Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 498 articles
Browse latest View live

10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Anak Lelaki

$
0
0
10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Anak Lelaki | 21 Mac lepas adalah hari lahir anak aku, Aneeq. Dan sebagai seorang mak kali pertama, aku macam confuse nak beli kan hadiah apa untuk anka aku yang manja sorang ni. Aku rasa ramai jugak yang tak tahu nak beli apa untuk hari lahir anak korang kan? Nah, aku bagi idea 10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Anak Lelaki korang. 

10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Anak Lelaki

1. Nerf N-Strike Elite Firestrike Blaster

Aku suka sangat bila tengok suami aku si Zul tu main-main sambil bonding dengan Aneeq. Rasa macam oh my god, sweet sangat hero-hero aku ni. Dan sempena hari lahir Aneeq yang pertama ni, aku nak sangat belikan Nerf N-Strike Elite Firestrike Blaster supaya Zul dengan Aneeq boleh main sama-sama, boleh bonding lebih lagi sambil-sambil aku keluar pergi shopping. Bahahahahha. Sebenarnya mainan macam ni boleh ajar Aneeq tentang macam mana nak buat strategi untuk kalahkan pasukan lawan. So, sambil having fun anak-beranak, aktiviti main Nerf ni boleh tingkatkan daya pemikiran Aneeq jugak. Bukan setakat daya pemikiran Aneeq yang teruji, fizikal dia nanti pun memang berlecak ketiak berpeluh main Nerf ni. Betul tak?   


2. Ringway Digital Drums TD 90

Aku lahir bulan Mac. Aneeq pun lahir bulan Mac. So, aku rasa sedikit sebanyak sifat, sikap dan minat aku anak-beranak ni mesti lebih kurang sama. Dan aku memang minat sangat dengan muzik. Jadi, aku nak belikan Aneeq Ringway Digital Drums TD 90 supaya Aneeq boleh belajar basic main drum. Memang banyak lagi instrumen muzik yang lain tapi entahlah. Bagi aku ahli musik yang main drum a.k.a drummer ni sangat cool di mata aku. Aku pun nak tengok anak aku nampak cool jugak. Hehehhe. Aku suka dengan set drum ni sebab dia ada multi-function LED display, voice control dan polyphony 64 notes max.  
  


3. Inflatable Baby Child Toddler Infant Swimming Seat Float Boat Ring Raft Chair Pool Toy (Speaker Car)

Aku kalau boleh, nak bagi Aneeq cuba segala benda dalam dunia ni. Dan salah satu aktiviti yang aku nak sangat Aneeq cuba adalah berenang. Tapi nak bagi Aneeq ada rasa confident dalam air tu, sebenarnya aku yang takut lebih. Jadi, aku rasa untuk permulaan ni, lebih selamat kalau Aneeq main kolam guna Inflatable Baby Child Toddler Infant Swimming Seat Float Boat Ring Raft Chair Pool Toy ni. Lagipun design swimming seat ni comel sangat. Mesti Aneeq pun suka. Selain daripada buat main dalam kolam, boleh je kalau nak guna swimming seat ni untuk main dalam rumah. Yang penting kena kreatif lah kan? Dah jimat dekat situ. 



4. Sony A6000 24.3MP Mirrorless Camera with E PZ 16-50mm (White)

Since Aneeq dah besar (eceyh, padahal baru setahun), aku rasa macam excited sangat nak tahu apa minat dia. Aku tau, minat terhadap sesuatu tu boleh dipupuk. So why not kalau aku cuba pupuk minat Aneeq dalam seni fotografi kan? Aku rasa untuk permulaan ni, Sony A6000 24.3MP Mirrorless Camera with E PZ 16-50mm ni memang sesuai untuk Aneeq berjinak-jinak dengan kamera, komposisi dan sebagainya yang berkaitan dengan fotografi. Saiznya yang kompak dan kecil serta ringan memang sesuai untuk Aneeq yang kecil ni. Kalau bagi DSLR karang, tak terlarat pulak dia nak angkat. Lagipun, kamera ni memang tahan lasak. Faham-faham je lah budak-budak nak membesar, memang habis barang dieorang main lasak. 


5. Deuter GoGo 25L Casual Backpack (Black Titan)

Ya, ya nampak macam over pulak kan aku nak bagi Aneeq pakai bagpack dia kecik-kecik macam ni. Tapi, bagi aku apa salahnya kalau aku nak belikan Deuter GoGo 25L Casual Backpack (Black Titan) sebagai hadiah hari lahir dia kan. At least aku boleh ajar Aneeq bertanggungjawab jaga barang-barang milik dia sendiri. Bila kitoerang travel, boleh lah Aneeq guna bag pack ni untuk isi barang-barang dia sendiri dan dia kena belajar macam mana nak jaga barang dia supaya tak hilang. Ya, aku memang mak yang pemalas tegas! Perlu ajar anak bertanggungjawab sejak kecil lagi. Lagipun bagpack ni saiznya cuma 25L, tak adalah besar dan banyak sangat barang yang boleh diisi dalam ni. Sesuailah dengan Aneeq. 


6. The Secret Garden Coloring Book

Korang tau, jadi seorang mak kepada anak kecil ni memang serabut jugak otak rasanya. Yang paling penat aku rasa masa pergi makan dekat luar. Aneeq memang susah nak duduk diam. Sudahnya aku dan Zul terpaksa makan bergilir-gilir - sorang makan, sorang jaga aneeq. Jawabnya, makanan pun dah sejuk. Aku pun terfikir satu idea ni untuk belikan Aneeq The Secret Garden Coloring Book supaya Aneeq boleh duduk diam dan mewarna waktu makan di luar. Coloring book ni pun yang uniknye dia ada interactive activity yang Aneeq boleh buat. Bukan takat nak latih motor skill tangan Aneeq tapi jugak untuk tingkatkan daya kreativiti Aneeq dengan mewarna. Pergh, memang berguna betul coloring book ni.  


7. Shake N Take 3 Juice Smoothie Blender with 2 Sport Bottles (Blue)

Aneeq ni suka sangat makan buah-buahan. Berkat aku paksa dia breakfast dengan buah-buahan setiap pagi. Nampak sangat aku malas masak hahahaha. Sekarang ni aku plan nak bagi Aneeq minum jus buah-buahan segar setiap petang pulak waktu snacking. Biasanya petang-petang aku akan bawak Aneeq mandi dekat pool atau main dekat playground. Bila balik rumah, hausnya dia memang tak terkata. Jadi, aku rasa kalau aku beli Shake N Take 3 Juice Smoothie Blender with 2 Sport Bottles ni, boleh bawak jus buah-buahan masa kiteorang pergi main dekat playground. Kalau dia haus je, aku bagi minum. Lagipun Shake N Take ni tak besar mana pun. Senang nak bawak ke sana sini. Nak blendkan buah-buahan untuk buat jus pun senang. 


8. Anti-lost Child Safety Harness Backpack - Toddler Keeper Bag Bat 

Lately aku dengar banyak sangat kes culik budak. Nauzubillahiminzalik. Tak nak lah terjadi pada aku ataupun orang-orang sekeliling aku. Sekarang ni pun Aneeq dah mula dapat kaki. Aku risau sangat kalau kiteorang keluar dan Aneeq suka-suka hati dia lari ke mana-mana entah. Susah hati aku jadinya. Aku rasa Anti-lost Child Safety Harness Backpack - Toddler Keeper Bag Bat memang aku perlu sangat untuk pastikan keselamatan Aneeq terjamin masa keluar jalan-jalan. Lagipun, harness bagpack ni selesa untuk budak sebab ada padded shoulder strap dan design dia pun memang menarik. 


9. 3pcs Gentleman Baby Boy Clothing Set Shirt Overalls Blue HB365

Bila Aneeq dah masuk umur setahun ni, aku selalu berangan nak pakai baju matching dengan Aneeq. Walaupun Aneeq lelaki, tapi nak jugak lah Aneeq pakai baju kacak-kacak. Susah nak cari baju unutk budak-budak lelaki sebab yang berlambak dekat pasaran sekarang ni yang cantik semua baju-baju budak perempuan. Nasib baik dekat Lazada ni, senang je nak cari baju-baju budak lelaki yang memang smart. Aku suka 3pcs Gentleman Baby Boy Clothing Set Shirt Overalls Blue HB365 ni sebab ia diperbuat daripada cotton. Jadi, selesa lah kalau Aneeq pakai nanti. Al maklumlah, cuaca dekat maaysia ni panas. 


10. HomeLux Quilted Mattress Safeguard and Protector (3 Layers) 

Well, at the end of the day, Aneeq is still my little boy. Masih kencing dalam cloth diaper, masih kencing malam dalam tidur, dan masih belum boleh cakap nak kencing. Jadi, aku masih lagi dalam proses nak ajar Aneeq jadi pampers free. Untuk mengelakkan tilam Aneeq menjadi mangsa bau hancing, poo poo dan pee pee nya, aku perlukan sangat HomeLux Quilted Mattress Safeguard and Protector ini. Yang aku paling suka pasal mattress protector yang ini adalah fabrik dia yang sejuk dan sesuai untuk cuaca yang panas macam sekarang ni. Dan yang penting, ianya lembut, tahan lasak dan senang nak dicuci. 

Bila aku tengok balik senarai idea hadiah hari lahir unutk Aneeq ni, macam banyak pulak. Huhuhu. Melampau betul mak ni nak beli hadiah banyak-banyak untuk birthday pertama Aneeq. Sebenarnya semua barang ni aku nampak masa tengah window shopping dekat website Lazada. 

Well, aku harap, entri ni sedikit sebanyak dapat tolong korang cari idea nak beli hadiah apa untuk anak lelaki korang nanti. 


This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.



Badan bau Busuk? Anda Kena Cuba Produk Ini - Harum Malam

$
0
0
Baru-baru ni aku ada cuba satu supplemen dalaman wanita yang boleh mewangikan tubuh sepanjang masa katanya. Aku rasa ramai je yang pernah dengar kalau aku sebut nama produk ni - Harum Malam. Pernah dengar tak? Atau ada antara korang yang pernah cuba?

Harum Malam

Aku baru je lagi cuba Harum Malam sebab sebelum ni bila aku pergi rumah kakak aku, selalu aku nampak ada botol Harum Malam ni dalam peti sejuk dia. Teringin jugak aku nak cuba dulu tapi segan nak mintak dekat kakak aku. Hahahha. So, sekarang aku dapatkan sendiri sebotol Harum Malam untuk aku cuba sendiri dan tengok hasilnya. 

Kelebihan Harum Malam

Kalau ikutkan kelebihan Harum malam ni memang banyak. Antara kelebihan Harum Malam:
  • Mewangikan tubuh sepanjang masa
  • Bertindak sebagai perapat
  • Menyihatkan dan mencegah bau badan
  • Mencegah masalah dalaman perempuan
  • Memberi tenaga dan menambah stamina untuk aktiviti seharian


Bahan Harum Malam

Yang aku tengok dalam sebotol produk Harum Malam ni ada banyak bahan-bahan makanan sunnah. Antara bahan-bahan yang ada dalam Harum Malam ni:
  • Ekstrak sireh
  • Ekstrak ros
  • Buah tin
  • Kismis
  • Madu
  • Kayu serapat
  • Goji
  • Limau purut
  • Strawberi
  • Puerarue mirifica
  • Buah delima
  • Manjakani
  • Puerarua lobata
  • Senna


Harum Malam

Cara Minum Harum Malam

Biasanya aku akan makan satu sudu besar pagi sebelum makan sarapan dan satu sudu besar lagi sekali belah malam sebelum makan malam. Yang penting kena makan guna sudu plastik sebab dia ada madu. Dan pastikan jugak minum air kosong banyak. Lepas tu simpan dalam peti sejuk Harum Malam ni lepas bukak. 

