Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 498 articles
Browse latest View live

Enchanteur Paris - Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Wanita

$
0
0
Enchanteur Paris - Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Wanita | Entry untuk orang lelaki. Aku kesian kat orang laki setiap kali birthday ke anniversary ke apa-apa event yang berkaitan dengan perempuan mesti tak ada idea nak belikan hadiah apa kan? Ha, nah salah satu idea hadiah hari lahir untuk wanita - Set Penjagaan Peribadi Enchanteur Paris. 

Enchanteur Paris

Dulu masa muda remaja, aku selalu jugak pakai losyen Enchanteur. Bau dia masyaAllah sedap. Aku pakai sebelum tidur. Memang lena tidur satu malam tu tau. Dulu-dulu aku pakai yang botol warna kuning je. Ala, dulu kan noob sikit tak tau pape. Asal wangi je ambik. Rupa-rupanya, Enchanteur ni ada 3 variasi wangian yang baunya sedap-sedap pulak tu.


Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspiration Deodorant

Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspiration Deodorant (50ml)

Untuk rangkaian Enchanteur Paris Mon Amie ni, aku ada pakai Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspiration Deodorant yang bersaiz 50ml. Sebotol berharga RM8.70. Katanya boleh tahan bau wangi sampai 72 jam. Tapi aku tak adalah gila tak mandi sampai 72 jam kan. Hahahaha. Tapi bau dia memang sedap. Tak terlalu manis, tak terlalu kuat dan tak terlalu menyengat hidung. Bau dia sangat mild. Since aku pun keluar rumah biasanya tak lama, tapi bau dia memang kekal.

Enchanteur Paris Mon Amie
Dalam rangkaian Enchanteur Paris Mon Amie ni pun ada beberapa produk lain:
- Double Moisture Parfum Serum (Rm7.90 untuk 85ml dan RM18.00 untuk 275ml).
- Light & Fresh Parfum Lotion (RM7.50 untuk 100ml dan RM16.95 untuk 300ml).
- Parfum Deo mist (RM10.10 untuk 100ml).

Enchanteur Paris Adore Parfurm Deo Mist

Enchanteur Paris Adore Parfurm Deo Mist (100ml)

Untuk rangkaian Enchanteur Paris Adore ni, aku pakai Parfum Deo Mist yang bersaiz 100ml. Sebotol berharga RM10.10. Katanya boleh tahan bau wangi sampai 24 jam. Aku paling suka bau rangkaian Paris Adore sebab bau dia manis-manis sikit. Yang aku paling suka yang ni tak ada paraben. Kalau nak compare Parfurm Deo mist ni dengan Deodorant stick, aku lebih suka pakai jenis semburan. Lebih cepat kering.

Enchanteur Paris Adore

Dalam rangkaian Enchanteur Paris Adore ni pun ada beberapa produk lain:
- Antibacterial Care Parfum Lotion (Rm7.50 untuk 100ml dan RM16.95 untuk 300ml).
- Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspiration Deodorant (RM8.70 untuk 50ml).
- Parfum Deo mist (RM10.10 untuk 100ml).

Enchanteur Paris Belle Amour Triple Whitening Parfum Lotion

Enchanteur Paris Belle Amour Triple Whitening Parfum Lotion (100ml)

Untuk rangkaian Enchanteur Paris Belle Amour ni, aku pakai Whitening Parfum Lotion yang bersaiz 100ml. Sebotol berharga RM7.50. Bau variasi Paris Belle ni pun sedap. Manis dia berbeza dengan bau manis Paris Adore. Aku rasa bau dia lebih kuat. Kalau nak pakai waktu malam, mungkin korang kena pakai awal sebelum tidur sebab bau dia memang menusuk hidung. Kalau jenis yang tak boleh bau kuat waktu tidur tu, pakailah awal-awal supaya bau dia boleh kurang sikit bila sampai masa korang nak tidur tu. 

Enchanteur Paris Belle Amour
Dalam rangkaian Enchanteur Paris Belle Amour ni pun ada beberapa produk lain:
- Triple Whitening Parfum Lotion (Rm7.50 untuk 100ml dan RM16.95 untuk 300ml).
- Extra Whitening Parfum Anti-Perspiration Deodorant (RM8.70 untuk 50ml).
- Parfum Deo mist (RM10.10 untuk 100ml).

So yes, ini adalah antara idea hadiah hari lahir untuk wanita yang korang boleh beli untuk wanita-wanita kesayangan korang, Ecewah gitu ayatnya. Personally, kalau korang jenis yang suka wangi-wangian, brand Paris ni memang best sebab bau dia agak kuat. Rangkaian Paris favourite aku definitely Paris Adore.

Korang punya favourite mana satu?
 

Hari Deepavali Dan Malaysia

$
0
0
Hari Deepavali Dan Malaysia Malaysia ni negara yang terkenal dengan berbilang kaum dan hidup harmoni antara satu sama lain. Aku percaya, keharmonian di antara pelbagai bangsa di Malaysia ni boleh dicapai melalui pemahaman dan sifat bertimbang rasa yang tinggi antara satu sama lain. 


Deepavali 2016

Bila dah ada pelbagai kaum dalam sesebuah negeri tu, ha memang ada macam-macam perayaan yang kita sambut sepanjang tahun dari Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan tak lama lagi penganut agama Hindu pulak akan merayakan Hari Deepavali. Hujung minggu ni to be exact.

Hari Deepavali ni ataupun dikenali jugak sebagai festival cahaya ini dirayakan sebagai peringatan untuk memupuk semangat lebih bertimbang rasa kepada orang lain. Selain pesta cahaya, perayaan Deepavali ini jugak dikenali sebagai Diwali, Dewali, Depawali, Dipapratipad dan Dipodsavi.  


Deepavali 2016

Seperti perayaan lain di Malaysia, perayaan Deepavali ini sewajarnya disambut dengan penuh perasaan hormat-menghormati perbezaan dan persamaan di antara kita. Kalau kaum India dan Cina boleh turut bersama-sama menghormati dan merayakan Hari Raya, kita pun boleh jugak menghormati perayaan Deepavali ini kan. 

Sejujurnya, aku teringin sangat nak pergi ke rumah kenalan Hindu dan tengok sendiri bagaimana mereka menyambut Deepavali dan aku pun nak juga rasa makanan-makanan tradisi yang mereka sediakan untuk perayaan terbesar mereka ini. Mesti best dan meriah. 
  
Biasalah kalau tiba je musim perayaan, ada lah iklan-iklan dekat TV yang tayangkan pasal perayaan tu kan. Aku memang suka tengok iklan-iklan macam ni. Kadang-kadang tu memang menusuk kalbu tau. 

Kali ni Petronas buat iklan pasal Deepavali ni agak unik sikit. Dieorang buat konon-kononnya ada dua orang ni macam nak buat jahat awal-awal tu. Macam-macam lah nak tunjuk dieorang ni nak buat jahat contohnya pakai bandana tutup muka, beli barang-barang nak pecahkan sesuatu lah. Last-last tengok rupanya diaorang nak tolong bersihkan rumah penjagaan orang tua. Best iklan ni. Try lah tengok. 

Jadi sempena Hari Deepavali yang akan datang tak lama lagi, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu. Semoga cahaya yang terang akan menyinari sanubari dan terus mewujudkan sikap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain sebagai individu dan jugak sebagai warga Malaysia.


Day 4: Restoran Mat Binjai, K.T. Travellers-Inn, Street Art Kuala Terengganu dan Pasar Besar Kedai Payang

$
0
0
Day 4 (Terengganu):Restoran Mat Binjai, K.T. Travellers-Inn, Street Art Kuala Terengganu dan Pasar Besar Kedai Payang | Hari keempat Trip 14 Hari  Keliling Semenanjung Malaysia, kiteorang jalan-jalan dalam Terengganu. Memang best trip ke Terengganu kali ni.

Tempat menarik Terengganu
  
Selasa 8.00 pagi
Disebabkan semalam kiteorang tak sempat mandi di Pantai Cherating (Baca sini), pagi ni kiteorang bantai main air laut dari pukul 8.00 pagi sampai nak dekat pukul 11.00 pagi. Awal-awal tu memang sejuk tapi bila dah start pukul 9.30 pagi macam tu dah rasa panas-panas sikit. Asalnya aku tak nak pun mandi, just nak bawak Aneeq je mandi. Tapi bila Zul dah main tepuk-tepuk air laut sampai baju aku basah, hmm rendam je la badan.

