Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 498 articles
Browse latest View live

Berbuka Puasa Di Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista Hotel Bangi-Putrajaya

$
0
0
Setakat hari ini, antara banyak-banyak tempat berbuka puasa yang aku pernah pergi, Cafe Lavista yang terletak dekat Hotel bangi-Putrajaya ini adalah buffet Ramadan yang paling banyakkkkk pilihan makanan yang aku jumpa. Makanan dia bukan setakat dalam cafe dia yang besar tu, tapi sampai ke luar hotel. Banyak kan nampak?

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Bukan setakat makanan je yang banyak, cafe tu sendiri pun luas dan selesa tempat makan serta tempat ambil makanan. Aku memang suka tempat makan luas-luas ni. Senang nak bangun duduk ambil makanan banyak-banyak kali. 

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Tengok tu. Ini baru separuh daripada meja dan kerusi makan yang ada. Luas dan selesa. Jarak antara satu meja makan dengan meja makan yang lain pun sangat jauh. Nak bangun untuk ambil makanan tak ada masalah. 

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Masa kita berbuka puasa, akan ada live band yang akan menyanyikan lagu-lagu yang mengasyik kan gitu. Tapi kalau nak tengok TV pun don't worry. Ada je TV dalam Cafe Lavista tu. Mesti korang tak kan terlepas tengok dramam melayu TV3 tu. Hahhahaha. 

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Macam-macam pilihan buah-buahan yang ada dari tembikai, tembikai susu, nenas, jambu mawar, betik dan buah naga. 

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Ini pilihan air panas. Korang boleh pilih sama ada nak air teh panas atau kopi panas.  

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Ini pulak pilihan air sejuk. Ada macam-macam. Air straberry, soya dan ice lemon tea.

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Macam biasa lah kan. Kambing golek semestinya watak utama dalam sesuatu buffet Ramadan dekat Malaysia ni. Betul tak? Jadi Cafe Lavista pun tak ketinggalan untuk menyajikan kabing bakar.  

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Ada macam-macam jenis makan ringan dan berat dekat Buffet Ramadan Citarasa Ramadan Hotel Bangi-Putrajaya ni. Daripada makanan Melayu, ke Western ke makanan India pun ada. Sate daging, sate ayam, murtabak, roti canai, pizza, spageti dan lauk-pauk Melayu.  

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Ini memang favourite aku. Dim sum. Ohoi dimsum ni memang rasa dia macam dimsum biasa yang korang jumpa dekat luar. Tapi dah jadi makanan favourite aku nak buat macam mana kan. Dimsum ni sedap dimakan begitu saja atau makan dengan sos dia. 

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista

Ni antara jutaan dessert atau kuih muih Melayu tradisonal dan moden yang ada dalam Citarasa Ramadan Di Cafe Lavista tu. Memang banyak sangat sampai aku pun tak larat nak rasa semua. Perut pun dah penuh.

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Jeruk-jeruk yang bikin orang kecur air liur ni. Haih.

Sebenarnya banyak lagi makanan yang ada dekat Buffer Ramadan Citarasa Ramadan di Cafe Lavista Hotel Bangi-Putrajaya ni. Cuma aku tak larat nak edit gambar satu-satu dan letak watermark satu-satu lepas tu upload. Penat woo. Lagi penat daripada makan dekat sini. Hahahhaa. 

Kalau ikut rasa berbaloi, memang berbaloi harga yang dibayar dengan pilihan makanan yang ada dekat sini. Korang boleh stay dekat Cafe Lavista dari bukak puasa sampai tutup dan cuba segala menu yang ada dekat sini.

Buffet Dinner

6 - 9 June 2016 & 3 - 5 July 2016
*(Subject to change) 
RM 90.00 nett (A) / RM 45.00 nett (C)

10 June - 2 July 2016
*(Subject to change)
RM 100.00 nett (A) / RM 50.00 nett (C)

Citarasa Ramadan Buffet 2016 Cafe Lavista
Walaupun aku tak ada dalam gambar, kehadiran Aneeq dan Zul mampu menyatakan bahawa "Fadzi wus ere" at Hotel Bangi-Putrajaya.


#hotelbangiputrajaya #jomberbukapuasakatHBP #cafelavista #buffetramadan2016


D'Arab Station - The Best Nasi Arab In Town!

$
0
0
Bila aku tulis tajuk The Best Nasi Arab In Town, like seriously D'Arab Station memang menyajikan nasi arab yang paling sedap di KL. Ini jujur dari hati aku. Aku pertama kali makna nasi arab kambing bakar madu dan ayam madu D'Arab Station ni masa berbuka puasa dekat The Space Grand Ballroom dekat Shah Alam


nasi arab paling sedap di KL

D'Arab Station ni letaknya dekat Alam Damai Cheras. Untung betul orang-orang Cheras ni. Dapat makan nasi arab sedap dekat-dekat rumah korang. Aku gigih merantau dari Shah Alam ke Cheras semata-mata nak makan nasi arab paling sedap di KL ni tau.  

nasi arab paling sedap di KL

nasi arab paling sedap di KL
Ini bahagian dalam Restoran D'Arab station. Konsep yang dieorang guna ni macam fast food. Korang pergi order dekat kaunter, lepas tu dapat makanan then duduk makan. Aku lebih suka macam tu sebab cepat sikit daripada kita order macam biasa dekat meja makan. Rare kan konsep macam fast foos untuk nasi Arab?

Masa aku pergi ni dalam pukul 6.15 petang macam tu. Nampak tak ramai orang kan? Sebenarnya dah ramai orang booking dulu. Dieorang datang bila dah sampai nak dekat-dekat waktu berbuka tu. Time nak berbuka tu memang penuh kedai ni. Restoran D'Arab Station ni boleh tampung 60 orang dalam satu-satu masa.

nasi arab paling sedap di KL

nasi arab paling sedap di KL
Tu dia kambing golek. kalau korang perasan gambar kambing tu kurus. Dah kenapa kan? Sebenarnya masa aku sampai dekat restoran D'Arab Station ni, dah ada Pak Arab (real one) datang untuk borong kambing bakar ni. Sebab tu kambing tu dah jadi kurus. Hahhaha. Bayangkan weh, real Pak Arab datang kedai Nasi Arab orang melayu untuk beli makanan. Tak ke power gitu? 

nasi arab paling sedap di KL
Roti John. Besar bleh tahan. Isi pun banyak. Saiz pun besar. Lepas tu dia balut belah luar dengan telur lagi. Makan ni pun dah boleh penuh perut.

nasi arab paling sedap di KL
Antara minuman yang ada dekat restoran D'Arab Station. Mangga, teh o ais lemon dan teh arab. Air jus mangga dia rasa macam lassi mangga sikit. Sedap. Dan teh arab dia, memang terbaik. Kalau korang nak datang makan dekat sini, aku rekemen sangat cuba teh arab dia. Rasa dia tak sama macam teh o biasa. Dia ada kick sikit macam minty tapi tak kuat. Manis dia cukup, tak lebih. Antara minuman lain yang ada dekat sini termasuk jus manggo, jus oren, milo ais, soya, teh arab dan air mineral.

nasi arab paling sedap di KL

nasi arab paling sedap di KL
Ini lah watak utama yang aku nak canang-canang dekat korang semua. Nasi Arab tersedap di Kuala Lumpur. Dan mungkin jugak nasi arab tersedap di Malaysia.  

Nasi dia berderai, tak ada yang melekat-lekat. Nasi panjang-panjang, cukup segala rempah. Tak muak walaupun makan macam tu je. Tak kering. 

Kambing madu dia lembut sangat. Tolak sikit pakai sudu memang dah terkoyak. Gigit pun tak payah lama-lama. Rasa macam mencair dalam mulut je. Rasa rempah dia tak keterlaluan. Just nice untuk tekak aku.

Ayam madu dia cukup segala rempah. Tak terlalu manis. Kalau biasa ayam belah dalam isi tu mesti tak ada rasa pape kan. Tapi ayam dekat sini, sampai isi dalam dia pun terasa rempah-rempah dia. Kulit crispy sikit tapi isi dalam lembut. Senang nak gigit, tak liat. 

Sos dia tak masam macam dekat kedai nasi arab lain. Rasa dia ada manis-manis pedas sikit. Aku rasa memang kena dengan selera orang Malaysia yang suka pedas-pedas. Rasa sos dia lebih kurang macam sambal belacan tapi lebih kick.

Salad sayur dia rasa macam fresh. Ranggup. Makan pun dengar krup krap krup krap dia.

Dekat bawah ni menu-menu combo dan ala carte dengan harga-harga sekali. Combo nasi arab dia berharga dari paling murah RM10 hingga paling mahal RM65 (makan untuk 5 orang).
  

Untuk makanan sampingan yang lain pulak:
Syewarma (RM6.90-RM9.90)
Sausage(ala-ala wrap) (RM6.90)
Burger (RM6.90-RM9.90)
Pizza (RM16.00-RM17.00)
Falafel (RM6.90-RM9.90)
Minuman (RM2.00-RM4.00)

Sempena dengan bulan Ramadan ni, D'Arab Station ni ada jugak buat buffet Ramadan. Antara menu yang ada Nasi Arab Kambig dan Ayam, Kebab Ayam/Daging, Falafel Ayam/Daging, Kambing golek, Kambing/Ayam bakar, Roti John dan Dessert. 


Harga:
RM50 (dewasa)
RM25 (Kanak-kanak/Warga emas)


Kalau korang berminat nak rasa nasi arab yang terbaik di KL, go ahead pergi ke D'Arab Station. Korang tak kan menyesal dengan rasanya yang sedap, lembut dan portion nya yang sangat banyak. Berbaloi dengan harga yang korang bayar.

Dekat Facebook D'Arab Station ni biasanya dieorang selalu buat contest dan boleh menang makan free dekat kedai dia. Apa kate korang like dan follow Facebook dieorang. Mana tau boleh menang kan?

Facebook D'Arab Station | Instagram D'Arab Station

Alamat:
No.36, Jalan Damai Raya 2,

Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

No telefon:
03 9108 3331
013 848 1014
013 844 1014


Pertama Kali Buat Treatment Di Mayfair Bodyline

$
0
0
Aku rasa last aku pergi spa 4 ke 5 bulan lepas aku bersalin. Itu pun sebab badan sakit sangat lenguh bagai. So, Zul dengan baik hatinya sponsor aku pergi berurut dekat spa. Tapi, itu lah kali terakhir aku pergi ke spa. Baru-baru ni je lah, aku sempat selitkan masa untuk pergi buat slimming dan facial treatment dekat Mayfair Bodyline. Ha, kelas kau jah, Mayfair tu. 


