Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

5 Wish List CNY Lazada 2017

$
0
0
5 Wish List CNY Lazada 2017Tinggal sehari je lagi nak sambut Chinese New Year dan aku nampak meriah sangat shopping mall dengan orang ramai beli barang untuk sambut CNY. Walaupun aku tak sambut CNY, tapi aku memang tunggu sangat hari perayaan macam ni sebab banyak website online shop akan buat sale besar-besaran dan Lazada pun salah satu online shop yang tengah buat sale sekarang. Aku pun gigih lah tengok-tengok barang apa yang ada dalam wish list aku dekat sini.


5 Wish List CNY Lazada 2017

Antara barang yang ada dalam wish list aku untuk tahun 2017 ni.

Nikon Coolpix W100

1. Nikon Coolpix W100

Since Aneeq pun dah nak masuk umur 2 tahun dan aku boleh  nampak minat Aneeq lebih kepada seni. Dia suka melukis, mewarna dan ambil gambar. Dia selalu je pinjam phone aku dan buat gaya ambil gambar. Bila tengok specs Nikon W100 ni yang waterproof, shockproof dan dustproof, aku rasa memang sesuai untuk Aneeq sebab dia pun jenis lasak, barang jatuh sana sini. Kamera ni tahan lasak jadi aku tak risau sangat lah.

Sony Bluetooth Headphones

2. Sony Bluetooth Headphones

Yang ini aku punya wish list untuk beli dan bagi pada Zul. Dari tahun lepas dia duk mencari wireless headphone sebab leceh kot dia kerja rasanya setiap masa headphone dekat kepala. Bila nak gerak ke kiri ke kanan sikit, wire headphone kacau. Nak nak pulak kalau meja full dengan barang, habis langgar dan tergolek barang sampai bawah meja. Kalau ada wireless headphone ni, senang sikit Zul nak buat kerja dan tak rasa terikat sangat.

Marc by Marc Jacobs Polarized Rectangle Sunglasses

3. Marc by Marc Jacobs Polarized Rectangle Sunglasses

Jujur aku cakap, aku tak pernah ada sunglasses. Tengok orang lain pakai, kadang-kadang teringin juga aku bergaya dengan sunglasses. Ala, macam korang pergi tei pantai acah-acah dekat Boracay pakai spek hitam tapi sebenarnya korang ada dekat Pantai Morib jek. Hahahha. Lagipun, kalau ada sunglasses tu, boleh lah buat props ambil gambar untuk review barang. Nampak ada style sikit kan. 

Electrolux Water Heater

4. Electrolux Water Heater

Dekat dalam toilet bilik tidur aku memang dah ada sebijik water heater. Tapi dalam bilik Aneeq tak ada. Tiap kali nak ajak Aneeq mandi, ya ampunnnn! Susah betul. Bila lama-lama baru aku faham kenapa susah nak ajak Aneeq mandi. Sebab bilik air dia tak ada water heater dan dia sejuk. Sekarang ni aku ajak Aneeq mandi dalam bilik air aku je. Tunggu beli lagi sebijik water heater untuk pasang dalam bilik Aneeq nanti baru bagi Aneeq madi semula dalam toilet bilik dia.

Elba Slim Cooker Hood

5. Elba Slim Cooker Hood

Aku ni jenis mak mak yang masak tak kira masa. Breakfast masak, lunch masak, dinner masak. Kadang-kadang petang tea time pun masak. Tapi masalah nya, rumah kiteorang tak ada hood. Dari tahun lepas lagi plan nak beli hood tapi sampai ke sudah tak beli-beli lagi. hangin je aku rasa bila lepas masak, habis satu rumah bau goreng dan bau makanan. Lagi teruk kalau aku tumis lada, memang terbersin teruk Aneeq dengan Zul. So, hood Elba ni memang prioriti utama untuk aku beli tahun ni.


Ha, cukuplah 5 barang je. Bila kira-kira balik semua harga barang dalam wish list aku, total semua jadi RM2017. Macam sempena tahun 2017 pulak dah #eh. Hahahaha. So apa wish list korang untuk tahun ni? Ada masa lagi ni kalau korang nak join beli barang dengan harga sale dekat Lazada. Kalau nak tengok barang apa yang tengah sale dekat Lazada sekarang ni, korang boleh klik link dekat bawah

Chinese New Year Lazada Sale




Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Trending Articles