Berbuka Puasa Di Menate Steak Hub | Terasa nak berbuka puasa dengan steak? Sekarang dah tak pelik dah kalau nak berbuka dengan makanan macma tu. Dan lagi best, Menate Steak Hub ada offer Istimewa Ramadan Group Steak sempena dengan bulan Ramadan yang tak lama je lagi nak tiba ni.
Istimewa Ramadan Group Steak
Bermula daripada hari pertama bulan Ramadan, korang boleh datang berbuka puasa dekat mana-mana cawangan Menate Steak Hub (Setapak, Ampang Jaya, Bandar Baru Bangi atau Shah Alam) untuk menikmati pakej Istimewa Ramadan Group Steak ni.
Mushroom soup sebagai pembuka selera. Ini kali kedua aku datang makan dekat Menate Steak Hub. Oh, kalau korang nak tau, sebutan yang betul untuk Menate ni adalah "MENET" dan bukannya "MENATE".
Menu Menate Steak Hub Istimewa Group Steak Ramadan
Ini yang korang akan dapat dalam set Istimewa Group Steak Ramadan ni. Tapi menunya agak berbeza untuk bilangan pax yang datang. Details tentang menu mengikut bilangan pax aku letak dekat bawah nanti okay. Sekarang kita tengok dulu apa yang korang boleh dapat masa berbuka puasa di Menate ni.
Beef + Lamb + Chicken
Ha, kalau korang datang 7 orang ke atas dan berbuka puasa dekat Menate ni, korang boleh menikmati kesemua item yang ada dekat atas ni - beef, lamb dan chicken. Menu ni juga akan dihidangkan sekali dengan jagung bakar, tomato bakar dan juga kentang bakar. Tak lupa dengan salad segar.
Tapi untuk bilangan pax 1-2 dan 3-6 orang, pilihan menu dia agak berbeza untuk item di atas ni. Aku detail kan pilihan item mengikut bilangan pax dekat bawah. Kalu tak faham, korang boleh tanya je.
Besar kan portion dia? Yang ini memang cukup makan untuk 7 orang ke atas ni. Pinggan dia memang berat. Tanga aku pun tak larat nak angkat sebenarnya ni.
Rasa macam banyak sangat takut tak habis? Tak apa, kalau tak habis pun, korang boleh bawak balik semua item yang tak dihabiskan.
Roasted Seabass
Ini pulak Roasted Seabass. Menu ni korang boleh pilih bila korang datang seramai 3-6 orang atau 7 orang ke atas. Rasa nya lebih kurang macam butter-ish sikit dengan rasa daun pudina.
Nasi Bukhari Briyani
Bagi yang tak boleh tinggal makan nasi tu, korang boleh pilih untuk order nasi bukhari briyani. Portion satu pinggan ni memang cukup banyak. Rasa rempah dalam nasi bukhari ni pun sedap.
Spagheti Aglio Olio
Untuk Group Steak ni, korang kena pilih sama ada nak spagheti atau nasi bukhari briyani. Tak boleh pilih dua-dua unless maybe boleh bayar extra mungkin? Tapi personally, aku akan cadangkan korang untuk ambil spagheti daripada nasi. Spagheti memang mengenyangkan tapi motif korang datang steakhouse mestilah nak makan segala steak dan daging yang ada kan. So, pilihlah spagheti.
Buah-buahan
Yang suka makan buah-buahan masa berbuka tu, jangan risau. Ada buah-buahan macam tembikai merah, tembikai susu, anggur, oren dan strawberry untuk korang nikmati.
Minuman Free Flow
Sepanjang buka puasa nanti korang akan dapat free flow drinks. Antara minuman yang ada untuk korang pilih adalah Iced Lemon Tea, Blackcurrant, Mango, Iced Peach Tea, Premium White Coffe, Hazelnut Coffee, Milk Tea, Cappucino, Iced Cappucino dan Iced Milk Tea.
Menate Steak Hub Pakej "Istimewa Group Steak Ramadan"
Harga
RM89.90 (Dewasa)
RM39.90 (Kanak-kanak)
RM39.90 (Kanak-kanak)
Pilihan Menu Berdasarkan Bilangan Pax
1-2 Pax
Beef + Chicken atau Lamb + Chicken
(Nasi Bukhari Briyani atau Aglio Olio)
3-6 Pax
Beef + Lamb dan pilihan antara Chicken atau Roasted Seabass
(Nasi Bukhari Briyani atau Aglio Olio)
7 Pax ke atas
Beef + Lamb + Chicken + Roasted Seabass
(Nasi Bukhari Briyani atau Aglio Olio)
Setiap pakej datang sekali dengan Sauted Vege, Coselaw dan Creamy Mashed Potato. Tapi ini hanya untuk pakej khas berbuka puasa saja. Kalau korang datang tapi order lain, tak dapat tau.
Kalau korang booking awal, dari 3 - 25 Mei 2017 ni, korang boleh dapat 5% diskaun. Aku cadang better korang book awal-awal dan ambil pakej 7 orang ke atas sebab kalau ambil pakej yang tu, baru korang boleh rasa semua menu dekat atas ni.
Untuk maklumat lanjut pasal booking sempena buka puasa Menate Steak Hub Istimewa Group Steak Ramadan ni, korang boleh tengok dekat bawah.