Mayfair Bodyline

Jujur aku cakap, ini pertama kali aku pergi buat rawatan badan dan muka dekat Mayfair Pavilion. Mayfair Bodyline dekat Pavilion ni terletak dekat Beauty Hall tingkat 7. Gigih aku naik eskeletor padahal boleh je kalau naik lift tengah-tengah cuma aku tak tau je. Ceyh.

Pendaftaran Mayfair Bodyline

Mula-mula masuk ke dalam Mayfair ni, aku disapa mesra oleh consultant yang ada dekat kaunter. Aku diberi borang untuk isi maklumat aku. Masa tengah isi borang tu, dieorang sempat hidangkan teh pulak dekat aku. Weh, rasa macam VIP lak. Kah!


Mayfair Bodyline

Consultation 

Lepas je isi borang semua, aku dibawa masuk ke bilik consultation. Dekat sini aku ditanya pernah pergi mana-mana pusat rawatan kecantikan ke, spa ke. Aku jawab je lah dah lama dulu aku pergi spa lepas tu dah tak pergi dah. Kemudian aku dibawak ke satu ruang ni untuk timbang berat dan tinggi. Nasib baik BMI aku ok.


Mayfair Bodyline

Lepas tu, kiteorang balik semula ke bilik consultant tadi, dia scan kulit muka aku. Mak aih, muka aku penuh bulu bahahahha. Dan muka aku ni kering betul, siap merah-merah lagi. Siap dah ada tanda-tanda penuaan! Terus aku fikir alamak, muka laki aku dah la macam budak-budak. Tiba-tiba aku dah ada tanda-tanda wrinkle. Ini tak boleh jadik ni!


Mayfair Bodyline

Lepas tu consultant tu pun tengok badan aku pulak. Since badan aku kurus, dia tanya lah apa yang aku kurang berkenan dengan badan aku. Terus aku jawab peha aku menggeleber. Lepas analisis kulit wajah dan badan aku, consultant tu pun cadangan kan beberapa rawatan untuk muka dan badan aku. Antara rawatan yang dicadangkan pada hari tu adalah Slim Master, Vibe Kinetic Therapy, Heat Blanket, CLA Chili Slimming Wrap dan Perfect Skin untuk facial.

Mayfair Bodyline

Rawatan Mayfair Bodyline

Bila dah tau apa treatment yang aku kena buat, aku dibawa ke bilik VIP. Ceyh, terasa nak berlagak DIVA sikit. Bahahhaha. Dekat bilik rawatan tu, aku dirawat oleh pakar terapi nama Li Ann. Sopan sangat orangnye, lembut pulak tu. Setiap kali dia nak mulakan rawatan mesti dia akan cakap dulu apa dia nak buat. Tak nak aku terkejut kot. 


Mayfair Bodyline

Mula-mula sebelum rawatan, aku diberi dengan sehelai robe dan pakaian dalaman untuk salin. Lepas salin, baru rawatan bermula.

Slim Master Treatment (30 minit)

Slim Master treatment ni fokus pada peha aku je sebab nak hilangkan lemak bahagian tu. Untuk rawatan ni aku kena baring meniarap dan bengkok kan kaki sikit. Bahagian peha aku disapu dengan gel sikit untuk memudahkan proses memecahkan lemak menggunakan mesin dia. Sejuk oi gel dia. Masa dia pecahkan lemak tu, mesin tu akan keluarkan bunyi tau. Li Ann kata tu frekuensi mesin tu. Memang aku sorang je yang boleh dengar. Li Ann tak dengar. So, kalau korang buat treatment ni, memang korang je yang dengar nanti.


Mayfair Bodyline

Lepas dia pecah kan lemak, dia re-shape pulak bahagian peha aku tu. Waktu Li Ann nak re-shape peha tu aku boleh rasa tenaga Li Ann yang bersungguh-sungguh. Nak kata sakit, tak lah sakit sangat. Rasa dia lebih kurang rasa macam kene urut kuat-kuat. Pernah tak rasa?   

Lepas buat rawatan Slim Master ni dekat kali belah kanan, aku rasa lah sikit bahagian peha dan punggung aku. Konon-konon nak rasa apa perbezaan dia. Mula-mula aku rasa macam tak ada beza apa pun. Aku pun tak puas hati, aku duk pegang-pegang lagi. Lama sikit baru aku perasan peha belah kanan macam dah kempis sikit daripada belah kiri aku.  

Vibe Kinetic Therapy 

Lepas habis treatment Slim Master tu, aku dibawak ke bilik lain untuk buat Vibe Kinetic Therapy. Masa rawatan ni, aku kena berdiri atas mesin goyang-goyang sambil pegang kiri kanan. Treatment ni ambil masa dalam 10 minit. Tapi nak habiskan 10 minit tu macam azab jugak lah bagi aku. 


Mayfair Bodyline

Awal-awal dalam 4 minit pertama tu aku okay lagi. Sampai minit ke 5 aku rasa ya Allah, sakit gila perut macam baru lepas lari 1000km. Hahahha, hyperbola sangat kan aku. Sebenarnya aku rasa macam tu sebab aku dah lama tak buat senaman. Mesin Vibe Kinetic ni direka khas untuk membakar sebanyak 500 kalori dalam masa 10 minit. Mane lah tak senak perut aku kan. Aku nak bakar 100 kalori sehari dekat rumah pun lemah longlai rasa. Well, at least aku mampu bertahan 10 minit tu tanpa masalah.

Heat Blanket & CLA Slimming Wrap (30 minit)

Lepas habis Vibe Kinetic Treatment, aku balik semula ke dalam bilik VIP tadi untuk buat next treatment. Sebelum teruskan treatment, Li Ann bagi aku minum air sikit. Kali ni, badan, kaki dan lengan aku dilumur dengan krim CLA Chili Slimming. Krim ni dibuat daripada pati lada tapi jangan risau, dia memang tak panas pijar macam kaorang blender lada tu. Panas dia macam panas pakai krim panas.

Lepas badan aku dilumur dengan krim CLA Chili Slimming tu, badan aku kena bungkus menggunakan plastik wrap 2 kali. Wrap yang pertama longgar je. Wrap yang kedua tu ketat. Bila dah kena wrap tu, aku teringat yang aku selalu wrap sayur-sayur aku guna plastik wrap macam tu. Huhuhuh.

Lepas badan dah disapu krim dan di'wrap', aku pun dibiarkan baring atas katil dan diselimuti heat blanket selama 30 minit. Selama 30 minit tu, Li Ann keluar lah kejap. Sebelum dia keluar, die siap pesan suruh tidur. Hamboi gitu. Awal-awal aku rasa tak ada pape pun. Dalam 10 ke 15 minit gitu, mak aih berpeluh lencun badan aku.


Mayfair Bodyline

Aku cuba-cuba jugak nak tidur tapi tak berjaya sebab aku memang tak suka tidur dalam panas-panas ni. Huuuaaa. Jadinye, memang tak tidur lah aku selama 30 minit tu. Melangut tengok siling. Rugi pulak tak ambil telefon, kalau tak dah boleh main phone dah.

Lepas habis 30 minit, Li Ann datang untuk keluarkan aku daripada heat blanket tu. Li Ann suruh aku duduk dulu, tak bagi aku bangun terus sebab takut aku pitam. Dalam seminit dua aku dah ok, Li Ann suruh aku duduk luar sekejap sambil minum air sebab dia nak prepare bilik tu unutk rawatan seterusnya.


Facial Perfect Skin I (1 jam 30 minit)

Lepas siap kemas bilik, Li Ann panggil masuk dalam bilik untuk buat facial. Mula-mula sekali bahagian bahu dan kepala aku diurut. Aku confuse sebenarnya nak buat facial ke buat massage. Aku pun tanya lah Li Ann. Rupanya sebelum buat facial, pakar terapi akan urut dulu nak hilangkan stress kite. Aku pun memang seronok lah.


Mayfair Bodyline

Lepas urut, muka aku dicuci 2 kali. Kali pertama dengan milk cleanser. Lepas tu gel cleanser pulak. Sedap nye lah kena urut. Lepas tu segala black head dan white head dekat muka aku akan dipicit keluar. Lepas tu muka diwapkan pulak. First time buat macam ni tau.


Mayfair Bodyline

Mayfair Bodyline

Untuk pengetahuan korang semua, Mayfair Bodyline ni dah ada pengalaman selama 31 tahun dalam bidang kecantikan dan slimming ni. Dengan menggunakan teknologi yang canggih dan maju serta professionally trained consultant dan pakar terapi, bagi aku Mayfair Bodyline ni memang tahu apa yang dieorang buat dan pastinya korang akan puas hati kalau buat treatment dekat sini.


Mayfair Bodyline

Overall experience aku dekat Mayfair bodyline ni sangat best. Daripada treatment hingga ke service, aku memang puas hati. berbaloi dengan harganya. Lepas ni mungkin aku akan pergi lagi. Korang nak cuba tak buat treatment dekat sini? kalau korang nak, aku cara untuk korang menang rawatan pelangsingan badan atau kecantikan di mayfair Bodyline. Caranya senang je. Jawab soalan di bawah.


"Kenapa anda mahu buat rawatan dengan Mayfair Bodyline?"

10 orang pembaca yang bertuah akan menerima customised treatment daripada Mayfair Bodyline! Apa lagi, komen sekarang.

Untuk maklumat lanjut, boleh tengok di Facebook Impian Anggun atau website Impian Anggun.  






4 Barang Yang Aku Nak Beli Untuk Family Dari Riang Ria Raya Di Lazada Malaysia

$
0
0
Dah setengah Ramadan dah kita berpuasa. Dan tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri ni aku macam nak beli beberapa barang untuk dihadiahkan kepada family aku. Dan aku tengok pulak Lazada tengah buat promosi Riang Ria Raya dengan harga yang memang berpatutan. Nak tau apa yang aku nak beli?

Riang Ria Raya Di Lazada Malaysia

4 Barang Yang Aku Nak Beli Untuk Family Dari Riang Ria Raya Di Lazada Malaysia


Aku hanya ada bajet sebanyak RM500 untuk belanja buat beli barang unutk family aku Raya ni. Agak-agak apa yang aku nka beli untuk dieorang ni eh?