Bila dah pukul 10.30 pagi tu, kiteorang naiklah sebab nak mandi, packing dan checkout dari hotel. Setel check out kiteorang singgah breakfast nasi lemak dekat gerai-gerai tepi jalan. 

Tempat menarik Terengganu
Aneeq dah tak nak mak suapkan makanan dia. Asyik nak suap sendiri. Kalau orang suap tak nak terima. Kalau nak manja-manja baru nak bersuap. Haduilah. Dah lah makan berterabur.

Tempat menarik Terengganu
Lepas breakfast, kiteorang pun berpisah dengan Angah dan gerak ke Terenggnau. Angah balik ke Pekan. Sampai ke Terengganu pukul 12 tengah hari lebih. Kiteorang teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan, kiteorang lalu jalan tepi pantai. 

Serius, banyak betul nampak pantai-pantai cantik dan muara-muara yang cantik masa lalu tepi pantai ni. Kalau korang nak drive dalam Malaysia ni, aku rekemen sangat korang ikut jalan tepi pantai. Memang masa yang ambil tu lama sikit daripada lalu jalan highway tapi berbaloi bila nampak pesisiran pantai yang cantik ni. 

Aktiviti kanak-kanak
Bawak budak kecil dalam perjalanan jauh ni memang haru je rasa. Mana tak nya, dieorang tak boleh nak duduk diam dalam jangka masa yang panjang. So salah satu trick aku nak bagi Aneeq tak bosan dalam kereta, bagi dia paper dan pencil color. Suruh dia melukis, conteng, menulis dan what ever dia nak buat. Kurang lah sikit Aneeq buat perangai dalam kereta. 

Tempat makna kuala terengganu
Sampai dekat Kuala Terengganu dalam pukul 3 petang. Lapar wooo. Terus cari makan. Google tengok cari tempat makan dekat Kuala Terengganu orang suggets Restoren Mat Binjai. Kiteorang pun try lah nak makan dekat sini. Dekat sini, lauk ambil sendiri dekat kaunter makanan. Nasi dan air je yang dihantar ke meja. 

Lauk yang kiteorang ambil hari tu, sayur lemak, ayam pedas, ikan bakar 2 ekor, nasi 2 pinggan, sambal belacan, teh o ais dan milo ais. Korang nak tau berapa total semua tu? RM21! Woih, terkejut aku. Pertama kali aku makna nasi berlauk tengah hari harga mahal macam tu. Serius sepanjang aku makan tengah hari lauk campur dalam trip 14 keliling Semenanjung ni, Restoren Mat Binjai Kuala Terengganu ni paling mahal RM21. Boleh tengok review aku pasal makanan dan harga kedai ni dekat entri ini - Harga Restoren Mat Binjai Mahal? (link akan diupdate lepas aku buat entri ni)

Hotel Kuala Terengganu
Lepas tersedak tengok harga makanan dekat Restoren Mat Binjai tadi, kiteorang pergi cari hotel pulak untuk tidur malam tu. Hotel yang agak berbaloi tengah-tengah bandar Kuala Terengganu ni berdasarkan harga dan komen yang kiteorang tengok dekat online, kiteorang pilih K. T. Terengganu Inn. Setakat hari keempat ni, memang hotel ni aku paling suka sampailahhhhh.... Kalau nak tau sampai ape, boleh baca review aku pasal Hotel K. T. Terengganu Inn, Kuala Terengganu ini. (link akan diupdate lepas aku buat entri ni)

Tempat menarik di Terengganu
Dah lepas setel check in hotel, rehat dan solat, kiteorang gerak pergi ke Street Art Kuala Terengganu. Ini yang aku tunggu-tunggu kan. Nak tengok segala jadah mural yang ada dilukis dekat sini.

Lepas setel jalan-jalan dekat Street Art Kuala Terengganu ni, kiteorang konon nak pergi Pasar Payang. Rupa-rupanya Pasar payang dah tutup pukul 6. Waktu kiteorang masuk ke dalam tu, semua kedai dah bertutup. Kiteorang pun berhuhu saja lah.

Tempat menarik di Terengganu

Lepas keluar dari Pasar Payang, kiteorang nak pergi lah cari makan untuk makan malam. Kedai yang kiteorang nak cari tu, aku dah tak ingat dah namanya apa. So, kiteorang parking tepi jalan untuk pergi ke kedai tu. Tiba-tiba aku check-check, kad hotel pulak hilang. Aku letak dalam poket. Cari habis dalam kereta, beg tak ada. Aku pun mulalah mengamuk-ngamuk sikit. Biasalah penat woiii travel macam ni dengan bajet yang ciput, dengan menahan kerenah anak kecik lagi. Karang hilang kad hotel kene pulak bayar mahal. Last-last, Zul patah balik ke Street Art Kuala Terengganu tu untuk cari. Dia biar je aku dalam kereta nak cool down padahal kad hilang tu salah aku kot. Hahahhaa.

Lama Zul cari. Dari satu jalan ke satu jalan. Kesian pulak aku tengok dia tapi aku still tengah marah dengan diri sendiri waktu tu. Last-last sekali, dekat jalan terakhir kiteorang pergi cari, Zul datang ke kereta sambil senyum. Jumpa akhirnya. Pastu aku cakap, lepas ni tak nak pegang dah kad hotel. Hahahhaa.

Kiteorang patah balik ke kedai makan yang kiteorang nak cari tu. Cari punya cari tapi tak jumpa pulak. Aih bertambah geram aku. Last last kiteorang pusing-pusing bandar Kuala Terengganu tu nak tengok apa yang rasa sedap nak makan. And we ended up pergi makan dekat KFC. Tet!

Ha, tamat dah lah, travel hari keempat. Macam-macam betul hari keempat ni tapi last-last we managed to settle down dan tidur dalam hotel dengan bahagia.

Dekat bawah ni trip yang kiteorang ambik masa gerak dari Cherating ke Kuala Terengganu. Kiteorang guna jalan tepi pantai dan bukannya guna highway. aku dah setting dalam Google Maps ikut jalan yang kiteorang ambik tapi bile nak embed, jadi jalan lain pulak. Haish. So, jalan dekat bawah ni lebih kurang je lah. Bukan exact route. 


Total expenses hari keempat: RM137.30
- Lunch (RM21)
- Parking (RM0.60)
- Hotel (RM90)
- Dinner (RM25.70)  

Travel tip:
Bila bawak budak travel dalam kereta dalam jangka masa yang panjang, bawak pen, pencil, colored pencil dan papers. Suruh dieorang conteng untuk elak dieorang rasa bosan dalam kereta. Atau bawak mainan yang dieorang jarang main dekat rumah.

Nak baca pasal next trip? Ada 7 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Harga Restoran Mat Binjai Mahal?

$
0
0
Harga Restoran Mat Binjai Mahal? | Dekat Kuala Terengganu ni, tempat makan mana yang sedap? aku tengok online, ramai yang suggest cuba makna dekat Restoran Mat Binjai. Katanya salah satu tempat makan yang sedap di Kuala Terengganu.

Restoran Mat Binjai Mahal
 Sumber gambar: OpenSnap

Disebabkan hari yang kiteorang datang tu hujan, so aku tak sempat nak ambil gambar depan kedai makan ni. So, aku Google lah gambar kedai ni. Sumber untuk gambar ni aku ada kredit dekat atas.

Waktu aku baca suggestion orang untuk datang makan dekat sini, ramai yang cakap tempat makan ni banyak pilihan masakan lauk Melayu di kawasan Kuala Terengganu. Lepas tu ada pulak dieorang jual telur penyu. Memang aku tak makan dan tak sokong orang jual telur penyu ni. Haih.

Restoran Mat Binjai Mahal
Jadi, kiteorang pun datang lah untuk cuba makanan dan lauk Melayu yang dikatakan sedap dekat sini. Aku ambil 2 ekor ikan bakar, lauk sayur masak lemak dan sambal belacan. Zul pulak ambil ayam kari. Nasi 2 pinggan. 