Pastikan jugak anak-anak kecik korang tak main dengan Harum Malam ni. Takut dieorang terminum pulak. Hari tu Aneeq jumpa botol Harum Malam ni, dia buat macam mainan dia pulak ketuk sana ketuk sini atas lantai. Hai, haru mak.  

Pasal rasa Harum malam ni, korang jangan risau. Rasa dia memang sedap. Rasa ala-ala strawberi masam manis. Bau dia pun wangi je.

Harga Harum Malam

Harga Harum Malam

Harga untuk sebotol Harum malam ni RM33.00 untuk semenanjung Malaysia dan RM39.00 untuk Sabah Sarawak. Aku rasa sebotol ni 250ml boleh tahan dalam 20 hari ke sebulan kalau minum secara konsisten. Aku pun minum tak habis lagi ni, tak sampai sebulan pun lagi. 

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Harum malam ni, atau korang sendiri nak cuba, korang boleh dapatkan produk ni melalui:

Facebook Harum Malam | Whatsapp/Call 010-4042769




Tambah Susu Ibu Dengan Moeder Genius Pregnancy Formula

$
0
0
Dah masuk sem kedua master IT, aku rasa penat sangat. Dengan assignment yang makin banyak, subjek yang makin susah dan Aneeq yang makin lasak. Serius aku rasa stress sangat kadang-kadang tu. Lepas tu aku perasan yang susu badan aku makin drop setiap hari. Mungkin sebab stress dan penat kot. So, ada kawan aku rekemen suruh cuba Moeder Genius Pregnancy Formula ni.


Moeder Genius Pregnancy Formula

Kalau korang nak tau, Moeder ni bukan untuk orang menyusu badan je. Moeder ni pun sesuai jugak untuk ibu hamil. Rugi pulak dulu masa aku mengandung aku tak tau pasal produk moeder ni. Kalau tak mesti aku dah minum sebab aku tengok banyak betul khasiat dia.


Kelebihan Moeder

Untuk Ibu Hamil

  • Kuatkan kandungan 
  • Beri lebih tenaga semasa proses bersalin
  • Cegah sakit pinggang dan tulang belakang 
  • Tingkatkan daya tubuh, stamina dan tenaga
  • Cantikkan kulit 


Untuk Kandungan/bayi

  • Bantu memutihkan kulit bayi dalam kandungan
  • Bantu kuatkan sistem paru-paru bayi
  • Kurangkan risiko demam kuning
  • Bantu cerdaskan otak bayi


Untuk Ibu Menyusu

  • Beri tenaga
  • Banyakkan dan pekatkan produksi susu
  • Bantu hilangkan selulit
  • Bantu rawat luka dalaman ketika bersalin
  • Cegah kegemukan, mencerah dan melembapkan kulit

Ramuan Moeder

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Moeder termasuklah makanan-makanan sunnah seperti:
  • Susu kambing
  • Ekstrak tomato
  • Habatussauda
  • Madu
  • Ekstrak Anggur
  • Lutein
  • Bird Nest
  • Seaweed
  • Buah tin
  • Kurma
  • Gam Arab
  • Bilberry
  • Aloe Vera
  • Lobak merah
  • Brokoli
  • Betik
  • Stevia
  • Omega 3
  • Vanila
  • Non diary creamer

Moeder

Cara Pengambilan

Ikut kan saranan dieorang suruh ambil satu skop pagi dan satu skop malam. Bancuh dengan air suam 200ml. Aku biasa letak satu skop dalam shaker lepas tu isi air suam takat mana yang aku suka. yang penting aku tak letak air banyak lah.


Moeder Genius Pregnancy Formula

Rasa dia manis manis vanila. Warna air dia macam teh susu. Serbuk dia pun kalau korang bau memang bau sedap. Zul cakap macam bau coklat. Ni ada sikit tips untuk korang bancuh Moeder ni. Ada kawan aku, dia minum Moeder jugak. Dia letak banyak skop, jadi rasa pahit. So, aku sarankan korang jangan letak lebih dari satu skop Moeder sekali minum tu sebab nanti jadi pahit. Dan jangan letak lebih 200ml air suam (agak-agak je la) sebab nanti jadi tawar gila.  

Dan kalau nak senang, aku sarankan korang guna shaker untuk bancuh. Senang larut sikit. Kalau kacau dalam gelas guna sudu macam aku ni, serbuk dia lambat sikit nak cair. Dan kadang-kadang tu ada juga serbuk yang tak cair. Kalau pakai shaker aku rasa cepat sikit.


Harga Moeder

Harga Moeder  

Harga untuk sebotol Moeder ni RM159 untuk semenanjung Malaysia dan RM169 untuk Sabah dan Sarawak. Aku rasa kalau korang betul-betul minum Moeder ni ikut sukatan yang dieorang bagi, satu botol boleh tahan sampai sebulan.


Kalau korang rasa korang ada masalah yang sama macam aku ni dan nak cuba jugak Moeder ni, korang boleh dapatkan Moeder Genius Pregnancy Formula dekat link bawah ni:

Kulit Makin Cerah Dan Berseri dengan Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum

$
0
0
Sejak aku start sambung belajar ni, aku rasa aku tak jaga pun muka aku. Sebabnya busy kemain. Tambah lagi dengan stress kejar dateline kerja, kejar dateline assignment dengan Aneeq yang makin hari makin lasak lepas dia dapat kaki. Sampai satu hari, aku tengok satu artikel dengan OhBulan! ni pasal perempuan cantik macam 3 orang artis. Lepas tu aku rasa jeles. Lepas tu aku tengok muka aku dekat cermin. Lepas tu aku duduk di bucu katil sambil kutil-kutil selimut. Sedih aku tengok perbezaan muka aku dengan muka perempuan tu.

Wanita viral cantik macam 3 orang artis Malaysia

Memang muka aku tak ada jerawat dan susah nak naik jerawat. Tapi lebam bawah mata, warna kulit kusam dan bintik hitam dekat hidung tu memang tak payah cakap lah. Sedih aku tengok. Insecure gila kan nak banding-banding muka kita dengan muka perempuan cantik ni. Haish. Menyesal aku baca artikel tu.  

Disebabkan rasa insecure yang menebal dalam diri ni, aku pun cubalah satu produk ni - Ephyra Skin Nano Advance Serum. Kenapa? Sebab aku ada pakai produk lain under brand Ephyra sebelum ni iaitu Ephyra Skin Bar. Aku memang suka dengan Ephyra Skin Bar tu so lepas diaorang start keluarkan serum pulak, memang aku nak terus pakai range produk daripada brand yang sama. 


Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum

Cara Pemakaian Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum


  1. Mula-mula aku akan cuci muka aku guna Ephyra Skin Bar. Lepas tu lap bagi kering.
  2. Kemudian aku akan sapukan 2 ke 3 titis Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum rata-rata pada kulit muka.
  3. Lepas tu aku biarkan je serum tu meresap ke dalam kulit. Pastikan pakai secara konsisten kalau nak tengok efek yang berkesan.



Ephyra set
Set kombinasi Ephyra Skin Bar dengan Ephyra Skin Nano. Memang terbaik.

Sebenarnya sebelum ni aku pernah mintak sample percuma Ephyra Skin Nano Serum 5ml. Bila dapat, aku pakai, kulit muka makin elok pulak. Aku tak puas hati pakai 5ml je so aku dapatkan Ephyra Skin Nano Serum sebotol besar terus.


Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum
Ni tester Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum versi 5ml

Yang aku suka pasal serum ni dia bebas bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Lepas tu serum ni senang sangat meresap ke dalam kulit dan tak berminyak. Semakin lama kau pakai serum ni, semakin cerah dan berseri muka. Ecececeeh. 

Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum
Kalau korang nak tengok perbezaan muka aku sebelum dan selepas. Yang belah kiri tu sebelum aku pakai Ephyra Skin Nano. Nampak macam bleeerghh je kan. Tu yang makin lama aku rasa makin hilang confident. Lepas pakai serum ni pulak gambar yang belah kanan tu. Tu pun baru dalam seminggu lebih aku pakai. Nampak ceria sikit muka aku kan.


Kelebihan Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum

Ephyra Skin Nani Serum ni dah dipatenkan di Switzerland dan dah diuji secara klinikal. Dia punya kelebihan tu bukan main banyak lagi. Antara kelebihan serum Ephyra Skin Nano ni adalah:

Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum


Teknologi Nano

Ramai yang tanya apa dia teknologi nano tu kan? Ok meh aku explain sikit. Teknologi nano ni menjadikan partikel serum ni sangat kecil dan senang nak meresap masuk ke dalam lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang meresap tu akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikannya anjal dan tak berminyak. Pendek kata, teknologi nano ni:
  • Memulihkan 
    • Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda. 
  • Memperbaharui 
    • Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.
  • Melindungi 
    • Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit. 
Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum

Harga Ephyra Skin Nano

Sekarang ni dieorang tengah buat promosi. Harga asal RM88 semenanjung dan RM92 Sabah Sarawak tapi sekarang dieorang tengah jual dengan harga promosi RM68 semenanjung dan RM72 Sabah Sarawak sebotol. Berbaloi sangat kalau korang nak cuba sekarang sementara ada harga promosi ni. 

Sebotol Ephyra Skin Nano ni kandungan dia 15ml. Aku biasa pakai 2 kali sehari pagi dan malam sebelum tidur. Sebotol ni boleh tahan sebulan atau sebulan lebih. Yang penting, serum ni memang sesuai untuk semua jenis kulit. So, kalau korang nak jimat sikit, korang share lah beli dengan kawan-kawan atau mak ke kakak ke.


Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum
Warna dia putih-putih. Tekstur dia lebih kurang macam losyen sikit tapi tak rasa berminyak pun bila korang pakai dekat muka nanti. 2 titik je dah cukup untuk sapu satu muka. Kalau aku pakai, aku suka sapu jugak sampai ke leher.

Aku dah dapatkan Ephyra Skin Nano aku dah puas hati dengan result dia. Korang pulak macam mana? Kalau korang nak dapatkan jugak Ephyra Skin Nano ni, korang boleh dapatkan maklumat lanjut pasal produk melalui pengedar-pengedar sah Ephyra termasuk di Brunei dan Singapura  atau secara online dekat:

Set Rangkaian Produk SAFI Rumusan Bahan Semula Jadi Dan Habbatus Sauda

$
0
0
Sekarang ni, dah ramai yang pentingkan produk-produk kecantikan diri yang berasaskan bahan semula jadi, betul tak? Kalau aku pun, aku mesti nak cari pencuci muka, toner, krim muka dan sebagai yang yang berasaskan bahan semula jadi. Nak cantik tapi dalam masa yang sama nak jugak dapatkan manfaat daripada alam semula jadi.