Untuk Zul (Suami):
 Riang Ria Raya Di Lazada Malaysia
Zul kata lepas raya nanti, dia nak buat tambah berat badan dan bina badan sikit. Aku rasa Super Mass Gainer ni memang sesuai untuk bantu dia bina badan nanti. :D


Untuk Aneeq (Anak):
 Riang Ria Raya Di Lazada Malaysia
Since Aneeq pun dah rajin berjalan dan berlari sekarang ni, aku rasa dia mungkin nak kan basikal. So, why not belikan dia basikal ni. Mesti dia suka.

Untuk Mak:
 Riang Ria Raya Di Lazada Malaysia
Untuk mak pulak, aku nak belikan diffuser. Mak aku dah lama kuat berkerja. Aku harap dengan adanya diffuser ni, mak boleh tidur lebih nyenyak dan selesa.

Untuk Ibu:
 Riang Ria Raya Di Lazada Malaysia
Untuk ibu pulak, aku nak belikan waffer maker ni. Ibu memang suka sangat baking dan memasak semua ni tapi die suka buat yang seringkas mungkin. Dengan adanya waffer maker ni, ibu boleh buat breakfast waffer atau makan petang waffer dengan mudah. 

Semua barang yang ada dalam wish list aku ni boleh didapati dengan harga promosi daripada Lazada sempena promosi Riang Ria Raya. Kalau korang nak tengok apa yang ada, korang boleh tengok dekat sini.




Nak lagi best? Kalau korang blogger, maybe ini peluang dan luck korang untuk menang hadiah Fujifilm Instax Mini Camera dengan Lazada Raya ni. Nak tau macam mana? Klik je banner dekat bawah ni. 

 Riang Ria Raya Di Lazada Malaysia

"With discounts up to 92%, Lazada is the online platform to shop this Raya!"


Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

$
0
0
Baru-baru ni kasut aku dah rabak. Jadi, Zul dengan penuh kasih sayang, pergi log in ke dalam website Nile.com.my untuk belikan aku kasut baru. Sebenarnya aku segan sangat nak meminta-minta daripada Zul. Tapi kan, kalau husband dah gigih nak belikan bini dia kasut baru, ape salahnya kan? Hehehehe.

Nile.com.my

Yang aku seronok dan kagum pasal Nile ni. Hari ni kau order, besok atau lusa dah terus dapat. Wei wei wei. Ini yang aku suka sangat shopping dengan Nile. Husband aku pun suka betul bila dapat parcel dari Nile. Nak nak lagi barang yang dia beli untuk bini dia. Hahhaha.

Tiba-tiba aku dapat tau pula yang Nile tengah buat kontest sempena Raya. Oiii, lagi lah seronok aku jadinya. Terus nak masuk kontest ni. Korang nak masuk kontest ni tak? baik masuk, ade rezeki boleh menang hadiah sebanyak RM1000! Woot woot! Kalau korang nak join jugak, klik banner dekat bawah ni.

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Alang-alang Nile tengah buat promosi Raya free delivery, aku pun makin seronok nak membeli dekat sini. Lagipun aku memang ada beberapa barang yang aku nak beli lagi daripada Nile ni. Aku ada 5 item lagi yang aku berkenan sangat nak beli dekat sini. Antara 5 item tu adalah:

Nile.com.my
Product: Traveler Backpack 
JLM2016 Sales price: RM19.90
Date: 30/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

Nile.com.my
Product: Luggage Organizer Bag
JLM2016 Sales price: RM13.70
Date: 16/06/2016
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only(Sold out)

Nile.com.my
Product: Shinny Surface Woman Flats
JLM2016 Sales price: RM11.90
Date: 29/06/2016
Time Start:11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only

Nile.com.my
Product:Black Casual Men Pants
JLM2016 Sales price: RM20.90
Date: 27/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

Nile.com.my
Product: Portable Car Vacumn
JLM2016 Sales price: RM8.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only


Barang-barang wish list aku dalam Nile ni macam wish list mak mka je kan. Hahhaa. Travel pack tu untuk aku balik kampung ke pergi travel je. Planning nya insyaAllah tahun ni nak buat travel dalam semenanjung dalam seminggu dua. Luggage organizer tu pun penting sebab bila ada Aneeq ni, macam-macam barang yang kena bawak. Senang sikit kalau ada organizer bag tu nak asingkan barang Aneeq, dan barang aku dengan Zul. Since kasut aku pun dah rabak, aku saje nak tambah koleksi kast baru walaupun Zul dah belikan aku kasut baru. Sebagai balasan dia, aku nak lah belikan Zul seluar pulak kan. Dan akhir sekali aku nak beli vakum kereta sebab kereta Zul semak betul dengan sampah sebab Aneeq main baling-baling tisu dan makanan dalam kereta. 

Haa, apa wish list korang dalam website Nile?


Baby Day By TollyJoy Malaysia 2016

$
0
0
Tahun ni sekali lagi aku join event baby Day by Tollyjoy 2016. Tahun lepas pun aku dah join jugak event Baby Day 2015 tapi di tempat yang berbeza. Kali ni event dibuat di The School Jaya One, PJ. And bagi aku tempat tu memang sesuai untuk buat event budak-budak sebab memang tempat development kanak-kanak.

Baby Day By TollyJoy Malaysia 2016

Dalam event Baby Day 2016 ni, ada talk pendek pasal cara-cara untuk membantu bayi tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Talk ni diberi oleh Sarah Haris Ong. Dia ni certified child sleep coach pertama di Malaysia.  

Sarah Haris Ong

Katanya, "Bayi perlu berasa terhubung dengan ibubapa, terjamin dan selamat untuk mendapat tidur malam nyenyak, yang penting bagi tumbesaran mereka. Sebagai ibubapa, kita bertanggungjawab bagi menyokong keharmonian emosi anak-anak dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk mereka tidur. Meluangkan sepuluh minit sehari bagi masa istimewa bersama anak anda mungkin kelihatan tidak penting, tetapi ia boleh memberikan kesan mendalam kepada bagaimana mereka tidur.”

Selain itu, ada juga demonstrasi interaktif aktiviti deria yang dipersembahkan oleh pakar perkembangan bayi, Baby Sensory.

Early learning for baby
Early learning demonstration daripada team Baby Sensory. Waktu ni dieorang tunjukkan salah satu cara untuk membantu budak-budak cepat bercakap atau cepat menggunakan bahasa badan untuk ekspresi kan apa yang dieorang nak menggunakan signing.  

Early learning for baby
Ini pulak antara aktiviti-aktiviti yang dieorang akan buat masa kelas dueorang kalau korang pergi bawak anak-anak korang masuk ke kelas Baby Sensory ni. Kata dieorang, budak-budak memang suka tengok puppet macam ni.

Early learning for baby
Tengok tu. Aneeq gigih tengok puppet show sambil makan buah. Eiii tak pose. Hahhahaa.

Gambar-gambar sekitar event Baby Day 2016.

Baby Day Malaysia
 Registration table. 

Baby Day Malaysia
Emcee untuk event Baby Day 2016 - Aisyah Sinclair. Tak menyempat nak ambik gambar dengan dia sebab penat jaga Aneeq. Huuu.

Baby Day Malaysia
Antara booth yang ada masa event tu. Banyak produk Tollyjoy yang ada ditunjukkan dekat isni termasuk pakaian, kasut, pampers, wet tissue, mandian dan sebaginya.

Early learning for baby
Aneeq tengah have fun main dekat Play Area. Sebab kiteorang datang agak awal hari tu, so Aneeq conquer tempat tu sorang-sorang. 

Early learning for baby
Aneeq memang suka main ball ni. Dekat rumah ada ball macam ni tapi saiz kecik sikit. memang mainan dia lah ni.

Early learning for baby
Muka happy Aneeq mian belon. Sepatutnya boleh je bawak balik belon tu tapi sebab aku balik naik teksi dan barang banyak sangat nak pegang, tak larat la nak angkut belon ni balik. Nasib baik Aneeq bukan jenis nak itu nak ini mengamuk-ngamuk.

Baby Day Malaysia
Akhirnya ada pun gambar aku dengan Aneeq. Ha, tengok baju kiteorang, same kan? Saje je nak pakai matching-matching

Sebenarnya bagus kalau kita yang dah ada anak ni pergi event-event macam ni. Banyak ilmu yang kita boleh dapat dalam nak mendidik dan membesarkan anak kita. InsyaAllah kalau ada lagi Baby Day macam ni tahun depan, memang aku nak pergi sangat.

Oh ya, event ni sebenarnya kerjasama antara Tollyjoy Malaysia dengan OrphanCARE Foundation. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kedua-dua nama ini, korang boleh tengok dekat sini.





  

Jom Berbuka Puasa Di Ten Years Sri Petaling

$
0
0
Buat peminat-peminat makanan signature setiap negeri dalam Malaysia ni, aku ada nak bagi suggestion tempat makan. Ini memang tempat yang bagus untuk korang nimati makanan tempatan original dari pelbagai negeri di Malaysia ni.

Ten Years Sri Petaling

Dekat Restoran Ten Years Sri Petaling ni ada 8 jenis makanan tempatan yang jugak merupakan resepi signature bagi setiap negeri tu termasuk Laksa Nyonya Nancy Kitchen dari melaka, Nasi Lemak Panas Yati dari Petaling Jaya, Nasi Dagang Kak Pah dari Kuala Terengganu, Nasi Kuning Pasar Besar Tawau dari Sabah, Mee Udang T&T dari Penang, Char Kuey Teow dari Penang, Abu Pasembor Indian Rojak dari Kepong Baru dan Nasi Kerabu dari Kelantan. 

Untuk bulan Ramadan ni, Restoran Ten Years Sri Petaling ada menyediakan set berbuka puasa yang berharga RM60. Set Perfect Combo ni sesuai dimakan unutk 4 orang. Nak tau sebab apa? Ha, cuba tengok gambar dekat bawah ni.

Ten Years Sri Petaling

Dalam Set Perfect Combo ni korang akan dapat 4 jenis nasi iaitu Nasi Kerabu Kelantan, Nasi Kuning Kak Tum, Nasi Lemak Kak Yati dan Nasi Dagang Kak Pah. Di samping nasi-nasi tu, set ini jugak menghidangkan kacang, ikan bilis, okra, telur masin, kerisik, kurma, acar, kacang panjang dan kurma.