Portion nasi is just nice. Lauk ikan bakar, biasa-biasa saja tak ada yang istimewa sangat. Macam tak ada rempah atau perisa apa-apa pun yang dieorang perapkan dekat ikan tu. Lauk sayur maska lemak tu okay saja. Biasa-biasa je kot. Yang lauk ayam kari tu, Zul suka. Katanya sedap. Kuah ni memang kena dengan selera Zul. Sambal belacan dia pun okay, tak pedas sangat, tak masin sangat. 

Restoran Mat Binjai Mahal
Air yang kiteorang order hari tu Milo Ais dan Teh O Ais. Gelas yang dieorang pakai gelas biasa tu je. Air minuman dekat sini pun rasa biasa saja.  

Restoran Mat Binjai Mahal

Untuk Aneeq, kiteorang bagi dia minum air masak je. Air masak tu boleh ambil dekat atas meja je. Memang dieorang sediakan dekat situ. Overall, apa yang kiteorang makan tu, rasanya okay saja. Mungkin lauk pauknya pilihan banyak tapi kalau nak diikutkan rasa, mungkin kedai lain pun lebih kurang je. Yang jadi penarik dekat sini mungkin sebab dieorang ada sediakan lauk telur penyu.

Bila tiba tang nak bayar, mak aih. Terkejut aku. Dengan lauk banyak tu je harganya sampai RM21. Serius aku tak pernah makan tengah hari lauk nasi campur macam tu harga sampai RM20. Paling mahal pun kiteorang pernah bayar RM18 je untuk lauk nasi campur itu pun sebab duduk dalam bahagian berair-cond.

Aku tak adalah nak rekemen sangat tempat makan di Kuala Terengganu ni untuk korang makan dekat Restoran Mat Binjai tapi kalau korang datang ke KualaTerengganu dan nak cuba jugak makan dekat sini, aku ada share dengan korang alamat dan Google Maps direction dekat bawah. Tapi, harga dieorang mahal tau. Jangan cakap aku tak kabo.

Alamat & nombor telefon:
71, Jalan Sultan Sulaiman, 
20000 Kuala Terengganu, Terengganu
09-624 2639 / 09-615 6639

Waktu Operasi: 
8 pagi – 6 petang

 Google Maps:

Travel tips: 
Bila dah sampai dekat satu-satu negeri tu, cubalah makan makanan lokal. Contohnya bila datang ke Terengganu, cuba dieorang punya keropok lekor. Bila lagi nak cuba kan?

Nak baca pasal next trip? Ada 7 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa). 



Hotel K. T. Terengganu Inn, Kuala Terengganu

$
0
0
Hotel K. T. Terengganu Inn, Kuala Terengganu | Tengah cari hotel murah di Kuala Terengganu? Maybe entri ni boleh membantu korang kot. Dalam trip 14 keliling Semenjung Malaysia yang lepas, aku sempat duduk di K T Travelers Inn di Kuala Terengganu. Bagi aku, harga ini mungkin tak lah terlalu murah tapi RM90, decent enough untuk tidur satu malam dengan bilik yang selesa. 


Hotel murah di Terengganu
Gambar pinjam dari TravelFish.
Parking Hotel
Parking dekat sini berterabur sikit. Disebabkan hotel ni berada di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu, korang kena bayar parking dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Parking dia tepi-tepi bahu jalan je. 

Servis Kaunter Depan Hotel
Masa mula-mula aku tanya ada bilik kosong atau tidak, muka akak yang jaga kaunter tu macam nak tak nak je layan aku. Tapi dia jawab je la apa yang aku tanya. Bila aku dah decide untuk book satu bilik, baru la dia layan aku dengan elok sikit. 

Asalnya aku nak ambil bilik standard katil queen yang berharga RM80. Sekali akak tu cakap tadi dah ada orang ambil yang katil queen. Tinggal bilik standard katil single dua. Jadi, akak tu offer bilik deluxe katil king. Diskaun RM10. Aku pun okay je lah. Ambil je yang tu sebab tak nak katil single.  


Hotel murah di Terengganu
Antara beberapa jenis bilik yang ada dekat hotel murah di Terengganu K T Travelers Inn ni. 

Harga Bilik
Harga bilik yang kiteorang ambil - Bilik Deluxe ni asalnya RM100. Tapi sebab kiteorang nak Bilik Standard tapi dah habis, akak tu offer Bilik Deluxe dengan harga RM90. Deposit RM10. Bagi aku okay dah lah tu. Sebab dah malas nak cari hotel lain. 

Bilik Hotel
Bilik K T Travelers Inn ni memang besar. Selesa sangat bila masuk. Sesuai kalau nak duduk dalam 3 hingga 5 orang. Tapi kena tambah tilam lah.


Hotel murah di Kuala Terengganu
Kalau sekali masuk bilik ni, nampak semua benda bersih. Lantai bersih, meja bersih, kerusi bersih dan katil pun bersih. Aku suka sangat kalau cadar dan selimut yang hotel sediakan bersih tak ada kekotoran. Rasa nak tidur pun tak ragu-ragu masuk dalam selimut dia.

Hotel murah di Kuala Terengganu
Malam dekat sini memang aku tidur dalam selimut katil ni. Kalau hotel lain, memang aku tak berani nak tidur dalam selimut sebab nampak kotor dan tak selesa. Biasanya kalau tidur dekat hotel, aku akan tidur guna swetaer dan stokin tebal je. Tapi hotel ni memang aku rasa selesa sangat nak masuk tidur dalam selimut.

Hotel murah di Kuala Terengganu
Bilik Deluxe dekat K T Travelers Inn ni guna katil saiz king. Korang tengok budak kecik tu conquer katil sambil tengok TV. Cukup besar katil ni untuk aku, Zul dan Aneeq tidur dengan selesa dan tak berhimpit.

Hotel murah di Kuala Terengganu
Dalam bilik ni siap ada kerusi 2 biji. Kerusi ni sebijik macam yang ada dekat rumah aku dekat kampung. Cuma alas die je yang berbeza hahaha. 

Hotel murah di Kuala Terengganu
Dia punya meja memang luas. Cermin pun besar. TV kecil je. Dan hanya ada siaran TV percuma. Tak ada Astro.

Hotel murah di Kuala TerengganuBilik ni nampak lama. Bangunan ni pun nampak lama tapi dieorang susun bilik ni nampak biar kemas.  

Hotel murah di Kuala Terengganu
Almari yang besar untuk simpan beg baju dan barang-barang lain. Ada satu benda yang aku tak berapa berkenan tentang bilik ni adalah tingkap dia. Tingkap tu dieorang tutup guna papan. The whole tingkap. Cuma ada satu pintu yang boleh bukak. Tapi still aku rasa macam terkurung walaupun ada tingkap besar dekat situ. Satu lagi yang aku tak berapa suka, lampu dia sangat malap. Lampu jenis warna oren tu. Haih, aku memang tak suka lampu romantik ni. Buat sakit mata.

Tandas hotel
Tandas hotel ni memang bersih. Aku suka. Toilet dia pun sederhana besar. Selesa la untuk mandi dalam keadaan yang tak berhimpit. Lantai toilet bersih dan aku suka warna toilet dia yang nampak macam mewah dan cerah.  


Hotel murah di Kuala Terengganu
Ruangan sinki dan cermin yang besar. Disediakan sekali sabun mandi dan shampoo. Ada jugak disediakan tong sampah di bawah sinki.  

Hotel murah di Kuala Terengganu
Ada alas kaki, tuala dua helai, tisu dan air panas. Air panas berfungsi dengan baik. Ada paip shower dan jugak paip air di bawah. Flush toilet pun berfungsi dengan baik. 

Wifi Percuma
Dekat sini memang ada wifi percuma. Cuma biasalah memang aku tak guna wifi dekat mana-mana hotel pun.

Kemudahan Hotel K T Terengganu Inn
Dekat hotel ni diaorang ada sediakan air minuman 2 botol, cawan dan kettle untuk masak air.  