Set Rangkaian Produk SAFI

Baru-baru ni SAFI ada keluarkan set rangkaian produk SAFI untuk wanita yang berasaskan bahan semula jadi  seperti lidah buaya, mentimun, gamat dan buah manggis digabungkan dengan Habbatus Sauda. Korang tau tak Habbatus Sauda tu adalah ubat segala penyakit selain maut?

Set Rangkaian Produk SAFI Rumusan Bahan Semula Jadi Dan Habbatus Sauda


Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda
Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda 
(50g RM6.10 | 100g RM10.80)
Tesktur pembersih muka sari mentimun ni nampak berkilat dan berwarna putih. Bau dia memang sedap. Calit sikit saja pada tapak tangan dan gosok untuk dapatkan buih. Aku rasa sedap pakai pembersih muka sari mentimun ni sebab bau dia yang wangi dan senang nak bilas. Sari mentimun ni pulak akan membantu korang untuk mengecilkan pori-pori muka. Hasil dia, kulit jadi lebih sihat, bermaya dan lembut.

Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda
Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda 
(50g RM6.10 | 100g RM10.80)
Aku harap korang boleh bertabah bila pakai pencuci muka sari susu manggis ni. Tesktur dia putih berkilat dan yang penting, bau dia Ya Allah, menggugat iman sungguh. Bau wangi manggis sampai aku rasa macam nak makan.  Sari susu manggis ni akan membantu korang untuk mencerah dan melembapkan kulit wajah. Lepas pakai, kulit wajah akan jadi lebih cerah, lembap dan halus. 

Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda
Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda 
(50g RM6.10 | 100g RM10.80)
Pembersih muka sari gamat ni pun sama juga tekstur dia, putih berkilat. Ha, walaupun ini sari gamat tapi jangan risau. Bau dia bukan macam bau minyak gamat. Bau dia wangi macam losyen. Bila bau pencuci muka sari gamat ni aku teringat dekat losyen yang mak aku pakai. Uii, rindu pulak. Sari gamat ni terkenal sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional jadi dia mampu mengawal jerawat secara efektif. Kalau korang pakai pencuci muka sari gamat ni, hasilnya kulit muka korang akan jadi lebih berseri tanpa cela jerawat. 

Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda
Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda
(100ml RM7.50)
Aku suka penyegar sari mentimun dengan lidah buaya ni sebab paling utama dia tak ada alkohol. Lagipun, dia diperbuat daripada 2 sumber semulajadi yang memnag orang pakai untuk kecantikan muka - lidah buaya dan mentimun. Penyegar muka ni membantu mengecilkan pori dan sambil-sambil tu membersihkan sisa kekotoran pada permukaan kulit wajah. Bila diamalkan selalu, kulit akan jadi lebih tegang dan sentiasa lembap. Kalau nak gunakan penyegar ni sebagai penanggal make up pun boleh.

Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda
Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda 
(80g RM8.90)
Pelembap muka sari gamat ni pun bau dia tak macam minyak gamat yang ada orang tak suka bila bau. Yang ini jangan risau, memang bau macam bau losyen yang sedap. Tekstur dia macam losyen yang halus dan berwarna putih. Gamat ni bertindak sebagai agen pemulihan kulit. Ianya mampu membantu unutk mengawal minyak muka dan membuat kulit dapat bernafas dengan lebih efektif. Bila dah minyak di muka dapat dikawal dan kulit wajah dapat pengudaraan yang sempurna, hasilnya kulit wajah akan lebih berseri tanpa jerawat.

Pelembap Muka Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda
Pelembap Muka Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda 
(80g RM8.90)
Pelembap muka lidah buaya ni baunya sedap. Cuba bayangkan bau lidah buaya. Bau dia tak kuat sangat, cukup-cukup sedang bau dia. Tesktur dia licin, ringan dan berwarna putih. Tesktur dia lebih kurang macam losyen badan yang ringan. Bila pakai pada muka, rasa sejuk je dan tak rasa berminyak pun. Bagi aku, pelembap muka pokok lidah buaya ni paling sesuai untuk dipakai sekarang sebab sekarang ni kan cuaca panas dan kering. Kalau pakai pelembap muka lidah buaya ni, kulit akan jadi lebih lembap dan sihat. 

Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda
Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda 
(16g RM7.40)
Aku suka tengok packaging krim kecantikan lidah buaya SAFI ni. Comel kecil molek berwarna hijau. Tekstur krim dia smooth je warna coklat ala-ala nude. Disebabkan warna nude tu, krim ni sesuai sangat kalau korang buat sebagai asas solek selain daripada dipakai sebagai krim pelembap. Bila sapu pada kulit muka, korang akan rasa kulit tu lembut dan halus. Dan krim dia tak ada rasa berat bila sapu pada muka. Warna nude tu pun cepat blend dengan warna kulit.

Kalau korang perasan, semua produk baru dari rangkaian SAFI ni menggabungkan Habbatus Sauda atau jintan hitam sebagai salah satu formula dia. Kalau korang nak tahu, Habbatus Sauda ni dapat membantu melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. 

Rangkaian produk SAFI ni boleh didapati di seluruh malaysia termasuklah farmasi, pasaraya dan hypermarket yang terdekat dengan korang. Kalau korang nak tau lebi hlanjutlagi apsal rangkaian produk baru SAFI ni, korang boleh melalui sosial media SAFI seperti di bawah.


 


Yogurt Set Asli Nestle "Masak & Menang"

$
0
0
Sebagai seorang suri rumah sepanjang masa, aku memang selalu masak untuk breakfast, lunch dan dinner untuk anak dan suami. Orang kata air tangan seorang isteri/ibu itu kan pengikat kasih sayang. Tapi, lagi best kalau sambil memasak tu kita boleh menang hadiah best kan? Ha, sekarang ni Nestle tengah buat satu kempen Nestle "Masak & Menang". hadiah dia lumayan sangat, rasa rugi pulak kalau tak join.

Yogurt Set Asli Nestle "Masak & Menang"

Yogurt Set Asli Nestle "Masak & Menang" ni sebenarnya satu pertandingan memasak yang salah satu bahan dalam masakan tu measti ada yogurt asli Nestle. Untuk pengetahuan korang, yogurt asli ni boleh menggantikan santan dalam masakan korang supaya masakan korang lebih sihat. Sebab yogurt ini dihasilkan secara segar dan semulajadi untuk memastikan keseimbangan antara kekentalan dan teskstur lembut yang menjadi ukuran kualiti yogurt. 

Yogurt asli Nestle ini sedap dimakan begitu saja atau dijadikan salah satu bahan dalam masakan. Ramuannya menyihatkan dan setiap sajian 100g mengandungi 57kcal dan 1.6g lemak berbanding santan. Selain daripada menjadi bahan dalam masakan, yogurt asli Nestle ini juga boleh dijadikan bahan asas untuk pencecah, sos perap yang enak dan sajian pencuci mulut serta pelbagai jenis minuman.

Antara masakan yang boleh korang masak guna yogurt asli Nestle.

Yogurt Set Asli Nestle "Masak & Menang"
Ayam Percik 

Yogurt Set Asli Nestle "Masak & Menang"
Kerutuk Ayam Kelantan dan Pantai Timur 

Yogurt Set Asli Nestle "Masak & Menang"
Kari Ikan Kandar Pulau pinang dan Utara


Cara menyertai Nestle Masak & Menang

Cara nak join contest ni senang je kalau korang memang suka dan pakar bab-bab memasak.
1. Beli satu (1) tub Nestle Natural Set Yogurt (470g/1.4kg) 
2. Download contest form 
3. Hantar borang dan resit bukti pembelian secara online atau post

Hadiah 

Nak tau apa hadiah dia yang aku cakap lumayan sangat tu? Serius memang berbaloi sangat. 

Yogurt Set Asli Nestle "Masak & Menang"

Untuk International level, korang boleh menang kitchen make over yang bernilai hingga RM30000. Untuk zone level pulak korang boleh menang voucher membeli belah SenQ.

Terma Dan Syarat 

Untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat korang boleh tengok dekat TERMS & CONDITION

Borang Penyertaan

Dan kalau korang dah ready untuk submit resepi korang, boleh submit guna eform dekat E-Form Nestle Masak & Menang Contest atau download borang manual di sini DOWNLOAD FORM

Tarikh Pertandingan

Cepat-cepat pergi beli yogurt asli Nestle dan mula memasak sebab pertandingan ni bermula pada 1 April 2016 hingga 30 April 2016 sahaja!

Good luck pada yang nak cuba nasib. Aku nak pergi beli yogurt jap. Aku pun nak join jugak :D


Sepetang Bersama Blogger 2016

$
0
0
Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016. Pada 16 April nanti iaitu hari Sabtu, sekali lagi team DenaiHati akan menganjurkan Sepetang Bersama Blogger untuk tahun 2016 ini. Katanya tahun yang terakhir, walaupun sebenarnya tahun lepas pun cakap yang terakhir. Tak apa lah. Blogger memang suka gathering-gathering macam ni. So, aku rasa teruskan saja lah aktiviti macam ni. Betul tak?

Sepetang Bersama Blogger 2016

Tempat dan Masa Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016

Pada tahun 2016 ini, SBB akan diadakan secara indoor. Tahun 2015 buat outdoor. Tahun ni lebih kepada indoor sebab dieorang panggil beberapa panel untuk buat forum. Sejujur nya, aku lebih suka indoor dan forum macam ni daripada outdoor. Aku lebih suka dapatkan ilmu yang mahal daripada blogger-blogger otai ni daripada buat aktiviti yang memeluhkan badan. Nampak sangat pemalas kan. Huhuuh.

Lokasi: Dewan Campbell, Kuala Lumpur
Tarikh: 16 April 2016
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Aturcara Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016

Berikut adalah aturcara ringkas majlis Sepetang Bersama Blogger 2016
08:30 – 09.45– PENDAFTARAN
09:45 – 10:00– KATA ALU-ALUAN
10:00 – 10:15 – UCAPAN PIHAK PENGANJUR
10:15 – 10:30 – UCAPAN SLOT PENAJA UTAMA
10:30 – 12.00– SESI MINI FORUM 1
12:00 – 12:20– SLOT PENAJA 1 (MDEC)
12:20 – 12:40–  SLOT PENAJA 2 (AMNA HOME)
12:40 – 13:10 – SLOT PENAJA KHAS
13:10 – 14:30 – REHAT/MAKAN/SOLAT
14:30 – 16:00– SESI MINI FORUM 2
16:00 – 17:00– MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & SESI FOTOGRAFI
17:00               –  BERSURAI

*tertakluk kepada sebarang perubahan

Sepetang Bersama Blogger 2016

Dress code untuk majlis SBB ni pulak adalah smart casual. tak kisah nak pakai macam mana, asalkan sopan dan selesa. 

Senarai Penaja Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016

Tahun 2016 ni ramai betul penaja untuk SBB. Ada MDEC, AmnaHome, Richwork Academy, Ephyra, Jopana, Seeta, Les Copaque, KotakLensa, Aleeya's kitchen, AbangEnsem, Firdaus Azizi, CVS, Yeos, AHB, PenMerah dan Denaihati.