Selain daripada tu, ada juga Ketupat Palas, Ayam Percik dan Sos Percik, Ayam Goreng, kari Ikan, Sate Ayam, Nasi Impit, Serunding Ikan dan Sambal Nasi Lemak.  

Set Perfect Combo Berbuka Puasa ni boleh didapati dari 6 Jun hingga 15 Julai 2016, 6 petang ke atas saja. Selain tu ada jugak main course lain yang korang boleh order.

Ten Years Sri Petaling
 Tiger Char Kuey Teow – RM13.90

Ten Years Sri Petaling
 T&T Prawn Mee – RM14.90

Ten Years Sri Petaling
 Linguine Chicken Sambal Tomato – RM19.90

Ten Years Sri Petaling
 Abu Pasembur Indian Rojak - RM12.90

Ten Years Sri Petaling
Prawn Curry Carbonara – RM22.90

Ten Years Sri Petaling
 Nancy Nyonya Laksa – RM16.90

Ten Years Sri Petaling
Ha, macam mana menu dekat sini? nampak sedap? Apa lagi, jomm berbuka di Restoran Ten Years!



Malas Masak Untuk Berbuka Puasa? Order Je Dekat Shogun2U!

$
0
0
Aku seboleh-bolehnya akan masak setiap hari untuk berbuka puasa bulan Ramadan 2016 ni kalau tak ada invitation berbuka puasa dekat mana-mana. Tapi biasa lah orang perempuan kan. Sampai satu tahap bila tiap-tiap hari masak, ada hari-hari tertentu mesti korang rasa muak nak makan masakan sendiri. Nak nak lagi bila berbuka puasa sorang-sorang, betul tak?
Shogun2U
2 hari lepas, aku malas + muak dengan masakan sendiri. Nak keluar berbuka puasa dekat luar memang susah lah kalau Zul tak ada. Zul kerja malam so weekdays memang aku selalu berbuka puasa sorang-sorang ditemani dengan Aneeq. Nak berbuka puasa dekat luar dengan Aneeq memang haru lah. Penat. Aneeq tak boleh duduk diam. So, aku prefer order dari Shogun2U je. Senang. Kita order dan terus dia hantar ke rumah.

Yang aku seronoknya, sekarang ni Shogun2U tengah buat promosi sempena dengan bulan Ramadan 2016. Buy 1 Free 1 untuk Mains dan Meal Sets diaorang. 

Promosi Ramadan 2016

Buka Puasa Promotion dari Shogun2U ni valid dari 21 Jun 2016 sampai 25 Jun 2016 je. So cepat-cepat, jangan terlambat. Tinggal sehari lagi! Delivery untuk promotion ni bermula pada pukul 3 petang sampai pukul 9 malam

Aku nasihatkan korang, kalau nak make sure makanan sampai sebelum berbuka puasa, baik order sejam setengah sebelum berbuka. Takut kalau korang lambat order, memang lambat lah sampai nanti. Sebabnya penghantaran akan bermula sejam selepas kita order. Kadang-kadang mungkin delay sikit sebab banyak order lain kan.

Untuk hari tu, aku order:

Gulai Ayam Nenas (RM24.90)
Pada aku portion nasi dia sikit berbanding dengan lauk. Bagi aku tak cukup. Mungkin sindrom mak-mak menyusukan anak yang selalu nak makan banyak je. Hahahha. Tapi lauk ayam dia, memang banyak. Lauk dia ayam masak lemak, memang berlemak. Tak pedas pun, Aneeq pun boleh makan. Ayam berketul-ketul dia bagi, puas hati makan. Tapi, since kebanyakan ketulan ayam tu semuanya bahagian isi, aku jadi muak sikit. Kalau yang suka bahagian isi, ini mungkin heaven bagi korang. Ada sekali sayur macam terung (kot) dalam lauk ayam tu. Acar dia pun not bad, sedap masam-masam gitu. Tapi ada satu bekas, acar dia dah termasuk lauk ayam masak lemak tu, rasa dia jadi kurang sedap.  

Chrysanthemum Tea (RM4.80)
Dalam air ni, ada jeli chrysanthemum tea. Sedap jugak minum macam ni. Sambil minum, sambil kunyah jeli dia. Aneeq suka gila jeli tu. Non stop mintak aku suap. Sabo je lah, mak nak bukak puasa pun tak senang. Huhuhuhu. Rasa air dia tak macam chrysanthemum yang biasa aku minum dekat luar. Rasa dia ada macam pelik sikit tapi boleh je aku telan. Kick dia dekat sini mungkin adanya jeli tu.

Sebenarnya aku terperanjat tau. Aku tau Shogun2U ada promotion Buy 1 Free 1 ni tapi aku ingatkan apa yang aku beli tu tak termasuk dalam promotion tu. Bila aku check order balik dekat website Shogun2U, rupanya memang aku dapat 2 set makanan. Aku memang niat beli satu je sebab aku berbuka sorang-sorang je pun. Tapi, dah rezeki dapat 2 set makanan, aku bedal je lah. Kenyang terbungkang aku hari tu. Aneeq pun seronok je dapat makan banyak. 

So, bagi korang yang rasa-rasa macam malas nak masak atau tak ada idea nak masak apa untuk berbuka puasa hari ni, order lah dekat Shogun2U sementara dieorang tengah buat promotion Buy 1 Free 1 ni. Jangan kabo akak tak payung!




Pakai Minyak BeBe Anugerah Elak Kembung Perut Bayi

$
0
0
Minyak BeBe Anugerah - Rahsia Keselesaan Bayi katanya. Bukan aku yang cakap, tapi produk yang aku baru je pakai ni cakap. Minyak BeBe ni baru je aku pakai dalam lebih kurang sebulan pada Aneeq. Setakat yang aku pakai, aku rasa okay lah minyak ni. 


Tips Elak Kembung Bayi

Minyak BeBe ni gunanya untuk elakkan kembung perut baby atau nak elakkan perut bayi masuk angin. Tapi kadang-kadang aku guna je minyak ni untuk kesan kena gigit nyamuk pada Aneeq sebab dia ada rasa minty minty sikit. Minyak BeBe ni sesuai untuk baby baru lahir sampai untuk budak umur 3 ke 4 tahun.

Bau dia bagi aku masih boleh diterima. Nak kata wangi, tak lah wangi sangat. Nak kata busuk pun tak busuk macam minyak angin biasa tu. Bau dia lembut je. Memang tak mengganggu pun Aneeq kalau aku sapu Minyak BeBe ni dekat badan dia.

Minyak BeBe

Bila sebut minyak angin, mesti korang ingat panas kan? Minyak BeBe Anugerah ni tak rasa panas pun. Aku sebelum sapu apa-apa dekat Aneeq, aku kena test dulu. Buatnya panas kan, tak ke meraung budak tu. Bila aku sapu dekat tangan sendiri dan tak rasa panas, baru aku confident nak sapu dekat badan Aneeq.


Tips Elak Kembung Bayi

Warna Minyak BeBe ni merah yang sangat cair. Minyak BeBe ni dibuat daripada herba-herba tradisional. So, aku tak ada lah risau sangat kot kot ada bahan kimia yang entah pape kan. 

Biasanya aku akan sapu Minyak BeBe Anugerah ni pada badan Aneeq lepas dia mandi dan sebelum tidur. Aneeq ni jenis lepas mandi dan kesat badan dia, tak sempat nak pakai baju dia dah gelabah lari nak pergi main. Kadang-kadang tu sampai semua benda yang ada dekat-dekat dengan dia masa nak lari tu dia sepak berterabur. Tu yang aku suka sangat pasal Minyak BeBe ni sebab dia punya penutup jenis yang berkatup dan melekat pada badan botol. So, lepas letak minyak dekat tangan aku sebelum sapu dekat badan Aneeq, aku boleh tutup terus guna sebelah tangan. Kalau minyak botol biasa yang pakai penutup pusing-pusing tu leceh kena tutup pakai dua belah tangan kan.

Minyak BeBe

Packaging Minyak BeBe ni kecil so senang aku nak selit-selit dalam beg bila keluar rumah. Aku kalau keluar rumah memang kena angkut si budak kecik tu. Di mana ada aku, di situ ada Aneeq. Gitu~

In case korang nak cuba jugak Minyak BeBe Anugerah ni, korang boleh tengok dekat website atau Facebook dieorang.
  

Happy Birthday Althea #AltheaTurns1 - Review, Giveaway And Contest!

$
0
0
Aku ada berita yang best untuk korang-korang yang sukkkaaaa gila dengan barang make up especially barang-barang make up dari Korea. Hari ni first birthday Althea tau. Kalau korang yang masih tak tahu, Althea tu website jual barang-barang make up khas daripada Korea. Dannnnn, aku pun dah dapat barang-barang kosmetik daripada Korea. First time aku shopping barang-barang make up dari Korea tau. Excited gila.

Althea Products/Service Review 


#AltheaTurns1
Grapefruit Volumizing Shampoo 300ml (RM36.00)
Since shampoo aku dekat rumah pun dah nak habis, aku order lah Grapefruit Volumizing Shampoo ni dengan harapan rambut aku lebih cantik dan nampak lebih bermaya. Dapatlah aku goda suami aku hari-hari #eh. Bau shampoo dia macam bau gula-gula. Wangi dan manis. Tapi honestly, bila aku cuba bilas bila pakai shampoo ni, rambut aku rasa macam kesat-kesat sikit. Tapi bila pakai conditioner lepas tu, dah ok dah. Tak ada rasa kesat tu dah.


#AltheaTurns1
Grapefruit Volumizing Conditioner 300ml (RM36.00)
Kalau ada shampoo kena lah ada conditioner dia sekali kan. tak lengkap pulak rasanya kalau beli shampoo tak beli conditioner. Conditioner dia memang betul-betul bau macam grapefruit. Untuk cover conditioner dekat keseluruhan rambut ni, aku perlukan 3 kali pam. Baru rasa semua bahagian rambut kena conditioner. Waktu nak bilas conditioner ni, aku rasa sama je macam conditioner-coonditioner yang ada dekat pasaran Malaysia ni. Tak ada masalah pun. 


