Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Tonton Drama Isteri Tuan Ihsan Online Full Episod

$
0
0
Tonton Drama Isteri Tuan Ihsan Online Full Episod | Lepas dari drama Awak Sangat Nakal, dieorang ganti lagi satu drama yang bagi aku agak cute lah. Gandingan Amyra Rosli dengan Aaron Aziz dengan drama Isteri Tuan Ihsan.

Tonton Drama Isteri Tuan Ihsan Online Full Episod

Tajuk: Isteri Tuan Ihsan
Channel: Astro Ria
Mula Tayangan:  2 Disember 2016
Masa: Setiap Isnin-Khamis 10 malam
Jumlah Episode : 20

Pelakon: Aaron Aziz, Amyra Rosli, Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Nazia Mustafar, Livonia Ricky, Qazem Nor, Ruzana Ibrahim


Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan



Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota. Kunjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman. Demi melindungi rasa sedih Seroja berlagak selamba dan berani. Saroja juga lantang dalam bersuara. Tetapi yang pasti dia sangat nakal, manja dan keras kepala ( semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Saroja ). 


Tuan Ihsan Iskandar kerana keliru antara cinta dan teman, dia pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usianya.

Demi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia. Ibu Seroja (Imaninah) adalah teman istimewa pada Tuan Ihsan. Pada Imanina, Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara. Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarga. Episod baru kehidupan Seroja bila tinggal banglo mewah Tuan Ihsan. 

Hari pertama Seroja ke banglo Tuan Ihsan. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon Isteri Tuan Ihsan. Kedegilan dan suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung. Di dalam rumah ada peraturan yang ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan hingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja. Tuan Ihsan yang digelar " Pak Cik Hot " pening dengan kerenah Seroja. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja. 

Kehadiran Dr. Zaim, membuatkan Tuan Ihsan rasa cemburu dan rasa tercabar. Ditambah pula bila Dr. Zaim memberi amaran pada Tuan Ihsan agar tidak mengongkong Seroja. Tuan Ihsan terus merasa dirinya tercabar bila Seroja rapat dengan Dr. Zaim. Dr. Zaim terlibat sebagai model projek kerja akhir Seroja. Sebenarnya Seroja sengaja rapat dengan Dr. Zaim kerana dia cemburu bila melihat Hanani Jane ( model kaki pensel 2B ) yang bertujuan untuk mengikis duit Tuan Ihsan. 

Perkahwinan yang dirancang menepati citarasa Tuan Ihsan. Kini status aplikasi dalam wassap group bertukar kepada Isteri Tuan Ihsan. walaupun Tuan Ihsan lebih dewasa, gara-gara terlalu biasa bersendiri, kadang terlupa bagaimana menjaga hati wanita bergelar isteri selayaknya. Seroja Irdina pula masih dengan jiwa mudanya, masih dengan keras kepalanya, barannya tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri, dia mahukan suami meletakkannya sebagai 1st prioriti, jangan ada sebarang rahsia, dia mudah berburuk sangka. 

Kalau korang nak tengok drama Isteri Tuan Ihsan ni secara online, korang boleh klik link dekat bawah ni. Yang dah bold tu maksudnya dah ada link dah boleh tengok. Yang belum bold tu, kena tunggu episod tu siar di TV dulu, baru akan diupdate dekat sini. 


Tonton Drama Isteri Tuan Ihsan Online Full Episod


Isteri Tuan Ihsan Episod 7
Isteri Tuan Ihsan Episod 8
Isteri Tuan Ihsan Episod 9
Isteri Tuan Ihsan Episod 10
Isteri Tuan Ihsan Episod 11
Isteri Tuan Ihsan Episod 12
Isteri Tuan Ihsan Episod 13
Isteri Tuan Ihsan Episod 14
Isteri Tuan Ihsan Episod 15
Isteri Tuan Ihsan Episod 16
Isteri Tuan Ihsan Episod 17
Isteri Tuan Ihsan Episod 18
Isteri Tuan Ihsan Episod 19
Isteri Tuan Ihsan Episod 20

Link yang belum ada akan diupdate dari semasa ke semasa.

Aku suka tengok Amyra Rosli tu. Cantik nya, comelnya. Cuma bagi aku rasanya cara dia berlakon dari satu drama ke drama yang lain tu sama je. Tak ada variety.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 498

Trending Articles