Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Betadine® Feminine Wash Sokong Kempen Kesedaran Kanser

$
0
0
Betadine® Feminine Wash Sokong Kempen Kesedaran Kanser | Fadzi percaya, semua kita yang perempuan ni memang risau dan sangat-sangat menjaga bahagian intim kita kan? Bahagian intim wanita adalah sangat penting dan perlu dijaga dengan baik sekali. Antara cara untuk menjaga bahagian intim wanita adalah dengan menggunakan Betadine® Feminine Wash.


Betadine® Feminine Wash


Betadine® Feminine Wash

Betadine® Feminine Wash adalah sejenis buih pencuci bahagian intim wanita. Ia juga merupakan produk kosmetik yang direka khas untuk kebersihan intim secara semulajadi  dan tidak mengandungi Povidone-iodin. Memang sesuai sangat kalau kita gunakan Betadine ni untuk mencuci bahagian intim iaitu vagina.

Vagina (faraj) adalah tempat di mana bakteria baik hidup. Bakteria baik ini dikenali sebagai Lactobacillus. Lactobacillus ini mendatangkan banyak manfaat dan juga memainkan peranan yang penting melindungi persekitaran mikro kawasan intim kita. Bakteria baik di kawasan ini akan membantu untuk kekalkan keseimbangan pH yang optimum dan mengelakkan organisma yang tidak bermanfaat daripada membiak.


Betadine® Feminine Wash

Paras pH kawasan intim wanita adalah pada tahap pH 3.8 – 4.2. Kebanyakan sabun dan syampu badan di pasaran yang berada dalam tahap pH 9 – 10 akan mengganggu keseimbangan pH kawasan intim. Benda ni boleh menyebabkan jangkitan akibat pertumbuhan organisma tidak bermanfaat. Kalau cuci pakai air memang selamat untuk membersihkan kawasan intim, namun ia tidak selalunya mencukupi.

Tapi, dengan menggunakan Betadine yang dicipta secara eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, ianya dah cukup lengkap. Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda.

Rumusan Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam

Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang kuat, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam mengandungi bahan semulajadi seperti: 

  • Immortelle - bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit 
  • Prebiotik - peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat.
  • Deoplex - ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau 
  • Syricalm - bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan. 

Betadine® Feminine Wash

Packaging Dan Harga

Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam datang dalam format buih yang mudah dan memberi rasa yang mewah. Ianya adalah produk tanpa sabun, paraben dan pewarna, serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi. Rumusan yang lembut ini sesuai untuk kegunaan setiap hari. Korang boleh dapatkan Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam dalam saiz 100ml dengan harga RM19.90 dan 200ml dengan harga RM27.90. 

Betadine® Feminine Wash Menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) 

Di Malaysia, kira-kira satu daripada lima wanita menghidapi kanser payudara, dan ia merupakan kanser yang paling tinggi dihidapi dari tahun 2007 – 20111. Namun begitu, di dalam kalangan masyarakat kini perubahan positif semakin meningkat.

Tahun ini, Betadine® Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk kempen #breakthesilence dan membantu lebih ramai wanita Malaysia meningkatkan kesedaran pencegahan kanser. Antara cara untuk mencegah adalah melalui penjagaan kesihatan anda kerana pencegahan awal akan menyelamatkan nyawa. Setiap usaha, tanpa kira besar atau kecil, akan membawa perubahan yang ketara.

Penjagaan kesihatan diri bukan sahaja melibatkan tabiat pemakanan dan cara hidup anda, namun juga kepentingan untuk memastikan kebersihan peribadi anda berada pada tahap yang sebaik mungkin. 

Sertai Betadine® untuk #breakthesilence Terhadap Kanser Payu Dara

Korang juga boleh menyertai Betadine® Feminine Care dalam usahanya untuk menyumbangkan dana bagi MAKNA, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara Oktober ini! Dari 1 Oktober hingga 22 November, setiap pembelian dua (2)  botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dari Watsons, RM1 akan disumbangkan kepada MAKNA.

Untuk kempen kali ini, setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons. 

Untuk maklumat lanjut tentang Betadine® Feminine Care, korang boleh layari http://myfemcare.com.my/




Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Trending Articles