#AltheaTurns1
Velvet Moist Lip Tint Acoustic Coral (RM22.00)
Aku order Velvet Moist Lip Tint ni sebab aku nak try kot-kot dapat lah bibir cantik macam orang-orang Kpop tu kot. Hahahha. Teringin jugak jadi cantik kan. Sebenarnya aku ni tak reti lah nak make up sangat. Bila aku cuba pakai lip tint ni, warna dia nampak tak sekata dan nampak warna dia merekah ikut tekstur bibir. Tak sama macam bibir dalam gambar produk dalam website. Aku rasa aku salah pakai. perlu alas dulu ke bibir dengan benda lain sebelum apply lip tint ni? Anyone can help? 


#AltheaTurns1
Fabric Perfume Mist Musk & Musk (RM39.00)
Aku beli ni sebab aku nak wangikan rumah aku. Fabric Perfume Mist ni akan wangi kan korang punya fabrik yang rasa-rasa macam susah nak basuh contohnya langsir tebal atau sarung sofa. Bau dia serius sedap. Bila aku spray dekat sofa, bau sampai satu rumah. Wangi je. Bau dia macam ada masam-masam sikit tapi masam yang sedap. Hahaha. Korang boleh bayangkan tak? Tapi, bau dia tak ada lah kekal lama sangat. 


#AltheaTurns1
3 Step Nose Pack Sheet (RM7.00)
Oh yes, I really need this. sebab aku rasa dah dalam 2 bulan aku tak pergi spa untuk buat facial. So, beli je lah nose pack ni untuk buang segala yang tak perlu dekat hidung ni sendiri kan. Senang. Tak payah book appoinment dekat spa.

Pada pendapat aku, harga-harga barangan kosmetik dekat Althea ni memang berbaloi. Tak murah sangat dan tak mahal sangat. Masa aku nak order barang-barang dekat atas hari tu, memang rambang mata. Aku rasa kalau aku tak tahan diri, memang banyak gila lah yang aku order. Nasib baik sedar diri. Hehhehe.

Lagi satu, penghantaran dia memang laju walaupun barang-barang tu dari Korea. Aku order barang pada 29 Jun, sampai pada aku 11 Julai 2016. Itu pun dah fail sekali sebab aku tak ada dekat rumah balik kampung. Huhuhuh. 

#AltheaTurns1

Overall memang aku puas hati dengan masa penghantaran dia. Cepat!

Bila time aku nak unbox packaging dia pulak, memang puas hati. Kotak dia keras so kalau barang korang berat pun tak ada masalah, dia boleh menampung berat barang-barang tu. Kiranya bila sampai dekat korang, barang-barang korang tak ada lah rosak ke apa ke. Lagipun presentation kotak dia cantik. Susunan barang dalam kotak pun okay. Tak serabut.


#AltheaTurns1
Kotak dalam wrap pink sempena birthday Althea Korea yang pertama.


#AltheaTurns1
Kotak packaging diaorang sarung dengan bubble wrap.


#AltheaTurns1
Dalam kotak pink. Atas tu dieorang bagi pink party kit sempena dengan first birthday Althea ni. Nanti boleh buat topi birthday, hias-hias dan ada jugak belon!


#AltheaTurns1
Ini pulak barang-barang yang aku order. Setiap satunya di wrap jugak dengan bubble wrap kecuali nose pack. 

#AltheaTurns1
Tadaaaa! 5 barang yang aku order dari Althea direct from Korea.


Althea Giveaway/Contest

Kalau korang memang make up junkie, ini lah masa paling sesuai untuk korang beli barangan daripada Althea ni. Nak tau sebab apa? Sebab ade 4 perkara yang menarik menanti korang!


Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016

1. Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.
2. Free Goodies for first 1,500 shoppers
Full-size beauty products. While stocks last. 
3. Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
Rebate will be credited into your account once order is completed. 
4. #AltheaTurns1 Instagram Contest
- Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea! 
- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.

#AltheaTurns1

Apa lagi? Jom shopping di Althea Korea www.althea.kr!

Minyak Herba Asma Mujarab Rawatan Alternatif Untuk Asma, Lelah, Batuk Dan Penyakit Lain

$
0
0
Aku kalau waktu memasak, memang tak sah terpercik minyak panas dekat tangan atau muka. Selalu jugak terkena kuali panas pada tangan. Paling teruk bila tengah siang ikan, ayam dengan sayur, mesti terhiris jari sampai luka. Pedih weh. 

Minyak Herba Asma Mujarab

Biasanya bila aku luka jari kena hiris dek pisau atau terkena minyak panas atau kuali panas, aku sapu Minyak Herba Asma Mujarab ni. Bau dia ada macam bau minyak gamat tapi rasa macam ada rasa minty minty sikit. Warna minyak ni hitam dan ada serdak-serdak sikit.   

Kegunaan Minyak Herba Asma Mujarab

Biasanya kalau ada kulit terluka dekat bahagian lain pada badan, tangan, kaki atau sakit gigi atau terseliuh tergeliat ke, aku sapu je Minyak Herba Asma Mujarab ni. Kalau Aneeq kena gigit dek nyamuk pun aku sapu jugak. Sesuai lah jugak nak sapu minyak ni kalau kena gigit binatang berbisa atau terkena api

Minyak Herba Asma Mujarab

Bila awal-awal sapu ni, tak ada rasa apa-apa sangat. Tapi lepas biar dalam 5 minit macam tu, aku rasa macam sejuk-sejuk pedas, berangin. Ha, boleh bayang kan tak? Tapi dia tak ada lah rasa panas ke apa. Budak-budak kecik pun boleh je pakai Minyak Herba Asma Mujarab ni. Minyak ni sesuai untuk kegunaan satu family dari baby sampai tua. 

Minyak Herba Asma Mujarab ni sesuai kalau nak digunakan untuk sapu dekat perut kalau perut tengah kembung atau sakit perut. Kalau yang biasa ada penyakit lelah, asma atau batuk pun sesuai jugak untuk redakan dalam waktu-waktu kecemasan kan. Mana tau yang ada asma tu tak bawak healer. Boleh lah sapu Minyak Herba Asma Mujarab ni. 



Minyak Herba Asma Mujarab

Harga Minyak Herba Asma Mujarab

Harga untuk sebotol Minyak Herba Asma Mujarab ni sebotol RM39. Isi kandungan dia sebanyak 30ml. Aku rasa kita pun pakai kadang-kadang je kan minyak macam ni kecuali yang ada asma dan lelah yang agak selalu pakai. So aku rasa sebotol ni memang boleh tahan lama. Berbaloi lah RM39 tu. 

Cara Mengenali Produk Original Herba Asma Mujarab

Bila aku Google pasal Minyak Herba Asma Mujarab ni, baru aku tau ada jugak yang cuba buat minyak tiruan. Untuk elakkan daripada terbeli Minyak Herba Asma Mujarab ni, korang boleh buat perbandingan antara minyak original dengan minyak tiruan ikut macam video dekat bawah ni.




So, kalau korang nak beli Minyak Herba Asma Mujarab ni, tengok lah label di belakang botol. Scan QR kod yang ada padalabel tu dan nanti akan keluar sistem keselamatan pada phone korang. Ada juga logo S berputar di bahagian atas label tu. Kalau ada tanda-tanda semua tu, korang boleh tanpa ragu-ragu beli. Tapi kalau tak, nah, link Facebook dan website Minyak Herba Asma Mujarab ni kalau korang nak beli direct daripada dieorang.

Minyak Herba Asma Mujarab

WebsiteFacebook


Kalau tak pun, korang boleh je terus call untuk buat tempahan atau tanya dekat HQ Minyak Herba Asma Mujarab ni:
Encik Hafis 013 480 6787 (Bahagian pemasaran) 


Menu Indonesia, Thai dan Chinese Di Campur Campur Kitchen Cyberjaya

$
0
0
Setiap hujung minggu, aku memang tak suka terperap dekat rumah. Ye lah, aku kan suri rumah. Weekdays memang asyik duduk dekat rumah je. Bila weekend ni seronok lah aku sebab boleh keluar jalan-jalan dengan suami dan anak. Biasa weekends kiteorang suka pergi cari tempat makan baru atau tempat-tempat menarik untuk dilawati. Minggu lepas, aku sempat pergi jalan-jalan cari makan dekat Campur Campur Kitchen Cyberjaya.


Campur-Campur Kitchen ni terletaknya dekat DPulze Shopping Centre. Sejujurnya aku tak pernah tahu pun tentang kewujudan DPulze Shopping Shopping Centre ni. Bila geng blogger Ida Baharum ajak lepas sini, baru aku tau ada.  

Menu Campur Campur Kitchen

Dekat Campur Campur Kitchen ni ada lebih kurang 80 jenis pilihan makanan dan minuman termasuk yang set punya. Konsep yang dieorang cuba ketengahkan adalah makanan Thai, Chinese dan Indonesia. That's why nama pun campur campur kan.

Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Presentation makanan dan minuman dieorang sangat menarik. Ada jenis minuman yang diletakkan dalam bekas air berbentuk mentol dan kole besar macam zaman-zaman dulu. 

Personally aku suka beberapa makanan yang disediakan dan ada juga makanan yang kurang menepati selera aku. Tapi, kalau korang pergi dekat sini, aku cadangkan korang order beberapa menu yang aku rasa memang berbaloi untuk dicuba.

Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Chicken Boxing (RM12.90)
Chicken boxing. Ini pertama kali aku makan chicken boxing. Ok lah rasanya. Tapi kalau nak makan banyak-banyak ketul, aku rasa kena cicah dengan sos baru mengancam rasa dia.

Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Chicken Wing with salt and chili (RM12.90)
Ini antara favourite aku. Kalau korang order yang ni, tak perlu makan guna sudu atau garfu. Guna je tangan. Baru sedap nak ratah. Rasa dia tak pedas sangat, ada rasa manis-manis sikit.

Campur Campur Kitchen Cyberjaya
French Toast with Honey (RM6.90)
Mula-mula aku ingat, menu ni taufu. Rupa-rupanya lepas makan baru rasa french toast. Tebalnya memang tebal dan terasa kemanisan masu nya. 

Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Curry Fish Ball (RM8.90)
Curry fish ball ni memang terasa karinya. Bagi aku menu ni pelik sebab aku tak pernah buat fish ball dimasak dengan kari. Boleh dicuba unutk korang rasa sedikit kelainan.

Antara makanan lain yang ada dekat Campur Campur Kitchen ini adalah:

Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Nasi Goreng

Campur Campur Kitchen Cyberjaya
Mee Goreng

Harga Makanan Dan Minuman Campur Campur Kitchen 

Range harga makanan dan minuman dekat Campur Campur Kitchen ni antara RM4.90 hingga RM32.90. Yang Rm32.90 tu untuk combo platter so berbaloi lah kalau mahal macam tu pun. Yang lain-lain dalam belas-belas ringgit. Pada aku, affordable untuk dicuba.