Sepetang Bersama Blogger 2016

Cabutan Bertuah Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016

Tahun ni banyak gila hadiah cabutan bertuah yang ada. Siap ieorang cakap lagi mungkin separuh daripada yang hadir akan dapat hadiah cabutan bertuah.
  • TV LED 32″
  • Smartphone
  • Tablet
  • Hampers
  • Jam tangan Tawaf Denaihati
dan beberapa hadiah misteri yang akan diumumkan kemudian
Sepetang Bersama Blogger 2016

Tahun ni memang all out team DenaiHati buat. Rugi kalau korang tak join kali ni. Mungkin ini kali terakhir dieorang akan anjurkan aktiviti macam ni. So, kalau sesiapa yang masih berminat nak join, boleh register dekat SINI - Daftar SBB 2016.

Kalau nak tengok senarai nama siapa yang pergi boleh tengok dekat SINI - Senarai Nama Peserta SBB 2016. Jumpa korang dekat sana nanti okay?


Giveaway Free Mug Campaign by Printcious

$
0
0
Giveaway time! Siapa je yang tak suka giveaway kan? Boleh dapat hadiah best-best. Aku memang kaki join giveaway dan kontest ni. Sape yang friend dengan aku dekat Facebook mesti tau sebab aku selalu je share pasal giveaway dan kontest dekat wall aku. 

Kali ni aku nak share dengan korang satu giveaway daripada Printcious.com. Sebenarnya aku dah pernah cerita pasal Printcious ni dulu sebelum ni. Boleh baca dekat sini -> Printcious - One-Stop Online Center Untuk Hadiah DIY.


Giveaway Free Mug Campaign by Printcious

Kali ni dieorang tengah buat satu lagi giveway Free Mug Campaign (FMC) untuk customised mugs dieorang sempena beberapa special occasions yang akan berlangsung sepanjang bulan April hingga Julai 2016 ni. Giveaway ni akan berlangsung selama 4 bulan:


1 April 2016 - 31 Julai 2016


Ada 3 date yang special dalam tarikh atas ni iaitu Hari Ibu pada 8 Mei 2016, Hari Bapa pada 19 Jun 2016 dan Hari Guru 16 Mei 2016. Kalau korang nak bagi hadiah sempena hari-hari istimewa di atas ni, boleh lah korang join giveaway ni. Senang je cara nak join giveaway ni.

Cara Menyertai Giveaway Free Mug Campaign by Printcious 

  1. Like dan Share post Facebook Printcious tentang Free Mug Campaign (klik SINI) dan set kan menjadi PUBLIC.
  2. Register member account di website Printcious dan login
  3. Cari gambar FREE MUG (harga akan jdi RM0.00) 
  4. Klik butang CUSTOMISE untuk hias mug korang. Lepas siap, klik DONE dan ADD TO CART.
  5. Mug korang akan dihantar 3 hingga 5 hari bekerja. 

Giveaway Free Mug Campaign by Printcious
Ni yang step ke 3 tu. Cari gambar FREE MUG. Lepas tu customised ikut suka hati korang nak tambah gambar ke nak tambah tulisan ke nak tambah tulisan dan gambar ke. Tak kisah.

Senang je kan? Ha, tapi ada terma dan syarat dia tau.

Terma Dan Syarat Giveaway Free Mug Campaign by Printcious 

  • Satu email boleh dapat satu free customised mug sahaja
  • Cas penghantaran setiap mug RM10 (Semenanjung Malaysia) dan RM15 (Sabah & Sarawak)
  • Cas penghantaran PERCUMA jika beli RM60 ke atas
  • Hanya 10 000 biji mug yang ada sehingga tarikh 31 julai 2016

Jadi jangan lambat-lambat. Nanti tak dapat.

Aku dah ada. Aku design untuk Zul dan untuk diri sendiri. Hubby & Wifey. Gambar misai hitam dan bibir merah tu aku google je. Lepas tu aku save. Masa nak design tu, aku upload lah then customised je tambah tulisan Hubby dan Wifey. Senang je kan?

Customised mug

Cepat, cepat. kalau korang nak hadiahkan mug pada sesiapa pun, boleh start customised mug korang sekarang dekat PRINTCIOUS.com.




Borong Tudung Dan Shawl Labuh Di Uswah Islamic Clothing

$
0
0
Waktu aku belajar dekat UiTM Jengka dulu, aku rasa susah sangat nak cari baju-baju muslimah yang labuh, tudung labuh, shawl labuh, seluar lebar-lebar yang cantik-cantik. Kalau ada pun mesti jenis style orang-orang tua punya. Jadinya tak lah aku nak beli kan. Lately dah banyak online store yang keluarkan design muslimah yang menepati syariah dan cantik-cantik pulak tu. Salah satu online shop yang ada keluarkan pakaian muslimah dan tudung serta shawl labuh ni adalah Uswah Islamic Clothing.
Uswah Islamic Clothing

Uswah Islamic Clothing

Uswah Islamic Clothing ni rupanya dah beroperasi dari tahun 2013 lagi dan konsep yang dieorang cuba bawakan adalah pakaian patuh syariah. Sampai hari ni, USWAH dah keluarkan berpuluh-puluh Koleksi Tudung Bawal Bidang 60 dan Shawl Labuh serta 6 Koleksi Pakaian Tunik Labuh.    

Produk Pakaian Dan Tudung Uswah Islamic Clothing

Antara produk pakaian dan tudung serta shawl yang boleh korang dapat di Uswah Islamic Clothing adalah koleksi tudung bawal bidang 60 dan shawl instant labuh.  

Borong Tudung Dan Shawl Labuh Di Uswah Islamic Clothing

Shawl Labuh Dan Tudung Bawal Labuh 

Shawl Adena keluaran Uswah Islamic Clothing ni adalah shawl duo double loop yang bercorak. Setiap coraknya memang menarik dan berbaloi untuk dimiliki. Dengan harga RM59 sehelai, korang pasti akan berpuas hati dengan material crepe chiffonnya yang mudah untuk dibentuk. Korang boleh tengok corak-corak lain dekat Koleksi Adena 2.0.

Kepada yang lebih suka bawal instant labuh, Bawal Instant Haura ini untuk korang. Dengan penggunaan material chiffon nasigi akan memudahkan korang untuk memakai tudung bawal labuh ini. Bahagian awning nya pulak diperbuat daripada somo crepe yang mudah dibentuk. Untuk lebih pilihan warna, korang boleh check dekat Haura Instant Bawal

Husna Instant Shawl ini merupakan hotselling produk dekat Uswah ni. Instant Shawl Labuh yang tidak perlu menggunakan pin ini akan lebih memudahkan korang yang selalu cepat bila bersiap. tambah lagi, shawl labuh ini tak perlu di iron pun. Jimat masa kan? Kalau korang nak tengok koleksi shawl labuh ini boleh tengok dekat Husna Instant Shawl

Borong Tudung Dan Shawl Labuh Di Uswah Islamic Clothing

Terdapat 4 jenis shawl instant labuh lagi yang dikeluarkan oleh Uswah iaitu Inara 2.0 - Double Loop Instant, Lorea - Diamond Double Loop, Neha - Instant Shawl dan Warda - Double Loop Instant. Yang aku suka pasal shawl dan bawal keluaran Uswah ini adalah kesemuanya instant shawl labuh atau tudung bawal instant labuh. Selain daripada menepati syariah, ianya juga mudah untuk dipakai dan tidak perlu pin atau tidak perlu diseterika. Jimat masa dan tenaga. 


Skirt Dan Satin

Uswah juga ada mengeluarkan koleksi skirt dan palazonya yang tersendiri. Menggunakan material kain yang bersesuaian, skirt dan palazo ini pasti menjadi pilihan muslimah yang inginkan kelainan dalam berfesyen.

Borong Tudung Dan Shawl Labuh Di Uswah Islamic Clothing

Aara Satin Skirt ini diperbuat daripada satin berkualiti tinggi dan bersaiz "Free". Disebabkan skirt ini berwarna plain, ia sangat sesuai digayakn dengan blouse atau kemeja bercorak atau pun plain. Unutk pilihan warna skirt Aara yang lain, boleh lihat di Aara Satin Skirt

Kalau korang nak kan gaya yang lebih santai dan mudah, apa kata cuba Hannah Palazo Pants ni. Menggunakan material como crepe, korang pasti akan selesa menggayakan palazo ini. Korang boleh pilih pelbagai pilihan warna di Hannah Plazo Pants

Tunik Dan Blouse Labuh

Shawl dah ada, skirt dan palazo pants dah ada. Tapi rasa tak lengkap pulak kalau tak ada padanan blouse yang sesuai betul tak? Jangan risau, di Uswah, mereka turut mengeluarkan koleksi tunik dan blouse labuh untuk dipadankan dengan shawl, skirt dan palazo. 

Borong Tudung Dan Shawl Labuh Di Uswah Islamic Clothing
Elena Hi-Low Tuni ini memang menarik rekaannya. Poket di bahagian depan kiri dan kanan menampahkan seri pada tunik ini. Warna-warna yang ada juga menarik kerana ianya direka menggunakan warna-warna pastel. Nak tengok warna pastel apa yang ada? Boleh lihat di Elena Hi-Low Tunic.  

Kalau nak kan sesuatu yang lebih formal, aku rasa Muska Nurding Tunic ini mungkin boleh jadi pilihan korang. Dengan kelebihan mesra wuduk dan breastfeeding friendly, penggunaan material daripada black dye moss crepe ini pasti membuat korang lebih elegan dan menonjol. Sesuai dibawa ke majlis-majlis formal ataupun majlis santai. Korang boleh buat pilihan warna korang di Muska Nursing Tunic.

Zuhaa Basic Tunic pula pasti membuatkan penampilan korang lebih ranggi untuk ke majlis-majlis santai atau formal. Penggunaan material como crepe akan membuatkan korang rasa selesa dan segar sepanjang pemakaian. Yang menariknya, Zuhaa Basic Tunic ini mesra wuduk dan mesra breastfeeding. Berminat? Boleh dapatkan pilihan warna korang di Zuhaa Basic Tunic.

Peluang menjana Pendapatan dengan Program Dropship & Stokis USWAH

Sekarang ni USWAH ada buka peluang untuk usahawan di luar sana untuk jadi dropship agen dan juga stokis bagi produk-produk diaorang. Antara kelebihan menyertai dropship dan stokis Uswah Islamic Clothing adalah:
  • Tak perlu simpan stok
  • Tak perlu keluarkan modal
  • Tiada tempahan minimum
  • Tak perlu tanggung kerugian kalau produk tak laku
  • Tiada komisen tersembunyi
  • Peluang promosi pelbagai koleksi HIJAB PATUH YARIAH
  • Komisen 10-20%
  • Sistem tempahan automatik di website
  • Group coaching dan perkongsian masalah serta tips pemasaran


Sehingga kini, USWAH dah ada ramai stokis di Brunei,  Singapura, Jepun dan seluruh Malaysia. Jadi, kalau korang berminat sama ada untuk dapatkan pakaian muslimah yang menepati syariah ini atau korang nak tambah pendapatan dengan mengedarkan pakai muslimah ini, boleh segera hubungi Uswah Islamic Clothing melalui medium-medium di bawah. 