Hotel murah di Kuala Terengganu

Antara kemudahan lain yang ada dekat sini:
- Free wifi
- Shampo dan sabun mandi
- Tuala
- Kettle
- Iron
- Tong sampah
- Instant noodle, air mineral, air tin dan 3-in-1 coffee/tea (kene beli dekat kaunter receptionist) 
- 3 point plug

Hotel murah di Kuala Terengganu
Overall, aku sangat selesa dan happy gila bila duduk dekat hotel murah di Kuala Terengganu ni sampailah besok paginya badan aku gatal-gatal. Rupa-rupanya, jangan disangka selimut yang putih bersih tak ada bed bugs. Ada jugak rupanya. Lepas daripada hari tu, aku memang tak tidur langsung dalam mana-mana selimut hotel dah.

Apa pun, K T Travelers Inn ni memang sesuai untuk korang yang mempunyai bajet yang agak ciput dan nak cari hotel murah di sekitar Kuala Terengganu ni. Selesa dan berpatutan dengan harga nya. Kalau korang nak duduk di sini, boleh tengok alamat dan direction dalam Google mpas yang aku share dekat bawah ni. 

Alamat & nombor telefon:
201, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Paya, 
20000 Kuala Terengganu, Terengganu 
09-622 3666

Google Maps:
Travel tips:
Kalau rasa tak nak bangun tidur dekat hotel gatal-gatal badan kena gigit dek bed bugs, korang boleh bawak sweater dan stokin. Tak perlu tidur dalam selimut dieorang, Cukup sekadar tidur menggunakan sweater  dan stokin yang tebal. 

Nak baca pasal next trip? Ada 7 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).

Program Diet HCG - Cara Kuruskan Badan Dengan Berkesan

$
0
0
Program Diet HCG - Cara Kuruskan Badan Dengan Berkesan  | 30 juta rakyat Malaysia ada masalah kesihatan dan separuh daripada dieorang mengalami masalah berat badan. Gila kan?

"Kira-kira 30 juta rakyat Malaysia berdepan masalah kesihatan yang membimbangkan apabila separuh daripada mereka mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti." - The MalayMail Online.

"Hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan separuh rakyat negara ini berlebihan berat badan atau obesiti." - SinarHarian.

cara kuruskan badan

Sekarang ni, macam-macam jenis program dan ubat-ubatan yang dikeluarkan untuk membantu orang kuruskan badan tapi banyak yang tak berjaya dan ada jugak yang bawak bahaya. Kalau nak kuruskan badan, kita kena pandai dan bijak memilih program serta ubat-ubat kuruskan badan yang sesuai dan selamat contohnya macam Program Mudah Kurus Diet HCG ni.  

Program Diet HCG - Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti

Program Diet HCG ini menggunakan sejenis hormon (Human Chorionic Gonadothrophin) yang dihasilkan di dalam badan manusia. Hormon ini akan dihasilkan lebih banyak bila perempuan hamil dan bila kita berada dalam keadaan 'kebuluran'. Hormon ni fungsinya lebih kurang untuk menggerakkan lemak yag tersimpan dalam badan.

cara kuruskan badan

Hormon HCG ini akan disuntik ke bahagian badan yang berlemak untuk menggerakkan dan membakar lemak tersebut. Dos yang diperlukan cuma 125 hingga 200IU je.  Semua HCG ni adalah dalm bentuk suntikan dan homeopathy yang dihasilkan di makmal dan bukannya diekstrak daripada wanita hamil.  

Program ni akan dijalankan selama 23 hari dan selepas itu akan diteruskan jugak selama lebih kurang 3 minggu (maintenance phase). Berat yang turun tu bergantung pada individu tapi dalam masa 23 hari, kemungkinan besar berat akan turun dalam 6 hingga 8kg. Ramai yang takut bila cakap boleh turun berat badan dengan cepat macam tu sekali. Tapi ada kajian terbaru yang menunjukkan penurunan yang lebih cepat akan memberi motivasi yang lebih bila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan daripada doktor (rujukan DR Malinda)

Program ini bukan saja membantu menghilangkan lemak lama tapi dia jugak akan menjadikan badan lebih pejal dan tidak menggeleber lepas kurus. Banyak kelebihan program ni contohnya tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, tahap kolesterol menurun, tiada masalah sakit sendi dan lutut dan tiada lagi craving food terhadap karbohidrat dan gula.

Cara Pengambilan Suntikan HCG 

Cara pengambilan suntikan HCG ni amat mudah. Suntikan HCG 125IU diambil pada setiap pagi. Suntikan ini perlu diambil selewat-lewatnya sebelum jam 11 pagi dan SEBELUM SARAPAN PAGI. Tak payah nak cari urat pun untuk suntik. Korang hanya perlu suntik di bahagian lemak perut yang mana korang nak buang. Kiranya kalau korang nak target lemak bahagian kiri perut, korang cuma perlu suntik dekat bahagian itu saja.

Kesan Sampingan Rawatan HCG

Rawatan yang dipantau oleh doktor ni adalah selamat dan tiada kesan sampingan yang serius. Kalau ada pun mungkin macam sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang mana berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. 

Testimoni Program Diet HCG

Korang boleh tengok antara testimoni-testimoni orang yang dah berjaya turunkan berat badan. Kalau cakap je, memang tak percaya kan. Kena tunjuk bukti baru boleh percaya. Korang sendiri boleh tengok perbezaan berat yang dieorang ni berjaya kurang kan. 

Cara nak kurus
Cikgu Azlizah - korang boleh nampak perbezaan yang agak ketara antara edua-dua gambar di atas ni kan.

Cara nak kurus
Saiful - Bermula dengan berat 80.6kg sekarang dia dah turun sebanyak 10kg untuk dapatkan bentuk badan yang lebih kurus.

Testimoni HCG

Tapi korang kena ingat, setiap program diet atau program apa-apa pun berkenaan dengan nak kuruskan badan, yang penting adalah disiplin, keyakinan dan konsisten. Kalau hari ni buat, minggu depan dah tinggal, tak jadi jugak kan.

Nak tahu lebih lanjut tentang Program Diet HCG ni? Korang boleh tengok website dan Facebook dieorang atau hubungi dieorang terus menggunakan nombor di bawah. Nak kurus dengan mudah tak?

Website | Facebook | Dr. Malinda 017 508 4430

Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016

$
0
0
Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016 | Hari ini merupakan hari perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2016 antara Kedah dan Selangor. Mesti penyokong-penyokong Kedah dan Selangor tak sabar-sabar nka tengok perlawanan ni kan?

Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016

Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016

Tarikh: 30 Oktober 2016
Masa: 9.00 malam
Tempat: Stadium Shah Alam
Siaran Langsung: TV3 dan Tonton.my



               

Kedah


Selangor

Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016

vs

Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016

1
Rizal Ghazali 52'
Penalti
6

1
Hazwan Bakri 59'
Penalti
5


Live Update Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016


Agak-agak siapa yang menang?

Pemenang Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak

$
0
0
Pemenang Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak | A quick announcement! Hari ni aku nak umum kan pemenang untuk Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak. Drum rolllllllll~

Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak

Pemenang Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak Blog
http://adna2029.blogspot.my/2016/10/giveaway-garnier-micellar-cleansing_25.html -

Pemenang Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak Instagram
- https://www.instagram.com/radhia87/ -

Pemenang Giveaway Garnier Micellar Cleansing Water by Fadzi Razak Facebook
- https://www.facebook.com/syazwan.khaidi -

Tahniah kepada semua pemenang. Mungkin kali ni aku buat giveaway terlalu pendek masanya dan tak ramai yang join. Tapi, aku pegang pada janji tetap nak bagi hadiah kepada pemenang. Tak baiklah kan kalau buat giveaway tapi nak kene ada minimum peserta. Kesian pada yang dah join.

So, kepada pemenang-pemenang di atas, nanti aku akan PM sorang-sorang untuk dapatkan maklumat. Sila PM nama penuh, alamat dan nombor telefon ke Facebook Fadzi Razak. Tahniah dan terima kasih!



Selamat Ke Beli Barang Elektronik Di SGShop MY?

$
0
0
Selamat Ke Beli Barang Elektronik Di SGShop MY? | Aku selalunya sangat skeptikal bila nak beli barang elektronik dekat online ni. ye lah kan. Selamat ke idak. Tipu ke idak. Tapi bila tengok banyak gila review pasal satu online shop ni, aku rasa berani pulak nak cuba - SGShop Malaysia.