Dekorasi Campur Campur Kitchen

Aku suka sangat tengok dekorasi dalam kedai ni. Ruang antara setiap meja memang luas, so tak ada lah masalah sempit atau terlanggar kerusi ke apa. Aku memang suka kedai-kedai makan yang ruangan dia luas. Lebih selesa. Lepas tu dekorasi dia memang simple je. Tak crowded. Dieorang cuma gantung hiasan dekat dinding guna talam, nyiru dan paip. Kemas sangat nampak. Dapur tempat dieorang memasak pun nampak menarik sebab dieorang letak dapur tu bahagian luar restoran. Dapur dieorang dibuat dengan kontena warna kuning. Memang menarik.   

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Yang minat makanan Thai, Chinese dan Indonesia, apa lagi. Pergi terjah Campur Campur Kitchen ni. Mesti ada yang korang berkenan di hati.



Alamat : Campur-Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor,
DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya



Main Air Di Wet World Shah Alam

$
0
0
Aku ni dah lama duduk dekat Shah Alam. Eceyh, lama lah sangat. Adalah dalam 5 tahun gitu. Tapi dalam pada waktu tu, tak pernah aku jejak dalam Wet World Shah Alam ni. Sebabnya, Zul cakap air die rendah takat buku lali je. Hampeh, semua kata-kata Zul tu dusta. Sebenarnya, boleh tahan jugak tinggi air kolam dia. Tapi bahagian budak tu, memang rendah je.


Wet World Shah Alam

Last week hari Sabtu, sempat lah jugak aku pergi ke Wet World Shah Alam untuk kali pertamanya. Banyak benda yang aku kagum dekat sini. Sebabnya, aku dah letak lowest expectation bila Zul cakap air dia rendah. Tapiii, dekat sini serius best!!

Wet World Shah Alam

Wet World Shah Alam

Dekat Wet World Shah Alam ni ada beberapa ride attraction yang kena cuba. Dari bahagian untuk budak-budak yang air die cetek sampailah ke slide yang tak berapa ekstrem (which is sesuai untuk family punya style lah).

10 ride attraction di Wet World Shah Alam:


  • Super hurricane
  • Monsoon Buster
  • Thunder River
  • Kiddy Typoon Lagoon
  • Caribbean Rider
  • Whirlwind Escape
  • Bermuda Triangle
  • Island of Treasures
  • Pirate Cove
  • Pirate Challenge


Antara kemudahan yang ada dekat Wet World Shah Alam:


  • Function Square
  • Cabana
  • Food Kiosk
  • Surau
  • Toilet
  • Tempat letak kereta percuma
Wet World Shah Alam
 Function Square - tempat kalau-kalau korang nak buat majlis pape ke.

Wet World Shah Alam

Wet World Shah Alam
Cabana. Siap ada kelambu dan kipas. Untuk rasa lebih selesa dan nak barang selamat, aku rekemen korang booking lah cabana sebuah kalau datang dekat sini. Senang sikit nak letak barang atau baring-baring tidur lepas penat main air. Nasib baik kiteorang dapat cabana masa datang sini hari tu sebab lepas je naik main air, Aneeq nak menyusu dan terus tidur. Lama pulak tu dia tidur. Cabana tu korang boleh book dekat kaunter belah dalam.

Wet World Shah Alam
Kiosk makanan - Tips: makan siap-siap awal-awal sebelum datang sini. Sebab makanan dekat dalam ni mahal sikit. So, makan lah awal-awal dekat luar. Dekat dalam ni tak boleh bawak makanan dari luar tau.

Surau pun ada dekat sini tapi kecik je la. Toilet pun ada untuk membuang dan salin baju semua. Tapi Zul cakap, yang bilik salin baju lelaki macam open. Last-last kiteorang tukar baju Aneeq dekat cabana, dan kiteorang pulak tunggu baju kering baru balik masuk kereta tukar baju dekat rumah. Nasib baik rumah dekat hahaahah. 


Harga Tiket Wet World Shah Alam

Dewasa: 
RM25 (MyKad) | RM35 (Biasa)
Kanak-kanak: 
RM20 (MyKad) | RM30 (Biasa)
Infant (bawah 90cm): 
Percuma

Waktu Operasi Wet World Shah Alam

10.00 pagi hingga 6.00 petang
*Tutup setiap hari Rabu kecuali hari Rabu tu cuti sekolah dan public holiday




Jujur aku cakap, Wet World Shah Alam ni memang tempat yang best untuk bawak family main air sambil santai-santai. Next time aku nak bawak mak, bapak, kakak-kakak, abang, kakak ipar, adik ipar, mak mentua, bapak mentua, suami dan Aneeq datang sini lagi sekali repeat. Tak puas weh aku pergi hari tu. Memang tak puas sebab aku tak sempat nak explore habis-habisan Wet World Shah Alam ni. 

Rugi pulak rasanya tak ambil gambar banyak-banyak hari tu. Semuanya sebab kamera aku tak reti nak pakai kamera Xiao Mi yang aku bawak hari tu. Nak ambil gambar tapi ambil video. Nak ambil video tapi terambil gambar. Hadui lah. Nak guna kamera phone pun aku tak berani sebab penutup tempat charge tu dah tercabut so dah tak waterproof. Termasuk dalam air, mati la mak.

Nasihat aku, kalau tak nak pergi waktu ramai orang, datanglah weekdays waktu bukan cuti sekolah. Barulah tak sesak sangat dengan orang ramai. Waktu aku pergi hari tu, orang ramai tapi tak berapa ramai. Selesa jugak lah. 

Sape nak pergi Wet World Shah Alam? Jangan lupa ajak aku sekali tauuuu. :D :D

Mamypoko Pants Air Fit Boy Review

$
0
0
Sekarang ni aku pakai kan Aneeq cloth diaper, tapi malam-malam aku still bagi Aneeq pakai disposable diapers. Kalau pakai cloth diaper tu siang-siang, setiap 3 4 jam sekali aku akan tukar. Tak kan malam-malam aku nak pergi kejutkan aneeq suruh tukar pampers kan? Kesian dia.

Mamypoko Pants Air Fit Boy Review

Setakat ni, aku cuma pernah pakai kan Aneeq 4 brand pampers dan baru-baru ni aku ada cuba pampers Mamypoko. Orang kata brand Mamypoko ni memang terbaik so aku pun nak cuba lah tengok macam mana kan? Kita tak boleh dengar orang cakap je, kita pun kena lah cuba sendiri. 

Semenjak dua menjak aku jadi mak mak orang ni, ada jugak kawan-kawan yang asyik duk tanya-tanya tips pasal parenting dekat aku. Aku nak tergelak pun ada sebab aku baru anak sorang, rasa macam tak cukup lagi ilmu pasal parenting ni. Nak nak lagi bila ada kawan yang tanya pasal pampers mana yang terbaik untuk anak.


Mamypoko Pants Air Fit Boy Review

Honestly, aku tak boleh nak bagi jawapan yang tepat bila orang tanya pasal apa pampers yang terbaik untuk anak dieorang. Sebabnya, setiap baby tu lain daripada yang lain. Nak tak nak mak bapak baby tu kena jugak buat trial and error, cuba mana pampers yang sesuai dengan baby dieorang. Aku cuma boleh bagi review dan suggestion je nak pakai apa.

Tapi dalam banyak-banyak pampers yang aku dah bagi Aneeq try, paling best adalah Mamypoko Pants Air Fit. Sebabnya banyak gile kelebihan pampers ni daripada pampers yang lain.


Kelebihan Mamypoko Pants Air Fit Boy


1. Nipis
Mula-mula aku tenogk packaging ni, aku pelik sangat. Apesal kecik sangat packaging dia. Kalau pampers lain, besar sangat. Aku kata, ni mesti sikit je dalam dia. Tapi, bila bukak, ada 44 keping pants yang sangat nipis. Bila Aneeq pakai pun, tak nampak gedebeh besar.

Mamypoko Pants Air Fit Boy Review

2. Lembut
Bila aku pegang pampers  ni, rasa dia memang lembut. Dari dekat bahagian pinggang sampai ke alas punggung dia lembut. Rasa macam pegang karpet lembut pun ada.

3. Mudah Renggang
Ni first time aku pakaikan Aneeq dengan pants instead of pampers. Mula-mula risau jugak macam mana nak pakai kan ni. Tak terkoyak ke bila nak adjust pakai. Rupa-rupanya, kalau regangkan besar mana pun, memang tak terkoyak. Dia terkoyak bila kita koyakkan bahagian tepi waktu nak cabut pants ni je. Nak regangkan dia pun tak perlu bersusah payah.

Mamypoko Pants Air Fit Boy Review

4. Serap Banyak Cecair 
Aneeq ni ade peel die sikit kalau tidur. Malam-malam mesti banyak kali terjaga. Aku syak sebab dia kencing then rasa basah dan tak selesa. Jadinya, aku dan Zul pun selalu terjaga malam juga yang membuatkan kiteorang rasa penat sangat sebab tak cukup tidur. Tapi bila aku pakai kan Aneeq Mamypoko ni, dah makin kurnag Aneeq jaga malam. Aku pun seronok sebab boleh tidur lena. Kalau ikutkan penerangan Mamypoko ni, dia boleh serap 12 kali budak kencing.  

5. Ada Wet Indicator
Ini benda yang aku paling suka pada Mamypoko Pants Air Fit ni. Ada wet indicator. Dengan adanya indicator ni, lagi senang nak tau bila kena tukarkan pampers budak. 

Mamypoko Pants Air Fit Boy Review
 Sebelum pakai, wet indicator ni line warna oren

Mamypoko Pants Air Fit Boy Review
Bila pampers dah penuh dengan air kencing budak, wet indicator ni jadi warna biru. So dah masa untuk tukar pampers.

Harga Mamypoko Pants Air Fit Boy

Kalau diikutkan, brand Mamypoko ni memang mahal. Tengok dekat market rata-rata harga satu paket dalam RM60 ke atas. Tapi kalau korang pergi ke website Lazada sekarang ni, dieorang tengah buat promotion barang-barang baby. Beli 4 pek Mamypoko ni, harga boleh jatuh sampai RM52 lebih sepaket. So, apa lagi? Boleh pergi beli Mamypoko dengan harga yang murah dekat Lazada.





