Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Sambutan Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam 2017

$
0
0
Sambutan Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam 2017 | Hari Ahad lepas aku sempat pergi ke Sambutan Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam dekat Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Alang-alang Ahad tu memang tak ada plan apa-apa so pergi lah tengok. 

Sambutan Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam 2017

Program Sambutan Hari Bumi 2017 Dan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Aku ingatkan program ni biasa-biasa je tapi meriah gila weh sebab Sultan Selangor pun ada datang sekali hari tu. Menteri Besar Selangor dan Datuk Bandar Selangor pun ada sekali. Patutlah meriah bukan main.
Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Hari Tanpa Kenderaan di Shah Alam ni akan diadakan pada setiap hari Ahad, minggu kedua setiap bulan. Bagi aku bagus program ni sebab boleh jadikan salah satu usaha untuk Shah Alam jadi bandar rendah karbon menjelang tahun 2030 dan sekaligus mengurangkan pencemaran. 

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor serta Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin  telah berangkat mencemar duli hadir ke majlis ini.

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Bas Elektrik Shah Alam. Pada hari tu jugak DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan Majlis Pelancaran Bas dan Kereta Elektrik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). 

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Sepanjang program ni, hanya basikal, roller blade, papan luncur, hover board, skuter blade dan pejalan kakai je yang dibenarkan masuk dalam area pusat bandaraya Shah Alam ni. Aku pun hari tu rilek je jalan kaki. Dekat dataran ni hari tu siap ada aktiviti tunggang kuda dan beca berhias tapi aku tak naik sebab ramai orang sangat.

Online Portal Harian Wanita

Banyak gila booth-booth yang ada dekat sini pagi tu. Yang sempat aku tengok booth DEMC, NASOM, Painting UiTM dan yang paling meriah boothnya adalah Online Portal Harian Wanita. Memang penuh habis depan booth diaorang.

Portal Online Harian Wanita - 123mamanet.com

Portal Online Harian Wanita ni sebenarnya adalah portal khusus untuk wanita berkerjaya, berbisnes dan berkeluarga. Aku tengok portal ni makin dapat tempat dalam kalangan wanita sebagai sumber rujukan dan dapatkan tips-tips hidup sihat dan bahagia.

Online Portal Harian Wanita

Rupanya pada hari yang sama jugak, Menteri Besar Selangor Dato Seri Mohamed Azmin datang ke booth Harian Wanita ni untuk rasmikan online portal tu. Patutlah meriah sangat booth Harian Wanita hari tu.    

Online Portal Harian Wanita

Yang syoknya kan, masa hari tu Online Portal Harian Wanita ni ada buat kempen LIKE & SHARE MAMANET. Sesiapa yang like dan share fanpage #MAMANET pada hari tu akan dapat hadiah tajaan MAMEE dan berpeluang untuk ambil gambar dengan maskot MAMEE.

Online Portal Harian Wanita

Aku kan suka kalau dapat barang-barang free ni. So aku pun join dan tadaaa. Aku dapat goodie bag yang ada macam-macma barang MAMEE dalamnya. Tapi apa pun, Online Portal Harian Wanita ni bagus untuk wanita-wanita kalau nak cari info apa-apa dari tips=tips fesyen, tips nak sihat, keibubapaan, resepi, bercuti dan jugak inspirasi. Kalau korang jenis yang suka cari info secara online, boleh pergi tengok website dieorang. 

Untuk maklumat lanjut pasal Portal Online Harian Wanita, korang boleh tengok dekat bawah


Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Trending Articles