Email: network.uswah@gmail.com
Hotline: +601110742198 / 0108153562

Butik Fizikal: Uswah Islamic Vendor Boutique,
3A-59-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
(Landmark: Sebaris Mee Tarik Warisan, Bella Ammara, Sugarscarf)



EasyStore - DIY eCommerce Website Murah Dan Mudah

$
0
0
Lately aku rasa hidup aku macam hectic sangat sebab nak handle anak kecil, nak spend time dengan family, nak siapkan assignment, nak pergi kelas, nak siapkan kerja dan nak handle bisnes online aku. Kadang-kadang rasa tak terkejar nak buat semua benda nak nak lagi bila ramai sangat yang whatsapp nak order dan beli barang. Tak larat sebenarnya nak layan customer tapi aku rasa tak sedap hati selagi nak setel reply whatsapp customer dan ambil order.
DIY online shopping cart 

EasyStore – Online Store and Shopping Cart Solution 

Tapi baru-baru ni aku ada baca pasal EasyStore – Online Store and Shopping Cart Solution ni. EasyStore ni adalah satu tool untuk online seller guna untuk buat eCommerce website atau senang panggil online shop yang macam Lazada, Zalora dan macam-macam lagi tu dengan cepat, mudah dan murah. Yang paling best, korang tak perlu nak upah sesiapa pun buat online shop korang ni sebab korang boleh buat sendiri. Tak perlu tahu coding pelik-pelik pun.

Kelebihan menggunakan EasyStore

Aku dah pun cuba guna EasyStore ni. Ada 3 main point yang aku suka sangat pasal EasyStore.

DIY online shopping cart

1.Kos Rendah

Harga untuk buat online store sendiri guna EasyStore ni berpatutan dan berbaloi. Harga domain pun dah termasuk sekali. Tak perlu keluar duit untuk upah orang lain untuk bina online store korang sebab EasyStore ni mudah sangat digunakan. Kita yang tak ada basic coding pun boleh bina online shopping cart sendiri. 
  

2.Senang Digunakan

EasyStore ni serius aku cakap senang nak dibina

DIY online shopping cart

1.Buat akaun
2.Setup online store korang.
3.Upload gambar produk dan taip keterangan produk
4.Customized online store korang
5.Pilih cara pembayaran
6.Setup zon penghantaran dan fee
7.Kongsikan online store korang dengan semua orang di Facebook 

Waktu aku ada masalah untuk setup online website aku dulu, aku terus tanya customer service dieorang dekat ruangan chat. Yang syoknya, customer service dieorang ada 24/7. Even korang ada masalah dengan online shop pada waktu malam pun, dieorang ada untuk cuba selesaikan masalah  korang tu.


3.Proses Yang Ringkas

Nak uruskan online store guna EasyStore ni sangat mudah. Setiap kali ada pesanan dari online store ni, korang akan dapat SMS dan email. Dan untuk kemaskini status pesanan pembeli, cuma guna satu klik saja.

Selain daripada boleh kemaskini pesanan pembeli, nak uruskan produk dan stok pun sangat senang kalau guna EasyStore ni. Setiap jumlah stok akan dikira secara automatik dan kalau stok korang dah sikit, korang akan dapat email untuk bagitahu stok tu dah berkurangan.

Kalau nak tambah plugin atau alat pemasaran lain seperti MailChimp, Skype, Baucer Promosi dan Whatsapp pun sangat mudah dan senang nak integrate. Klik klik klik dah siap. Tak perlu main-main dengan coding cacing-cacing tu. :D 


Pakej Dan Harga EasyStore

EasyStore ni ada dua pakej iaitu Pakej Basic dan Pakej Plus.

DIY online shopping cart

Pakej Basic

Dalam Pakej Basic EasyStore ni, korang Cuma perlu bayar RM39 sebulan. Dengan Pakej Basic ni korang tak akan dikenakan sebarang caj transaksi. Korang boleh letak sebanyak 1000 jenis produk dalam EasyStore eCommerce website korang dan korang boleh upload gambar dan macam-macam jenis fail ke dalam website ni sampai 100GB! Besar tu.  Ada lagi, selain itu, korang jugak akan dapat nama domain secara percuma dan korang akan dapat semua ciri-ciri standard untuk setkan kedai online, pengurusan yang mudah dan integrasi dan pengembangan dengan media sosial, SEO, Facebook store, Mailchimp dan macam-macam lagi.

Pakej Plus

Untuk Pakej Plus pula, hanya dengan tambahan RM30 daripada Pakej Basic iaitu RM69 sebulan, lebih banyak ciri-ciri menarik dan memudahkan operasi online store korang akan dapat. Tiada caj transaksi, bilangan produk dan gambar serta simpanan tanpa had, nama domain percuma dan dapat semua ciri-ciri standard untuk online store. Dalam Pakej Plus ni terdapat ciri-ciri tambahan yang tak ada dalam Pakej Basic iaitu Baucer Promosi, Pengiraan Masa Diskaun dan Kumpulan Pelanggan. Dengan ciri-ciri tambahan ni, lebih mudah untuk menguruskan online store korang.

Ciri-ciri Standard Online Store EasyStore 

Mesti korang tertanya-tanya apa ciri-ciri standard yang aku ada sebutkan dalam Pakej Basic dan Pakej Plus di atas tadi kan. Okay, kalau korang nak tau, ciri-ciri standard bagi sesebuah online store adalah kebolehan untuk setkan kedai online, pengurusan yang mudah dan kebolehan untuk integrasi serta mengembangankan online shop korang.  

DIY online shopping cart

Yang aku paling suka pasal EasyStore ni, korang boleh bayar bulan-bulan. Jadi, kalau korang baru mula buat online bisnes, korang boleh cuba dulu dalam satu ke dua bulan. Kalau rasa EasyStore ni tak sesuai dengan jiwa korang, korang boleh terminate kan saja. Tak rugi pun sebab korang bukannya bayar untuk setahun terus. 

Tapi, kalau korang nak ambil Pakej Basic atau Pakej Plus ni untuk setahun pun boleh jugak. Kalau korang ambil untuk setahun, korang akan jimat sebanyak 16% dengan pelan tahunan EasyStore.

Fuh, dah lama aku tak taip entri panjang macam ni. Kalau entro panjang macam ni, maksudnya benda yang aku share ni memang aku sangat rekemen pada korang semua nak nak lagi pada yang ada jual barang secara online. 

Bagi aku, EasyStore ni sangat-sangat memudahkan korang untuk berjual beli secara online. Korang boleh tinggalkan saja online store korang bagi dia buat kerja. Korang cuma perlu promote sikit-sikit (kalau tak nak pun tak apa sebab Easystore dah pakai SEO) dan selebihnya bagi online store korang yang buat kerja – ambil order, ambil bayaran, kira stok. Korang duduk rumah tunggu order datang dan pos kan saja. Untung sangat kan. Tak payah berpenat lelah dah. Korang pun lebih ada masa untuk buat kerja lain.

Kalau korang nak cuba EasyStore secara percuma pun boleh sebab diaorang ada bagi peluang untuk semua orang cuba EasyStore ni secara PERCUMA selama 7 hari. Apa lagi, peluang keemasan ni. Nah, cuba free trial korang dekat butang di bawah ni. 

DIY online shopping cart



Ada Masalah Family Planning, Penyakit Bahagian Intim Wanita Atau Menopaus? Anda Kena baca Ini.

$
0
0
Lepas bersalinkan anak pertama, aku dan suami bercadang untuk bagi masa dalam 2 hingga 5 tahun lagi untuk cuba dapatkan anak lagi. Ye la kan, masing-masing pun first time dapat anak. Sebelum ni pun kiteorang tak pernah layan budak-budak kecil lagi. Jadinya, aku rasa penting untuk kiteorang buat family planning supaya kiteorang boleh pastikan diri kiteorang ni cukup bagus untuk jaga Aneeq. Dan, baru-baru ni aku berkesempatan untuk pergi ke satu majlis perasmian produk berkaitan dengan birth control, penyakit bahagian dalaman wanita dan juga menopaus anjuran Exeltis.


Kebanyakan yang datang ke majlis perasmian produk Exeltis tu adalah doktor dan ahli farmasi. Jadi aku salah seorang yang dikira bertuahlah sebab dapat join event tu. Yang bestnya, event tu memang santai dan doktor-doktor serta ahli-ahli farmasi tu memang sempoi je buat aktiviti dekat situ. 

Selain daripada aktiviti-aktiviti santai macam ni, ada juga ilmu-ilmu pasal kesihatan wanita yang disampaikan oleh doktor yang bertauliah. 

Apa Itu Contraception/Kontraseptif?

Kontraseptif adalah satu langkah pencegahan kehamilan secara sukarela. Ada macam-macam kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada pelbagai faktor contohnya tahap kesihatan wanita, umur, kekerapan melakukan hubungan seks dan kehendak suami isteri untuk mendapatkan anak. Kebiasaannya pasangan suami isteri yang mengamalkan kontraseptif ni tujuannya untuk buat family planning atau birth control. 

Jenis-jenis Kontraseptif

Ada beberapa jenis kaedah kontraseptif yang boleh dilakukan iaitu dengan cara non-hormonal (kondom dan diaphragm) dan juga dengan cara menggunakan hormon (Oral Contraceptive Pills (OCP), intrauterine  devices, patch dan vaginal ring). Setiap kaedah ini ada tahap realiability yang tersendiri sama ada tinggi, sederhana ataupun rendah.

Produk Rangkaian Exeltis

Exeltis, salah satu syarikat pharmaceutical di malaysia ada mengeluarkan beberapa produk untuk birth control, rawatan penyakit berjangkit bahagian dalaman wanita dan ubatan untuk wanita menopaus berdasarkan keperluan mereka.  

Rangkaian Exeltis Drospirenone 

Drospirenone adalah steroid yang digunakan dalam pil birth control dan juga dalam terapi pengganti hormon. Terdapat tiga produk daripada rangkaian Drospirenone ini iaitu Lizelle, Liza dan Liz.



Rangkaian Exeltis COC

COC bermaksud Combined Oral Contraceptive. Ia adalah pil yang mana wanita yang bercadang untuk membuat birth control perlu ambil setiap hari untuk mencegah kehamilan. Ia mengandungi hormon estrogen dan progestogen sama seperti hormon semulajadi yang dihasilkan oleh ovari wanita. 


Neo-Penotran

Neo-Penotran adalah satu penyelesaian all-in-one bagi mencegah semua penyakit berjangkit bahagian intim wanita. Ia merupakan blok larutan kecil yang dimasukkan ke dalam faraj untuk merawat penyakit.


Tiboleen

Tiboleen adalah salah satu pendekatan non-hormon yang digunakan dalam pengurusan wanita menopaus. Kelebihan menggunkan Tiboleen ini adalah kawalan simptom yang berkesan, tidak memudaratkan payudara dan endometrium serta tidak mengganggu kehidupan dan hubungan intim suami isteri.  

  
Kalau korang ada perancangan untuk buat family planning atau birth control atau mungkin ada masalah bahagian dalaman wanita atau mungkin jugak yang sedang mengalami menopaus, korang boleh cuba produk-produk keluaran Exelties ni. Selain daripada boleh dapatkan produk diaorang, korang juga boleh cuba dapatkan consultation berkenaan penggunaan produk-produk mereka melalui laman web dan alamat di bawah.


