet agak licin dan kiteorang terpaksa berhati-hati masa nak mandikan Aneeq. Hot shower dieorang tak berfungsi mungkin sebab walaupun dah tunggu lama tapi still lagi tak panas. Nasib baik lah air dia bukan jenis air yang sejuk gila tapi kesian jugak dekat Aneeq kena mandi air sejuk. Sabun mandi tak sure brand apa tapi bau pun macam hmmm. Haahhaha, so kiteorang pakai sabun yang kiteorang bawak sendiri dari rumah.

Wifi Percuma
Kemudahan wifi free disediakan tapi aku tak pakai pun sebab lebih selesa pakai data sendiri. Rasa lebih selamat kot. 

Kemudahan Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor
- Free parking
- 2 helai towel
- 2 botol air mineral
- Sabun mandi
- Tong sampah
- Wifi percuma
- 3 plug point

Golden Pearl Hotel Batu Pahat Johor

Overall, Golden Pearl Hotel ini okay dan sesuai untuk bilangan individu yang sedikit dan yang tak kisah sangat pasal bilik hotel asalkan cukup untuk tidur malam untuk sehari pun dah ok. Harga ok agak murah dan servis kaunter depan okay. Walaupun ada kekurangan di sana sini, aku okay je lah duduk dekat situ satu malam. Kalau korang planning nak datang ke Batu Pahat dan rasa nak duduk dekat sini, aku sertakan sekali alamat dan direction guna Google Maps. 

Alamat & nombor telefon:
6, Jalan Kencana 1A/21, Taman Pura Kencana, 
Sri Gading, Batu Pahat, Batu Pahat, Johor
+60 7-455 6280

Google Maps:

Travel tips:
Bawak sabun mandi, shampoo dan berus gigi siap-siap masa travel sebab tak semua hotel/chalet/homestay ada sediakan toiletteries macam ni. Kalau ada pun, some of them sediakan sabun mandi yang bau nya kurang menyenangkan.

Nak baca pasal next trip? Ada 9 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Viewing all 498 articles
Browse latest View live