Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

'Scent-sasi' Enchanteur Paris Petite Parfum Review

$
0
0
'Scent-sasi' Enchanteur Paris Petite Parfum Review | Orang perempuan kalau tak dikaitkan dengan perfurm, Fadzi rasa tak sah. Betul tak? Kalau keluar, paling kurang pun mesti nak calit-calit sikit minyak wangi yang rasa macam sesuai dengan keadaan ataupun mood. 

Sekarang ni, dengan 4 bau haruman 'scent-sasi' Enchanteur Paris Petite Parfum, korang boleh pilih mana satu yang menjadi pilihan korang. Atau korang boleh campur semuanya sekali untuk menghasilkan bau yang lain dari yang lain.


Enchanteur Paris Petite Parfum


Enchanteur Paris Petite Parfum 

Yang bagusnya tentang rangkaian Enchanteur Paris Petite Parfum ini adalah saiznya yang kecil, padat dan parfum jenis roll on yang memudahkan pemakaian. Hanya calit-calit, dah wangi. Tak payah sembur-sembur. Orang yang berdekatan dengan kita pun tak terkena dengan semburan. Saiznya yang kecil pulak, senang nak selit mana-mana. Dalam wallet, dalam handbag, dalam pocket seluar pun boleh. 

Brand Enchanteur ni memang tak boleh lari daripada packaging yang cantik-cantik macam ni. Memang cantik kotak dia kan? Kali ni Enchanteur keluarkan rangkaian produk Enchanteur Paris Petite Parfum yang ada 4 jenis pilihan wangian iaitu Adore, Jolie, Cherie dan Belle Amour.  

Enchanteur Paris Petite Parfum

Enchanteur Paris Petite Parfum Jolie (Lovely)

Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear ini sesuai dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Baunya yang lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan si pemakai kekal anggun di pandangan dan tetap disukai. Fadzi suka bau Jolie ni sebab baunya sangat light, lembut dan tak menyengit sangat.


Enchanteur Paris Petite Parfum

Enchanteur Paris Petite Parfum Cheri (Daring)

Bauan yang enak dan manis dari Cheri ini mesti boleh buat korang tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang manis ni bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai. Pada Fadzi, bau Cheri ni betul-betul manis macam bau buah-buahan. Kalau yang suka parfum jenis manis-manis, korang boleh cuba yang ni.


Enchanteur Paris Petite Parfum

Enchanteur Paris Petite Parfum Belle Amour (Beautiful Love)

Bauan campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan korang yang berpersonaliti romantis dan menawan. Acah-acah nak mengorat lah mungkin. Kalau korang suka bau parfum yang kuat, korang boleh pilih yang ini sebab baunya memang menyerlah antara keempat-empat rangkaian Enchanteur Paris Petite Parfum ni. Fadzi jenis yang tak suka parfum bau kuat sangat, jadi Fadzi tak berapa berkenan bau Belle Amour ini.

Enchanteur Paris Petite Parfum

Enchanteur Paris Petite Parfum Adore (Adorable)

Bau Adore ini mengandungi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Baunya sesuai untuk kalau korang nak mengorat suami korang hahahahaha. Serius. Fadzi suka bau Adore sebab bau dia macam bau musk sikit. Ada bau masam-masam sikit, tak terlalu manis dan tak terlalu kuat. 


Enchanteur Paris Petite Parfum

Packaging Dan Harga 

Dalam bentuk roll on dengan saiz 9ml. Harga RM9.90 untuk Semenanjung dan RM10.40 untuk Sabah dan Sarawak. Korang boleh beli set rangkaian Enchanteur Paris Petite Parfum ini di mana-mana Watson, Guardian, AEON Wellness, Mydin, The Store dan pasaraya serta pasar mini seluruh negara. 


Enchanteur Paris Petite Parfum

Kelebihan Wangian Enchanteur Paris Petite Parfum 


  • Tanpa alkoholTak tak perlu risau kalau nak pakai parfum ini semasa bersolat
  • Wangian bertahan lebih lamaDirumus berasaskan minyak
  • Lebih mudah dipakai - Lebih mudah disapu kerana menggunakan konsep bebuli (roll-on)
  • 4 pilihan wangianBoleh dipakai ikut kesesuaian, mood dan kegemaran korang
  • Kecil dan ringan - Mudah dibawa ke mana-mana


Enchanteur Paris Petite Parfum


Bau Wangian Enchanteur Paris Petite Parfum Pilihan Fadzi

Personally, Fadzi paling suka bau Jolie sebab antara banyak-banyak pilihan ini, Jolie yang paling lembut baunya. Fadzi memang kurang suka parfum yang bau kuat sangat. Fadzi pun suka dengan bau Adore sebab ada persamaan dengan bau musk. Cheri pula bau yang manis, sesuai kalau nak pakai kelaur dengan suami. Tapi, jujur Fadzi katakan, Belle Amour terlalu kuat baunya untuk Fadzi pakai. Dan kalau Fadzi pakai, kemungkinan besar untuk pening kepala mungkin ada. 

Tapi semua pilihan pada tangan korang nak pilih mana satu untuk dipakai. Kalau nak lebih rare dan lain daripada yang lain, korang boleh cuba gabungkan dua atau lebih parfum untuk dapatkan bau yang berbeza. Mungkin ada gabungan wangian yang lebih sesuai untuk korang, mana tau kan?

Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut pasal Enchanteur Paris Petite Parfum ni, boleh tengok di link di bawah:






Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Trending Articles