SGShop Malaysia

Dekat website ni banyak barang dari China. So, aku try beli dua barang elektronik iaitu:

1. Yoobao Charging Treasure 10000 Ma Cute Mini Portable Fast Charge Ultra Slim Mobile Power Smart Phone Universal

SGShop Malaysia
 Ini gambar illustrasi daripada website SGShop.


Ini pulak gambar real yang aku tangkap. Semua barang dapat. User manual dia dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Power bank ni berat jugak tapi saiz dia lebih kurang saiz smartphone. Bila keluarkan dari kotak, dah siap-siap ada power, tak perlu nak cas. Dah boleh terus pakai untuk cas phone. Charging dia pun laju jugak. 


2. Android X96 Crystal Morning S905X Quad Core Network Set-Top Box BOX 4K 2+16 Player Box Android6.0TV

SGShop Malaysia

Ini gambar illustrasi daripada website SGShop.


Ini gambar real aku ambil sendiri. Semua benda yang ada dalam gambar website ada dan berfungsi dengan baik. Cumanya plug dia kepala China so kiteorang terpaksa cari adapter kepala China untuk pasang. Remote dia okay, senang nak guna. User manual pun ada dalam bahasa Inggeris, so senang nak faham. Cumanya bila download apps dia dekat phone, tak boleh nak connect ke wifi. Dan nak control guna remote tu bila nak taip satu satu memang susah. Last-last Zul guna wireless mouse untuk control cursor dia. Lagi senang. Setel masalah. Hahahaa.

Disebabkan barang-barang ni semua dari China, so memang lambatlah dapat. Kalau guna website ni kena bayar dua kali. Maksud aku dua kali.

Bayaran pertama: Harga Produk + Kos Penghantaran Dalam Negeri China
- Diperlukan segera oleh penjual pihak ketiga yang anda pilih. 

Bayaran kedua: Bayaran Penghantaran Antarabangsa + Caj Perkhidmatan + Clearance Fee dalam talian
- Pembayaran itu dibuat kepada SGshop. Lepas pembayaran dilakukan, produk akan dihantar ke pintu rumah anda.

Risau tengok kena bayar dua kali? Tak yah risau sebab harga barang dekat SGShop tu gila murah. Ada barang-barang yang korang boleh dapat semurah Rm2 lebih je. Gila kan? Aku tengok barang-barang Ikea dekat website SGShop pun murah-murah kalau korang rajin nak cari.  

SGShop Malaysia

Bila dan mana lagi korang nak dapat barang-barang Ikea murah macam ni kan? Ade orang tu siap boleh beli lebih 10 item dengan harga RM200 termasuk kedua-dua bayaran yang aku sebut dekat atas tadi tu. Lagi gila. Korang tak nak jadi gila shopping macam dieorang ke? Hhahahaha. Kalau korang nak tengok barang apa lagi yang murah dekat sini, korang boleh pergi ke website SGShop Malaysia ni. 



Harga Minyak Masak Dan Petrol Naik November 2016

$
0
0
Harga Minyak Masak Dan Petrol Naik November 2016 | November 2016 ni memang bulan yang agak gila kot. Semua benda nak naik harga. Minyak masak. Minyak petrol. Dan akan datang dengar dengarnya tol pun nak naik harga jugak. Dan dengar kata lagi, insurance dan kad kesihatan pun nak naik jugak.

Harga Minyak Dan Petrol November 2016

Semua harga minyak petrol RON97, RON95 dan diesel naik harga sebagai 15 sen. Kalau lihat pada berita, harga minyak dunia turun tapi harga minyak Malaysia makin naik pulak. 
RON97: RM2.30
RON95: 1.95
Diesel: 1.90 

Harga minyak petrol November 2016


Harga Minyak Masak November 2016

Pasal harga minyak petrol satu hal. Satu hal lagi pasal harga minyak masak. Pun naik harga. Siap ada notis kenaikan harga dah tersebar dekat Whatsapp. Ada yang kata palsu.  

Harga minyak masak November 2016

Tapi dah ada bukti pulak dari beberapa orang yang tunjuk gambar harga minyak masak dah naik.

Harga minyak masak November 2016

Mesti ramai sekarang yang agak rasa tertekan dengan kenaikan harga minyak petrol dan harga minyak masak yang melambung-lambung ni. Apa lagi yang kita boleh buat? Aku harap sangat semua orang mampu bertahan.

Aku cuma makin takut sekarang sebab dalam tekanan hidup ni, makin banyak aku dengar kes-kes ragut dan sebagainya. Aku rasa salah satu faktornya adalah kos sara hidup yang sangat tinggi di Malaysia sekarang. Aku doa sangat keluarga aku hidup dalam keadaan yang baik-baik je sampai bila-bila. 

    

Program TV Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Gou Hua

$
0
0
Tips Kembangkan Bisnes Dalam Program TV Jurnal Asyikin Exclusive | Aku pernah tengok satu program dekat satu channel TV ni, dieorang cerita pasal brand Asyikin Exclusive, Puan Asyikin owner dia start bisnes dia dari kecil-kecilan sampai berkembang ke China. Aku rasa kagum gila sebab awal-awal tu dia buat jual-jual biasa je. Sekarang ni Asyikin Exclusive memang dah meletup di Malaysia dan China. Dalam program tu ada la beberapa tips pasal bisnes tekstil yang Puan Asyikin ni kongsi tapi sebab masa program tu pun agak limited, tak banyak yang dapat dikongsi. 


Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua

Beberapa hari lepas aku dapat tau Asyikin Exclusive nak buat pelancaran something tapi aku tak pasti apa. Aku pun pergi la attend majlis pelancaran yang dibuatkan di Ruang Shah Alam alang-alang dah dekat dengan rumah tu kan. Rupa-rupa dieorang buat Majlis Hi-Tea Sempena Tayangan Jurnal Asyikin Exclusive Travelog Cinta Tang Guo Hua.


Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua

Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua

Program Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua ni sebenarnya sebuah rancangan travelog di China. Diaorang lebih fokus untuk memperkenalkan budaya masyarakat Cina di negara China sebab suami Puan Asyikin, Haji Ishaq Tang ni orang sana. Dan dalam masa yang sama Puan Asyikin cerita kan juga pengalaman dia dan suami dalam berniaga tekstil. Segala jatuh bangun dieorang dalam bisnes tekstil ni semua diaorang ceritakan dalam travelog ni. Dalam masa yang sama jugak, diaorang selitkan juga tips kembangkan bisnes sebagai panduan bagi usahawa-usahawan di luar sana.

Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua

Aku rasa program TV ni memang sangat berguna bagi korang-korang yang sekarang ni tengah down dalam berbisnes dan nak kan semangat baru. Korang boleh tengok program Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua di waktu, masa dan saluran TV seperti di bawah.

Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua

Saluran: Astro Oasis (106)
Hari: Setiap Ahad
Waktu: 7.30 malam

Episod: 9 episod



Asyikin Exclusive

Maybe masih ada antara korang yang tak tau pasal Asyikin Exclusive ni kan? Mula-mula diaorang ni dikenali sebagai Asyikin Collection dalam tahun 2000 macam tu. Diaorang jual semua jenis fesyen muslimah. Lepas 2 3 tahun, dieorang tukar nama jadi Asyikin Exclusive dan siap ada 3 cawangan butik dekat MITC Melaka, Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Apa yang aku suka pasal Asyikin Exclusive ni sebab dieorang punya produk fesyen semua memenuhi syariat Islam dalam berfesyen selari dengan tagline diaorang iaitu "Solusi Aurat Anda". Korang boleh tengok segala jenis pakaian fesyen wanita muslimah dekat Facebook atau Instagram Asyikin Exclusive.