Lazada Big Baby Fair bermula pada 27 hingga 31 Julai 2016. Jangan terlepas peluang ni weh!


Mamypoko Pants Air Fit Boy Sale

Aku ada voucher code Lazada untuk customer Lazada baru yang nak beli barang-barang lain selain barang-barang baby. Guna voucher code dekat bawah ni dan korang akan dapat 20% off untuk barang yang korang beli. 

Mamypoko Pants Air Fit Boy Sale

Jangan cakap mak Aneeq tak payung!


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam Konsep Western Food

$
0
0
Well hello hello. Dah lama aku tak buat review tempat makan dekat Shah Alam ni kan. Rindu woi nak share tempat-tempat makan dekat Shah Alam yang berlambak ni. Lama gila aku peram gambar-gambar yang aku ambik. So here it goes. Kali ni aku nak review Cafe 83 yang terletak dekat Seksyen 7 Shah Alam.  


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam

Konsep Cafe 83 ni lebih kepada western. Hidangan breakfast dia jenis-jenis orang putih lah yang ada toasted bread, scrambled eggs, dan sebagainya. Tapi ada jugak diselit sekali mee goreng mamak dan char koay tiaw serta nasi goreng. Dekat bawah ni apa yang kau order hari tu.


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam

Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam
Antara menu yang ada di Cafe 83. 

Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam
Grilled Chicken Chop (RM23.00)
Untuk hidangan yang ini, korang akan dapat chicken chop grill, mashed potato, sedikit sayur-sayuran dan secawan sos cendawan. Portion normal, cukup lah untuk makan seorang. Rasa pun okay okay saja.


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam
Fish & Chips (RM24.00)
Untuk hidangan fish and chip ni, korang akan fish and chips, sos tartar (mungkin) dan sedikit salad. Bagi aku portion okay lah tapi terlalu bamyak kentang je. Dan kentang nye rasa macam kentang biasa beli. Mungkin bukan kentang homemade.


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam
Ice Mango Soda (RM9.00)
Ice mango soda. Rasa campuran soda dan mangga. Rasa dia not bad. Kalau datang sini mungkin korang boleh cuba yang ini.


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam
Watermelon Juice (RM10.00)
Watermelon juice ni rasa typical watermelon. Mungkin tak perlu aku nak explain lelebih kot.

Apa yang aku suka pasal Cafe 83:

Dekorasi cantik - Dekorasi cafe dia bagi aku simple je dan tak over crowded. Jarak antara satu meja ke meja lain pun just nice, tak terlalu rapat. Dekat sini dinding dia banyak lukisan mural yang unik-unik. Meja dan kerusi pun selesa je. Ade yang jenis meja dan kerusi makan biasa dan ada jugak jenis sofa di bahagian luar. 
Servis okay - Servis dia, biasa-biasa saja. Tak terlalu bagus dan tak terlalu teruk. Ok lah selagi servis tak menyakitkan hati, aku ok je. Asal dapat makan. Hohohoho.


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam


Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam

Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam

Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam

Apa yang aku tak suka pasal Cafe 83:

Harga mahal - Well, aku rasa semua orang pun tak suka kalau harga makanan mahal kan? Walaupun mahal, tapi bagi aku harga dia agak sesuai lah dengan rasa dan portion dia. So, salahkan je lah aku sebab aku tak suka makanan yang harganya mahal. Huaaaa.


Fadzi Razak
Okay lah, dah habis aku membebel hari ni. Meh sini aku nak tepek gambar bukti "fadzi wuz 'ere" di Cafe 83 Seksyen 7 Shah Alam. Hewhewhew. Kalau korang berminat nak datang sini, korang boleh cari Cafe 83 ni berdekatan dengan hispital baru Shah Alam tu, deret dengan Restoran Big Brothers

Nak tau tempat-tempat makan di Shah Alam yang lain? Boleh tengok dekat sini - Tempat Makan Di Shah Alam.

Peluang Menang Smartphone Huawei P9 2016

$
0
0
Dulu bila sebut brand Huawei, aku ingat dia punya broadband device jek sebab mak aku pakai toggle broadband jenama Huawei dulu. Tapi dulu la. Sekarang ni, dah siap ada Huawei P9 yang menjadi idaman aku. Sebab kamera dia sangat cantik ambil gambar. Aku pun selalu jugak duk usha-usha kalau ada contest yang bagi hadiah smartphone Huawei P9 dan aku dah jumpa!

Contest Capture The Beauty of Malaysia

Menang Smartphone Huawei P9 2016

Cara untuk join kontest ni pun sangat-sangat senang. Cuma perlu vote dan jadi the lucky one untuk menang Huawei P9 tu.

Tempoh Peraduan:

8 Ogos hingga 15 Ogos 2015

Cara Sertai:

2. Login dan daftar sebagai pengundi
3. Mula mengundi!

Menang Smartphone Huawei P9 2016

Hadiah-hadiah:

Top 3 voters: 
Sebuah Huawei P9 setiap seorang

Saguhati: 
e-Voucher RM250 setiap seorang

Menang Smartphone Huawei P9 2016

Aku tengok cantik-cantik jugak gambar yang ada dekat website tu. Oh ye, tips untuk menang kontest voting ni, korang cuma perlu login setiap hari untuk vote. Satu hari korang boleh vote 3 kali maximum. Lepas dah vote 3 kali, korang kene tunggu besoknya pulak untuk vote lagi. Setiap vote tu ada point masing-masing. Jadi, jadilah orang terbanyak kumpul points supaya boleh jadi top 3 voters.

Untuk maklumat lanjut pasal kontest ni, korang boleh tengok website Huawei.

Website Huawei Capture The Beauty of Malaysia 2016


Oh and, kalau nak tahu lebih banyak contest Malaysia dan tips-tips untuk menang, boleh usha blog KakiKontest Malaysia.




Permata Sunti Feminine Wash Selamat Dan Berkesan

$
0
0
Jadi orang perempuan ni, banyak perkara yang kita kena jaga. Dari segi luaran macam penampilan, pakaian, perwatakan sampailah ke dalaman macam kebersihan badan, bau badan dan bagi aku yang paling penting sekali adalah penjagaan Miss V (vagina). Penjagaan Miss V ni bukan setakat penggunaan pantyliner atau pakaian dalam yang selesa, tapi kena pandai memilih produk pembersih yang selamat dan berkesan. Antara produk yang korang boleh cuba untuk membersihkan Miss V korang ini adalah Permata Sunti.

Permata Sunti Feminine Wash

Kebaikan Permata Sunti

Permata Sunti ini memilik pelbagai kebaikan dan khasiatnya antaranya:
  1. Merawat masalah kewanitaan dengan cara mudah
  2. Merawat masalah keputihan dan bau yang kronik
  3. Merawat kegatalan dan luka melecet
  4. Mengetatkan otot dalaman lepas bersalin
  5. Memberikan rasa kering, selesa dan nyaman
  6. Dihasilkan daripada pati pinang muda dan sireh
  7. Diadun dengan herba bermutu tinggi


Kandungan Permata Sunti

Permata Sunti dihasilkan dengan beberapa gabungan herba-herba terpilih iaitu:
  • Pati pinang muda
  • Manjakani
  • Pati sireh
  • Temu kunci
  • Akar serapat


Cara Penggunaan Permata Sunti

  1. Tekan dua titik gel ke telapak tangan dan letakkan air sedikit sehingga berbuih.
  2. Oleskan dan ratakan buih tadi di kawasan vagina dan biarkan dua minit. 
  3. Biarkan buih tersebut meresap (tak perlu korek ke dalam) kemudian bilas dengan air bersih.

Sebotol Permata Sunti ini mengandungi 100ml dan boleh tahan dalam 3 bulan. Dengan harga RM65 (Semenanjung Malaysia) RM70 (Sabah Sarawak) sebotol dan tahan begitu lama, produk ini memang berbaloi untuk dimiliki. Jangan risau sebab Permata Sunti juga telah mendapat kelulusan KKM (NOT151104337K).

Permata Sunti Feminine Wash

Testimoni Permata Sunti

Korang boleh baca dan tengok sendiri testimoni daripada pengguna-pengguna Permata Sunti ini. Memang berkesan kata mereka.

Permata Sunti Feminine Wash

Permata Sunti Feminine Wash


Whatsapp 019 488 4682 | Facebook | Instagram

Aku sebenarnya berkenan tengok packaging Permata Sunti yang nampak mewah ni. Hehehhe.

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

$
0
0
Agak-agak kalau aku update pasal sambutan Hari Raya, aci lagi tak? Hahahhahaha. Bertabahlah walaupun dah sebulan dah raya, aku baru nak up cerita pasal sambutan Hari Raya 2015 yang dianjurkan oleh HaiBlogger. Tahun lepas aku dah pernah join Sambutan Hari Raya anjuran Hai Blogger! jugak tapi dekat TuDia Char Kieu Teow.


Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Tahun ni sambutan Hari Raya dekat sikit dengan rumah aku. Sambutan kali ni dibuat di Central Kitchen, Seksyen 15 Shah Alam dengan hidangan makanan oleh Sajian d-Hidang Catering

Aku paling impress tengok khemah yang disediakan oleh Sajian d-Hidang Catering. Cantik gila macam khemah untuk orang kahwin. Huhuhuhu. Sebenarnya preparation untuk majlis ni agak last minit. Nasib baik semua sempat disiapkan sebelum majlis bermula. Dan makanan-makanan yang disediakan pun memang sedap-sedap terutamanya brownies dan sate!

SAJIAN D HIDANG (M) SDN BHD 
Sajian d-Hidang Catering 
33 Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia 

Facebook : Sajian d-Hidang Catering 
No Pejabat: 03 – 5510 8776 / 9776 / 3773

Suasana Di Majlis Blogger Raya 2016

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
Ini #teambajuhijau Tak bajet pulak nak pakai warna baju lebih kurang sama. Memang matching betul hari tu.

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
First time aku join sambutan Hari Raya ada sediakan buah-buahan tempatan. Ada rambutan, tembikai, buah naga, belimbing dan manggis. Manggis kau! Manggis!! Mana nak dapat manggis dalam majlis-majlis macam ni?

