Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat & Pelancaran Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat' | Di pagi Jumaat yang penuh barakah tadi (hamboih ayat) aku sempat ke Pusat Pungutan Zakat yang terletak di Taman Shamelin Cheras untuk Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat & Pelancaran Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat'
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat & Pelancaran Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat'
Majlis Penyampaian Hadiah Mencipta Logo Sahabat Zakat ni tujuannya adalah untuk memberi penghargaan serta hadiah kepada pemenang-pemenang yang dah menyertai pertandingan mencipta logo untuk Sahabat Zakat.
Tempoh masa untuk pertandingan adalah selama lebih kurang sebulan dan peserta diberi masa yang agak cukup untuk berkreatif. Kalau korang nak tahu, PPZ menerima sebanyak 70 penyertaan. Dan dalam 70 penyertaan tu ada 130 logo yang dipertandingkan. Hanya 16 logo daripada 130 logo yang dipertandingkan tu terpilih ke peringkat saringan akhir dan hanya 8 logo saja yang berjaya ke peringkat. Dalam 8 logo tu pulak, hanya 1 yang akan terpilih untuk menjadi pemenang tempat pertama dan dalam masa yang sama logonya akan menjadi logo rasmi sahabat zakat..
Senarai Pemenang Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat
Di bawah ni adalah pemenang-pemenang bagi Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat. Pemenang tempat pertama berjaya bawa pulang wang tunai dan logo ciptaannya juga akan menjadi logo rasmi Sahabat Zakat.
Tempat Pertama (RM1500)
Mohd Fauzi B Mohamad Hassim
Tempat Kedua (RM1000)
Mohamad Nur Azizi B Basri
Tempat Ketiga (RM500)
Hamdan B Abd Mubin
Saguhati
Farrah Dayana BT Zainuki
Noor Haida BT Zainal Abidin
Nurul Azwani BT Abd Rahman
Siti Zulaikha BT Abd Halim
Syed Muhammad Ali Afdhal Asseggaf Syed Mohammad
Tahniah kepada semua pemenang. Ruginya aku tak tahu pasal pertandingan ni. Aku pun kaki kontest yang tegar. Kalau aku tau, mesti aku pun hantar jugak logo ciptaan aku.
Selain dari penyampaian hadiah kepada pemenang, pelancaran Page Facebook rasmi Sahabat Zakat pun turut dilancarkan pada majlis pagi tadi.
Pelancaran Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat'
Page Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat' ini bertujuan untuk memberi maklumat zakat, aktiviti sahabat zakat dan seumpamanya kepada masyarakat khususnya sahabat zakat. Kalau korang nak tau, sekarang ni terdapat sebanyak 18,000 sahabat zakat yang berdaftar di PPZ. Dan kesemua Sahabat Zakat ni (seramai 18,000) datang dari seluruh Malaysia.
Aku rasa bagi kita-kita yang pembayar zakat ni, aku cadangkan sangat korang pergi tengok dan like Facebook Sahabat Zakat tu sebab banyak aktiviti dan maklumat terbaru berkenaan dengan zakat yang kita boleh ambil tahu. Untuk maklumat lanjut lagi pasal PPZ ni, korang boleh tengok di bawah.