Exeltis Pharma Sdn Bhd (1025614-U)
S-12A-5, South Tower, First Subang, 
Jalan SS15/4G, Subang Jaya, 
47500 Selangor Darul Ehsan, 
Malaysia
Tel: +603 56130599 
Fax: +603 56130699

RF3 World Firmax3 Malaysia

$
0
0
RF3 World Firmax3 Malaysia | Aku rasa dah ramai yang tahu tentang satu produk yang ada di pasaran ini iaitu Firmax3 keluaran RF3 World. Bagi yang masih belum tahu pasal produk ini, Firmax3 sebenarnya adalah satu produk kecantikan dan kesihatan untuk luaran serta dalaman bertaraf antarabangsa. 

RF3 World Malaysia

RF3 World Malaysia adalah sebuah syarikat e-dagang yang dimiliki oleh bumiputera. Sekarang ni syarikat ini sedang berkembang maju dalam menjenamakan pelbagai produk yang kecantikan dan kesihatan yang berkualiti tinggi serta menyediakan peluang-peluang keusahawanan untuk semua golongan.

RF3 World Malaysia

Produk Utama RF3 World

Terdapat 4 produk utama yang dikeluarkan oleh RF3 World yang mana telah pun mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga sijil HALAL daripada JAKIM iaitu:

  1. SOULMAX3
  2. FIRMAX3
  3. O2MAX3
  4. SLIMAX3
RF3 World Firmax3 Malaysia

RF3 World Firmax3 Malaysia

Hari ni aku lebih nak bercerita tentang krim FIRMAX3 ini. Produk ini adalah salah satu produk yang terlaris di Malaysia. Ianya telah terjual sebanyak 60 hingga 70 ribu di pasaran Malaysia dan dalam masa 6 bulan sahaja produk ini dah masuk ke dalam pasaran ke lebih 9 buah negara luar Malaysia. 

Firmax3 adalah produk krim yang pertama dikeluarkan oleh RF3 World dan yang pertama di Malaysia yang menggunakan kaedah terapi daripada bahan-bahan tumbuhan semulajadi dari seluruh negara. Ianya adalah sejenis produk penstabil hormon yang mana ia berfungsi untuk memulihkan hormon dalaman dan boleh merawat pelbagai jenis penyakit yang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat adalah seperti tekanan, menguruskan badan, menegangkan payudara dan sebagainya.


RF3 World Firmax3 Malaysia

Kelebihan Penggunaan RF3 World Firmax3 Malaysia

Terdapat beberapa kelebihan jika kita mengamalkan prduk FIRMAX3 ini antaranya adalah:

  • Menegangkan dan menaikkan payudara
  • Mengurangkan kendur di bawah lengan
  • Menegangkan perut, membentuk pinggang serta mengurangkan kedut
  • Membentuk punggung dan peha yang cantik
  • Mengurangkan kedutan dan lebam (eye bag) di bawah mata

RF3 World Firmax3 Malaysia

FIRMAX3 ini memberikan efek keberkesanan yang cepat kepada penggunanya. Yang menariknya tentang produk RF3 World Firmax3 ini, ia diproses menggunakan teknologi Nano untuk menegangkan kulit dan memperbaiki sel kulit. Produk Firmax ini boleh digunakan oleh wanita dan juga lelaki. Kesan penggunaan boleh dilihat seawal 1 hingga 3 hari penggunaan. 

Peluang Perniagaan Bersama RF3 World 

RF3 World syarikat pengeluar produk yang khusus untuk kesihatan dalaman dan luaran. Terdapat empat (4) produk terbaik yang sering mendapat permintaan tinggi, iaitu:
  1. SOULMAX3
  2. FIRMAX3
  3. O2MAX3
  4. SLIMAX3
RF3 World juga membuka peluang keusahawanan kepada mereka yang minat untuk menjadi usahawan. Anda dapat menjadi usahawan sebuah syarikat produk hebat, tanpa modal yang tinggi dan menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda.
Untuk sebarang informasi tentang produk boleh hubungi Team Agen RF3 World yang merupakan pengedar sah RF3 World.
Facebook Page: RF3 World
Nor Jannah: 017 344 8876
Yuli: 019 302 5099
Mahani: 011 3124 8158
Faezah: 012 906 3849


Pertama Kali Pakai Masker Muka

$
0
0
Kalau korang nak tahu, dulu-dulu waktu zaman aku muda remaja, kawan-kawan aku ramai yang panggil aku abang misai. Satu sebab misai atas bibir aku tebal (sedih kan) dan keduanya sebab aku perangi macam jantan sikit. Itu satu ketika dulu lah. sekarang ni, ladies sangat rasanya. So, disebabkan aku dah jadi macam ladies sikit kan, aku pun teringin nak pakai masker dekat muka. Ni aku rasa macam first time aku pakai masker dekat muka tau.

Masker muka yang aku pakai ni adalah masker Rose & Crown Propolis Moistening Mask. Amboi, first time terus cari yang ada propolis kan. Kelas sangat aku rasa.

Masker madu


Rose & Crown Propolis Moistening Mask

Aku saja je test pakai masker ni sebab dia cakap produk ni guna madu lebah hitam yang jarang sangat orang guna dari Ouessant Island di Perancis. Propolis tu madu lah kan? Orang zaman-zaman dulu kan suka guna propolis atau madu ni sebagai salah satu bahan dalam perubatan dan kecantikan. 

Aku ada baca lagi dalam Rose & Crown Propolis Mask ni boleh mengembalikan fiber kolagen dalam kulit, mempercepatkan pemulihan kulit dan melembutkan serta menegangkan kulit. Gituuuu~ lepas ni mesti husband aku terkejut tengok mak aih, apesal bini aku bertambah muda hari ni. Bahahahha.

Cara Pakai Rose & Crown Propolis Moistening Mask

  1. Cuci muka
  2. Keluarkan masker dari pek dan buka lipatan mask perlahan-lahan (ini leceh sikit nak bukak dia sebab ada pelapik. Cabut pelapik tu dan buang)
  3. Tampal pada muka dari bawah ke atas lepas tu, lurutkan pada muka bagi melekat.
  4. Tunggu selama 15 hingga 20 minit lepas tu cabut masker
  5. Bila cabut masker tu nanti, akan ada lebihan lendir-lendir dekat muka. Jangan cuci dulu, urut-urut bagi segala mak nenek nutrisi yang ada tu meresap lebih baik ke dalam kulit wajah.
  6. Lepas tu boleh lah cuci dan tidur dengan muka yang bahagia.


Pengalaman Pertama Kali Pakai Rose & Crown Propolis Moistening Mask

Waktu aku menaip ni, aku tengah pakai masker ni lah. Sebab nak tunggu 15 hingga 20 minit tu kan. Alang-alang baik aku taip sekali. Kira live update lah ni. Hahahhaa. Okay, waktu mula-mula nak pakai ni, aku tengok instruction dekat belakang packaging kecil. Ada dalam bahasa English dan bahasa China. 

Masker madu


Sebenarnya aku tak pasti lepas cuci muka tu kena lap atau biarkan basah. So, aku lap kan saja bagi kering. Lepas tu baru pakai mask. 

Sebelum pakai nak pakai tu, kan aku cakap ada pelapik tu kan? Kira bila keluar dari packaging tu ada 2 lapis lah. Tu lagi satu aku tak pasti nak cabut pelapik baru pakai dekat muka. Atau pakai terus dekat muka sekali dengan pelapik tu. Al maklumlah first time nak pakai masker. So, aku pakai je sekali dengan pelapik tu. Punya lah leceh. Sampai setengah jalan, aku cabut pelapik tu. Lagi senang nak pakai. Kesimpulannya, cabut lah pelapik tu sebelum pakai dekat muka.

Sebenarnya nak tunggu 15 hingga 20 minit tu lama jugak tau. Sempat lah aku taip satu entry ni dan tangkap gambar dan edit gambar sikit-sikit. Aku hairan macam mana korang boleh bersabar pakai masker lama-lama. Huhuhu.

Apa aku rasa bila pakai masker ni. Aku rasa muka aku sejuk. Tapi bahagian atas bibir tu rasa macam tak selesa macam panas-panas sikit. Tak pasti kenapa. Bahagain lain pada muka aku rasa sejuk je. 

Masker madu

Lepas tu aku rasa macam takut nak senyum atau gerak mulut sebab takut masker tertanggal. Tapi tak tertanggal pun. Aku je takut lebih. 


*********************************************************************************

 
5 minit sebelum waktu aku nak cabut masker, tiba-tiba anak aku bangun tidur sambil menangis. Hahaha, adui lah anak. Dia tak suka tidur tak berteman. Mesti nak ada orang teman dekat sebelah. Malam-malam dia bangun mesti nak cari orang. Terpaksa lah aku pergi dodoi kejap. Terdelay 15 minit nak cabut masker. Ermm, patut tak ada masalah kan? Hahah.

Tu je la nak cerita hari ni. Gigih kan aku nak cerita pasal first time pakai masker. Oh ye, kalau ada yang bertanya dekat mana aku dapat Rose & Crown Propolis Moistening Mask tu, info dekat bawah ni.




5 Cara Hilangkan Dagu Berlapis

$
0
0
Dulu aku selalu rasa insecure sebab bila ambil gambar, nampak je dagu berlapis. Bila ambil gambar ramai-ramai dengan kawan-kawan perempuan lain, yang lain muka habis cun tiba-tiba aku sorang je dagu berlemak. Geram betul. Aku pun gigih cari cara-cara nak hilangkan dagu berlapis ni dan aku jumpa ada beberapa cara. Alang-alang aku dah jumpa, aku share lah sekali dekat sini.

Dagu berlapis, double chin, lemak bawah dagu


5 Cara Hilangkan Deagu Berlapis


1. Masker Putih Telur

Campurkan sebiji putih telur, sedikit jus lemon dan satu senduk makan minyak peppermint. Gaulkan sampai sebati untuk jadikan masker. Kemudian sapu pada dagu dan leher. 


2. Mengunyah Gula-Gula Getah

Kunyah gula-gula getah, sebab gerakan mengunyah gula-gula getah tu boleh membuat otot rahang dan dagu bekerja lebih keras. Tapi gula-gula getah pilih yang sugar free lah.

3. Senaman Muka

Duduk depan cermin dan sebut A-E-I-U-O dengan gerakan yang perlahan. Cuba tegangkan otot muka masa sebut tu. Lepas tu selang selikan dengan muka masam dan senyum beberapa saat. Ulang 3 hingga 5 kali setiap pagi.

4. Tepuk Bawah Dagu

Masa korang tengah duduk tak buat apa-apa, tegakkan badan dan muka. Guna bahagian depan tapak tangan korang dan tepuk bawah dagu korang. 

5. Guna Japanese Sleeping Hammock Face Mask/Neckline Slimmer 

Kalau malas nak buat benda-benda dekat atas ni, korang boleh dapatkan Japanese Sleeping Hammock Face Mask/Neckline Slimmer ni je. Produk ni bertujuan untuk menghilangkan double chin. 

