Recap April 2019 | Dah masuk penghujung bulan keempat dalam tahun 2019 ni kan. Azam korang macam mana? Kehkehkeh. Azam Fadzi? Krik krik krik lah gitu.
Recap April 2019
Bulan April ni macam kurang best sikit sebab tak birthday, tak ada cuti dan tak ada benda yang menarik sangat pun terjadi dekat kiteorang. Tapi, nak share jugak lah kan.
Rezeki Blogging Fadzi Mula Datang
Bulan April ni bulan yang Fadzi slowly mula dapat offer job dekat blog dan social media. Alhamdullilah sangat sebab sepanjang tahun lepas Fadzi banyak tolak offer job sebab pregnant.
Masa Fadzi pregnant memang teruk alahan sampai satu kerja pun tak boleh buat. Jadi Fadzi macam takut jugak lah nak terima offer mana mana sebab takut tak boleh nak komited dengan job tu.
Bila tahun lepas Fadzi banyak tolak offer job, makin kurang lah offer yang Fadzi dapat daripada PR PR yang biasa Fadzi dapat. Tapi tahun ni Alhamdullilah sangat slowly offer datang. Tak banyak tapi boleh lah sebagai permulaan.
Zul Lulus Course Certificate ITIL
Awal bulan ni Zul ada ambil course certificate dekat KL. Dia ambil course certificate ITIL. Sampai 2 kali weekend kelasnya. Fadzi pulak ingatkan kelas biasa je. Rupanya ada exam sekali.
Alhamdullilah lepas lulus Zul dalam exam dia. Bertambahlah koleksi certificate yang dia ada. Certificate macam ni sebenarnya sedikit sebanyak membantu dia dalam kerja dia lah.
Disebabkan kelas 2 minggu ni dan Fadzi pulak ada jemputan event, weekend bulan April kiteorang seriously memang padat. Dan sangat penat. Bukan penat untuk kiteorang je. Penat untuk anak-anak jugak.
Aneeq Join Kinderkaizen Family Playday 2019
Bulan ni Aneeq banyak tolong Fadzi buat job blogging dan social media sebab kebanyakan offer yang Fadzi dapat berkaitan dengan parenting. Kena lah tunjuk anak sikit kan. Huhuh thank you sayang.
And bulan ni jugak ada Family Day school Aneeq. Ahad lepas diaorang adakan Family Day tu. Aneeq lah manusia yang paling seronok dalam rumah ni bila ada apa-apa pasal school dia.
Fadzi seronok tengok Aneeq happy bila main macam macam benda dekat Family Day Kinderkaizen tu. Menyanyi, menari, melompat, ape je lah yang dia tak buat.
Anas Dah Start Makan
Bulan ni Anas dah pun masuk 6 bulan. Fadzi pun dah mula biasakan Anas dengan makanan-makanan puree. Tapi kali ni agak struggle sebab ada Aneeq. Masa Aneeq dulu senang je rasanya nak intro makanan.
Time Anas ni agak susah. Tak tahu lah kenapa. Fadzi rasa Fadzi busy uruskan hantar dan ambil Aneeq dari sekolah. Lepas tu, groceries asyik lambat beli sebab setiap minggu bulan April ni sangat pack dengan aktiviti.
Setakat ni Fadzi sempat kenalkan puree epal dan bubur kosong je dekat Anas. Fadzi guna konsep 4 days rule. Tapi lepas 2 minggu, Fadzi stop sebab Fadzi tak sempat. Cuma bagi susu badan je.
Lepas ni Fadzi akan cuba intro kan semula makanan makanan puree untuk Anas. Dan kali harap-harapnya lebih konsisten dari bulan April ni huhuhu.
So korang? Apa yang best best untuk bulan April ni? Oh dan, selamat menyambut bulan Ramadan. Tak sabar nak tunggu mula puasa!