Nah pulak jadual waltu imsak dan jadual waktu berbuka untuk Negeri Sembilan. Tahun ni aku balik beraya dekat kampung belah aku dekat Pahang dulu. Lepas tu baru balik ke kampung Zul dekat Negeri Sembilan. Dulu aku ada baca satu artikel, dia kata setiap kali raya kena balik kampung suami dulu sebab suami kena dahulukan mak dia daripada isteri. Aku setuju bab suami kena dahulukan mak dia daripada isteri tapi aku tak setuju tang kena balik kampung suami dulu tiap kali balik raya. Kau buat macam bini kau tak de mak pulak kan. Bukan kau sorang je yang nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki dekat mak kau. Bini kau pun nak jugak kan? Ha, emosi aku jap bahahhaa.
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sembilan Tahun 2016
Tahun 2016 ni, aku tak sempat nak merasa berbuka puasa dekat kampung aku ataupun dekat kampung Zul sebab Zul cuma dapat cuti pada Hari Raya dan hari Jumaat lepas raya tu. Sedih ke? Tak pun. Huhuhuh. Nah, jadual waktu Imsak dan jadual waktu berbuka puasa di Negeri Sembilan 2016.Zon 1 - Tampin dan Jempol
Zon 2- Seremban, P/ Dickson, K. Pilaj, Rembau dan Jelebu
Selamat berpuasa korang semua. Jangan lupa share dan bookmark page ni untuk kesenangan korang nanti. Dan bergilir-gilirlah balik kampung tu. Jangan asyik kena balik kampung laki je dulu. Fikir sikit hati bini korang. Wuuu.