Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Beli Baju Budak Di Parkson

$
0
0
Beli Baju Budak Di Parkson | Sabtu lepas Fadzi pergi jalan-jalan dekat Parkson Subang Parade dengan Zul dan Aneeq. Kiteorang pergi ke Subang Parade sebab dekat situ adalah Parkson yang paling dekat dengan rumah kiteorang. Plannya nak shopping lah sikit sebab bulan lepas Zul dapat voucher Parkson sebagai kudos. Dan antara barang yang kiteorang beli guna voucher Parkson tu adalah:

Beli baju kanak-kanak
Baju kereta brand Anakku. Harga RM39. Kiteorang saja beli ada gambar kereta sebab Aneeq ni sejenis manusia yang suka gila dengan kereta, truck, aeroplane, motorcycle, helicopter dan boleh kata semua jenis kenderaanlah dia obses. 

Baju ini datang sekali dengan seluar pendek. Pun ada gambar kereta seketul dekat bahagian lutut. Sepasang ni berwarna campuran biru tua dan biru muda.

Beli baju kanak-kanak
Baju lengan pendek jenama Anakku. Yang ini harga agak murah RM19 sepasang sekali dengan seluar pendek. 

Kiteorang beli dua sebab yang ini boleh dikatakan agak murah berbanding yang lain. Gambar pula gambar motor satu dan gambar beruang satu. Masalahnya, warna seluar agak pelik daripada warna baju. Macam tak masuk pulak kan?  

Beli baju kanak-kanak
Yang ini tengah ada promosi. Harga asal RM29 untuk sehelai. Tapi kalau beli dua dapat RM39 untuk kedua-duanya. Baju lengan panjang beserta seluar panjang. Kalu baju macam ni, biasanya kiteorang buat baju tidur Aneeq je.  

Beli baju kanak-kanak
Jeans jenama Baby KIKO. Antara banyak-banyak pakaian kanak-kanak yang kiteorang beli hari Sabtu lepas dekat Parkson, inilah yang paling mahal. RM66. 

Awalnya Zul ambik jeans warna biru pekat. Tapi Fadzi request untuk warna selain biru sebab jeans Aneeq dah banyak yang warna biru. Nak lah jugak warna lain kan. Baru ada variety.  

Beli baju kanak-kanak
Dan last sekali kiteorang beli stokin. Aneeq dah lama tak berstokin. Kasut pun dah lama tak pakai. Stokin lama semua dah kecil-kecil. Jadi, kiteorang pun belilah stokin untuk Aneeq. 

Susah juga sebenarnya nak beli stokin ke baju ke seluar ke untuk Aneeq. Sebab Aneeq ni sejenis yang tak suka test baju dekat luar. Pemalu sangat. Nak test stokin pun segan. Alahai. 

Total semua baju, jeans dan seluar yang kiteorang beli untuk Aneeq hari tu adalah RM184.80. Tapi kiteorang kena bayar RM4.80 je sebab yang lain tu kiteorang guna voucher membeli-belah Parkson.

Dan apparently, kalau korang berbelanja lebih daripada RM150 dekat Parkson, korang akan dapat RM10 voucher lagi. Kiteorang pun lepas bayar barang yang dibeli, pergi redeem voucher percuma lagi dekat customer service. Dapatlah voucher RM10.

Disebabkan voucher RM10 tu valid sampai 18 Februari ni, kiteorang terus beli barang lagi dekat Parkson. Nak habiskan terus voucher tu sebab tak tau bila lagi nak pergi ke Parkson lepas ni. Kiteorang pergi Parkson pun sebab dapat voucher percuma tu. Kalau tak, memang tak pergi. 

Setakat yang kiteorang pernah pergi shopping dekat departmental store ni, Parkson adalah tempat yang agak eksklusif dan agak mahal berbanding dengan departmental store macam AEON dan The Store. Barang-barang dekat Parkson agak mahal. Jadi, waktu-waktu macam ini je lah (dapat voucher percuma) baru rasa berbaloi untuk pergi Parkson.   

Beli permainan budak-budak

Nak tau kiteorang beli apa dengan voucher RM10 yang kiteorang dapat lepas beli baju-baju dekat atas? Kiteorang bagi Aneeq pilih mainan pulak. Kan dah kata, Aneeq obses dengan kenderaan. Terus dia capai toy kereta.

Bukan satu tapi tiga. Tapi yang buat Fadzi terharu sangat, dia ambil tiga kereta bukan sebab untuk dia seorang je. Aneeq ambil tiga kereta sebab dia kata, "Satu untuk Mak, satu untuk Ayah." Weh sweet nak mampus. Baik sangat hati Aneeq ni. 

Tapi tu lah, kiteorang ambil satu je sebab voucher pun RM10 je. Kereta paling murah dekat situ RM8 lebih. Aneeq pulak ambil kereta yang harga RM14.90 sebab kereta ni jenis boleh bukak kedua-dua belah pintu. Cool kan. Kalau kereta biasa, tak ada nak buka sana sini ni.

Dah habis settle shopping dekat Parkson Subang Parade. Sebenarnya sebelum pergi Subang Parade tu, kiteorang plan nak ke Sunway Piramid. Dekat Sunway Piramid ada Parkson dan AEON. Zul sebenarnya dapat voucher Parkson dan AEON. Plannya nak shopping dekat AEON pulak lepas tu. 

Tapi disebabkan masa nak masuk ke jambatan parking Sunway tu, banyak gila kereta bersusun nak masuk, terus kiteorang tukar plan pergi ke Subang Parade. Nak elak sesak punya pasal. Rupanya weekend tu ada event HOME LIVING dekat Sunway Piramid. Patutlah orang ramai.

Jadi, lepas kiteorang pergi Parkson Subang Parade, kiteorang pun pergi ke AEON Shah Alam untuk habiskan voucher AEON pulak. Plannya nak beli air fryer. Survey lah air fryer dekat AEON tapi mak oih, mahalnya. Tak cukup pula, harga paling murah RM399. Voucher cuma ada RM300. Zul ok je nak tambah RM100 lagi. Tapi Fadzi ni kedekut sikit. Terus tak jadi beli. Lagipun tak penting sangat pun air fryer tu. 

Last-last kiteorang tak beli pape pun dekat AEON. Itu pun sebab Fadzi sakit perut. Terus nak balik. Minggu depan lah nak datang tengok lagi apa yang boleh dibeli dekat AEON nanti. Setakat hari Sabtu lepas, Fadzi dah puas hati dengna baju-baju Aneeq yang kiteorang beli dekat Parkson tu.

Question of the Day

Dekat mana biasanya korang beli baju kanak-kanak? Korang lebih suka beli baju branded mahal atau baju murah-murah je?





Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Trending Articles