BaBaNyonya Shop

Tak kan isteri je nak berbisnes kan. Tuan Haji Ishaq Tang, suami Puan Asyikin ni pun memang dah lama terlibat dalam perniagaan tekstil. BaBaNyonya Shop ni ditubuhkan pada tahun 2011 dan dieorang lebih fokus pada menjual kain secara borong dan gulung kepada usahawan, peniaga kain, butik dan orang perseorangan. Dieorang punya kedai terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Semua kain dalam kedai dieorang diimport dari kilang kain dekat China. Dekat sini korang boleh pilih untuk beli kain kosong, kain bercorak atau kalau nak custom made korang punya corak sendiri atas jenis kain yang berbeza pun boleh. Korang boleh tengok dekat Instagram BaBaNyonya ni.



Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua

Aku rasa sangat seronok dan bertuah bila dapat datang nak jumpa Puan Asyikin dan Haji Ishaq depan-depan macam ni. Dieorang ni sangat sweet antara satu sama lain dan sangat selamba. Seronok aku tengok diaorang. Dieorang pun tak lokek nak beri tips dan nasihat dalam berbisnes. So, kalau korang nak tengok macam mana sweet nya dieorang ni dan nak dapatkan tips kembangkan bisnes korang, jangan lupa tengok Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua di waktu, masa dan saluran TV seperti di atas.

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

$
0
0
Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu | Kalau korang datang ke negeri yang terkenal dengan penyu ni dan tercari-cari tempat menarik di Terengganu untuk dilawati, aku akan rekemen korang untuk pergi ke Street Art Kuala Terengganu yang terletak di Chinatown ni.


Street Art Chinatown Kuala Terengganu
Inilah pintu gerbang Chinatown yang glamer tu. Memang colorful betul pintu gerbang ni. 

Tempat ni lebih kurang macam street art di Ipoh dan Penang. Tapi aku rasa Street Art Kuala Terengganu ni lebih senang nak dicari sebab diaorang ada di mana-mana saja di area Chinatown atau Pekan Cina ni. Masuk satu lorong demi satu lorong, memang penuh dengan mural-mural dan binaan di dinding serta lantai jalan. Setiap lorong tu pulak memang berbeza-beza tema. Menarik betul.


Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu
Ini dekat Turtle Alley. Ada seekor penyu besar dekat bahagian belakang bangunan lorong ni. 

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu
Turtle Alley. Dekat lorong ni memang penuh dengan gambar-gambar dan mural penyu. Ada jugak cerita-cerita tentang kenapa tak bagus untuk makan telur penyu dan cerita-cerita yang berkaitan dengan pemuliharaan penyu. 

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu
Korang boleh nampak mural besar ni masa mula-mula masuk ke dalam Lorong Penyu ni.

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu
How cute is this thing! Comel kan mosaic penyu ni. Tak sampai hari nak pijak hahahhaa.

Seingat aku ada lebih kurang 8 lorong yang korang boleh tengok dam setiap lorong tu ada tema masing-masing lah. Nak cari lorong-lorong ni tak susah pun. Lepas jumpa pintu gerbang Chinatown Kuala Terengganu tu, korang masuk je lorong-lorong celah setiap bangunan. Mesti ada jumpa.


Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu


Lorong-Lorong Street Art Chinatown Kuala Terengganu

  • Lorong Warisan Dunia Kg Cina/World Heritage Lane Chinatown
  • Lorong Kenangan Payang/Payang Memory Lane
  • Lorong Mesra Alam/Green Lane
  • Eco Lane
  • Lorong Tauke Wee Sin Hee/Tauke Wee Sin Hee Cultural Lane
  • Seven Wonders Alley
  • Lorong Haji Awang Besar
  • Lorong Penyu/Turtle Alley

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu

Sebenarnya banyak lagi mural dan street art yang cantik-cantik serta kreatif yang korang boleh jumpa dekat belakang bangunan area Chinatown ni. Bukan setakat dekat celah-celah lorong bangunan je. Belakang dan tepi bangunan pun ada. Cumanya waktu kiteorang pergi hari tu, kiteorang dah agak penat dan hari pun dah nak gelap. So, kiteorang juat tengok-tengok je lah mural-mural lain dari dalam kereta masa drive. Kalau korang nak pergi sini dan ambil gambar setiap tempat, aku cadangkan korang pergi waktu pagi. Banyak sikit masa yang korang boleh spend dan explore semua mural street art yang ada.

Bagi aku, Street Art China Town Kuala Terengganu ni memang salah satu tempat menarik di Terengganu yang korang kena pergi. Bukan je mural dia cantik tapi bangunan-bangunan bercirikan kebudayaan Cina tu memang cantik sangat untuk ditengok. 


Tempat Menarik Di Terengganu: Street Art Kuala Terengganu
Alamat: 
Chinatown
20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map

Travel tips: 
Sebelum pergi sesuatu tempat nak korang nak lawati tu, korang cari la tempat exactly dekat mana benda nya. Nanti dah sampai tempat nak pergi tu, tak terkial-kial nak cari. Aku biasa buat research dulu dan biasanya aku akan pakai Google Maps.


Nak baca pasal next trip? Ada 8 negeri lain lagi yang aku tak habis cerita. Jom baca dekat sini - Travelogue 14 Hari Keliling Semenanjung Malaysia. (Link entry akan diupdate dari semasa ke semasa).


Separuh Akhir Muzik Muzik 31 4 November 2016

$
0
0
Separuh Akhir Muzik Muzik 31 4 November 2016 | Hari ni baru aku tau ada Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Dah lama tak tengok Muzik Muzik tapi alang- alang tengah layan Aneeq makan, aku pun tengok je lah.
Separuh Akhir Muzik Muzik 31 4 November 2016

Senarai Lagu Dan Penyanyi Separuh Akhir Muzik Muzik 31 4 November 2016

1. Hang Pi Mana - Khalifah
2. Berat - Mark Adam
3. Terakhir - Sufian Suhaimi
4. Demi Cinta - Ezad Lazim
5. Takkan Pergi - Hyperact
6. Ragu-ragu - Tasha Manshahar feature Syed Syamim
7. Katakan - Harris Baba
8. Hancur Aku - Estranged feature Fazura
9. Mencinta - Azhael
10. Seperti Novel Cinta - Shiha Zikir
11. Mungkin Saja - Janna Nick
12. Kekal Bahagia - Ippo Hafiz
13. Cinta Sukar Ditafsir - Mal Imran
14. Setia - Elizabeth Tan feature Faizal Tahir
15. Ada Saja - Amyra Rosli feature Juzzthin dan Waris
16. Sudahku Tahu - Projector Band
17. Lelaki Teragung - Dayang Nurfaezah

Persembahan pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 31 ni dimulakan oleh Khalifah sebab dieorang kan orang Kedah. Kedah kan menang bola hari tu hahahha. Pastu persembahan dari Mark Adam pulak. Perghh Mak Adam punya persembahan, siap botakkan kepala lagi. Baru separuh akhir dah all out. Boleh tahan.

Lepas tu Sufian Suhaimi pulak buat persembahan. Sebenarnya aku tak pernah kenal siapa dia ni tapi bila dengar lagu dia ni memang sesuai lah untuk orang- orang yang tengah putus cinta. Ezad Lazim pulak macam biasa lah bawak lagu sempoi je.

Lagu yang Hyperact ni selalu jugak aku dengar. Lagu untuk drama kot. Suara dia boleh tahan sedap. Untuk lagu Ragu-ragu pulak, disebabkan Tasha Manshashar tak dapat datang, Ernie Zakri ganti dan feature kan Syed Syamim. Sedap jugak Ernie nyanyi lagu ni. Ramai betul artis-artis baru yang aku tak kenal ni. Harris Baba ni baru jugak ke? Aku tak kenal tapi muka macam mix je. Tak pernah nampak sebelum ni. Lagu dia biasa-biasa je. Tak rasa boleh mara. Huhuhu.

Tak sangka lagu Estranged featuring Fazura masuk jugak. Aku duk tertunggu-tunggu jugak Fazura nyanyi live. Tapi awal-awal suara Rich macam terlalu mencuba. Dengar tak berapa sedap lah bagi aku. Fazura nyanyi okay je. Biasa-biasa je. Azhael pulak bawak lagu agak slow hari ni. Shiha Zikir suara dia ada ala-ala Dato CT pulak. Tak ke?