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
Antara kuih-muih yang ada. Yang aku paling suka tart buah dengan brownies coklat tu. Cinnamon roll tu pun best jugak. Tapi koci dia memang sedap. Eh eh pavlova tu pun sedap, manis-manis buah. Ni first time aku makan pavlova, terus jatuh cinta. senang caap, semua lah sedap. Nasib baik je hari tu aku busy jaga Aneeq sebab pergi berdua je. Kalau tak, memang banyak kali aku ulang alik nak ambil semua ni.

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
Yang ni kira kudap-kudapan ringan tapi tak ringan sangat lah. Aku suka burito tu. Satu sebab memang sedap dimakan, ada dua jenis - ayam dan daging. Satu lagi sebab senang nak pegang. Hari tu pun siap ada kambing bakar!

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
Ini pulak antara menu berat yang ada. Pada hari sambutan raya tu, kiteorang dihidangkan dengan sate, kuah kacang, lemang, ketupat, rendang daging, rendang ayam, lontong, kuah lodeh, roti jala, kuey teow goreng panas. 

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
Cantikkan khemah yang dosponsor oleh Sajian d-Hidang ni. Kan aku dah cakap, macma khemah orang kahwin. Sape nak kwen, baik korang order dengan dieorang ni. Senang, cantik dan makanan complete siap.

Antara Sponsor Yang Menjayakan Majlis Blogger Raya 2016

Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang

Terima kasih Sajian d-Hidang, blogdirect, Hai Blogger! dan CVS untuk sponsor kali ini. Dan terima kasih Halim sebab ajak saya ke sambutan Hari Raya bersama Hai Blogger ! pada tahun ini.

  
Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang
Antara blogger yang datang pada hari sambutan Blogger Raya 2016 Sajian d-Hidang hari tu. 

Pearl Foundation - Mak Aneeq Dah Mula Pakai Make Up

$
0
0
Bila tengok perempuan-perempuan cantik dalam Instagram ke Facebook ke, aku jadi macam jeles. Ye lah, aku pun nak jugak jadi cantik macam diaorang. Bila aku mengadu dekat Zul cakap aku jeles tengok perempuan cantik, terus Zul cakap itu make up je. Aku pun tanya, kalau aku make up, Zul suka tak? Dia kata okay je. Jadi nya, gigih Google Make Up for Newbie. Hahahha gigih tau mak Aneeq nak mula make up!

5 Perkara Asas Make Up Untuk Newbie

1. Foundation
2. Bedak
3. Eye shadow
4. Eye liner
5. Lip color
Sumber: Venusbuzz

Disebabkan aku rasa 5 tu pun dah cukup banyak, meh lah aku nak share dengan korang pasal cara aku pakai foundation dulu. Tahun tahun depan baru aku cerita pasal 4 benda yang lain tu. Kah!


Pearl Foundation

Foundation yang aku cuba kali ni Pearl Foundation dari Nyra Skinworks. Kenapa aku pilih foundation ni? Sebab dia punya pengasas produk comel gila lepas tu muslimah habis. Tu yang aku suka tu. Kalau tak percaya dia punya pengasas comel, korang boleh usha Facebook dia - Nazatul Nazira.


Pearl Foundation
Pengasas Pearl Foundation - Nazatul Nazira

Cara Pakai Pearl Foundation 

Bila aku Google, foundation ni boleh pakai dengan 3 cara iaitu pakai tangan, pakai span atau pakai berus. Tapi, aku nak senang, aku pakai jari je sebab aku tak ada span dan berus foundation. Lagipun, aku rasa lagi senang nak control bila sapu foundation guna jari.  

Satu botol Pearl Foundation ni 15g. Katanya 100% bahan semula jadi. Siap ada SPF30 lagi. Pasni, nak keluar tak payah pakai sunscreen dah dekat muka. Pakai je foundation ni. Foundation ni memang buatan Malaysia dan dah dapat pun GMP certification.

Kelebihan Pearl Foundation

Aku suka bila apply Pearl Foundation ni sebab dia tak berminyak, tahan lama, tak merekah, anti aging, ada UV protection, ada efek glowing dan satu warna untuk semua jenis warna kulit. yang satu warna tu je memang aku suka sebab tak payah aku pening-pening nak pilih warna apa yang sesuai dengan aku. 


Pearl Foundation

Cuma satu je kena alert, Pearl Foundation ni tak mesra solat. So, setiap kali nak solat, kena cuci lah dulu sebab foundation ni tak serap air dan tahan agak lama.

Kandungan Pearl Foundation

Pearl Foundation ni dibuat dengan bahan-bahan semula jadi macam beeswax, shea butter, minyak kelapa dara, serbuk mutiara, kolagen dan sunblock SPF30.

Experience aku pakai Pearl Foundation ni masa keluar pertama kali, aku rasa okay. Tak berminyak sangat muka aku. Warna kulit pun nampak sekata sikit daripada biasa. Selesa pun selesa jugak. Waktu tu aku cuma pakai Pearl Foundation, bedak dan Lipice. 

Overall, aku suka dengan Pearl Foundation ni sebab dia tahan lama dan tepek sikit je bedak pun. Tapi satu je lah yang leceh sikit, sebab setiap kali nak solat tu kena bersihkan dulu. Lepas tu memang aku tak lah nak pakai make up balik. Lambat. Aku suka dengan Pearl Foundation ni. Agak-agaknya, korang suka jugak tak?

Kalau nak dapatkan Pearl Foundation ni, better beli sekarang sebab harga asal dia RM89 tapi sekarang dieorang tengah buat promosi sebotol harga RM69. Rugi tak beli sekarang.


  



Amez Care Tuala Wanita Herba - Alternatif Kesihatan Wanita

$
0
0
Sebelum ni aku tak pernah lagi pakai tuala wanita berherba atau pantyliner berherba walaupun aku dah baca banyak review pasal produk macam ni. Aku sebenarnya berminat juga nak cuba pakai pantyliner dan pad berherba. So, baru-baru ni aku sempat juga dapatkan dan cuba sendiri tuala wanita dan pantyliner herba jenama Amez Care.

Amez Care Tuala Wanita Herba

Amez Care 

Amez adalah salah satu jenama untuk tuala wanita dan pantyliner berherba. Ada beberapa bahan semula jadi yang diekstrakkan ke dalam tuala wanita ini termasuklah aloe vera, peppermint, tea plant, chamomile dan lavender. Napkin Amez ni dihasilkan melalui teknologi far infrared, nano silver dengan kelebihan ion-ion negatif.

Rangkaian Produk Amez Care

Terdapat empat jenis rangkaian produk di bawah jenama Amez ini iaitu Amez Care Day Use, Amez Care Night Use, Amez Care Pack dan Amez Care Pantyliner. Setakat ini aku dah cuba ketiga-tiga jenis produk iaitu Amez Care Day Use, Amez Care Night Use dan Amez Care Pantyliner.

Amez Care Tuala Wanita Herba

Amez Care Day Use Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad (RM12.90)

Dalam satu packaging ini ada 12 keping. Pad Amez Care Day Use ni jenis yang ada wing. Setakat yang aku pakai, tak ada rasa gatal atau ruam. Memang selesa. Aku suka sangat pad ni sebab nipis. Bila pakai pun, nampak macam tak pakai apa-apa sebab dia nipis. Cumanya, bau herba dia agak kuat. Awal-awal bila pakai pad ni, tak rasa apa-apa tapi lepas dalam 2 3 minit, ada rasa macam sejuk-sejuk minty dekat bahagian 'itu'. Tapi bila dah sejam dua pakai, rasa sejuk minty tu makin berkurangan. Pelekat pad ni kuat dan statik je dekat bahagian seluar dalam tu, tak bergerak. 

Amez Care Tuala Wanita Herba

Amez Care Night Use Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad (RM12.90)

Amez Care Night ni pulak dalam satu packaging ada 10 keping. Panjang pun panjang, memang sesuai untuk penggunaan masa tidur yang panjang untuk elakkan kebocoran. Tuala wanita Amez Care Night Use ni didatangkan dengan wing. Sama jugak bila pakai Amez Care Night ni, mula-mula tak rasa apa-apa. Tapi dalam seminit dua lepas tu akan rasa sejuk minty. Nipis pun cukup nipis dan selesa. Pelekatnya memang kuat dan tak bergerak sangat daripada underwear. Cuma itulah, bau herba dia agak kuat. Sampai Zul pun perasan bau herba tu. 

Amez Care Tuala Wanita Herba

Amez Care Pantyliner Bio Herbal Sanitary Functional Daily Pantyliner (RM11.90)

Dalam packaging pantyliner Amez Care ni ada 30 keping. Pantyliner ini sangat nipis dan selesa. Sesuai untuk pakaian harian atau untuk pakai hujung-hujung period. Bau dia sama juga agak kuat dengan bau herba.   

Amez Care Pack Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad (RM9.90)

Amez Care Pack ni sebenarnya adalah travel pack yang mengandungi ketiga-tiga Amez Day Use, Amez Night Use dan Amez Pantyliner dalam satu packaging. Dalam travel pack ni korang akan dapat 3 Day Use, 3 Night Use dan 4 Pantyliner. Letak pack ni dalam kereta atau bawa dalam beg tangan. So, next time kalau tiba-tiba datang period atau rasa ada keputihan datang tiba-tiba, tak ada lah kita gelabah sangat kan sebab dah prepare awal-awal. 

Kelebihan Tuala Wanita/Pantyliner Berherba Amez Care

1. Nipis dan tak nampak seperti pakai apa-apa.
2. Rasa sejuk minty. 
3. Pelekat tahan lama, kuat dan pad/pantyliner.
4. Pad/pantyliner kurang renyuk dan kurang bergerak.
5. Packaging ada seal, so rasa lebih bersih setiap kali dah ambil pad/pantyliner, boleh tutup semula seal tu. 

Amez Care Tuala Wanita Herba

Overall, aku selesa bila pakai jenama Amez Care ni lebih-lebih lagi sebab nipis dan tak nampak seperti pakai pad langsung. Tapi satu yang aku kurang berkenan bau herbanya yang agak kuat. Kalau jalan depan orang, orang memang boleh bau herba tu. Tapi itu pendapat aku lah. Mungkin korang nak cuba sendiri dan rasa perbezaan rangkaian produk Amez Care ni sendiri. 

Korang boleh dapatkan rangkaian produk Amez ni melalui laman web, Facebook, Instagram atau Twitter diaorang.


Atau korang boleh beli je terus dekat Aeon Wellness Midvalley.


Viewing all 498 articles
Browse latest View live