Dagu berlapis, double chin, lemak bawah dagu

Mula-mula aku tengok neckline slimmer dalam website ZenZen Dream ni aku ingatkan benda ni keras tau. Rupanya lembik je dia. Waktu nak keluarkan daripada plastik tu macam leceh sikit sebab dia melekat sikit pada plastik. Nak cabut laju-laju takut putus. Aku je yang beria takut. Sebenarnya tak dek lah nak putus pun.  

Material: Elastomer
Buatan: Jepun
Saiz: 20 cm X 9.5 cm X 2 cm

Dagu berlapis, double chin, lemak bawah dagu

Cara pakai dia, letak satu lubang tu dekat telinga sebelah kanan, satu lagi lubang dekat sebelah kiri. Pastikan bahagian tengah tu ke depan sikit daripada dagu korang. Adjust lah bagi selesa sikit.

Bila pakai lama-lama Neck Slimmer ni, aku rasa macam berlengas sikit bawah dagu. Mungkin sebab material dia ala-ala getah so tak ada banyak sangat pengaliran udara dekat bahagian tu walaupun ade lubang-lubang tu kot. Sekarang ni pun aku tengah pakai dalam 15 minit macam tu. Tapi kejap-kejap cabut sebab tak biasa lagi.

Satu benda penting korang kena tahu kalau korang nak beli dan pakai benda ni. Jangan buang plastik packaging dia sebab nanti lepas pakai nak simpan balik. Disebabkan material dia ni, senang habuk nka lekat. Aku baru pakai sekejap, rambut dah melekat dekat neck slimmer ni. So, kena jaga elok-elok lah kalau tak nak cepat kotor.
Dagu berlapis, double chin, lemak bawah dagu

Neck slimmer ni tekstur dia agak-agak macam bola slimy tu tapi tak lembik gila macam tu. Bila pakai aku rasa selesa je. Tak rasa ketat ke ap ke sebab memang elastik betul lah. Muka saiz macam mana pun aku rasa sesuai je kalau nak pakai ni. Yang kurus boleh pakai yang chubby pun boleh pakai. 

Instruction pada packaging dia, sori lah semua dalam bahasa Jepun. Kalau korang pandai baca bahasa Jepun, bagus lah. Kalau yang tak faham tu, buat-buat faham je lah ye. 

Dagu berlapis, double chin, lemak bawah dagu

And kalau korang nak cuba hilangkan dagu berlapis atau lemak bawah dagu atau double chin ni, korang boleh cuba jugak Japanese Sleeping Hammock Face Mask/Neckline Slimmer. 






Hafidz Roshdi Jadi Duta Untuk Produk Kecantikan?

$
0
0
Sabtu lepas aku sempat join satu event iaitu Majlis Memorandum Equal Herbs Sdn Bhd Bersama Duta Maria Miracle terbaru iaitu Hafidz Roshdi atau pun lebih dikenali sebagai Harraz Naufal. Ingat lagi tak cerita Tundukkan Playboy Itu

Hafidz Roshdi

Hafidz Roshi Duta Produk Makanan Tambahan Untuk Kecantikan

Untuk pengetahuan korang semua, Maria Miracle ni adalah makanan tambahan untuk kecantikan yang baru je masuk pasaran Malaysia bulan September 2015 lepas. Pengarah Urusan Equal Herbs Sdn Bhd dan juga pengasas kepada Maria Miracle, Maria Hasmin Marzuki nak bawak sikit kelainan dengan mengambil Hafidz Roshdi sebagai duta. Kan biasanya produk kecantikan macam ni selalu duta dia perempuan kan. Kali ni memang lain lah sebab duta dia lelaki! Lagipun, beliau memilih Hafidz jadi duta produknya sebab dia yakin Hafidz ni boleh jadi role model kepada golongan muda. Nak tau sebab apa? Sebab masa berlakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz ni tak pernah tinggal solat. 

Majlis Memorandum Equal Herbs Sdn Bhd Bersama Duta Maria Miracle, Hafidz Roshdi

Majlis Memorandum tu dimulakan dengan persembahan gimik daripada kumpulan Nico G. Dah lama aku tak dengar dieorang nyanyi lagu Inilah Nasibku. Aku pun terjoin lah miming sekali. 

Lepas tu barulah majlis tandatangan memorandum antara Hafidz Roshdi dengan pihak pengurusan Equal herbs Sdn Bhd sebagai duta Maria Mircale. Untung Hafidz Roshdi. Ini lah yang orang cakap rezeki lepas berkahwin. Korang yang mulut nakal-nakal kutuk Hafidz dengan wife dia dapat apa? Dapat dosa je. Dia dapat murah rezeki. Hohoho.

Hafidz Roshdi Duta Maria Miracle
Kanan Pengarah Urusan dan juga Pengasas Maria Miracle, Puan Maria Hasmin Marzuki  

Hafidz Roshdi Duta Maria Miracle
Penyerahan Memorandum Equal Herbs Sdn Bhd Bersama Duta Maria Miracle, Hafidz Roshdi  

Hafidz Roshdi Duta Maria Miracle
Antara media-media dan blogger yang datang pada majlis memorandum tersebut

Kata Hafidz, sebelum setuju nak jadi duta Maria Miracle, dia sendiri dah cuba dulu produk ni. Bila rasa Maria Miracle ni sesuai dengan dia, baru dia setuju jadi duta. Hafidz akan jadi duta bagi Maria Miracle dalam masa setahun ini.

Macam tak percaya kan bila lelaki yang diangkat sebagai duta produk kecantikan? Tapi jangan memain, sekarang ni dah ramai lelaki yang pandai jaga penampilan diri dan kesihatan dalaman badan. Baru lah nampak segar, sihat dan kacak kan?

Maria Miracle Makanan Tambahan Untuk Kecantikan 

Maria Miracle adalah sejenis serbuk kolagen yang mengandungi ekstrak strawberi. Antara kandungan dalam Maria miracle adalah L-Cysteine, Asthaxanthin, Asid Askorbik dan L-Arginine. bahan-bahan ini mampu membantu pencerahan sekata pada keseluruhan kulit dan juga membantu mengatasi masalah kulit kusam.

Maria Miracle ini selamat untuk diambil, dijamin HALAL dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Gambar Sekitar Majlis

Aku bab-bab nak ambil gambar dengan artis ni nak nak lagi artis lelaki, segan sikit. Jadi aku ambil gambar beramai-ramai lah. Ada jugak lah kiranya kan?

Hafidz Roshdi Duta Maria Miracle
Gambar sopan blogger dengan Hafidz Roshdi dan Puan Maria Hasmin Marzuki

Hafidz Roshdi Duta Maria Miracle
Gambar kurang sopan blogger dengan Hafidz Roshdi dan Puan Maria Hasmin Marzuki. Korang tengok Sally dengan Kak Kolin tu, beria betul lebar senyum. 

Hafidz Roshdi Duta Maria Miracle
Ini antara peminat-peminat Hafidz Roshdi dari fan club dia yang datang untuk meet and greet session. Gigih betul dieorang ni kan.

Hafidz Roshdi Duta Maria Miracle
Event ni diadakan dekat The Garage KL ayng terletak di Ampang. Serius tempat ni awesome gila sebab macam dekat bengkel je rasa. Rare lah kiranya.

The Garage KL
Aku biasalah, datang event je melahap dulu. Aku dan makanan berpisah tiada. Samosa, popia, mushroom sup dan fruit tart tu sedap. Yang lain okay je lah kot.  

Aneeq Asyraf
Dalam entri aku, mestilah nak promote anak sendiri. Mana tau ada penerbit drama mana-mana terbaca blog aku ni tengok eh eh fotogediknya anak blogger ni. Meh nak ambik jadi pelakon. Bahahahhaha. Berangan mak Aneeq. 

Fadzi Razak
Selain daripada anak, mestilah mak nak rasa glamer dalam blog sendiri. Nah, 'fadzi wuz ere' at The Garage KL!

Anyway, tahniah kepada Hafidz Roshdi sebab bertambah rezeki jadi duta makanan tambahan Maria Miracle. Korang ramai-ramai jom dapat kan produk Maria miracle ni. Aku pun dah dapatkan satu. Nanti aku buat review sedap ke tak, berkesan ke tak dan berbaloi ke tak. 


Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

$
0
0
Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion | InsyaAllah tak lama lagi kita semua akan melangkah ke bulan Ramadan. Aku rasa bulan ini adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam sebab semua bersemangat nak berpuasa penuh sebulan dan solat terawih kan? Dalam berpuasa tu, mestilah kita nak berbuka dengan menu-menu yang sedap juga kan sebagai reward kita berjaya menghabiskan puasa satu hari suntuk. So, aku nak cadangkan tempat berbuka puasa di Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion.

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

Pada bulan ramadan nanti, Imperial Chakri palace akan menghidangkan buffet Ramadan yang berkonsepkan makanan Thai. ada lebih daripada 50 jenis makanan yang akan disediakan sepanjang bulan Ramadan nanti dariapda hidangan pembuka selera, salad, main dish, minuman dan juga pencuci mulut.

Kalau korang nak tau, menu buffet Ramadan Imperial Chakri Palace ni berbeza mengikut hari. Wah, boleh lah datang sini tiap-tiap hari sebab menunya berbeza-beza. Untuk tengok menu apa yang dihidangkan pada hari apa, korang boleh tengok di sini MENU HARIAN BUFFET RAMADAN IMPERIAL CHAKRI PALACEAntara menu yang akan dihidangkan pada bulan Ramadan nanti adalah seperti di bawah. 

Maafkan aku gambar tak cantik, first time pakai kamera ni. Salah setting, gelap jadi. Kombo kabur siap. Huaaa sedih aku.

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion
 Ada sticky mango rice! Yang hijau tu sticky rice. mangga dia kena ambil dekat belah kiri. 

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion
 Pembuka selera daripada Thai, mieng kam. Cuba lah rasa. Cara makan dia, letak segala benda yang ada dekat dalam mangkuk tu dalam daun sirih. Dan letak sikit sos. 

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion
 Nasi briyani

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion
Ikan bakar pun ada. 

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion
Aneka pilihan mee, bihun dengan tomyam putih dan tomyam merah. Aku rekemen korang cuba tomyam putih. memang sedap. 

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & PavilionSate ayam dan sate kambing. Ini adalah makanan klise aku dengan blogger Rafzan Tomomi. Heheheh.

Imperial Chakri Palace ni ada dekat 2 tempat iaitu di Suria KLCC dan di Pavilion. Setiap outlet berbeza bayaran buffetnya. 

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion
Pavilion KL
RM 79.90 (Dewasa)
RM39.90 (Kanak-kanak/Warga emas)


Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion
Suria KLCC
RM 91.90 (Dewasa)
RM47.90 (Kanak-kanak/Warga emas)

Bagi korang yang tempah seawal 10 Mei hingga 9 Jun 2016, korang akan dapat diskaun sebanyak RM20. Jadi, apa lagi, jangan berlengah lagi. book tempat korang sekarang untuk menikmati diskaun berbaloi ini.


Well, macam biasa food review yang aku pergi, mesti nak inter frame dalam blog sendiri kan. Nah, 'fadzi wuz 'ere'! :D :D

Ramadan Buffet 2016 Imperial Chakri Palace Suria KLCC & Pavilion
Nak tau mana lagi buffet Ramadan yang best-best untuk tahun 2016 ni? Boleh tengok dekat sini -> Buffet Ramadan 2016.