Sekali Janna Nick pun dah start nyanyi sekarang. Boleh tahan suara dia dan maybe sebab lagu dia agak catchy, senang sikit nak bawak. Next, Ippo Hafiz pulak nyanyi. Suara dia macam suara penyanyi Indonesia kan. Tapi suara dia sesuai lah dengan lagu yang dia bawak. Mal Imran pun salah seorang artis baru yang aku tak kenal. Suara dan lagu dia bagi aku biasa-biasa je.

Elizabeth Tan punya suara memang rare. Tak pernah lagi aku dengar suara macam dia dalam Malaysia ni. Faizal Tahir tak ada so ganti dengan Awie Rafael. Suara Awie memang sedap pun 😆😊 Ramai jugak yang tak dapat datang nyanyi hari ni. Amyra Rosli pun tak dapat nyanyi ganti dengan Aisyah Bujang. Suara pun lebih kurang je dengan Amyra Rosli.

Projector Band punya lagu pulak macam lagu-lagu rock zaman 90-an. Kalau Zul dengar lagu ni mesti die feeling. Nak nak lagi tang tarik dia tu. Dan persembahan last sekali dari Dayang. Ni memang persembahan yang aku tunggu-tunggu sebab aku suka Dayang nyanyi. Macam biasa lah, suara dia memang power.

Dah habis pun Separuh Akhir Muzik Muzik 31 untuk 4 November. Siapa yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 13? Nanti aku update kat entry lain.

Senarai Lagu Layak Ke Anugerah Juara Lagu 31

$
0
0
Senarai Lagu Layak Ke Anugerah Juara Lagu 31 | Tadi dah berakhir pun Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Sebanyak 17 lagu yang bertanding pada hari ini dan hanya 6 lagu je yang dapat mara ke Anugerah Juara Lagu 31. Nak tau sape yang berjaya?

Senarai Lagu Layak Ke Anugerah Juara Lagu 31

Senarai Lagu Layak Ke Anugerah Juara Lagu 31 (4 November 2016)

1. 
2.
3.
4.
5.
6.

Kene tipu pulak dah. Dieorang tak umumkan lagu mana yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu 31. Dieorang akan umumkan masa Separuh Akhir Muzik Muzik 31 tarikh 11 November nanti. Cis, penat aku berdebar. Hahahha. So, kite tunggu minggu depan ye.

Tonton Live Streaming GegarVaganza 6 November 2016

$
0
0
Tonton Live Streaming GegarVaganza 6 November 2016 | Aku rasa kalau nak comparekan 3 Juara dekat TV3 dengan GegarVaganza 3 ni, GegarVaganza 3 ni lebih diminati orang Malaysia. Betul ke? Ini ikut pendapat aku je lah. So, korang nak tengok GegarVaganza 3 ni secara streaming online?

Tonton Live Streaming GegarVaganza 6 November 2016

Senarai Lagu Dan Penyanyi GegarVaganza 3 6 November 2016
Dekat bawah ni senarai lagu dan penyayi untuk minggu keempat GegarVaganza 6 November 2016. 

Senarai Lagu Dan Penyanyi GegarVaganza 3 6 November 2016

Korang boleh tonton GegarVaganza secara live dekat sini pada pukul 8.55 malam jap lagi. 


Atau korang boleh tengok jugak secara live di Astro Ria dan Astro Ria HD setiap hari Ahad, 9.00 malam.


Live Update GegarVaganza Minggu 4





Siapa yang korang rasa terkeluar hari ni?

3 Juara Kategori Irama Malaysia 6 November 2016

$
0
0
3 Juara Kategori Irama Malaysia 6 November 2016Kalau minggu lepas, 3 Juara tak ada sebab bagi laluan pada Piala Malaysia Selangor lawan Kedah. Hari ni program 3 Juara ada balik dengan kategori Irama Malaysia. Aku tak tau lah ramai ke tak orang nak tengok bila tang kategori Irama Malaysia ni tapi aku join tengok.


3 Juara Kategori Irama Malaysia 6 November 2016

Program 3 Juara hari ini, 6 November 2016 di TV3 setiap hari Ahad, pukul 9 malam menampilkan beberapa bakal protege Pak Ngah. Ada 8 peserta akan compete malam ni iaitu:

Peserta-Peserta 3 Juara Kategori Irama Malaysia

  • Nura
  • Zayani
  • Hidayah
  • Tyka
  • Rahman
  • Mursalin
  • Azizul
  • Hazra

3 Juara Kategori Irama Malaysia 6 November 2016

Nah live update untuk 3 Juara Kategori Irama Malaysia

3 Sebab Anda Perlu Layari Internet Dengan Salam Browser

$
0
0
3 Sebab Anda Perlu Layari Internet Dengan Salam Browser | Sekarang ni aku memang banyak habiskan masa dengan melayari internet untuk research pasal topik yang aku kena tulis. Dan selalu jugak, aku terklik link-link yang sebenarnya iklan-iklan tak elok sebab dieorang menggunakan tajuk-tajuk artikel yang lebih kepada click bait. Aku sure sangat mesti yang ramai tertipu dengan click bait macam ni kan?

Aku rasa kadang-kadang tak selamat nak online sebab takut klik link virus ke klik link yang maybe boleh buat orang collect segala maklumat pasal kita terutamanya maklumat peribadi dan maklumat kewangan. Untuk elak maklumat-maklumat macam ni terlepas ke tangan yang tak sepatutnya, aku akan pakai Salam Browser - Browser Halal Pertama Di Dunia.

Salam Browser

Salam Browser ni adalah pelayar web patuh syariah yang dikatakan mampu menyekat lebih 1.4 juta laman web yang mengandungi content-content yang berunsurkan maksiat, perjudian dan lain-lain kandungan yang boleh bawak mudarat pada kita semua. Salam Browser ni ada banyak kelebihan daripada browser yang sedia ada contohnya:


3 Sebab Anda Perlu Layari Internet Dengan Salam Browser  


1. Sekat Iklan Dan Kandungan Yang Tidak Sesuai

Aku memang pantang sangat bila tengah-tengah online untuk buat research, sekali keluar macam-macam jenis iklan yang annoying. Salam Browser ni boleh block mana-mana iklan-iklan yang menggunakan click bait atau spam. 

Kalau korang guna Facebook, korang siap boleh baca summary untuk artikel sesuatu link tu untuk pastikan artikel tu bukannya spam. Biasalah kan ada blog yang guna tajuk-tajuk gempak sebagai click bait. So, korang boleh klik butang Summary dan baca ringkasan artikel atau boleh tengok video yang ada.

Salam Browser

2. Tingkatkan Privasi Dalam Talian

Salam Browser ni datang sekali dengan VPN supaya IP dan lokasi korang tak terdedah kepada mana-mana website. So, mana-mana website pun susah nak trace korang masa online. Kalau nak shopping online pun rasa selamat je.

Salam Browser pun ada "Igcognito" mode yang membolehkan setiap aktiviti online korang tak akan direkodkan dalam history browser. So, lepas ni tak payah dah nak clear history bagai. Data-data korang semua akan selamat walaupun share komputer dengan orang lain.
Salam Browser


3. Layari Internet Dengan Lebih Laju

Siapa yang tak nak online dengan laju kan? Mesti korang tak suka tengah-tengah online tengok video dekat Youtube tiba-tiba tersekat. Aduh sakit jiwa. Tapi kan, dengan Salam Browser ni, korang boleh tengok video dengan lebih laju. In case korang tengah online guna line internet yang slow, korang boleh pilih untuk paparkan video pada kandungan HD saja atau download kandungan audio melalui butang download yang disediakan.
Salam Browser

Tapi Salam Browser sekarang ni boleh di download dan digunakan oleh pengguna Windows saja. Yang pakai phone Android piun, korang boleh download dan install didDengar phone masing-masing. Dengar kata iOS coming soon. So, buat masa sekarang, pengguna-pengguna Windows dan Android boleh download Salam Browser dekat SINI.


Apa Akan Jadi Bila Donald Trumps Menang Jawatan Presiden US?

$
0
0
Apa Akan Jadi Bila Donald Trumps Menang Jawatan Presiden US? | Dari semalam aku berdebar menunggu keputusan orang US mengundi Presiden baru diaorang. Nak tau jugak siapa yang dieorang pilih, Hillary Clinton ke Donlad Trump. Walaupun kedua-duanya bagi aku memang bukan pilihan untuk jadi Presiden pun, tapi paling koman pun aku tak nak Trump yang menang sebab sentimen anti-Islam dia tu terserlah sangat.

