Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Berbaloi Ke Bersalin Dekat Avisena Specialist Hospital?

$
0
0
Berbaloi Ke Bersalin Dekat Avisena Specialist Hospital? | Sebelum ni Fadzi pernah cerita pasal pengalaman Fadzi bersalin dekat Avisena Specialist Hospital. Kalau korang nak baca, boleh klik sini.  

Tapi ramai juga yang masih PM Fadzi dekat FB tanya pasal benda ni. Diaorang nak tau pasal pakej bersalin Avisena, pengalaman Fadzi yang lebih detail, doktor mana yang attend Fadzi dan sebagainya.

Avisena Specialist Hospital

Berbaloi Ke Bersalin Dekat Avisena Specialist Hospital?

Fadzi okay je reply soalan-soalan diaorang. Tapi Fadzi nak share jugak dekat sini incase masih ada yang tertanya-tanya tentang pakej bersalin dekat Avisena ni. 

Dan berdasarkan pengalaman Fadzi dekat sini, Fadzi rasa Avisena ni memang hospital terbaik di Shah Alam. Dan yes, berbaloi bersalin dekat sini. 

Bilik Bersalin

Kalau ikutkan dalam bilik bersalin memang tak boleh ambil gambar atau video. Fadzi pun memang tak ambil gambar pun dalam tu kecuali gambar Anas masa dia baru lepas keluar. Gambar bilik memang tak ada.

Tapi sebagai gambarannya, bilik dia sederhana besar. Ada katil untuk ibu bersalin, katil baby sekali dengan warmer, mesin CTG, meja, kerusi sedap untuk tukang teman rehat. Yang bestnya ada bilik air personal dalam bilik tu. 

Ada jugak penunjuk arah kiblat dalam bilik tu. Jadi kalau korang sempat nak solat sebelum bersalin tu, tak ada lah tercari-cari mana arah kiblat kan. Plus bilik bersalin yang Fadzi dapat tu, ada tingkap. Boleh tengok luar lagi.

Bilik Wad

Bilik wad lepas bersalin pun selesa juga. Bilik yang Fadzi dapat bilik Single Bed. Lengkap segala katil elektrik yang korang boleh adjust tinggi mana bahagian sandar, TV, kerusi, day bed dan meja.


Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital
Day bed yang disediakan. Basically kegunaan dia adalah untuk peneman pesakit tidur malam-malam. Zul tidur dekat sini lah teman Fadzi satu malam dekat wad. Dalam drawer day bed ni disediakan sekali selimut dan bantal.

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital
Selain day bed, ada jugak disediakan kerusi macam ni. Untuk tetamu duduk ke, untuk mak mak menyusu baby ke, untuk pesakit duduk ke. Ikut suka lah.

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital
Siap ada set barangan untuk solat lagi. Dalam box set solat tu ada 1 tafsir Al-Quran, 1 surah Yassin dan terjemahan, 1 sejadah, 1 botol spray wuduk dan 1 garis panduan solat pesakit.

Bilik Wad Avisena Specialist Hospital
Gambar bilik yang Fadzi duduk. Tak besar sangat tapi tak lah kecil pun. Selesa je duduk sini.

Toilet pun ada toilet individu dalam setiap bilik. Senang tak payah kongsi kongsi dengan orang lain. Toilet dia pun boleh tahan besar. Siap diberikan toiletries lagi. Lengkap shampoo, sabun, berus gigi dan ubat gigi.

Toiletries Avisena Specialist Hospital


Dalam toilet ni ada boleh tekan loceng untuk panggil nurse. Mana lah tau kan, terjatuh dalam toilet ke time tak ada orang teman. Dekat sini lengkap dengan hot shower sekali.

Ini bahagian sinki dia. Kalau korang perasan ada satu plastik garam dekat sinki tu. Ha, bile korang dah masuk wad lepas bersalin tu, dieorang akan bagi satu besen dan satu plastik garam untuk korang berendam.

Bilik dan toilet pun luas. Nak keluar masuk toilet senang. Bilik pun boleh lah muat ramai-ramai kalau ada orang nak datang melawat. Tapi tak payah lah masuk ramai-ramai kan. Orang sakit kot.

Makanan

Bab ni paling Fadzi suka. Order makanan boleh pilih-pilih. Dekat sini korang akan dihidangkan dengan menu pilihan korang untuk breakfast, lunch, dinner dan snack.

Menu Avisena Specialist Hospital
Menu menu yang boleh dipilih setiap kali breakfast, lunch dan dinner.


Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital
Lunch Fadzi masa hari last dekat Avisena. Roasted Chicken with Mashed Potato. Sedap betul ni. Kalau duduk sini hari hari, rasanya Fadzi order yang ni je kot setiap kali lunch hehe. 

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital
Disediakan juga air panas dengan beberapa jenis minuman 3 in 1. Ade milo jugak. Lepas Fadzi bersalin dan masuk wad ni, Zul tolong buatkan air milo panas-panas. 

Bilik bersalin dan bilik wad selesa, doktor dan bidan mesra, layanan mesra dari mula Fadzi register untuk bersalin dekat sini sampai keluar hospital selepas bersalin, semua Fadzi suka.

Cumanya kalau lah sempat Fadzi bersalin dekat bangunan baru diaorang, mesti lagi best. Kalau korang nak tau, lepas ni dieorang akan asingkan Avisena Specialist Hospital dengan Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH). 

Avisena Specialist Hospital dengan Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH)

Sebenarnya dari tahun lepas lagi Fadzi mengharapkan Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital ni dah mula beroperasi. Sebabnya Fadzi nak bersalin dekat sana. Tapi tak ada rezeki. 

Tapi bagi korang yang akan bersalin tak lama lagi, mesti korang akan rasa seronok. Sebab AWCSH dengar-dengarnya akan buka bermula pada bulan Mei 2019 ni. Dan korang dah boleh mula book untuk bersalin dekat sini.

Kalau tengok pada gambar-gambar dekat bawah ni, mesti korang rasa excited nak bersalin dekat sini. Fadzi pun! Tapi, rasanya cukup lah kot dua hero ni. Tak larat dah nak tambah lagi. 

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital
 Bilik wad

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital
 Klinik gigi

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital
Baju hospital

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital
 Sutera Lounge

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital
Cafe

Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal AWCSH ni, korang boleh tekan link dekat bawah ni.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Trending Articles