Buffet Ramadan 2016 Selera Desa Nostalgia 60an AnCasa Hotel

$
0
0
Buffet Ramadan 2016 Selera Desa Nostalgia 60an AnCasa Hotel | Hari semalam aku dah share dengan korang Buffet Ramadan dekat Imperial Chakri Palace kan? Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu lagi buffet Ramadan yang korang boleh terjah di bulan puasa nanti -  Buffet Ramadan 2016 Selera Desa Nostalgia 60an AnCasa Hotel.

Buffet Ramadan 2016 Selera Desa Nostalgia 60an AnCasa Hotel

AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur tahun 2016 ini mengetengahkan tema selera desa nostalgia 60an dengan pelbagai pilihan menu yang memang sedap-sedap belaka. Selain daripada tu, AnCasa Hotel juga cuba untuk mengenang kembali kenangan bersama Allahyarham tan Sri P. Ramlee. 

Terdapat 6 booth yang menghidangkan macam-macam jenis makanan yang diilhamkan oleh Chef Yohanis dan Chef Mariam. Antara booth-booth yang ada:

Booth Aneka Mee. Aku cadangkan korang cuba bihun dengan kuah sup. Pastikan letak sos cili hitam tu. Baru terangkat rasa dia.

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Booth Apam Balik. Apam balik dia nipis dan ranggup. Memang taste aku lah. Aku tak suka sangat makan yang jenis tebal tu. Yang nipis dan ranggup tu lebih sedap.

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Booth Sup Setapak. Orang kata sup setapak ni memang glamer sebab Allahyarham Tan Sri P Ramlee suka makan dulu. 

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Booth Hidangan Utama. Ada pelbagai lauk  pauk yang bagi aku agak rare sebab aku tak selalu makan macam rendang itik, kacang sepat bercendawan, ayam tandori dan burung puyuh goreng lengkuas. 

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Booth Sate, Shawarma dan Ayam Skewer. Sate yes yes sate. Sila ambil sate itu. Ada sate ayam dan sate daging. Kuah kacang dia memang pekat. Ya Allah, rasa rindu kuah kacang mak aku buat. 

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Booth Yong Tau Foo. Ha, ini macam rare jugak ni. Tak pernah lagi aku jumpe orang buat buffet ramadan ada yong tau foo. Setakat ni memang aku jumpa dekat AnCasa Hotel ni je.

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Selain daripada 6 booth di atas ni, ada banyak lagi makanan lain yang dihidangkan dekat Saffron Brasserie AnCasa Hotel ini. Ada Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar, Ikan Jenahak bakar, Nasi kerabu, Lemang, Ketupat Palas, Ubi Kayu Rebus dengan sambal, gula dan kelapa, sandwich, acar buah, kerabu, salad, bergedil dan macam-macam lagi.

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Untuk pencuci mulut, jangan risau ada macam-macam jenis buah-buahan dan dessert yang ada macam putu mayam, kek, kurma, tembikai, mangga, nenas, kuih-kuih tradisional Melayu, cekodok, puding dan kuih raya pun ada. Fuh penat jugak menaip. krang layan je lah gambar dekat bawah ni.

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Buffet Ramadan 2016 AnCasa Hotel & Spa

Harga Biasa
RM68 (Dewasa)
RM40 (Kanak-kanak)

Harga Early Bird
RM58
(Sekarang hingga 31 Mei 2016)

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi Saffron Brasserie AnCasa Hotel melalui nombor telefon 03-2026 6060 sambungan 7703 atau talian bebas tol di 1-300-88-0032

Nak tau mana lagi buffet Ramadan yang best-best untuk tahun 2016 ni? Boleh tengok dekat sini -> Buffet Ramadan 2016.


Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

$
0
0
Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort | Bangi Golf Resort ni merupakan salah satu tempat favourite aku untuk berbuka puasa. Kenapa? Sebab makanan dia banyak dan non stop. Makanan Bangi Golf Resort pun banyak sangat pilihan dan menyebabkan korang makan boleh tambah berpinggan-pinggan. 

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort ni korang boleh nikmati sepanjang bulan Ramadan bermula 9 Jun hingga 4 Julai 2016. Sepanjang bulan Ramadan tu ada lebih daripada 200 jenis makan yang bercirikan masakan popular ala barat, barat dan timur.

Apa Yang Best Pasal Buffet Ramadan Bangi Golf Resort?

  • Live station - kambing bakar dan sate
  • Diiktiraf HALAL oleh JAKIM sejak tahun 2009 lagi 
  • Persembahan muzik secara live bermula 6.30 petang hingga 9.30 petang setiap hari
  • 800 ruang parking
  • Ruang solat yang selesa

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Menu pembuka selera tahun ni memang best-best. Ada "Cream of smoked chicken", "Sous Vide Eggs with mushroom espuma", lasagna ayam dan daging. Ha, kau. berbelit-belit lidah aku nak sebut menu dia. Jari aku pun penat duk taip. 

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort
Nak makan mee rebus ni kena celur dulu mee dalam air panas. Tempat nak celur tu ada dekat sebelah kawasan mee tu je.

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort
Tips sikit nak bagi sedap gila babas bihun ni. Pastikan korang letak kicap lada sekali dalam mangkuk bihun korang. Kalau tak letak, rasa dia kurang sikit. Tapi kalau letak, memang boleh tambah 2 3 kali ni.

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Juadah utama dekat BGR ni mestilah menu yang bercirikan melayu dan timur contohnya nasi kerabu, rendang taik minyak, sambal sotong kembang, buttered prawn, daging masak lada hitam dan filet ikan bersama sos serai.

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort
Ini antara dessert yang sedap. Green tea cheese cake.   

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort
Eclairs ni ada dalam beberapa perisa iaitu nangka, cempedak dan durian. 

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort
Red velvet cake. Kalau korang pergi makan dekat sini, pastikan korang cuba red velvet ni. Sedap sangat, rasa cheese dia berlemak. Dan kek dia pun tak keras, moist cukup-cukup.

Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort

Antara pencuci mulut yang akan dihidangkan nanti adalah Spanish Churros dengan sos coklat, kuih muih melayu, puding, agar-agar, kek, buah-buahan dan menu terbaru Eclairs berperisa nangka, cempedak dan durian. Ada juga ais krim gelato berperisa jagung bakar, kantan dan cendol.

Hoi, aku taip ni pun aku dah rasa kecur air liur, teringat waktu last aku berbuka puasa dekat BGR 2 tahun lepas. Tahun ni comfirm aku nak booking awal-awal berbuka dekat sana. Ha, korang bila lagi?

Harga
RM58 (Dewasa)
RM29 (Kanak-kanak)

Nak tau mana lagi buffet Ramadan yang best-best untuk tahun 2016 ni? Boleh tengok dekat sini -> Buffet Ramadan 2016.

Resepi Soya Yeo's Milk Shake

$
0
0
InsyaAllah lebih kurang seminggu lagi kita akan mula berpuasa. Ramadan tahun ni aku rasa agak mencabar sebab first time aku akan berpuasa sambil jaga dan breastfeed Aneeq yang bertuah ini. Aku sebenarnya bila berbuka, aku tak suka makan makanan yang berat-berat sangat. Cukup buah-buahan, kuih atau minuman bersusu dulu. Lepas solat baru boleh nak makan berat-berat. Jadi, aku rasa untuk berbuka nanti, aku nak berbuka dengan minuman yang memberi tenaga kepada aku contohnya macam resepi yang aku nak cuba ni iaitu Soya Yeo's Milk Shake

Soya Yeo's Milk Shake


Resepi Soya Yeo's Milk Shake

Bahan-bahannya:
  • 3 cawan air soya Yeo's (kurangkan kalau nak milk shake yang lebih pekat)
  • 4 cawan ais krim vanila
  • 1 sudu besar gula (kurangkan kalau tak suka manis)
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara buat Soya Yeo's Milk Shake:
  1. Masukkan 3 cawan air soya Yeo's, 4 cawan ais krim vanila dan 1 sudu besar gula ke dalam blender 
  2. Blend hingga sebati dan smooth
  3. Masukkan ke dalam cawan

Resepi Soya Yeo's Milk Shake

Dah siap untuk dinikmati. Tapi aku lagi suka lepas blend tu, letak sekejap dalam peti ais bahagian sejuk beku. Lagi nikmat. Tapi kalau korang nak minum terus pun, tak dek hal. Boleh je. 

Resepi Menggunakan Air Minuman Soya Yeo's

Kalau korang perasan, dalam resepi ni aku ada gunakan air minuman Soya Yeo's. Mesti tertanya-tanya kenapa kan? Sebab aku nak bagi milk shake aku ni rasa berlemak sikit dan kelainan sikit. Kalau biasa orang pakai susu biasa je kan. Kali ni kite tukar selera lah sikit. 


Resepi Soya Yeo's Milk Shake

Yang paling aku berkenan dengan air minuman Soy Yeo's ni sebab dia dihasilkan daripada 100% non-GMO (genetically modified organisms), rendah lemak, tanpa pengawet, tanpa pewarna dan bebas kolesterol. Almaklumlah dah nak cecah umur 30an, kena lah jaga kesihatan diri kan. Dan yang penting, air soya Yeo's ni ada pengesahan HALAL daripada JAKIM. 


Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua

Dalam bulan Ramadan ni lah aku rasa lebih banyak kita buat amalan-amalan mulia seperti bertindak baik juga beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan, betul tak? Aku pun rasa macam tu jugak. Brand Yeo's pun sama juga. Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), berhasrat meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua

 Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua

Dalam kempen ini nanti, Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar& Faizdickie akan berusaha untuk mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor. Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000

Korang sokong artis mana untuk kempen ni? Aku mesti lah sokong si cantik manis Heliza sebab dia pegang kotak Soya Yeo's. Hehhehe.

Nak tahu lebih lanjut pasal Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua dan cara nak menang duit raya ni? Layari saja www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828.

Jangan lupa cuba resepi di atas ni dan selamat berpuasa!

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Selangor Tahun 2016

$
0
0
Tup tup tup lagi seminggu kita akan mula berpuasa. Ya Allah, tak sabar betul rasanya. nak nak lagi bila dah berpindah rumah baru ni, bunyi azan rasa dekat betul dengan rumah. Tak sabar lah nak tunggu Ramadan nanti. Mesti setiap malam akan dengar orang bersolat, mengaji dan berzikir. Tak sabar-tak sabar tak sabar.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Selangor Tahun 2016

Disebabkan dah tak lama lagi nak berpuasa, aku nak share sikit jadual waktu Imsak dan waktu berbuka puasa bagi kawasan-kawasan di negeri Selangor untuk tahun 2016 ni. Senang sikit nak rujuk nanti.


ZON 1: Daerah Gombak, Petaling/ Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat Dan Sepang

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Selangor 2016


ZON 2: Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Selangor 2016

Kalau korang nak buat rujukan jugak jadual berbuka puasa dan imsak bagi negeri Selangor 2016 ni, jangan lupa book mark page ini!

Selamat berpuasa penuh dan selamat tambah ibadah.


Viewing all 498 articles
Browse latest View live