Donald Trumps Menang Jawatan Presiden US

Tapi hari ni, yes. Secara officialnya Donald Trump dah menang dan dah pun jadi Presiden US yang ke 45. Apa Akan Jadi Bila Donald Trumps Menang Jawatan Presiden US? 


"Kemenangan calon presiden Amerika Syarikat dari parti Republikan Donald Trump pada pilihan raya presiden November ini mungkin menyebabkan sehingga 10.2 juta orang termasuk rakyat Malaysia dihalang memasuki negara itu, menurut perkiraan CNN."

Yang bakal dilarang masuk ke US ni disebabkan kita ni dikatakan berasal dari bahagian dunia yang 'terbukti ada sejarah keganasan dalam menentang Amerika Syarikat, Eropah dan negara bersekutu'. Senang cakap, itu kata-kata kiasan untuk kita yang beragama Islam. Antara negara yang disenaraikan dalam senarai larangan masuk Amerika Syarikat tu adalah Malaysia, Somalia, Libya, Mali, Iraq, Lubnan, Filipina, Indonesia. Afganistan, Pakistan dan Yaman.

Orang-orang kita memang banyak dekat US ni. Bukan setakat student malah yang buat bisnes-bisnes besar jugak. Aku harap dieorang yang ada dan masih kekal duduk di sana akn selamat sentiasa terutamanya student lah. 

"NEW YORK: Calon parti Republik, Donald Trump, berjanji pada Ahad dalam sebuah pertemuan bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel tanpa dikongsi dengan sesiapapun, sekiranya beliau terpilih menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS)."

Donald Trump memang secara terang-terangan anti-Islam. Dan Israel pulak dah memang jadi sekutu AS. Era kewujudan negara Palestin memang dah pasti akan berakhir. Dalam kempen dia sebelum menang jadi presiden AS, Trump ada cakap yang dia akan iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pada aku kalau dah diiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, rakyat Palestin dah tak ada tempat untuk tinggal. Semuanya sikit-sikit akan jadi pendatang. Perang pun tak akan berhenti sampai sini je. 

Apa lagi yang korang rasa akan berubah selepas Donald Trump ni ambil alih tampuk pemerintahan Amerika Syarikat bermula Januari tahun depan?




Lazada Online Revolution 11.11 Year End Sale

$
0
0
Lazada Online Revolution 11.11 Year End Sale | Hari yang aku tunggu-tunggu akan datang besok! 11.11.2016. Aku rasa ramai jugak yang ternanti-nanti kan tarikh ni sebab Lazada buat Online Revolution. Kalau korang yang masih tak tahu, Lazada Online Revolution ni adalah online sale yang paling besar di Malaysia dan Asia Tenggara.

Lazada Online Revolution 11.11 Year End Sale

Korang jangan gelabah. Buat rilek je. Padahal aku pun duduk gelabah menunggu hari besok. Lazada Online Revolution ni akan mula pada hari esok 11 November 2016 pada pukul 11.11 pagi. Waktu tu banyak hot deal dan flash sales yang korang boleh grab untuk beli barang dengan harga yang jimat.  

Lazada Online Revolution
11/11 (11.11 pagi) hingga 12/12 (12 tengah malam)

Korang boleh gunakan voucher code ini untuk dapatkan diskaun maksimum RM25
Lazada Online Revolution 11.11 Year End Sale

Lazada tahun ni siap ada tema atau tagline lagi. "Brands For All", "No Dream Too Big, No Gift Too Small" dan "Joy In Evert Parcel". Maksudnya Lazada ni dah jadi hub untuk korang dapatkan barang-barang yang korang perlukan dari keperluan harian, gadget dan barangan komputer, fesyen dan macam-macam lagi. Dan dekat Lazada ni jugak korang boleh cari pelbagai jenis brand yang terkenal seperti Samsung, Microsoft, Tesco, Mamypoko, Nestle, SanDisk dan Bosch.

Lazada Online Revolution 11.11 Year End Sale
Jangan lupa beosk - 11 November 2016 - akan ada Mega Day. Yang ini korang memang tak boleh terlepas sebab banyak flash sale, hot deals dan diskaun. Dan jangan lupa pada 12, 13 dna 14 Disember pun ada jugak Lazada buat Mega Deals macam hari esok punya. So, save the dates okay.

Untuk dari tarikh 12 November sampai 11 Disember pulak ada sale ikut kategori dan sale dieorang ada yang sampai 80%. Haih haih haih, tak sabar aku.  

Lazada Online Revolution 11.11 Year End Sale

Kalau korang yang dah lama register dengan Lazada dan nak dapatkan voucher untuk diskaun, korang boleh try main Spin The Wheel To Win Vouchers For 11.11 ni. Aku dah try main tapi tak berjaya dapatkan lagi. Hahahha. Tunggu kau, aku nak main lagi nanti.

Dah ready nak shopping mulai hari besok? Jangan berlengah lagi, jom pergi usha website Lazada sekarang!



Separuh Akhir Muzik Muzik 11 November 2016

$
0
0
Separuh Akhir Muzik Muzik 11 November  2016 | Hari ni aku layan Separuh Akhir Muzik Muzik kedua pulak. Minggu lepas dah tengok yang pertama.
Separuh Akhir Muzik Muzik

Senarai Lagu Dan Penyanyi Separuh Akhir Muzik Muzik 11 November 2016
1. Hazama dan Penglipur Lara - Diamaran Mama
2. Hafiz Suip dan Misha Omar - Terimaku Seadanya
3. Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
4. Black - Anugerah Terindah
5. KRU - Hingga Ke Jannah
6. Syamsul Yusof dan Mawi - Kalah Dalam Menang
7. Sakura Band - Polaroid
8. Stacy - Romeo
9. Ayda Jebat - Pencuri Hati
10. Aiman Tino - Kurela Dibenci
11. Shila Amzah dan Aliff Satar - Selamanya Cinta
12. Akim & The Majistret - Obses

Persembahan pertama dari Hazama. Lagu Hazama ni kiut sangat. Lagu Hafiz dengan Misha Omar pulak aku rasa macam bosan sikit.

Baju Jaclyn Victor masa dia nyanyi cantik. Aku saja puji pasal baju dia sebab suara dia memang dah power, tak payah puji dah hehehe. Masa Black nyanyi awal-awal, suara dia pelik. Korang perasan tak?

Lagu yang sepatutnya KRU bawa diganti dengan Caliph Buskers. Syamsul Yusof menyanyi? Fuyoh sangat aku rasa walaupun dia hanya rap je. Dan Mawi pun dah lama tak dengar dia menyanyi. Kali ni Mawi kolaborasi dengan Syamsul Yusof pulak.

Sakura Band ni aku pernah tengok dieorang perform depan-depan. Sempoi jek. Lagu yang diaorang bawak dalam Muzik Muzik ni pun jenis yang enjoy enjoy tapi aku tak rasa pun diaorang boleh masuk Anugerah Juara Lagu. Stacy kali ni digantik dengan Miim Fly. Kalau tak silap aku, Stacy tengah sarat mengandung kot. Sebab tu ganti.

Ayda Jebat punya persembahan nampak fun sebab lagu dia memang rancak. Memang layan. Aku rasa Aiman Tino ni penyanyi paling muda kot dekat dalam pertandingan Muzik Muzik ni. Dan semestinya yang ramai minat dia budak-sekolah. Betul tak?

Lagu yang Shila Amzah bawak dengan Aliff Satar bagi aku rasa macam bosan sikit. Lagu Akim & The Majistret, Akim nyanyi kurang jelas la sebutan dia. Tak dengar butir apa dia nyanyi.

Patutnya ada satu lagi lagu dari Syamel tapi dia tarik diri. So, total lagu hari ni ada 12 je.

Mesti semua tak sabar nak tahu lagu mana yang masuk Anugerah Juara Lagu kan. Korang boleh tengok senarai lagu dan penyanyi yang masuk Anugerah Juara Lagu 31 di sini.

Viewing all 498 articles
Browse latest View live